Ikan Cencaru Masak Asam. Simple dan Sedap!

Rumah ni peti ais dah tak function. Belum repair. Aku pun macam lagi suka pulak peti ais tu mampoih. Sebab takde la dipenuhi leftover dan sayur yang terkulai layu konon simpan stok. Hahaha.

Walaupun fridge takde, tapi freezer ada la. Dulu family mertua aku pernah berniaga kedai makan kat rnr ajil nun. So, peti tu je la yang masih function untuk simpan lauk mentah dan masakan yang dibekukan.

Baru-baru ni masa nak keluarkan lauk nak masak, ada ikan cencaru dan ikan sebelah. Ikan sebelah tu aku goreng garing je. Untuk anak-anak. Aku dapat info dari kazen encik CH, yang keturunan depa (wan/tun) tak boleh makan ikan sebelah ni. Nanti akan jatuh sakit. Tapi itulah, dah berkali-kali jugak aku masak ikan ni sebab pak mertua beli. Alhamdulillah takde apa-apa kemudaratan. Mungkin sebab dah kahwin campoq kot eh? Jadi darah keturunan tu dah kebal gitu. Tiberrr. Hahaha.

Nama Lain Ikan Cencaru

Bila tulis pasal ikan cencaru ni, tetiba aku teringat yang ikan ni banyak betul nama panggilan. Mungkin ikut kawasan gamaknya. Aku pun tak pasti. Ini antaranya :
Sabah - ikan geronggong
Kelantan - ike kkhonge
Terengganu - ikan keras ekor
Tapi mostly orang sebut ikan jaket. Cencaru tu kira nama standard dia untuk satu Malaysia. 

Ada lagi satu nama samaran dia, ikan budak asrama. Hahaha. Katanya sebab yang duduk asrama memang selalu disajikan dengan lauk ikan ni. Encik CH cakap kalau hari tu menunya ikan, depa rela tak turun makan. Cehhhh. Memilih betul.

Menu Simple Ikan Cencaru

Back to the story. Ikan cencaru ni sebenarnya boleh masak macam-macam menu. Tapi selalunya memang orang buat masak sumbat sambal atau bakar je. Sebab dia kan kulitnya keras. Mostly orang malas nak siang buang kulit tu masa mentah. Leceh. Kalau tak kena gaya boleh luka jari masa duk menyiang ikan tu.

Aku sendiri pun kalau malas nak buang dia punya kulit tu, dua menu yang itu je la aku buat. Tapi bosan jugak kalau asyik repeat menu tu. Sudahnya hari tu, aku buat masak asam sebab rindu dengan masakan mak. Mak aku memang suka masak lauk ni. Sebab tu la jadi fevret aku tu.

Masak asam ni, guna ikan apa pun sedap je tau. Cara masak pun simple sangat. Kira cincai boncai main campak-campak je. Tak perlu bahan memacam pun. Janji cukup rasa masin, masam dan manis. Makan dengan nasi panas. Perghhhh. Nikmat!

Ni cara aku masak la eh. Aku ni memang pattern masak cincai dan simple. As usual. Hihi.



RESIPI IKAN CENCARU MASAK ASAM

Bahan-bahan :
Ikan cencaru kerat-keratkan pastu kunyitkan dia
Bawang holland seketul potong bulat-bulat
Halia muda 2 inci hiris halus-halus
Bawang putih 5 ketul ketukkan je
Bawang kecil 3 ketul hiris halus
Garam, gula, serbuk perasa, air asam jawa dan air secukupnya 

Cara masak :
1. Goreng ikan cencaru yang dah dikunyitkan kendian toskan minyak. 
2. Guna minyak yang sama, tumis bawang kecil, bawang putih dan halia.
3. Dah garing sikit, curah air asam jawa.
4. Bila dah gelegak, masukkan bawang holland dan ikan. 
5. Kalau nampak kuah macam sikit, tambah la air secukupnya.
6. Lepas tu jangan lupa masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Adjust la rasa dia bagi ngam masam, masin dan manis tu. Siap!

Sumpah sedap tau masakan cincai camni. Aku suka makan bawang holland dengan halia. Jadi ku letak yang itu je la. Tapi kalau korang nak add on sayuran macam tomato ke, bendi ke, ikut suka la. Kalau nak pedas, add on la hirisan cili padi ye. Bagi aku simple camni pun dah cukup dah.

Try la kalau tak pernah lagi rasa masak asam camna. Confirm nanti jatuh hati. Repeat masak berkali-kali.

Bisik-bisik :: Lauk simple is lazatness!

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan