Review Filem : Sir. Lakonan Dhanush Mantap!

Assalamualaikum. Hai! 


Rindu nak tulis review movie. So, entri kali ni nak review pasal filem Telegu yang baru aku dengan encik CH layan kat Netflix. Kalau korang nak tahu, aku ni memang peminat filem Kollywood (Tamil) atau Tollywood(Telegu). Bagi aku, filem yang ni lagi best layan dari Bollywood(Hindi). Lagipun, hero depa hensem macam encik CH suamiku walaupun tak gebu gebas warna kulitnya. Tiber. Hahaha.


Movie nya berjudul Sir. Aku kan rasa macam pernah tengok je cerita ni. Tapi tak ingat. Ke perasaan aku je eh? Mungkin sebab hero dia kot. Rajin duk layan filem yang dia berlakon. Dhanush ni salah sorang hero kegemaran aku. Suka tengok lakonan dia.


Jadi ini adalah review peribadi aku tentang movie ni okay. Mungkin pada aku best, tapi pada korang biasa-biasa je. Apa pun, korang cuba la layan kalau sejenis suka filem Kollywood atau Tollywood macam aku juga. Sebelum tu boleh la baca dulu review aku ni.


Hero kegemaran ku


Sinopsis Ringkas SIR


Filem ni mengisahkan tentang perjuangan seorang pensyarah muda, Balu (Dhanush) yang kena hantar mengajar kat sebuah kolej kerajaan di kawasan kampung. Boss dia yang bernama Triphati, pemilik sebuah kolej swasta tempat dia kerja yang hantar dia mengajar kat situ lepas tercabar dengan 'suara' dia masa 'perhimpunan' depa. 


Mulanya dia tak perasan yang sebenarnya ada kepincangan dan jurang dalam sistem pendidikan di antara kolej kerajaan dan kolej swasta. Semuanya angkara boss dia tu la yang tamak haloba. Lepas je dia 'sedar', maka bermula la perjuangan dia untuk bela nasib anak-anak muda di kolej kerajaan dalam pendidikan. Terutama sekali anak-anak muda di bawah kasta rendah yang dinafikan hak. Depa kat sana kan memang berkasta-kasta ni. Macam kita kat sini la duk label B40, M40, T20 tu ha. 😌


Apa yang dia buat? Haaa, kalau nak tahu korang kena la tengok eh. Taknak la jadi spoiler. Nanti tak best pulak korang nak layan. Hihi. 


Ada satu part kat scene ni yang buat aku membara dengan si Triphati dan konco-konconya



Scene ni best. Nak tahu kenapa aku kata best kena tengok sendiri la. Hihi. 


Review Jalan Cerita SIR


Filem ni pada aku dekat di hati masyarakat sebab kisahnya berkait tentang masalah sebenar di kalangan rakyat yang ditindas untuk mendapat pendidikan yang terbaik. Maklum la jurang kasta tu sendiri pun teruk kat sana kan? Pendidikan pun dijadikan bisnes (kerajaan/swasta). Dia punya yuran nak belajar punya mahal nak mati walaupun kolej kerajaan sebab empunya kolej swasta dapat tender pegang kolej kerjaaan tu. Hang takda duit, tak payah belajar. Nak jugak belajar kena berhutang dengan kadar yang mencekik gila. Sebab taknak bagi compete dengan pelajar kat kolej swasta. 


Lagi satu, mindset yang anak-anak kasta rendah ni tak perlu pun belajar tinggi walaupun pandai. Katanya takda ruang dan peluang pun nak dapat kerja elok sebab kena bersaing dengan depa yang berkasta tinggi. Jahat weh sesetengah golongan yang 'high class' ni. Sakit hati aku tengok muka Triphati tu rasa nak cepuk-cepuk kepala dia. Geram! 


Yang tak tahan, depa masih berpegang yang anak gadis walaupun kasta sederhana tak perlu pulun belajar sangat. Nanti mak pak nya cari calon menantu duk oversea dan kahwinkan, boleh la pergi sana. Tak payah struggle belajar dapatkan result cemerlang nak pi oversea. Pendek kata, anak gadis biar tak belajar pandai sebab nanti susah nak kahwin. Gituhh. Sabor je la. 


Paling menyampah, golongan high class ni 'gula-gulakan'(rasuah) dan ugut mak pak golongan kasta rendah ni. Jangan bagi anak pergi belajar kat kolej kerajaan tu. Buat je kerja kampung tolong mak pak untuk teruskan kehidupan dan nak bayar 'hutang'. Mereputs la hang kat kampung tu meneruskan apa je yang mak pak hang buat. Tak perlu ada kemajuan. Annoying betul dengan depa ni. Jahat!


Haaa, 4 point ni la yang bagi aku filem ni jadi sangat menarik untuk ditonton. Sebab memang itu realiti yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kat sana. Encik CH cakap kat sini pun dah slowly nak jadi macam kat sana nun. Ye ke eh? Hmmm. Harapnya idak la. Kesian kat anak cucu cicit kita nanti.


Jalan cerita yang ada up and down dalam filem ni yang jadi tarikan kuat kami tonton filem ni sampai habis. Konflik yang terjadi buat kami nak tahu apa lagi jadi lepas satu-satu babak. Kira yang bawa watak dalam filem ni semuanya 'menjadi' dan 'hidup'. Terutama sekali hero nye la si Dhanush tu. Kena puji lebih sebab kegemaran kan? Hihi.


Apa kesudahan kisah ni? Dapat ke anak-anak kat kawasan tu pendidikan yang baik? Berjaya ke memasing ubah taraf hidup? Balu Sir (Dhanush) tu berjaya ke dengan misi dia nak ubah 'sistem' pendidikan jadi sama taraf untuk semua golongan? 


Jawapannya, sila tonton sendiri ya! 😝


Balu Sir dan heroine nya yang manis amat. 



Pensyarah yang berjiwa besar dan berani



Pendapat Peribadi dan Pengajaran Di Sebalik Filem SIR


Pada pandangan peribadi aku, tak rugi tonton filem Sir ni. Membuka minda dan 'mata' kita untuk lihat realiti sistem pendidikan kat sana. Memang benda tu berlaku. Mungkin lagi teruk dari yang dalam filem tu. Kita pun tahu yang kehidupan kasta kat sana jurang nya memang melampau sangat. Itu fakta. 


Orang high class kat sana punya perangai hanat pun memang mintak maki. Serupa la dengan orang-orang politik kat sini yang 'hantu' punya perangai tu. Mentang la kaya dan ada kuasa. Sesuka hati je menindas golongan bawahan. 'Busuk' betul! Tiber CikSha emo. Hahaha. 


Bagi aku, banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Paling aku terkesan, kesungguhan anak-anak kasta rendah tu nak menuntut ilmu dan juga perjuangan Balu Sir tu nak semua anak-anak kat situ berjaya keluar dari 'kepompong' dan majukan diri serta masyarakat setempat. Touching sangat. 


Untuk filem ni, aku bagi rate : 8.5/10.


Bisik-bisik :: Hanya dengan ilmu dan pendidikan dapat ubah taraf hidup serta dapat berjuang untuk tidak terus ditindas. 

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan