Simbolik Hubungan Suami Isteri Dengan Allah

Assalamualaikum. Hai!
 
 
Tempoh hari masa aku duk scrolling status kat timeline FB, aku terjumpa satu grafik dari seorang influencer yang aku follow tentang hubungan suami isteri dengan Allah. Grafik tu ada 2 je gambar jauh dan dekat. Tapi aku kan terlebih rajin. Maka aku edit tambah satu lagi yang jika salah seorang JAUH/DEKAT dengan Allah. Saja nak tengok ada nampak tak perbezaan jarak hubungan suami isteri. Ya. Memang ketara nampak jurangnya.

 
Ini sekadar simbolik nak 'tunjuk' kenapa hubungan suami isteri berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah. Boleh dijadikan panduan untuk kita suami isteri muhasabah diri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah andai kita sayang hubungan kita dengan pasangan kita. Kita nak Allah jaga hubungan kita suami isteri, maka kita kena sama-sama jaga Allah dan agama juga.
 
 
Mungkin akan ada yang cakap, 'Elehhh, orang kapiaq takdak agama tu boleh ja hidup bahagia suami isteri sampai tua dan mati. Setia ja. Harmoni sentiasa hubungan depa.' Aduhaiii. Kenapa nak dibandingkan begitu? Itu lantak pi la kat depa. Jangan bandingkan langsung sebab tak patut pun.
 
 
Kita ni ada pegangan agama yang dijadikan panduan hidup. Sebagai hambaNya, memang kewajipan kita menjaga hubungan kita dengan Yang Maha Esa yang menciptakan kita. Kena sentiasa perbaiki. Sebab kita ni manusia yang lalai. Selalu mudah tersasar.
 
 
Jangan anggap diri kita ni dah cukup sempurna menjaga agama walaupun kita seorang yang bergelar asatizah. Sebab pasangan kita mungkin orang biasa yang ilmu agama tak setinggi kita. Maka kita tetap tak terlepas dari dugaan dan ujian dalam rumahtangga jika ada salah seorang dari kita ada yang jauh dari Allah. Takda jaminan jika kita rasa dah cukup jaga agama, pasangan kita pun sama juga. Kadang Allah nak uji, Dia akan beri kita pasangan yang berbeza 'aliran' dari kita. Jarang tapi tetap ada.
 
 
Pendek kata, siapa pun kita jangan mendabik dada. Takda manusia yang sempurna. Setiap kita ada kelemahan. Jadi kena sentiasa bermuhasabah diri dan perbaiki. Sebagai suami isteri WAJIB BUAT SAMA-SAMA dalam mencari redha Allah. Tak boleh cuma salah seorang saja.
 
 

 
 
Lelaki yang menjadi suami,
Sebagai nahkoda bahtera rumahtangga memang kena lebih struggle untuk mengemudi. Belajarlah. Belajar jadi imam yang boleh memimpin solat isteri dan seluruh isi keluarga. InsyaAllah akan terpelihara hubungan suami isteri sentiasa dalam suasana sakinah, mawaddah dan warahmah.
 
 
Perempuan yang bergelar isteri,
Kita memang takkan mampu menjadi 'pemimpin' dalam rumahtangga. Sebab itu fitrahnya. Jadi, ikutlah panduan yang diberi dalam agama ketika nak memilih bakal imam kita. Yang boleh memimpin tangan kita untuk sama-sama mencari redha Allah.
 
 
Sebenarnya dari awal kita dah boleh nampak pasangan kita jenis yang macam mana. Samada jenis menjaga agama/solatnya atau tidak. Allah akan tunjuk walaupun cuma sedikit saja 'hint' dariNya. Kena 'celikkan' mata hati. Jangan dibutakan kerana cinta.


Kalau perasan, memang kebanyakan suami isteri yang hubungan ada masalah samada kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tak jaga hubungan dengan Allah. Ini kenyataan nya tau. Sekeliling aku sendiri pun ada berlaku. Bukan sekadar cakap kosong dan menunjuk yang aku ni baik sangat. Aku pun ada kekurangan dan sama-sama masih belajar bersama encik CH untuk perbaiki. Cuma semua ni dari pemerhatian peribadi juga yang buatkan aku menulis dan berkongsi tentang ni. 
 
 
Hakikatnya, bukan semua dari kita dilahirkan dalam keluarga yang 'memegang' agama juga. Macam keluarga aku sendiri dan juga encik CH. Kami biasa-biasa saja. Cuma itu bukanlah alasannya. Andai kita suami isteri sama-sama cetek ilmu agama sebelumnya pun, bukan masalah untuk sama-sama juga berusaha perbaiki diri. Boleh sama-sama belajar dalam mencari agama dan mengejar cinta Allah. InsyaAllah Allah nampak usaha kita.
 
 
Kesimpulannya, macam mana pun kita WAJIB jaga Allah kalau nak Allah jaga kita. Begitulah.


Bisik-bisik :: Bukan ustazah cuma hambaNya yang masih usaha mengejar cinta Allah juga

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. betul tu...masih berusaha ke arah itu...semoga rumahtangga yang kita bina dilimpahi dengan keberkatan ALLAH SWT...aaminn2x

    BalasPadam
  2. baru tadi sembang dengan kawan-kawan..
    kita ni kahwin bersandarkan agama
    kalau agama letak belakang hura hara lah jadinya..

    BalasPadam
  3. saya pun ada baca perkongsian ni. begitulah kehidupan kan. makin kita dekat denganNya, semakin mudah perjalanan kita. in sha Allah

    BalasPadam
  4. Setuju! Yang ni kalau boleh like 1000x, saya like!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan