Women Desiree Dicetak Rompak?

Assalamualaikum. Hai!


Bagi yang dah lama kenal aku, mesti dah tahu aku ni salah seorang WD Lovers. Dari tahun 2016 sehingga kini aku masih setia mencalit krim awet muda tu. 

Hari ni aku nak kongsi dengan korang pasal isu yang timbul tentang produk Women Desiree. Betul ke ada yang ori, ada yang fake? Macam mana boleh timbul masalah ni? Aku yakin mesti ramai pengguna yang keliru. 

So, sebagai seorang Dealer WD dari tahun 2016, aku rasa bertanggungjawab untuk jelaskan juga pada korang tentang isu ni. 

Women Desiree Dicetak Rompak? 

Baru-baru ni timbul isu yang Women Desiree dicetak rompak. Kalau korang rajin layan tiktok dan mostly korang layan video bab kecantikan macam mekap atau beauty hacks, mesti perasan duk lalu lalang iklan WD. 


Kadang bila tertengok rasa macam kelakar pun ada. Try hard sangat okay pihak di sana tu. Yang sorang asyik duk mention diri tu doktor. Sebelum ni beria taknak tunjuk siapa formulator WD tetiba ada video tampilkan dia. Lepas tu dituduh pulak founder WD fake. 😌


Aku ni dah lama follow founder WD tau. Dari tahun 2016. Jadi aku tahu siapa yang banyak bekerja keras nak naikkan nama WD. Belum buta lagi aku ni ha.


Sebenarnya TAKDA isu cetak rompak pun. WD cuma ikut owner dia yang naikkan branding nama dia tu je. Puan Nad adalah pemilik brand Women Desiree (WD). Berdaftar dengan MyIPO. Yang duk usung nama WD dari tahun 2014 hanya di platform online. Dari zero to hero. Dari tak dikenali jadi viral. 


Bila ada masalah dalaman (peribadi), Puan Nad tarik diri dan jual saham dia dari syarikat Adleesya Beauty. Terkini, Puan Nad telah membuka syarikat baru iaitu Nadeen Beauty dan membawa bersama 'harta' dia Women Desiree tu. Buat produk baru, Women Desiree Ageless Cream (WDAC). 


Tapi dia masih benarkan syarikat Adleesya Beauty untuk menggunakan brand WD buat masa ini sebab nak bagi peluang memasarkan produk Women Desiree Triple Advance (WDTA) yang masih ada stok. Takde isu cetak rompak ke apa. 


Produk WDTA dan WDAC pun berbeza formula dan ke'berkesanan'nya. Ada keunikan tersendiri kedua-duanya. 




Kenyataan Rasmi dari Founder Women Desiree

Aku pun taknak ulas panjang. Pada aku ini adalah isu dalaman di antara Puan Nad dan ex-husband dia yang dah bawa haluan masing-masing. Perkara normal bila dah tak sehaluan pasti ada percanggahan bila dah tak bersama. Sebab sebelum ni kan bawah satu payung walaupun yang lebih berusaha tu pihak perempuan. Begitulah. 😔


Jadi, aku kongsikan sendiri kenyataan dari Puan Nad yang ditulis di wall Facebook peribadi dia. Tarikh nukilan adalah pada 6 Mei 2023. 

Ikutkan saya taknak ambil pon nama WOMEN DESIREE ni. Namun di sebabkan permintaan orang orang kuat yang bersama sama naikkan nama WOMEN DESIREE DALAM PASARAN. 

Mereka sendiri nak saya bawa nama WOMEN DESIREE dan WOMEN DESIREE ni juga memang berdaftar under MYIPO di bawah nama saya. 

JADI UNTUK MEREKA, 

Saya ambil keputusan untuk bawa nama WOMEN DESIREE (WD) Di bawah keluaran syarikat baru saya, Nadeen Beauty. 

Kenapa pengedar masih nak kekal di bawah bimbingan saya. Itu jangan tanya saya. Saya tak rasuah diorang apa apa. Malah diorang yang sanggup nak berjuang sama sama untuk bantu saya bangun selepas kejatuhan. 

Alhamdulillah jatuhnya saya, jatuh bersambut. 

Saya tak sempat nak rasa sedih atas kehilangan apa yang saya telah bangunkan selama ini sebab ada beribu orang di belakang saya yang memberi sokongan untuk terus saya bangkit untuk berjuang. 

Jadi kalau orang lain PERCAYA dengan kemampuan saya. Takkan saya sendiri tak boleh bangun untuk perjuangkan diri saya sendiri. 

Terima kasih buat semua yang masih percayakan saya untuk membawa nama WOMEN DESIREE dalam pasaran. 

Memang ada kekeliruan berlaku tapi saya masih benarkan pihak di sebelah sana membuat pasaran sehingga tarikh expired terakhir pengeluaran terakhir ketika saya masih di dalam syarikat sana. 

Rezeki masing masing kan. 

Saya niat untuk mempermudahkan urusan sahaja. Kalau lebih lebih sangat nanti saya sendiri akan keluarkan surat untuk berhentikan penjualan serta merta UNTUK TIDAK menggunakan sama sekali Trademark WD. 

Harap sedikit kenyataan ini membantu. 

WOMEN DESIREE TAKDE CETAK ROMPAK YANG CUMA ADA WOMEN DESIRE DENGAN FORMULASI BARU YANG LEBIH EFEKTIF DAN BERKESAN. 

Di proses dari kilang berbeza dan chemist yang berbeza dengan kesan yang sangat berbeza. 

Semoga kenyataan ini dapat membantu kekeliruan yang sedang berlaku kepada PENGGUNA. 

Saya yang di kenali dulu dengan nama Nad Adleesya sekarang dah bertukar nama jadi NAD NADEEN DI BAWAH SYARIKAT NADEEN BEAUTY. 

Begitulah dengan produk saya, di kenali dengan WOMEN DESIREE DI BAWAH KELUARAN SYARIKAT LAMA SEKARANG BERALIH KEPADA SYARIKAT BARU SAYA NADEEN BEAUTY. 

Akhir sekali, maaf atas kekeliruan yang berlaku. Saya yakin rezeki dari Allah. Saya cuma mampu buat apa yang saya mampu. 

Saya tak rampas apa apa pon sebenarnya. Sebab memang dari awal keluarnya BRAND WOMEN DESIREE adalah hasil usaha sepenuhnya dari saya, hasil titik keringat idea buah fikiran dari saya dan saya juga yang memimpin agent stokis saya dari dulu sehinggalah sekarang. 

Terima kasih untuk semua yang bersama sama dengan saya dan percaya dengan hasil usaha saya dari dulu hinggalah sekarang untuk WOMEN DESIREE. 

#NADNADEEN #FOUNDERWOMENDESIREE

Untuk lebih kepastian, korang boleh baca sendiri kenyataan yang sama kat Facebook Puan Nad di sini : 



Founder Women Desiree
FOUNDER WOMEN DESIREE DENGAN PRODUK WOMEN DESIREE AGELESS CREAM


WD Lovers Selamanya

Apapun, aku masih akan setia dengan WD. Sebenarnya aku masih pakai WDTA walaupun dah tak jual (ada stok simpanan peribadi), WDAC ni pun aku pakai juga. 


WDAC dah keluar di pasaran secara rasmi awal Mei lalu. Soft lauching product pula dibuat pada 21 Mei. Aku je masih menunggu stok sampai kat tangan. Tak sabar nak tunggu stok tau. Kena ikut giliran sebab pengeluaran by batch. Kilang buat ikut batch. Dah 100,000 unit tempahan secara pre-order hanya di pasaran online je tau. Jenuh kilang pulun nak siapkan produk. 


Power gila marketing Puan Nad, kan? Hanya kat platform online je tau dia buat. Tu tak buat marketing berbayar pun. Free cost marketing je dengan self branding dan the power of support from dealer and stockist yang masih setia dengan Puan Nad. Bukan kaleng-kaleng.


Korang kalau berminat nak cuba juga WDAC, boleh roger aku okay! Aku dealer untuk produk ni juga. Sekarang tengah harga pengenalan , RM50/unit. Bulan Julai 2023 nanti akan dijual pada harga sebenar. Berapa ringgit harga sebenar tu belum dipastikan secara rasmi lagi. 


Jadi kalau nak untung berganda, sekarang la korang kena order. Per-order with payment tau. Siapa dah bayar dulu dia yang dapat awal. Ikut giliran sebab aku pun kena tunggu giliran. Padan muka aku sendiri sebab bayar lambat untuk lock produk. Hahaha.


Bisik-bisik :: Produk WD memang tak diragui ke'berkesanan'nya tau. 

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Assalamualaikum..kira wdta masih ada dan dijual sampai bila2 lah ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih lagi dijual. Tapi tak pasti akan diteruskan ke tak pengeluarannya sebab syarikat lama yang handle. Pn Nad sekarang dah buka syarikat baru.

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan