Relay ke Relationship?

Assalamualaikum. Hai!


Contoh ayat bebudak pompuan yang sedang angau mabuk cinta :

"Hope relay kita berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila. I  U bie!"


Relay? Seriuosly? Benda ni kan, sebenarnya dah lama aku perhatikan. Selama ni aku sekadar jadi pemerhati je. Malas nak ambik port. Lantak kome la. Tapi bila dah selalu sangat membaca status adik-adik kat fesbuk atau belog dorang kalau terjengah, aku rasa macam annoying pulak bila terbaca perkataan tu dengan struktur ayat yang langsung tak kena. Chewahhh. Struktur ayat bagai. Macam cikgu bahasa melayu pulak aku ni ha. Kui3.


Kekadang rasa macam nak sembur-sembur je ayat power sakti aku tegur keghairahan bebudak ni menggunakan perkataan 'relay' tu. Tapi tahap kesabaran tu masih berada pada paras yang tertinggi. Maka aku simpan je la dalam hati. Tak jadi la nak tegur. Kang tak pepasal aku lak kena sembur kata busy bodi. Ekeke. 


Bila buat tak tahu tu, rasa macam geli tekak pulak bile tiap kali terbaca kadang-kadang. Jadinya, ni aku nak buat kelas terjemahan perkataan bahasa inggeris buat mereka yang selalu tersalah guna perkataan tersebut. Tujuannya supaya lebih jelas penggunaannya mengikut struktur ayat yang betul. Ewah-ewah. Tetibe feeling cikgu pulak. Hehe. Meh belajar meh adik-adik sekalian.





Sudah jelas dengan maksud 'relay' tersebut? Tak faham lagi? Alahai...kesiannya. Aku siap gigih lagi buat rajah kat atas tu ha. Ish3. Selow sangat. Tu la. Lain kali rajin-rajin selak dan baca kamus tu. Ini tidak. Main semberono je hentam sebut. Konon sedap dengar ye. Aduhai adik-adik. Lawak betol la korang ni.


Harapnye lepas ni kalau nak tulis something yang ada kaitan dengan hubungan cinta tu, sila guna perkataan RELATIONSHIP tau. Bukan 'relay'. Contohnye macam ni..."Hope relationship kita berpanjangan dan berkekalan sampai bila-bila. I  U bie!" Akak paham korang tengah angau dan korang memang 'terer' speaking omputih. Tapi jangan la memalukan diri sendiri dengan menampakkan kekurangan kecerdikan tu ha. Sekian sahaja kelas terjemahan bahasa inggeris kita. Mekaseh. ;p


Bisik-bisik :: Oh my english! Ekeke.


11 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mungkin memang diorang maksudkan relay. diorang memang nak berganti - ganti pasangan mungkin.

    mintak dijauhkan! hoho.

    BalasPadam
  2. relay? :O adik nak relay ??comment kat post dia. hehe. mungkin nak high end punya words pun atau direct translate.

    BalasPadam
  3. sy tersilap membuat account make your own website. macam mana nk tutup account tu?

    BalasPadam
  4. budak2 skrg mmg advance..rosak bahasa..xsuke jugak bahasa budak2 skrg...

    BalasPadam
  5. @haikal blank :: ahaha..mungkin jgak kot..macam lari berganti-ganti pulak..kih3..

    BalasPadam
  6. @Namee Roslan :: hehehe..mungkin la dorang nak singkatkan dan dengar macam urban gitu bunyinye eh..macam-macam la bebudak skang ni..pening..

    BalasPadam
  7. @Nur Syaz :: err..apa maksud sedari ni? tersilap buat account kat mana tu?

    BalasPadam
  8. @Zura :: tu la kan kak..merosakkan bahasa serah je la kat depa..kite yg dah kertu ni memang susah nak terima..hehe..

    BalasPadam
  9. haha suka la entri ni.sy tak pernah lg tgok status mcm tu kat ex student sy. btw xkan depa xtahu relay tu apa.harap pasni depa tau.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan