Kenali Personaliti Melalui Tandatangan

Assalamualaikum. Hai!


Hari ni nak menulis pasal tandatangan pulak. Aku yakin dan pasti semua dari kita ada style tandatangan tersendiri kan? Ada yang kreatif kemaen tandatangan nye berengkoi-rengkoi pusing sana sini. Kadang-kadang sampai tak paham. Ada yang tangan kayu, tandatangan just tulis nama sendiri je. Itu aku la tu. Bhahaha. Betol woi! Aku memang la tak kreatif nak mereka tandatangan yang unik kemaen. Memang kayu habes la tangan ni. Uhuk!


Korang punye tandatangan jenis camne pulak? Aku tahu korang semua kreatif orangnye. Bukan macam aku ni ha. Dah la tak kreatif, tangan kayu pulak. Kuikuikui. Orang cakap, style tandatangan ni ade rahsia di sebaliknye yang kite boleh tahu personaliti orang tu camne. Betul ke? Sape yang buat kajian ni eh? 


Mungkin ade betulnye la kot eh. Aku tak pasti la bab tu. Aku bukan seorang pengkaji personaliti orang. Kalau korang nak tahu rahsia di sebalik tandatangan korang tu, search je la kat google. Kot la korang nak tahu betul ke tak kajian personaliti melalui tandatangan tu dengan korang. Banyak dah belog yang tulis dan hampir kesemua entri same je. Aku taknak la tulis lagi pasal tu. Aku just nak berkongsi pendapat je dengan korang.


Hah! Cakap pasal tandatangan ni, sebenarnye ramai dah komplen pasal tandatangan aku. Sempoi habes. Aku sign nama aku 'shahada' je. Tulisan bersambung, semua huruf kecil dan conget sikit ke atas. Lepas tu ade satu garis dan satu titik dihujungnye kat bawah nama tu. Siap! Memang simple gile. Terang-terang orang boleh baca itu nama aku. Kakak kat opis aku sampai berleter-leter kata tandatangan aku ni orang nak tiru pun senang. Lepas tu siap nak mereka-reka lagi tandatangan untuk aku. Tapi harap maaf la memang aku tak boleh punye la nak ubah. Tolong la camne pun nak create tandatangan untuk aku. Aku takkan punye boleh ikut.


Tempoh hari, adik sedara aku yang baru darjah 5 mintak aku create untuk die tandatangan. Peh! Memang idok le aku nak tolongnye. Sendiri punye tandatangan pun simple nak mampos. Memandai nak mereka tandatangan orang lain pulak. Huahuahua. Boleh ke mintak orang rekakan tandatangan untuk kite ha? Aku tak pernah mintak orang tolong rekakan. Orang beriya-iya nak rekakan untuk aku ade la sebab geram tengok tandatangan tak kreatif aku. Kuikuikui.




Ada orang cakap, tandatangan ni orang boleh tiru tambah-tambah yang simple macam tandatangan aku. Tapi mustahil la orang boleh tiru tandatangan kite sebijik-sebijik walau se'simple' mana pun. Sebabnye pasti ade sedikit keunikan dari cara kite sign tu. Orang memang takkan boleh tiru exactly sama. Mungkin pada pandangan pertama nampak sama. Tapi hakikatnye memang akan ade kelainan. Sebab tu kalau terjadi kes tiru tandatangan ni, bile disiasat akan boleh dikesan. Betul tak?


Macam mana pun jenis tandatangan korang, itulah keunikan yang ada pada diri korang dan ade rahsia tersendiri yang tersembunyi di sebaliknye. Memang la sebenarnye kite tak boleh nak menilai orang seratus peratus hanya melalui tandatangan je tanpa mengenali orang tu secara personal. Tapi mungkin sedikit sebanyak itu boleh dijadikan 'first impression' orang terhadap diri kita. 


Apa-apa pun jangan obses sangat tau nak mempercayai ramalan di sebalik rahsia tandatangan tu. Lagipun itukan manusia sendiri jugak yang kaji. Mungkin ada betul dan mungkin ada tidak betulnye. Kalau nak tahu orang tu macam mana personalitinye, dekati dan kenali lah mereka dengan lebih dekat secara personal. Baru best! Ye dak? Ehehe.



Bisik-bisik :: Aku suka tengok tandatangan orang yang guna huruf jawi. Cantik, kreatif dan unik!

23 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. cik sha!! kita sama. tandatangan kayu T-T dari dulu lagi kot. tak pernah ubah. dah la pendek je, "nisa"..aadess.


    p/s: header baru!! cantik2.

    BalasPadam
  2. sign saya tak kreatif langsung... otak x boleh nak berfikiran kritis betul haha :P

    BalasPadam
  3. sign sy pun sama.. simple. just su.. dengan huruf bersambung. kang panjang2 susah bila sign je asyik x sama. kekekeke

    BalasPadam
  4. signature sy huduh. mean sy huduh. hehe. entahla, rajin betul siapa yg buat kajian psl signature ni. mesti berjuta2 signature dia kaji kan.

    BalasPadam
  5. Dari tingkatan satu.. Signature aku guna nama Khuzrin Kamarudin... tulisan bersambung tegak letak garis bawahnya.. camne tu?

    BalasPadam
  6. Aku punya signature agak panjang dan banyak turun naik, jadi bila nak sign agreement kete dulu sampai cramp tangan hehe.

    BalasPadam
  7. naseb baek sign sy simple jekk.. eh simple ke.. huu

    BalasPadam
  8. @eva :: uik? ayah yg tolong reka? mesti sempoi ek..ehehe..

    BalasPadam
  9. @HujanMenjerit :: haha..memang geng la kite! nak buat camne kan dah tangan kayu..kui3..

    p/s:: tenkiu2..^_^

    BalasPadam
  10. @Sayang Amirah :: haha..ramai jugak geng dengan saye ni rupnye eh..;p

    BalasPadam
  11. @THE LEKAT LEKIT STORY :: su je? pendek nau sign mummy lekit..tapi pendek2 la senang ek?

    BalasPadam
  12. @Namee Roslan :: ye ke sign namee huduh? tak caye la..ntah2 kreatif gile bukan macam saye..hehe..


    itu la pasal nye..rajin beno orang tu wat kajian..;p

    BalasPadam
  13. @ParkAir :: sign ko panjang? ko sign nama penuh siap bin sekali ke weh? ahaha..

    aku kalau bab sign-sign ni memang la lomah..aku lebih suke kalau guna cap jari je..;p

    BalasPadam
  14. @Fyqa :: betul ke simple fyqa? nak tengok sket! ehehe..

    BalasPadam
  15. eh sign aku jawi lah.
    mesti ko suka tengok kan? hahaha.


    tapi aku pon sign simple2 ja.
    mcm senang ja kot org nak tiru.
    mungkin lahh.

    BalasPadam
  16. rasanya sign ku sgt mudah ditiru..

    BalasPadam
  17. sign i simple...apiz...sng org nk tiru..xminat sign berserabut,,apekah tandanya?hehehehhe

    BalasPadam
  18. @A.I :: ye ke weh? nak tengok! aku suke gile tgk tandatangan jawi..cantik oi!

    BalasPadam
  19. @Pondok Usang :: eh? ramai nau yg seangkatan dengan saye ni..boleh tubuh 'kelab sign simple dan mudah ditiru' la cenggini..ahaha..

    BalasPadam
  20. @embun d tengah malam :: mudah sbnrnye bg kite kalau sign simple kan? tapi tu la..mudah pulak org nak tirunye..

    saye pun tak suke sign yg berserabut..mgkin kite ni spesis tak serabut kot..erk?

    BalasPadam
  21. saya punye signature adalah simple je sebenornya, tapi pakai nama singkatan yang takde lain org panggil kecuali seorang aje. heheh. kalau dulu mmg boleh nampak sebijik2 apa yg saya sign kan tapi over years, signature tu dah berevolusi sikit. stroke sama tapi dah takde huruf seketul2 tu dah.

    tp kan kalau signature yg simple2 ni mmg risau jugak takut ada org curi buku cek dan tiru sign kita. buat naya ja...

    BalasPadam
  22. sign guwa pun simple jer...nak ubah pun dah terlambat. sbb dah sign benda macam2 dah cthnya bank,ic,lesen etc. nant lain kang lain plak cite.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan