Tempoh hari (15 Ogos), aku berpeluang bersama-sama ikuti Bengkel Misi ke Asrama Penuh Jelajah Terengganu Siri 2 anjuran Fly High Education Centre (FHEC) di UniSZA. Masa tu program dah hari kedua berlangsung. Hari pertama aku tak dapat join sebab seharian tu ada program Himpunan OKU Terengganu anjuran Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Terengganu (MTOT) kat Masjid Rusila, Marang.
Aku pergi bengkel ni sekali dengan abang Adan. Bagi dia sendiri rasai macam mana pengalaman ikuti bengkel tu. Mungkin boleh buka mata dia, nak masuk asrama macam mana persediaan yang kena ada. Tapi itulah, dengan aku sekali 'terbuka mata'. Hihi.
![]() |
| Antara gambar sepanjang sesi perkongsian subjek bersama cikgu-cikgu FHEC |
Pendapat Tentang Sekolah Asrama Penuh
Sebelum tu, aku nak kongsi dulu tentang pendapat aku berkaitan sekolah asrama penuh. Ikutkan aku, hati ni berbelah bahagi nak bagi anak masuk sekolah asrama. Mungkin sebab aku dulu tak pernah masuk asrama. Bukan keputusan UPSR dan PMR aku tak melayakkan aku masuk asrama. Tapi sebab mak yang tak merelakan aku masuk asrama. Katanya aku ni manja. Nanti kena buli. Hahahaha. Mungkin itu juga yang mempengaruhi aku bila aku dah ada anak.
Kalau encik CH pulak, dia tak kisah sebab dia dulu pernah duduk asrama. Bagi dia, duduk asrama okay je. Yang penting pandai bawa diri. Jadi dia takde masalah kalau anak masuk asrama.
Untuk anak pulak, dia memang nakkkkk sangat masuk asrama terutamanya MRSM. Lagipun kalau ikutkan pencapaian dia kat sekolah, memang cemerlang dan selalu dapat nombor satu. Semua orang pun syorkan dia masuk sekolah asrama.
Haiii..entah la ye. Semoga Allah bukakan pintu hati aku dan hilangkan kegusaran yang buat aku overthinking, demi masa depan anak.
![]() |
| Anak-anak rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari |
![]() |
| Jualan buku latihan PKSK, UASA dan lain-lain keluaran FHEC |
Bengkel Misi Ke Asrama Penuh Yang Mengujakan
Masa bengkel ni, sangat ramai bebudak bijak yang bersemangat dengan Misi Ke Asrama Penuh ye. Seronok dan teruja pulak tengok.
Masa sesi jawab soalan, berebut memasing angkat tangan nak jawab. Pantas dan laju. Aku confirm bebudak ni semua akan pass nak jawab exam untuk PKSK nanti rasanya.
Hari kedua ni ada perkongsian untuk subjek Bahasa Melayu, Matematik dan Pengetahuan Am dari cikgu-cikgu hebat Fly High Education Centre.
✍️ Artikulasi Penulisan bersama Cikgu Bob
➗ Matematik bersama GB Shahril
🌏 Pengetahuan Am bersama Sir Halim (Sir Koala)
Hari pertama yang aku tak dapat join tu ada perkongsian untuk subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Kecerdasan Insaniah.
📚 Bahasa Inggeris bersama Teacher Manisah
🔬 Sains bersama Cikgu Shukry
🧠 Kecerdasan Insaniah bersama Sir Halim (Sir Koala)
Anak-anak bukan diperkasakan dengan ilmu, teknik dan strategi untuk menghadapi PKSK saja tau. Dorang juga dapat mengasah kemahiran berfikir dan cara membina keyakinan diri. Dan aku baru tahu, yang istimewanya bengkel ni sebab ada perkongsian Kecerdasan Insaniah tu. Sebab yang tu takde ajar kat sekolah. Team FHEC buat khas untuk anak-anak yang sertai bengkel ni. Terbaiklah!
![]() |
| Slot istimewa bersama Dato' Dr. Sheikh Muszaphar |
Slot Istimewa Bersama Angkasawan Negara
Sebelum bengkel berakhir, ada slot istimewa motivasi bersama Duta FHEC - Dato' Dr. Sheikh Muszaphar (angkasawan negara). Rezeki betul aku dapat turun bengkel ni sebab berpeluang tengok orang hebat depan mata walaupun dari jauh. Ada ajak abang Adan pergi minta tandatangan idola dia tu, tapi dia malu. Aku pun malu jugak. Hahaha. Jadi ambil gambar dari jauh je la. Bukti pernah 'jumpa'.
Masa ni, ibu bapa yang hantar anak masuk bengkel ni pun dapat turut serta dalam slot istimewa ni. Seronok dengar perkongsian dari angkasawan negara kita. Tentang pengalaman beliau naik ke bulan untuk pelbagai misi. Beliau juga ada kongsikan tentang anak-anaknya yang bersekolah di sekolah asrama penuh. Selain itu, beliau turut memberi nasihat dan peringatan kepada ibu bapa tentang kemasukan anak ke sekolah asrama.
Masa slot ni la yang 'membuka mata' aku tentang hakikat sebenar anak ke sekolah asrama. Kata-kata dari Dato' Dr. Sheikh Muszaphar memang terus tepat 'tembak' aku. Maklum le aku kan overthinking pasal keadaan anak kalau masuk asrama. 😣
![]() |
| Pelancaran 2 permainan interaktif dari FHEC |
Pelancaran Permainan Interaktif FHEC
Selain slot 'motivasi' dan perkongsian dari Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, beliau juga telah merasmikan 2 permainan interaktif hasil kolaborasi FHEC bersama D'Blox. Rupanya mostly anak-anak memang main game roblox termasuk abang Adan. Masa cikgu FHEC sebut 'Siapa yang mak dia marah dia main roblox?', abang Adan pandang aku dengan mata kecik dia sambil angkat tangan. Hahahaha. Bertuah punya anak!
2 permainan interaktif tersebut ialah :
🎮 Jejak Wahyu - membantu pelajar mempelajari subjek Sirah UPKK dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
🎮 PKSK Onboard: Misi Ke Asrama Penuh - membantu pelajar membuat ulang kaji PKSK secara lebih interaktif.
Anak kembar Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, yang jadi pemain pertama mainkan permainan interaktif Jejak Wahyu dan PKSK Onboard selepas pelancaran. Memang menarik sangat game nya. Mak tak jadi nak marah dah anak main roblox lepas ni. Hihi.
![]() |
| Perkongsian dari kak Yaya dan Wazif |
Kejutan Dari Alumni FHEC
Slot ni paling aku tak sangka ye. Memang kejutan betul. Masa tu aku ajak kak Yaya (rakan blogger) yang hadir juga untuk jumpa sekejap sebab dah lama kami tak jumpa. Hampir 6 tahun rasanya.
Sekali rupanya, anak kak Yaya, Wazif ada juga kat situ. Dia outing. Jadi kak Yaya bawa ke bengkel ni sebab dia nak jumpa mantan cikgu-cikgu FHEC yang pernah ajar dia. Maka, ada slot perkongsian dari Wazif dan kak Yaya bersama semua audiens yang ada dalam dewan.
Tahniah adik Wazif! Testimoni (bukti) sebenar FHEC yang berjaya. Kak Yaya pun hebat!
![]() |
| Kak Yaya dan seketul Sakdah |
Cadangan Untuk Ibu Ayah
Untuk parents yang ada anak Tahun 5 dan 6 next year (2027) dan memang dah target nak anak masuk asrama, aku syorkan sangat hantar anak-anak join program anjuran FHEC ni tahun depan. Memang setiap tahun FHEC akan buat siri jelajah di setiap negeri untuk Bengkel Misi Ke Asrama ni.
Kalau nak daftarkan anak-anak ambil tuisyen dengan FHEC pun sangat digalakkan. Dorang memang buat tuisyen secara online tau. Buktinya adik Wazif tu la, pelajar tuisyen FHEC dari Terengganu yang dah berjaya masuk asrama penuh. Aku lupa kak Yaya sebut nama sekolah dia apa. Tapi sekolah asrama penuh terbaik yang ada kat Terengganu ni.
FHEC juga ada buat jualan buku-buku latihan untuk persediaan anak-anak hadapi PKSK. Korang boleh dapatkan setiap kali FHEC buat siri jelajah ni atau mungkin juga boleh dapatkan secara online.
Korang boleh ushar sini : Fly High Education Centre
Apa-apa pun, 'pelaburan' yang memang berbaloi dengan FHEC untuk persediaan anak ke asrama. 👍🏻
Bisik-bisik :: Nak bagi anak masuk sekolah asrama pun kena buat persediaan tau. Bukan anak je, parents juga. Persediaan emosi terutamanya. Hihi.
Tags
pendidikan






