Saturday, 22 August 2020

Memori Raya Di Musim Covid



 Assalamualaikum. Hai!


Raya dah berlalu lama dah. Baru CikSha terhegeh-hegeh nak coretkan kenangan dalam blog bushuk ni. Suka betoi tulis entri basi. Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak upgrade langsung. Haishhh. Apa la nak jadi dengan pompuan ni kan? Harapnya dah masuk tahun baru hijrah ni, berubah la hendaknya. Hijrah jadi penulis blog yang lebih rajin menulis dan update blog. Mudah-mudahan. 


Disebabkan tahun ni kita terpaksa 'berperang' dengan si virus covid yang nakal tu, raya tahun ni ada perbezaan la sikit dari kebiasaan sebelum-sebelum ni. Rasa lain kan? CikSha pun tak terkecuali jugak. Sebab tu la nak coretkan juga kenangan raya tahun ni dalam blog. Simpan memori kemas-kemas. Nanti boleh baca balik. Oh, by the way salam maal hijrah 1442H buat pembaca blog CikSha. Terlupa pulak nak wish. Hihi. 




Memori Raya Puasa


Ikutkan giliran, sepatutnya raya puasa tahun 2020 ni balik Penang dulu. Spend puasa hari akhir-akhir Ramadan dengan famili kat Penang. Lepas tu terus beraya la kan. Nanti baru raya kat belah Ganu pulak. Tapi itulah nye, kita hanya merancang, yang menentukan semuanya hanya Allah. Dah tetiba 'tentera halus' tu mai menyerang, kita pun diarahkan gomen untuk 'berkurung' di rumah. Terima je la dengan hati yang redha. 


Jadinya sistem giliran terpaksa la dibubarkan. Tahun ni kita sambut raya dalam kesederhanaan dekat rumah je. Tak dibenarkan balik kampung dan merentas negeri. Tak digalakkan pergi beraya ke mana-mana rumah sedara-mara walaupun dekat. Begitulah penangan si covid. 


Cumanya CikSha untung sikit la sebab tinggal serumah dengan mertua dekat kampung ni. Dapat la jugak merasa suasana raya dengan orang tua. Walaupun tak dapat raya dengan mak sendiri. Mak pun ada kakak sekeluarga kat Penang. Jadi takde la terkilan sangat. Syukur alhamdulillah Allah bagi rezeki macam tu. Bukan semua orang dapat kan? 


Lagipun tahun ni memang semua terpaksa 'berkorban' tak dapat balik raya. Ipar-ipar lain yang duk belah Selangor sana semua tak boleh balik sini. Kiranya kami sekeluarga dan kakak ipar yang kerja sini jadi 'penyeri' la gembirakan hati mertua berdua tu. Hihi. 


Dalam tak meriah mana tu, CikSha masak menu untuk raya boleh tahan la jugak. Buat Mee Kari Penang. Penangan tak dapat balik raya kat Penang punya pasal. Hihi. Kakak ipar pun dah order satay sampai 100 cucuk. Dengan ketupat palas dan nasi impit lagi. Rendang daging, rendang ayam mak mertua masak. Lemang pun ada pak mertua order kat jiran depan rumah. Tudiaaa. Sakan betoi. Biar la suasana tak meriah pun, janji makanan meriah. Yang penting perut happy. 😝


Masa raya tu ada la jugak kami pi ziarah mak sedara yang dah tinggal sorang sebab arwah suami baru meninggal. Anak pulak tak boleh balik. Itu je la kisah hari raya puasa CikSha tahun ni. Syukur masih berkesempatan untuk sambut jugak kan walaupun tak macam kebiasaan. Meh layan gambar pulak. 


CikSha sekeluarga dengan mertua dan kakak ipar



Bersama mertua kesayangan. 


The 3 stujes. 


Cinta hati dan diriku. Ewah. 😜


Kami sekeluarga. ❤️


Juadah di hari raya. Yummy! 


Mee Kari Penang air tangan CikSha


Memori Raya Haji


Haa, kita sambung pulak dengan kisah raya haji. Alhamdulillah sebab PKP masa tu dah dilonggarkan dan dibenarkan untuk merentas negeri. So, kita rilek je la lepas pengumuman tu. Tak berebut dengan yang lain bersesak atas jalan balik kampung. Sebab dah plan nak ganti raya puasa yang tak dapat balik Penang tu dengan raya haji. Tunggu je la harinya. 


Dalam tempoh tu, kebetulan maksu sekeluarga mai Ganu sebab adik sepupu ada appointment dengan adik Shukor yang bespren dengan kerbau tu untuk shooting. Dapat la jumpa sat lepas dah settle kerja adik sepupu tu sebelum depa gerak balik kampung paksu kat Kelantan. Sebab maksu ingat kami tak dapat balik Penang masa raya haji. Dia siap bawak ole-ole dari Penang buat pengubat rindu CikSha kat Penang. Hihi. Comel ja maksu. Sebab tu sayang sangat! 



Maksu sekeluarga singgah Kuala Berang nak hantar ole-ole. Jumpa sat ja kat tepi KFC Kuala Berang sebab encik CH nak Jumaat. Maksu sekeluarga pun kejar masa nak balik kampung kat Kelantan pulak sebelum balik Penang. 



Tapi masa nak dekat harinya tu, ada la kat medsoc kecoh sikit pasal rentas negeri sebab kes positif covid meningkat pulak. Cuak betul rasa masa tu weh. Ye la kan, kita dah excited nak balik jumpa mak. Nasib la tak disekat. Syukur. Dapat jugak balik jumpa mak dan kesayangan yang lain kat Penang. Terima kasih Allah. 


So, 2 hari sebelum raya haji kami sekeluarga pun berdesup gerak balik Penang. Alhamdulillah jalan tak sesak menuju ke Utara. Tapi jalan nak ke Pantai Timur memang beratur la kenderaan. Sampai ada la 2 3 kali kami bertembung dengan kereta yang memintas dari jalan bertentangan tu. Fuhhh..seram weh! Mujur takda apa-apa insiden tak diingini berlaku. Nauzubillah.


Masa on the way balik Penang. Berhenti kat RnR apa tah nama kat Kelantan isi perut kejap dengan bekalan yang dah bawak. Sumpah taknak dah berhenti situ lain kali. 😌


Balik Penang kali ni tak dapat nak huha huha sangat ziarah bespren yang jauh dari rumah mak macam kebiasaan duk buat. Masa yang ada spend untuk ziarah sedara mara dengan bespren yang dekat rumah ja. Maaf na bespren yang lain. Jangan kecik hati. InsyaAllah lain kali balik Penang lagi CikSha pi jumpa hangpa na. 


Raya haji pertama CikSha pergi rumah kak sepupu, maksu dengan bespren yang lama gila tak jumpa cik Wahida. Raya kedua pulak pakwe ajak pergi ziarah kubur arwah abah pagi tu. Petangnye, kami sekeluarga (CikSha, kakak dan mak) pi ziarah mak ngah kat Sungai Petani sebab esoknya mak ngah nak admit wad untuk operation mata. Raya ketiga, kami pergi beraya rumah kazen kesayangan hati CikSha kat Balik Pulau sebab esoknya dah nak kembali ke 'sarang' Ganu ku yang tercinta. 


Gitulah kisah raya haji CikSha kat Penang. Seronok sangat sebab dapat jugak balik jumpa mak dan kesayangan hati kat sana. Maklum lah bukan boleh selalu balik kan. Setahun ada la 2 kali je dapat jengah mak. CikSha kan anak mak oii. Hangpa lupa ka? Hahaha. Dah kawen dan beranak pinak ni je kena 'berkorban'. Ecewah. Jom belek gambar pulak. 


Maksu dengan kazen kecintaan hati mai raya kat rumah pepagi raya. Lepas tu tengahari kita pi balas balik pergi rumah maksu. Rumah berselang lorong je. 



Bertandang ke rumah kakak sepupu.




Dengan bespren kesayangan cik Wahida. Pergi beraya melantak laksa sambil bergosip. Laki cheq sabar je menunggu bini dia ni gosip-gosip. Hahaha. 



Pagi raya kedua pergi ziarah kubur arwah abah.


Masa on the way ke rumah mak ngah, ternampak mercu tanda ni. Balik tu encik CH ajak singgah ambik gambar kat sini. Hajatnya dia nak panjat jentera tu. Sekali ramai orang berhenti nak bergambar jugak. Terus tersentot hajat beliau. Hahaha. 


Raya ketiga, berkunjung ke rumah kazen kecintaan hati kat Balik Pulau. 



Alhamdulillah. Dapat jugak coretkan kenangan raya di musim covid dalam blog ni. Hangpa tengok. Walaupun dah basi, CikSha ingat lagi tau semua apa yang berlaku pada hari kejadian. Tu pasai asyik duk bertangguh nak menulis. Haha. 


InsyaAllah. Lepas ni nak ubah sikit la tebiat ni. Nak cuba istiqamah update blog setiap hari dan coretkan kenangan tu tak tangguh-tangguh lagi. Ye ke tu? Hihi. Moga Allah izin dan bagi kelapangan masa serta idea yang mencurah-curah. 


Bisik-bisik :: Kenangan dengan kesayangan kena abadikan untuk tatapan masa depan. 



4 LOVE NOTES

  1. Alhamdulillah syukur masih berpeluang beraya dengan keluarga yang ada. Musim Covid ni banyak aktiviti biasa kita terbatas. Hebat ingatan Kak Sha cerita raya puasa sampai ke raya haji tu.

    ReplyDelete
  2. Salam, blogwalking here. done follow blog ini. wah best jalan bersama keluarga kan kak.:)

    ReplyDelete
  3. Samalah kita, ramai adik beradik tak dapat balik sebab PKP. Nasib baikla rumah kita dekat dengan makpak..merasalah beraya dengan family jugak..alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. syukur dapat juga beraya dengan keluarga tersayang kan, kenangan raya tahun ni memang akan dikenang sampai bila-bila

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com