PKSK Terengganu 2026 - Misi Ke Asrama Penuh

Sedar tak sedar, kita dah di pertengahan bulan Ogos 2026. Sekarang ni, mak ayah yang ada anak Tahun 6 dah mula mencari info untuk kemasukan anak-anak ke Tingkatan 1 tahun 2027 nanti. Betul tak?

Sebenarnya, aku pun tak terkecuali juga. Anak sulung aku, abang Adan tahun depan dah nak Tingkatan 1. Macam tak percaya pulak. Dah nak sekolah menengah dah anak sulung aku. 🥹

Pagi 16 Julai hari tu, aku ada pergi dengar taklimat pasal kemasukan Tingkatan 1. Bagus inisiatif sekolah anak aku. Punya nak sampaikan maklumat dengan lebih jelas, buat satu sesi khas untuk ibu bapa hadir dan dengar sendiri. Takut maklumat yang cikgu dah sampaikan kat anak² tak sampai dengan tepat.

Handout dari pihak sekolah senarai sekolah asrama yang ada di Malaysia


Yang aku ingat, cikgu cakap apa-apa pun pilihan ibu bapa untuk kemasukan anak ke asrama, 'wajib' daftar Sekolah Feeder dulu. Tak kisah la pastu nak pohon Sekolah Khusus (SBP, MRSM, SMKA & MTD), Sekolah KSN (Kelas Seliaan Negeri), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Menengah Imtiaz, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu atau Sekolah Seni Malaysia. Yang tu 'kisah' lain. Kalau lulus dan dapat tawaran, boleh le keluar dari Sekolah Feeder tu kata cikgu.

Permohonan untuk Sekolah Feeder dengan Sekolah KSN nanti cikgu yang akan tolong uruskan. Yang lain-lain tu ibu bapa kena buat sendiri. Jadi maknanya, sebelum decide nak masukkan anak ke sekolah asrama mana-mana pun, inisiatif sendiri untuk buat carian maklumat.



Misi Ke Asrama Penuh

Baru-baru ni, aku dapat info yang Fly High Education Centre (FHEC) akan datang Terengganu untuk siri jelajah Misi Ke Asrama Penuh yang ke-2. Jadi aku rasa terpanggil untuk hebahkan kepada pembaca blog aku yang dari Terengganu juga. Mungkin korang berminat untuk bagi anak sertai program ni. 

Mana la tahu, kot korang pun masih terfikir-fikir nak bagi anak masuk sekolah asrama. Mungkin sebab tak yakin anak layak atau nak bagi anak bersedia menghadapi peperiksaan kelayakan masuk ke asrama. Program Misi ke Asrama Penuh (Bengkel Bersemuka Siri Jelajah) ni mungkin jawapan kepada persoalan yang berlegar di fikiran korang.

Program ni bukan sahaja untuk pelajar Tahun 6. Jika anak korang di Tahun 5 dan nak anak ada pendedahan awal, boleh juga sertai program ni tau. Aku yakin, selalunya ibu bapa yang memang dah target untuk hantar anak ke sekolah asrama penuh, mesti nak anak buat persediaan awal.

Macam yang cikgu sekolah anak aku maklumkan masa sesi bertemu ibu bapa untuk pendaftaran anak ke Tingkatan 1 hari tu, cikgu cakap akan ada peperiksaan khas untuk dapatkan tempat masuk sekolah asrama. Cikgu maklumkan juga ibu bapa yang kena cari inisiatif sendiri. Jadi, aku rasa program ni sangat sesuai dan tepat untuk ibu bapa yang target anak masuk asrama.

Maklumat Program Misi Ke Asrama

Aku jamin memang tak rugi anak sertai program yang akan berlangsung selama 2 hari ni. Barisan tenaga pengajar dan penceramah yang akan turun memberikan ilmu dalam program ni memang orang-orang yang hebat dalam bidang pendidikan. Mereka terdiri daripada Cikgu Danial, Cikgu Shukry, Sir Halim a.k.a Sir Koala, GB Shahril dan Cikgu Bob.

Selain itu ada slot yang akan ada penampilan istimewa dari Duta Rasmi FHEC iaitu :
• Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (Angkasawan Negara)

Wooowww! Idola anak aku tu! Abang Adan punya cita-cita nak jadi angkasawan tau korang. Hihi.



Berikut aku kongsikan info tentang Program Misi ke Asrama Penuh Edisi Terengganu ini.

Pengisian & Kelebihan Program

• Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan.
• Panduan berteraskan PBD (Pentaksiran Berbilang Darjah) dan DSKP.
• Modul belajar disediakan.
• Makanan disediakan 2 kali sehari.

Tarikh, Masa & Lokasi

Tarikh: 14 & 15 Ogos 2026
Masa: 8.00 AM – 6.30 PM
Lokasi: UNISZA, Kuala Terengganu

Maklumat Yuran & Diskaun

Harga Asal: RM299/seorang
Harga Early Bird: RM250
Pendaftaran Berkumpulan:
i. 3 Orang: RM250 / pax
ii. 5 Orang: RM230 / pax
iii. 10 Orang: RM210 / pax

Maklumat Pendaftaran

Bagi ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak ke program ni, boleh terus layari Laman Web Fly High Education Centre atau hubungi No. Telefon/WhatsApp:
i. 018-293 4371
ii. 011-3554 6900
iii. 010-541 3755
iv. 010-805 8408

Masih sempat lagi untuk mendaftar tau. So, jangan lepaskan peluang okay!

Bisik-bisik :: Untung anak-anak sekarang kan? Nak masuk asrama pun ada guidance dari pakar.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan