Kisah Keguguran Yang Tak Dijangka

Beberapa hari sebelumnya, ada keluar spotting secalit. Tak syak apa pun sebab takde rasa sakit. Maka aku pun jalani kehidupan macam biasa.

Sehari sebelum kejadian (Rabu 17 Jun), ada la buat kerja² rumah yang lebih sikit dari biasa. Entah. Macam tetiba nak buat semua tu. Membebel sesambil mengemas sepah yang anak² buat dan membasuh barang² yang guna masa buat kenduri arwah yang terkedang punya lama kubiarkan. Masa buat semua tu kan, memang ada la bebai sikit. Macam tiberrr je perangai tu nak bebai². Lupa yang diri tu mengandung. 😌

Hari kejadian (Khamis 18 Jun), pagi tu siap join online meeting lagi. Sebab aku kena bagi laporan jugak bahagian tugasan aku. Maklum le suri rumah bizi berpersatuan gitu. 😆

Petang tu dah nak maghrib tetiba rasa krem macam contraction. Sekali tu je. Tapi tak sakit sangat. Mild je rasa dia. Ada bleeding juga sikit. Bukan spotting macam hari tu dah. Masa tu hati dah rasa tak best. Aku ajak encik CH pergi klinik lepas maghrib.

Sampai Klinik Wildan (swasta) rasa contraction tu makin kerap. Tunggu turn kena panggil rasa macam lambat bebenor. Huhu.

Bila dapat turn, jumpa je doktor terus cerita kronologi. Doktor check tekanan darah, tinggi bacaan. Dia pun suspen. Tapi aku tak rasa apa pun macam pening ke nak pitam ke. Takde. Rasa contraction tu je sekali sekala. Pastu dia suruh baring, nak scan.

Scan, nampak kantung. Tapi janin missing in action. Muka doktor dah berubah masa tu. Aku blur ayam lagi. 😌 Ada la rasa macam tak seronok jugak bila tengok hasil scan dan dengar doktor explain.

Dia cakap, 
'Ni kantung awak. Kalau ikut ukuran, memang saiz yang sepatutnya ikut minggu pregnancy awak. Tapi saya tak nampak janin awak. Yang putih², tersembunyi tu saya tak pasti apa. Takpe la. Mungkin pundi kencing awak tak penuh. Awak pergi minum air kat luar dulu. Lepas tu nanti kencing. Saya nak check air kencing dulu.'


Gambar masa dalam ambulan sebelum gerak dari HHT ke HSNZ, nota discaj dan masa warded kat HSNZ.



Aku pun keluar bilik doktor terus pergi tandas. Masuk je tandas nak cuba kencing, taknak keluar pulak kencingnya. Betul la tu pundi kencing aku tak penuh. Aku keluar balik, duk rilek² dulu minum air coway bergelas-gelas. Kot la lepas tu rasa nak kencing. 

Tiber rasa macam boleh dah kot nak kencing. Masa tu rasa contraction memang duk berasa lagi. Masuk tandas kali kedua untuk kencing. Sekali 'brupppppp' turun darah macam air paip. Ada rasa macam ketulan jugak keluar masa tu. Dia macam 'blopp', jatuh dalam lubang mangkuk tandas. Tengok macam ketulan darah beku besar. Aku dah panik. Sampai tak terfikir nak panggil nurse ke apa. Boleh pulak pergi flush. 😫

Keluar tandas minta pad kat nurse cakap darah turun non-stop tiba-tiba. Tapi pad takde, pampers dewasa je ada. Rembat je la sementara waktu. Pastu nurse bagitau doktor. Doktor panggil masuk, explain kata mungkin aku treaten miscarriage. Dia refer aku pergi Hospital Hulu Terengganu. Dia minta pergi terus ke kecemasan.

On the way pergi tu makin kerap pulak rasa sakit contraction tu. Memang duk rasa darah non-stop keluar. Sampai turn kena masuk baring kat wad kecemasan tu, doktor scan. Dia kata tak nampak kantung. Tapi macam ada benda lagi dalam rahim. Ehhh..tak faham aku. 

Dia start buat prosedur korek mengorek. Masuk mulut itik dengan tarik pakai forcep. Suruh aku batuk berkali-kali sambil dia menarik-narik apa yang tertinggal. Memang keluar banyak la darah yang berketul-ketul. Lepas je prosedur tu, terus rasa sakit contraction tu hilang camtu je. Macam feeling lepas beranak baby dah keluar, lega gitu.

Dia scan semula. Panggil ketua dia minta tengokkan. Pastu tiber aku kena suspek ectopic pregnancy oleh doktor tu. Katanya sebab dia ada nampak macam free fluid. Takut ada pendarahan dalaman sebab ectopic pregnancy. Pastu dia cakap tak nampak kantung dalam rahim. Terus aku kena refer Hospital Sultanah Nur Zahirah pulak. Merasa la naik ambulan buat sekian kali di tengah malam buta.

Hazabedah ye terbaring dalam ambulan. Rasa perjalanan jauh betul dengan terhentak-hentaknya. Sabar je laaa.

Sampai sana dalam pukul 2 pagi (Jumaat 19 Jun), aku kena refer kecemasan zon kuning. Merasa lagi prosedur yang sama macam kat Hospital Hulu Terengganu. Sebab doktornya nampak macam ada benda lagi dalam rahim masa scan. Tapi tak pasti apa. Dia korek², minta aku batuk berkali-kali, bruppp dapat keluarkan benda tu.

Masa prosedur ni kan, aku tak boleh lupa dia duk repeat berkali-kali, 
'Ya Allah banyaknya darah awak keluar ni. Takut saya tengok. Nurse, masukkan drip ubat berhenti darah untuk dia. Awak ada rasa pening² nak pitam tak ni?' 

Masalahnya aku tak rasa apa² pun. 😌

Oh ya, yang kena korek tu ketulan darah beku rupanya sebab bila dia scan semula dah tak nampak dah lagi. Free fluid yang macam kena complain dari Hospital Hulu Terengganu pun takde sebenarnya. Yang syak kata ectopic pregnancy tu pun macam bukan sebab memang tak nampak pun kat mana² tersesat janinnya. Tapi doktor cakap masih incomplete miscarriage sebab ada POC lagi tak dapat nak tarik. 

Aku direhatkan kat zon kuning wad kecemasan tu dulu lepas prosedur sebelum masuk wad gynae. Punya la baik nurse yang jaga aku masa kat wad kecemasan tu. Tolong lapkan kaki aku yang penuh darah kering, salinkan baju & kain aku yang basah kena darah yang masih keluar, bagi aku minum. Terima kasih nurse yang bernama Farida Amelia. Moga Allah balas segala kebaikan dengan rezeki dalam segala bentuk untuk nurse.

Kena tolak masuk wad dalam pukul 6 pagi camtu rasanya. Aku kena masuk wad sebab plan nak buat ERPOC a.k.a cuci rahim. Doktor takut nak buat lebih² secara manual masa kat emergency sebab aku ada parut czer. Kang jadi benda lain pulak katanya.

Dah siap dah surat semua untuk masuk dewan bedah nak buat prosedur cuci rahim. Aku dah sign surat dan borang. Dah berpuasa hampir 12 jam sejak masuk wad Subuh tu. Tapi tetiba doktor pakar nak tengok lagi sekali dulu.

Petang tu aku kena panggil masuk bilik scan. Dia scan, dan cuba tarik lagi yang tak boleh nak tarik tu. Kali ketiga merasa prosedur masuk mulut itik, dikorek guna forcep, dan batuk² nak memudahkan prosedur tarik menarik. Pluppp, dapat tarik. Scan lagi sekali, nampak nipis dah ukuran benda dalam rahim. Mungkin darah beku agaknya. Jadi doktor plan nak cucuk ubat kecut rahim biar benda tu turun sendiri dan pantau aku 24 jam lepas prosedur tu. Lepas tu kena makan antibiotik. Cancel prosedur cuci rahim.

Pukul 10 malam camtu, nurse datang cucuk ubat kecut rahim kat peha aku. Sakit namampos weh masa ubat masuk. Huhu. Lepas tu aku kena makan ubat antibiotik.

Esoknya (Sabtu 20 Jun), masa mandi pagi aku perasan ada ketulan keluar sekali. Maybe yang tertinggal tu la kot. Masa ward round, doktor pakar nak scan lagi sekali nak tengok kesan dari cucuk ubat kecut rahim tu. Lepas tu dia nak tunggu surat dan gambar scan dari klinik Wildan dulu untuk pengesahan yang betul ada nampak kantung masa scan kat sana. Dia nak pastikan betul² aku bukan ectopic pregnancy yang macam doktor Hospital Hulu Terengganu syak. Dia dah tengok semua dan puas hati, baru dia lepaskan aku discaj katanya.

Tapi itulah, kena hold lagi aku dalam wad. Doktor tak sempat scan sebab hari tu jadual penuh dengan kes pembedahan. Surat dan gambar dari Wildan pun belum dapat kot. Bermalam lagi aku kat situ.

Esok paginya (Ahad 21 Jun), baru doktor pakar scan aku lepas ward round. Alhamdulillah dah kosong rahim aku. Pintu rahim pun dah tak terbuka lagi katanya. Gambar scan dari Klinik Wildan pun dah dapat agaknya. Doktor diagnos  aku complete miscarriage. Boleh discaj. Tapi itulah, tunggu surat discaj pun jenuh. Pukul 8 malam baru dapat.

Pasal gambar scan dan surat rujukan dari Klinik Wildan tu, kesnya tertinggal masa doktor Hospital Hulu Terengganu (HHT) iring aku naik ambulan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dah gerak tetiba doktor cakap kat nurse, 'Alamak! Saya tertinggal pulak surat dengan scan dari Wildan. Takpe la. Kita bagi surat rujukan dari kita je.'

Aku dalam hati, 'Pulakkkkk..' Tapi tak tercakap apa² la. Aku penat baru lepas kena korek pastu terhentak² pulak dalam ambulan tu. 

Masa kat HSNZ, doktor kat situ bebel la jugak bila aku cerita kronologi dari awal. Dia cakap, 'Mana boleh buat macam tu. Nak refer tapi tinggal yang patient bawa scan dengan referal letter dari klinik. Duit patient tu. Patient bayar.' Aku diam je la dengar dia bebel. Nak kata apa. Aku pun silap jugak. Tak snap gambar surat dengan scan tu. Terus bagi je kat sana. Masa scan pun tak rakam video. Kalau tak boleh jadi bukti, tak payah nak tunggu² camtu.

Aku rasa, sebenarnya kantung dah jatuh masa kat Klinik Wildan tu lagi. Mungkin sebab tu dah tak nampak kantung masa scan kat HHT. Tu yang aku kena suspek mengandung luar rahim (ectopic pregnancy) tu. 






Masa warded aku banyak sembang dengan Google AI Mode. Taknak sembang dengan ChatGPT dan Gemini. Depa assisstant aku buat kerja je.



Hmmm..pengalaman. Aku pun masa kat klinik Wildan tu panik semacam. Dah tak terfikir apa². Tak ingat nak ambik gambar semua. Padahal spesis suka snap semua benda jadi bukti. Dengan layan sakit ala contraction nya, darah duk keluar macam air paip lagi. Huhu. Lepas dari HHT tu baru la ada aku snap gambar sikit untuk kenangan macam yang aku letak dalam blog ni. Sebab masa tu dah tak sakit dan tak panik.

Merasa la prosedur bersihkan rahim sampai 3 kali kena korek. Merasa 2 kaedah scan : dari bawah dengan alat yang panjang tu (TVS Scan) dan scan kat atas perut.

Begitulahhhh.

Kalau tak, hari ni (Isnin 22 Jun) aku ada temujanji buat buku pink. Ambil tarikh masa kandungan dah 7 minggu camtu kot. Bukan rezeki aku la tu nak melalui fasa mengandung lagi. Ada la tu hikmahnya. Walaupun sedih la jugak sikit. Anak² pulak dah excited. Aku pun masih rasa ralat sebab anggap yang spotting memula tu takde apa² sebab tak rasa sakit apa pun masa tu. Lepas tu kemain lasak lagi. Bila teringat, menangis la juga. 🥺

10 minggu 5 hari je Allah bagi izin aku mengandung kali ni. Semalam masa last kat wad, masa doktor ward round, pakar ada tanya aku nak mengandung tak lagi lepas ni. Kalau nak, dia nasihatkan aku rehat dulu sekurang-kurangnya 6 bulan. Bagi rahim sihat betul². Lepas tu kena turunkan sikit berat badan. Kalau tak, nanti ada risiko keguguran lagi. Dia cakap, aku keguguran kali ni mungkin sebab faktor umur dan berat badan. Betul la tu rasanya. Dah awal 40an, berat pun kategori overweight tahap 1. Takpe la. Start waktu pantang ni aku diet betul² sampai selim. Hahaha.

Masa 4 hari kat wad tu kan, puas la jugak layan blues. Sekejap² menangis. Terasa kehilangan gitu. Encik CH pulak tak sudah² duk pujuk aku (picit bahu, usap kepala, cakap 'takpe la sayang') masa waktu melawat. Mencik tau! Aku dah la spesis kememek. Buat² kuat depan orang pun, dalam diam nangis juga senyap² bila sensorang. Yihhhhh. Pastu semalam masa anak² sambut aku bila dah discaj, depa duk tanya 'baby mana ummi?' 😫😭

Tadi, aku pergi Klinik Kesihatan nak pergi ambil buku pink lama aku (masa pregnant Umar) yang tinggal sana masa booking appointment hari tu. Nak maklum juga yang baru keluar wad dan dah keguguran. Tak jadi nak buat buku. Nak ambik buku lama je. Nurse yang jaga aku terkejut. Pastu dia siap nak bagi lagi buku pink baru aku yang dia dah siap tulis semua info tu. Tapi tak jadi bagi la. Nurse lagi sorang kata takpe la, depa simpan je buku tu. Nanti kalau mengandung lain, datang je buat buku. 🥹

Begitulah kisahnya macam mana kejadian keguguran aku alami. Tak jangka nak jadi. Allah nak bagi merasa juga la tu macam mana rasanya bila keguguran. Mungkin juga janin tak sihat masa proses pembentukan awal ni. Entah la sebab aku tak sempat buat scan awal sebenarnya. Huhu. Lepas aku check UPT positif tu aku pergi KK ambil tarikh appointment je. Memang plan nak scan sebelum tarikh buat buku pink. Sedang elok nak scan sebab dah 10 minggu usia kandungan. Tapi itulah. Tak kesampaian.

Ada la tu kan sebabnya? Allah je yang tahu. Mungkin bukan waktu yang sesuai. Lagipun aku ada komitmen lain sebagai pembantu suami jadi care taker ibunda kami yang kesihatan pun tak menentu tu. Banyak hikmah sebenarnya. InsyaAllah aku reda. Andai masih ada rezeki, next time aku merasa la moment mengandung lagi nanti sebelum menopos. Hahahahaha.


Bisik-bisik :: Semua yang berlaku dalam hidup kita ada sebab dan hikmah disebaliknya.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan