7 Must Eat Platters in Penang

Assalamualaikum. Hai!


CikSha kembali lagi nak pot pet pasai makanan. Hihi. Seronok pulak bila berpeluang cerita pasal makanan ni. Macam biasa, sebagai anak jati Penang, opkoz la CikSha nak habaq pasal makanan apa yang best hangpa wajib cuba bila pi jenjalan kat Penang. 


Kali ni, topik makanan kita pasal makanan ohsem yang terhidang di dalam sepinggan leper tapi mampu menggembirakan perot. Yang pasti nya mesti hangpa terliur nak try bila CikSha dah review pasal depa.


Kat Penang ni ada trademark dah makanan yang melambangkan Penang macam nasi kandar, mee kari Penang, laksa Penang, pasembor dan lain-lain yang dah diketahui kelazatannya. Tapi jangan taktau, ada side dish lain yang hangpa wajib jugak kena cuba tau.
 
 
Rugi kalau tak cuba sebab CikSha jamin hundred percent, sedap nya tu tak boleh bawak bincang. Maklum le kan, air tangan orang Penang. Agittewww. Dan semestinya yang halalan toyyiban la kan. 
 
 
Makanan apa yang sedap sangat tu? Haaa, mai kita pi skodeng satu persatu. Let's go! 


7 Must Eat Platters in Penang 


#1 : Mee Goreng Mamak

Kalau mai Penang, mesti dah terbayang mamak kan? Opkoz la sebab memang leluhur depa asal Penang piaww. Macam keturunan mami. Haaa, beza tau keturunan mamak dan mami ni sebenarnya. Jangan tak tau. 

CikSha pun konpius nak habaq macam mana kat hangpa pasal Mee Goreng Mamak ni. Tapi memang ini antara makanan tersedap la kat Penang. Style depa masak mee goreng memang lain tau. Ramuan dalam mee tu kena sangat. Ngam la orang kata. 

Dulu kan, masa kerja kat USM, CikSha suka sangat dengan mee goreng mamak yang kawan sekerja belikan. Tapi tak tau dia beli kat mana. Sebab selalu kirimkan je dia belikan untuk CikSha. Memang sedap sangat! 

So, kalau hangpa mai Penang, try la tau pekena Mee Goreng Mamak ni. Tapi tu la, kena pandai cari. Atas tukang masak yang memasak jugak kan kesedapan tu mai. Boleh gugel kedai mana paling ramai serbu, hangpa serbu la kedai tu jugak. Hihi. 




#2 : Popia Basah

Popia basah ni antara makanan tradisi yang popular jugak kat Penang tau. Setakat ni, memang yang kat Penang ja sedap kat tekak CikSha sebagai anak jati Penang ni ha. CikSha dah try yang kat negeri lain, tak dapat lawan kesedapan popia basah Penang punya. Mungkin pasai air tangan kot. Air tangan orang Penang kan sedap. Gittew. Hahaha. 

Selalunya CikSha duk beli bila ada pasar Ramadhan je. Kat area Seberang Jaya. Sedap! Jarang beli sebab bukan sejenis food hunter sangat CikSha ni pun masa tu. Duk kat Penang lagi kan masa bujang. Anytime boleh cari la konon. 

Sekali dah kena merantau tinggal kat Ganu, mai teringin tu mengagau la cari. Tapi tak sedap macam kat Penang. Huwaaa. Jadi bila ada peluang balik Penang, memang CikSha akan ajak la encik CH jenjalan cari makan. Craving punya pasai. Kena la cari jugak sampai dapat. 

Kalau hangpa mai Penang, wajib try popia basah ni tau. Nak senang, cari stall comel sorang mamu ni kat area Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Sentiasa ada. Confirm tak menyesal. Depa cakap sedap gilaaa! CikSha pun balik Penang nanti nak try pi cari. 





#3 : Rojak Penang

Rojak Penang tak sama naa dengan Pasembur. Jangan keliru tau. Rojak Penang ni campuran buah-buahan. Lepas tu kuah dia yang hitam pekat melikat pedas haw haw dan ada taburan kacang. Ya ampunnn. Terlioq nyaa. Kalau pasembur pulak campuran makanan bergoreng lepas tu makan dengan kuah kacang. Haa, beza kan? 

Apa yang istimewa nya Rojak Penang ni? Istimewanya tang kuah hitam pekat melikat dia tu la. Selalunya rojak Penang ni, stall makanan Cina yang duk jual. Tapi jangan risau, orang Melayu pun ada ja jual. Selalunya mesti digandingkan dengan laksa Penang. Sebab bahan dia timun dengan nenas tu sama. Tambah sengkuang ja maka jadi la rojak Penang. Nyum nyum.




#4 : Nasi Melayu

Aik? Pasaipa sebut Nasi Melayu? Hihi. Sebenarnya mostly yang buka kedai makan jual nasi dengan beraneka lauk ni orang Melayu ja kan. Tu pasai sebut nasi melayu. Tak pun nasi campur. Camtu la lebih kurang.

Hangpa nak tau dak, bukan semua kedai nasi Melayu ni boleh popular tau melainkan masakan dia memang mabeles dan pilihan lauk dia banyak dan sedap. Kalau jenis ni, bukan takat orang Melayu ja pi, bangsa lain pun mai makan jugak kat situ tau. 

Masa CikSha kerja kat USM dulu, ada la 2-3 kedai nasi Melayu luar dari kampus yang jadi peberet. Lauk depa sedap. Selera kampung. Tambah ada ulam pulak. Memang memikat hati CikSha la. 

Dulu paling duk suka pi kedai makan nama Awet Muda. Ramai jugak orang luaq suka pi makan kat situ tau. Dekat-dekat area USM ja. Senang nak cari. Turun Penang kalau pi area USM boleh la pi try makan situ.



#5 : Kambing Bakaq

Ni antara menu makanan yang popular jugak kat Penang. Mungkin sebab tak banyak tempat yang ada kot. Entah la. Tapi kat Penang memang ada 2 tempat yang popular dengan kambing bakaq ni. Kat belah pulau sana ada satu, kat sebelah darat ni ada jugak. Dekat pulak tu dengan kampung CikSha.

Yang dekat dengan kampung CikSha tu memang popular sangat la. Puncak Mutiara Kafe nama dia. Situ memang tempat kambing bertendang. Haha. Gurau ja. Situ ada ladang kambing yang nalaaa punya besaq tau. Sebab tu menu kat situ mostly berasaskan daging kambing. Dan antara menu yang popular opkoz la kambing bakaq uols. 



#6 : Western Food

Opkoz la ada jugak western food kat Penang. Dah namanya syurga makanan dan tempat pelancongan favourite. Omputih ramai la duk mai melancong. Rugi la kalau tak ambik peluang bukak restoran berasaskan makanan barat kan. Nak berniaga kena la bijak ambil peluang dan inovatif gitu. 

Berlambak jugak la restoran ala barat ni ada kat Penang. Sedap dengan tak sedap makanannya dan best dengan tak best je persekitarannya. Pepandai la survey. Tapi ada satu restoran ni famous sangat sebab harga dia affordable dan makanan dia sedap. Pak Mat Western Food kat Bukit Mertajam. CikSha pun rasa nak pi try nanti kalau balik Penang. Boleh tulis review kan. Hihi. 



#7 : Penang Seafood

Last but not least, kalau hangpa mai Penang tu pi la try makan kat restoran seafood na. Maklum la, negeri yang ada pulau dan di kelilingi laut kan. Opkoz la makanan laut segar senang nak dapat. Cari la restoran hat yang tepi pantai. Syok oo makan sambil menikmati angin pantai, dengar deru ombak. Asyikkk ja. 

CikSha pernah la jugak makan kat restoran seafood masa bebujang dulu dengan kakak encik CH pi buka puasa. Masa tu dia kerja nurse lagi kat hospital Penang, CikSha kerja kat USM. Kira pernah la merasa makan seafood penang gitu walaupun zaman tok naduk punya cerita. Hahaha. 



Haaa, itulah dia 7 makanan yang sedap dan wajib hangpa cari kalau mai Penang ok. Lain sikit dari menu biasa yang memang melambangkan Penang. Tapi itulah, walaupun cuma dihidang dalam pinggan tetap mampu menambahkan isipadu badan. Hihi. Alaa, sekali sekala makan sedap dan best-best kan.Apa salahnya.

Bagi orang Penang, hangpa kalau craving tak payah nak susah hati sangat. Tau dah musim covid ni masih ada rasa insecure nak keluar rumah pi cari makanan sedap-sedap walaupun tekak teringin. Don't worry. Abang food delivery Penang confirm sudi nak hantar sampai depan pintu rumah. Order je ok!


Bisik-bisik :: Penang memang syurga makanan! 

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Kalau ke Penang selalu pekena pasemboq dengan nasi kandaq. yang dalam senarai ni jarang cuba. nanti nanti boleh cuba kalau ke penang.

    BalasPadam
  2. sejak kawin dok penang, akak memang suka rojak basah penang punya. Memang syok sampai ketagih..Hahah..Bulan posa wajib beli seminggu sekali.

    BalasPadam
  3. Aik, kenapa takde pasembur? Yang tu first kita cari kalau pi Penang tau. Ke rojak penang tu sama dengan pasembur? Ya Allah, sedapnya kalau dapat pasemboq malam ni..ermmmm

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan