Saturday, 6 April 2019

Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat



Assalamualaikum. Hai!


Ingat tak CikSha pernah update entri Press Release tentang Bank Negara Malaysia (BNM) Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April bulan lepas? Haa..hari ni dah hari ketiga tau karnival ni berlangsung. Hari terakhir. Cadangnya CikSha nak pergi hari pertama. Tapi ada urusan urgent yang kena buat hari Khamis tu, jadinya tunda la pergi semalam.





Sebelum tu, CikSha nak cerita dulu la pengalaman pergi dengar sidang media dari pihak BNM bulan Mac hari tu. Press release pertama yang CikSha hadir sejak start aktif balik tulis blog ni. Eh? Rasanya memang yang pertama kali la sepanjang 10 tahun jadi penulis blog. Pengalaman baru bagi CikSha.

Sidang Media Karnival Kewangan Terengganu


Masa sidang media tu, ada 4 orang panel yang bagi penerangan tentang karnival kewangan ni.Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), dan Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA). 

Selain sesi penerangan, ada juga sesi soal jawab antara pihak media dengan panel-panel jemputan. Ada la wakil blogger dan wakil dari surat khabar yang bertanyakan soalan. CikSha melangut je dengar. Spesis 'pemalu' gitu.


Panel-panel jemputan yang bagi taklimat dan penerangan


Sebenarnya saja nak tayang pen kesayangan tu. Hihi.


Wakil Media Blogger Terengganu


Bersama Datin Arlina Ariff. CikSha tengah rentung ye masa ni sebab baru balik dari Pulau Redang. Mujur nampak jugak muka. Haha.


Lepas sidang media ni, kami berpeluang jumpa face to face dengan Datin Arlina Ariff sendiri tanya apa-apa yang nak ditanya. Dapat juga sembang-sembang dengan pengurus BNM Terengganu sebelum balik. Friendly sangat dua-dua. Tak kekok nak cakap-cakap. Biasa la blogger ni mostly mulut macam bertih jagung. Tapi bukan CikSha la. I menyelit tepi-tepi je. Hihi.


Masa kat BNM tu kami semua blogger yang hadir dapat la check CCRIS kat kaunter dan dapat penerangan ringkas dari staff macam mana nak baca maklumat yang tertera dalam slip. CikSha punya rekod tak comei. Sebab PTPTN le apa lagi. Bayar tak konsisten. Padan muka! Bila la nak langsai hutang cheq nan satu tu. Alahaiiii. Kena kerja kuat lagi ni nampaknya cari pitis nak membayo sampai habes. Misi 2019! Chaiyok CikSha!

Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat


Sebenarnya, karnival kewangan ni dah pernah ada dah sebelum ni. Tahun 2017 kat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Tahun 2018 kat Alor Setar. Tahun 2019 ni, BNM dengan kerjasama beberapa pihak buat Karnival Kewangan secara 'havoc' buat julung kali kat area pantai timur pulak. Terengganu jadi lokasi utama.


Suami ada rekod WTD RM80. CikSha takde. Maksudnya akaun BSN dengan Muamalat aktif lagi. Nanti kena pergi check la. Duit ada la boleh tahan dalam tu.

Teman suami check CCRIS. Clean weh rekod dia. Haishhh. Jeles betol!


So, semalam CikSha pergi Karnival Kewangan ni sebagai orang awam sambil jadi 'wakil media blogger' gitu nak mengulas pasal event ni. Aiseh. Poyos gila. Hihi. Takde la. Orang bukan tahu pun CikSha ni blogger ha. CikSha bukan blogger popular tahap retis sampai merata orang kenal. Blogger sendu je pun. Hihi.


Sampai je kat TH Hotel and Convention Center tu, CikSha roger dulu PR Mr. Leon untuk maklumkan kehadiran. Jumpa la dia kejap isi borang. Lepas tu baru enjoy the event. Oh. CikSha pi ni bukan sorang-sorang. Usung habes la kesayangan hati pi sekali. Enjoy sama-sama gitu.


Dengar 'pocket talk' tentang Jadilah Peminjam Yang Bijak dari KPKT

 
Bagi anak-anak naik pentas juget-juget dengan maskot. Tapi depa cuak. Hahaha.


Best la karnival ni. Serius memang awesome sangat. Pengisian program padat dan penuh informasi. Booth yang ada pun semuanya terbaik. Memang rugi kalau tak pergi sebab masa ni la kita boleh nak tanya semua pasal isu kewangan kita. Nak check CCRIS, Wang Tak Dituntut, layak ke tak buat pinjaman, cara nak urus pembayaran hutang dan macam-macam lagi. Sesi Pocket Talk pun ada macam-macam isu yang didedahkan. Eh, pendek kata macam-macam ada!


Untuk anak-anak pun ada Sudut Kanak-Kanak yang ada macam-macam aktiviti dibuat sepanjang program. Non-stop tau. Best! Mak bapak pun boleh nyibok join sekali. Masa CikSha dengan suami bawa anak-anak pergi sudut ni ada aktiviti nak buat tabung. Seronok la abang Adan dengan Iman. Lepas tu, parents yang ada situ kalau tunjuk bukti dah follow Instagram @bnmmag boleh dapat free gift. CikSha dapat satu! Hihi.



Aktiviti mewarna dan buat tabung kat sudut kanak-kanak


Pakwe dan si encem Iman dengan maskot BSN. Nanti i pi na check akaun yang dah lama sendu tu.


Kami tak sempat nak habeskan kumpul 20 cop dalam passport yang dapat masa pendaftaran. Dapat 10 cop je. Tak sempat nak jelajah semua booth yang ada. The 3 stujes tu dah mengamuk. Sebab time tido petang depa dah kena kacau. Hihi. Tak dapat la nak tebus payung percuma. Takpe la. Bukan rezeki la tu. Tapi dapat rezeki lain. Dapat baucer KFC RM30 masa dengar pocket talk pasal Jadilah Peminjam Yang Bijak. Ummi dapat beg masa kat sudut kanak-kanak tu. Abah dapat sticker, pen dengan notebook masa main game kat booth PIAM. Jadi le tu kan.


Sepanjang program ada banyak kali Cabutan Bertuah dibuat jugak tau. Siapa yang bertuah masa tu dapatlah hadiah yang lumayan. Untung sangat. Tapi kena cukup jelajah semua booth yang ada dan lengkapkan passport dengan 20 cop, baru nama dapat masuk dalam cabutan bertuah. Haaa, effort tu kena ada la kan. Hihi.



Bersama dengan blogger Sis Gee dan Mek Yuni

 
Bergambar dengan blogger kak Zura pulak yang baru sampai kat situ.


Pada pandangan CikSha, walaupun julung kali dibuat kat Pantai Timur, sambutan alhamdulillah nampak meriah. Ramaiiii sangat yang pergi. tak putus-putus tau orang duk mai. Sekolah-sekolah pun ada juga bawa rombongan pelajar-pelajar datang pi karnival ni. Pendedahan yang baik dari peringkat awal umur. Semoga adik-adik tu dapat ilmu yang sepatutnya tentang kewangan untuk masa depan dorang.


Bab kewangan ni memang bagus sebenarnya kita didik anak-anak dari kecil. Biar dorang tahu kepentingan menyimpan duit, cara buat pinjaman yang betul, isu-isu semasa tentang penipuan kewangan seperti scam dan lain-lain. Takde la dah besar nanti jadi mangsa penipuan ke kan. Tak pun muda-muda lagi dah kena isytihar bankrup sebab hutang keliling pinggang.


Tahniah Bank Negara Malaysia sebab berjaya anjurkan karnival yang sangat bermanfaat macam ni. Semoga di masa-masa akan datang, karnival ni dapat dibuat di seluruh negeri dalam Malaysia supaya lebih ramai orang dapat pendedahan yang lebih jelas dan meluas tentang kewangan.



Bisik-bisik :: CikSha pun tengah belajar urus kewangan sebab kerja sendiri ni memang kena alert lebih bab keluar masuk duit.




Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 4 April 2019

Day Trip ke Pulau Redang | Pakej dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan best sangat!



Assalamualaikum. Hai!


