Assalamualaikum. Hai!
Ini adalah mini album online CikSha. Saje je nak tempek gambar kesayangan-kesayangan kat sini. Korang nak belek pun boleh je. Tak kena bayar pun. Meh la berkenalan dengan mereka yang CikSha sayang sesangat ni. (^_^)
Keluarga kecil CikSha tanpa arwah abah. Adik beradik CikSha tak ramai. Ini je la yang ade pun. Tapi CikSha bersyukur ada mereka semua. Terima kaseh Allah kerana mengurniakan keluarga yang bahagia walaupun kecil je jumlah ahlinye. Alhamdulillah. Ini gambar zaman tok kaduk tahun 2006 kot. Anak dara lagi masa ni.
Tiga budak kesayangan aku. Iqbal Shareef, Ilyas Shafy dan Irsyad Sufi Zahin. Ini anak-anak kakak CikSha. Sayang sangat sebab si sulung CikSha yang bela dari lahir sampai CikSha kahwin. Yang nombor 2 dengan bongsu tu jadi anak susuan CikSha lagi tau. Mahunya tak sayang macam anak sendiri.
Family Maksu yang banyak susah senang dengan famili CikSha sejak dari kecik kedemek sampai la dah tua bangka ni. Sayang sangat kat family ni. Oh..ni gambar masa hari nikah CikSha 31 Ogos 2013.
Ayah dan Mak mertua tersayang. Sayang jugak kat depa berdua yang sudi terima CikSha sebagai isteri anak laki bongsu depa dan anggap CikSha macam anak sendiri bukan menantu. Gambar ni masa hari kenduri makan-makan majlis kahwin sebelah CikSha pada 1 September 2013.
Ayah dan Mak mertua tersayang. Sayang jugak kat depa berdua yang sudi terima CikSha sebagai isteri anak laki bongsu depa dan anggap CikSha macam anak sendiri bukan menantu. Gambar ni masa hari kenduri makan-makan majlis kahwin sebelah CikSha pada 1 September 2013.
Sedara-mara, adik beradik ipar, anak-anak sedara sebelah encik CH pun CikSha sayang jugak semuanya. CikSha ni family type person okay. Family is always my priority no matter what happen.
*Dikemaskini pada 6/6/2022.