CikSha ni anak jati Pulau Pinang, dah biasa sebenarnya tengok laut sebab dulu masa kerja hari-hari duk rempit merentas Jambatan Pulau Pinang takpun naik feri menyeberang laut dari Seberang Perai ke Pulau Pinang. Jadi kononnya laut tu macam kawan dah la. Aiseh. Poyo je. Sekali naik bot laju nak pi Pulau Redang balik tu mabuk laut. Ahahaha.


Entri kali ni CikSha nak kongsi pengalaman pergi Day Trip ke Pulau Redang. Ini pakej yang ditawarkan kalau menginap di homestay Alur Galley Suites tau. Kami ambik pakej yang 2 hari 1 malam tu. Tapi jadual kami dah terbalik sikit la dari yang sepatutnya. Special sikit la kan sebab buat 'kerja'. Hihi.


Kami pergi Day Trip Pulau Redang ni masa hari kedua stay kat Alur Galley Suites. Jadi hari tu kami check out lambat sikit dari waktu sepatutnya. Balik dari day trip baru kami check out. Mujur la takde penyewa lain masa tu. Lucky us!



Taklimat ringkas dan bacaan doa dari encik Edy sebelum bertolak

Berkumpul di Jeti Penarik berdekatan Kedai Makan Selera Pantai


Untuk pergi Day Trip ke Pulau Redang ni, kami kena berkumpul di jeti Penarik sebelum pukul 9 pagi. Sebab on time tau bot bergerak. So, pukul 8 pagi tu kami dah gerak pi jeti. Tak jauh pun dari homestay. Tapi kena naik kereta jugak la ye. Jangan risau ada parking percuma disediakan untuk kenderaan mereka yang nak pergi Day Trip ni.


Sebelum kami enjoy trip Pulau Redang ni, sempat la pi breakfast kat Kedai Makan Selera Pantai. CikSha melantak nasik lemak uols. Pagi-pagi dah ternak lemak. Hihi. By the way, makanan untuk lunch masa trip ni kedai makan ni la yang sediakan tau. Dah termasuk dalam pakej. Sedap oii lunch kami hari tu depa tapaukan.



Let's Enjoy The Trip!


Dah siap sarapan, maka journey kami ke Pulau Redang pun bermula. Ada 5 check point yang bot akan berhenti untuk kami menikmati keindahan alam laut ciptaan Allah. Jadi CikSha akan kongsi semua kenangan indah di setiap checkpoint. Buat memori sendiri dan untuk korang cuba bayangkan juga keseronokan yang kami dapat sepanjang trip.


CHECKPOINT 1 : Alur Akar.

Jernih sangat air kat sini. Best. Pakwe, abang Adan dengan si encem Iman turun main air. Kat sini boleh snorkling. Banyakkkk sangat ikan yang comel gila. CikSha turun kejap je. Takutttt. Kengkonon mesra laut la sangat. Masuk je dalam air tetiba rasa kaki nak kejang. Sebab tak pandai berenang. Sabar je la.





CHECKPOINT 2 : Pulau Lima.

Pakwe je turun snorkling masa stop kat sini. Dia cakap ikan kat sini lagi cantik cantik. Ada batu karang yang hidup dan cantik jugak. Kat sini berombak sikit. Sebab tu tak berani nak bagi anak-anak turun sekali. Tapi pening uii duk dalam bot sebab duk teroleng-oleng. Nak turun dalam air pulak penakut. Apa pun tak boleh CikSha hangpa ni. Hihi.


Masa kat sini ada kejadian lawak sikit. Memang tak boleh lupa oi. Pakwe CikSha tu, tetibe pulak dia rasa nak terberak. Hahahaha. Nasib la orang yang guide kami tu kata nak bergerak ke checkpoint seterusnya. Kalau tak, membuang dalam laut gamaknye pakwe CikSha tu. Mujur tak berlaku pencemaran itu. Kalau tak kesian ikan-ikan yang lawa dalam laut. Hihi.




CHECKPOINT 3 : Pulau Redang.

Berhenti rehat kejap kat Pulau Redang. Makan, memerut dan buat la apa yang patut. Memang turun je dari bot terus gi cari tandas. Lantakkan je la resort tu owner dia bukan Melayu pun. Pakwe dah tak tahan sangat. Hahaha. Aduhai la pakweku.


Dah settle urusan memerut baru pi isi perut pulak. Kat sini la kami lunch dengan bekalan yang tapau dari Kedai Makan Selera Pantai tu. Tak sempat nak ambik gambar. Semua dah lapar sangat. Memasing makan tak angkat kepala.


Siap makan, suami dengan anak-anak pi main tepi pantai. Seronok sangat 3 ketol anak tu dapat main pasir. Bapaknye la layan. Maknye sibuk ambik gambar. Hihi.




CHECKPOINT 4 : Teluk Sauh.

Sini pun tempat snorkling. Katanya sini batu karang dia lagi lawaaaa. Ada baby shark jugak. Tapi berhenti kejap je kat sini. Tak turun. Semua tak sabar nak pergi checkpoint kelima. Lagipun air berombak sangat masa kami sampai sini. Jadi gambar ada seketoi je la.





CHECKPOINT 5 : Teluk Dalam.

Sini tempat tengok penyu. Kalau bot sampai je terus penyu tu datang dekat. Tapi tu la, dalam gambar tak jelas. Nampak hitam-hitam je. Tengok real nampak la penyu tu. Dia timbul berenang kat atas. Air kat sini tenang sangat. Macam air sungai. Tapi tetap la CikSha takut jugak nak turun. Huhu.




Rugi kan CikSha tak merasa snorkling. Tapi serius memang tak boleh. Masuk je dalam air, kaki terus kejang. Rasa macam nak tenggelam. Huhu. Duduk la melangut atas bot dengan anak-anak. Tapi depa ada jugak turun bapaknye bawak main air jap. Takpa la, CikSha merasa naik bot sambil teroleng-oleng atas laut je la. Hihi.


Pakej day trip ke Pulau Redang dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan super best


Semua pengalaman best yang CikSha kongsi kat atas terdapat dalam pakej yang ditawarkan oleh homestay Alur Galley Suites tau. Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam.

Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)

Jadual aktiviti untuk setiap pakej boleh check kat entri Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik. Untuk pakej ni kena pastikan cukup 10 orang paling minima untuk stay kat homestay Alur Galley Suites tau.


Ni mak dara yang perasan bujang jap. Hihi.


Tapi misal kata, kalau berdua je sebab nak honeymoon (untuk yang dah berkahwin saja ok) boleh je ambik Day Trip tanpa pakej stay di homestay. Harga untuk day trip ni RM120/seorang. Tapi kena naik bot reramai jugak dengan yang tak dikenali la. Kurang la sikit rasa nak huha huha tu. Malu kot nak buat perangai tak semenggah. Kang orang lain tengok semacam. Hihi. Ni betul betul kejadian tau. Sebab hari tu ada satu bot tu berhenti kat checkpoint yang tengok penyu tu, senyappppp je semua dalam bot. Lepas tu sorang pun tak turun bergumbira snorkling kat situ. Weird.


Kalau ambik yang pakej dengan penginapan, kita boleh enjoy dengan family members atau kenalan kita. Takde la kekok nak loklak sikit. Hihi. Itu la untungnya ambik pakej. Rasanya itu pun jimat banyak jugak tu sebab dapat pakej pi day trip ke pulau dan snorkling plus dengan penginapan untuk merehatkan badan. Kan berbaloi baloi tu.


Jadinya, plan la cuti-cuti korang tu. Kawtim dengan family members, takpun dengan bestfriends. Dapat la menikmati percutian yang awesome secara berjemaah. Best tau.


My happy pills


Alhamdulillah. Day Trip kami pi Pulau Redang ni enjoy sangat walaupun ini first time kami bersua muka. Selalu duk nyembang dalam group whatsapp dengan bertegur kat facebook je. Tapi Allah bagi izin kami berjumpa dan bercuti sama-sama. Family pun nampak dapat mesra dengan baik. Pakwe CikSha tu dapat la reunion tak rasmi dengan kawan sekolah lama dia, Rini dan suaminya. Kebetulan yang cantik sangat Allah atur.


Walaupun CikSha tak join depa mandi manda dan menyelam, dapat tengok wajah suami dan anak-anak happy pun CikSha dah puas dah. Selalu support 'kerja' CikSha sebagai blogger. Ni kira hadiah la untuk depa.



Bisik-bisik :: Kalau nak pi Pulau Redang dengan bajet yang awesome, ingat Alur Galley Suites tau!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 3 April 2019

Mr. Celup Tepung Station | Restoran Celup Tepung Yang Sedap Dengan Dekorasi Yang Menarik dan Cantik di Pantai Penarik Setiu



Assalamualaikum. Hai!


Kalau mai cuti-cuti Malaysia kat Ganu ni, memang tak lengkap la 'jadual' bercuti tu kalau tak pi try makan Celup Tepung. Itu la salah satu tarikan kat Ganu Kiter tau. Maklum la kan, negeri ada pantai yang cantik-cantik. Opkoz la sepanjang tu banyak kedai-kedai makan yang ada menu celup tepung. Memang wajib kena cuba tau. Pilih je kedai mana yang berkenan di hati.


Masa CikSha cuti-cuti Malaysia sambil bekerja kat Pantai Penarik Setiu tempoh hari, kami pun tak lepaskan peluang menikmati makanan Celup Tepung ni. Disebabkan bila stay kat homestay Alur Galley Suite dapat diskaun 10% untuk makan di Mr. Celup Tepung Station, maka restoran tu la yang kami tuju untuk menikmati menu celup tepung yang jadi tarikan utama kat situ.







Mr. Celup Tepung Station | Restoran Celup Tepung Yang Sedap di Pantai Penarik


Mulanya Cik Sha ingat ada makanan celup tepung je kat Mr. Celup Tepung Station ni sebab nama restoran tu kan. Rupanya ada juga makanan panas dan sampingan yang lain. Jadi banyak la pilihan makanan. Yang jenis nak makan berat tak cukup celup tepung je boleh minta menu lain.


Tapi kan, menu celup tepung dia je dah banyak pilihan. Berpinor mata nak milih. Hihi. Bukan takat ikan, udang, sotong je ada, ketam dengan udang galah pun ada weh. Selama ni duk makan ikan, udang comei dengan sotong je kat kedai celup tepung lain. Darat sungguh CikSha ni. Hihi.




Ramaiiiii sangat orang mai makan kat sini


Antara food station yang ada di restoran ni


Sedap uii yang chezzy tu


Antara hidangan yang kami makan




Masa kami lunch kat Mr. Celup Tepung Station ni, macam-macam menu la dapat kami rasa. Selain celup tepung, makanan panas lain pun kami order juga. Maklum la suami memasing spesis kena makan makanan berat. Perot orang Melayu la kata kan.


Memang yummylicious la makanan kat restoran ni. Puas hati sangat. Dah la dapat makan sedap, dapat pulak menikmati panorama alam yang indah. Best tau makan sambil ditiup angin laut yang nyaman. Asyikkkk gitu.


Dekorasi Yang Menarik dan Cantik di Mr. Celup Tepung Station


Lepas dah kenyang isi perot, kami pun jelajah la satu restoran nak bergambar. Sebab apa tau? Dekorasi restoran ni sangat la menarik dan cantik gila! Banyak port yang lawa boleh bergambar. Biar la ramai orang pun kat situ. Buat muka tak malu je nak snap snap gambar. Rugi uiii kalau tak bergambar. Serius memang cantik.


Masa sibuk nak pi bergambar ni, anak bujang CikSha tu kemain lagi berlari tak sabo-sabo. Lepas tu jatuh. Hilang terus hensem sebab melalak tak peduli keliling dah. Buat jatuh saham je abang Adan tu. Jadi gambar dia semua muka sedeyyyy. Ekeke.


Hero-hero kesayangan CikSha


My sweethearts


Kunci syurga kami laki bini


Oh, lupa pulak. Selain banyak port cantik menarik kau memang dabom nak bergambar kat sini, restoran ni pun lengkap dengan kemudahan awam seperti surau dan tandas. Jadi tak perlu bimbang kalau tengah sedap bersantap tetiba rasa nak memerut atau terkensi. Tandas dia bersih dan selesa. Kalau belum solat pun, surau yang lengkap dengan sejadah dan telekung pun ada kat situ. Bagus kan? Me like sangat restoran yang ada kemudahan macam ni. Memang terbaik!


Ruang parkir pun luassss sangat. So, tak perlu bimbang tentang parkir. Tersedia percuma dah. Takde la kereta tersadai tepi jalan lepas tu kena menapak jauh nak ke restoran. Keselamatan kereta pun terjamin. Best kan?


Lokasi Mr. Celup Tepung Station


Amacam? Rasa teringin tak nak jejak kaki kat sini lepas baca pengalaman CikSha ni? Memang CikSha rekemen sangat tau kalau korang pergi ke Pantai Penarik untuk singgah makan kat restoran Mr. Celup Tepung Station ni. Puas hati dan berbaloi. Serius tak tipu. CikSha pun rasa nak pergi lagi bila ada rezeki dan kelapangan. InsyaAllah.


Alamat Restoran Mr. Celup Tepung Station

In case nak pergi tapi tak jumpa jalan boleh gugel map alamat atas tu ok. Tapi restoran ni tepi jalan je, kompom jumpa. Betul-betul depan tanah perkuburan. No worries. Takde hantu. Hihi. Sebenarnya, sepanjang Pantai Penarik ni memang banyak restoran celup tepung. Tapi yang ni memang paling menyerlah tau. Sebab view cantikkkkk sangat.


Dari kiri : Blogger Rini, Blogger Sis Hawa, Owner MCTS Kak Pie, Owner Alur Galley Suites Kak Nolly, CikSha

By the way, korang boleh la follow media sosial Mr. Celup Tepung Station ni ok. Kot nak menjamu mata tengok dorang sharing gambar-gambar menarik sampai rasa tergoda nak pi jejak kaki kat sini. Hihi.

FACEBOOK : Mr. Celup Tepung Station         INSTAGRAM : Mr. Celup Tepung Station



Bisik-bisik :: Area Terengganu memang popular dengan restoran Celup tepung.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 23 March 2019

Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik



Assalamalaikum. Hai!


Tempoh hari, CikSha berpeluang bawa anak-anak dan suami cuti-cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik, Setiu Terengganu. Bercuti sambil bekerja gitu. Yang best tu boleh bawak famili. Biasa la tu. Spesis family type ni, memang kalau boleh nak usung anak dengan laki ke mana-mana je. Hihi.


Jadinya, bila dah 'kerja' bawak famili ni kena la ada tempat nak stay kan? Alhamdulillah, kami dapat stay kat satu homestay yang cantik dan strategik kat Kampung Mangkuk. ALUR GALLEY SUITES.



Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu


Memang berbaloi amat la stay kat homestay ni. Dekat dengan jalan besar tapi jauh dari bunyi bising. Sangat privasi, rasa macam duduk 'hotel mewah' padahal homestay. Hiasan dalaman pun cozy. Best. Memang selesa amat!


Kemudahan yang ada di homestay Alur Galley Suites ni pun sangat lengkap. Siap boleh masak-masak tu yang syok. Jimat belanja. Dapur nya lengkap dengan peralatan memasak. Malam pertama kami stay situ, sempat lagi masak untuk makan malam sebelum gerak pi aktiviti pertama naik cruise tengok kelip-kelip sepanjang Sungai Penarik.




Yang paling menarik kat homestay ni, ada private pool. Anak-anak dengan bapaknye la paling seronok. Tak menyempat-nyempat nak terjun kolam. Kalau boleh memalam buta pun nak berendam dalam tu. Sabo je la. Hihi.


Alur Galley Suites ni ada 2 unit homestay berkembar tau sebenarnya. Jadi kalau mai holiday dengan segerombolan anak beranak, boleh la sewa dua-dua sekali. Macam kami hari tu, 3 keluarga stay satu homestay. Setiap keluarga dapat stay satu bilik sebab ada 3 bilik. Jangan risau, muat punya sebab bilik kat homestay ni besar dan luas. Bilik mandi pun dah macam bilik bujang bak kata encik CH, boipren CikSha tu. Tapi kalau rasa tak muat, nak tidur kat ruang tamu pun boleh.


Ruang parking pun luas. Boleh masuk 10 biji kereta tau. Kat luar tu siap ada tempat untuk buat barbeque lagi. Haaaa, best kan?


Pakej Sewaan Yang Menarik dan Berbaloi di Alur Galley Suites


Kalau nak tahu, Alur Galley Suites ada menawarkan penginapan tanpa pakej dan penginapan beserta pakej dengan harga yang sangat berpatutan. Serius cakap, memang berbaloi sangat.


Penginapan tanpa pakej ni sesuai untuk yang nak spend masa di sekitar kawasan Kampung Mangkuk macam nak lepak-lepak tepi Pantai Penarik atau nak buat aktiviti family day je ke berkumpul ramai-ramai makan barbeque sambil buat aktiviti lain kat laman luar homestay tu. Boleh sewa 2 hari 1 malam.


Harga sewaan penginapan tanpa pakej di Alur Galley Suites :
  • Weekday : RM420
  • Weekend : RM450
  • Peak Season : RM480



Penginapan beserta pakej pula, ada 2 pakej menarik yang Alur Galley Suites tawarkan. Dalam pakej ni termasuk dengan aktiviti Day Trip ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Menarik kan? Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam @ 2 hari 1 malam.


Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Lepas check in boleh pergi lunch di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites.
  • Naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam.
 Hari kedua :
  • Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, boleh buat aktiviti barbeque.
Hari ketiga :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout. Rugi ooo kalau tak mandi. Hihi.

Trip naik cruise pi tengok kelip-kelip


Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
  • Minimum 10 orang
  • Aktiviti dalam pakej :
Hari pertama :
  • Sebelum check in, pergi Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian. Berkumpul di Jeti pada jam 9 pagi. Pakej ni termasuk aktiviti snorkling di 5 checkpoint dan makan tengahari. Peralatan snorkling dan jaket keselamatan turut disediakan.
  • Malam nya, pergi dinner di Mr. Celup Tepung Station yang menawarkan 10% diskaun untuk yang menginap di Alur Galley Suites @ boleh naik bot/cruise menelusuri Sungai Penarik untuk 'melawat' habitat kelip-kelip pada jam 8 malam dengan bayaran tambahan RM35/dewasa , RM25/kanak-kanak (tak termasuk dalam harga pakej penginapan) @ boleh buat aktiviti barbeque.
 Hari kedua :
  • Mandi kat private pool puas-puas sebelum checkout la apa lagi. Hihi.

* NOTA TAMBAHAN : 
- Untuk aktiviti barbeque, nak sediakan sendiri bahan boleh, nak pihak Alur Galley Suites sediakan pun boleh dengan cas yang berpatutan. Harga tempahan ialah RM20/pax (ayam,ikan,sosej) atau RM40/pax (ayam,ikan,sosej,udang,sotong). Kelengkapan memanggang dah disediakan percuma kat tepi rumah.

- Untuk pakej makan di Mr. Celup Tepung Station, jangan lupa bawa kad yang ada pada kunci homestay tu tau untuk dapatkan diskaun 10% masa pergi makan.

Tempat Menarik Berdekatan Alur Galley Suites Untuk Kaki Pancing



Haaaa, yang kaki pancing mesti suka gila. Dekat dengan homestay ni, jalan kaki sikit je kat depan boleh sampai kat port memancing. Boleh sewa bot nak pi memancing kat sepanjang Sungai Penarik tu. Ambik sewa penginapan di Alur Galley Suites tanpa pakej. Kawtim la 10-15 orang boleh bahagi harga sewa sorang sikit. Satu bilik boleh kongsi 5 orang gitu. Best ke tak best? Opkoz la best.



Cara Buat Tempahan


Menarik kan kalau menginap kat Alur Galley Suites ni? Mahu nye tak menarik. Boleh sewa tanpa pakej untuk rancangan aktiviti sendiri. Boleh juga sewa dengan ambil pakej Day Trip ke Pulau Redang / Pulau Perhentian dengan harga yang super jimat. Mana nak dapat?


Jadi kalau nak alami percutian yang seronok gila dengan penginapan kat homestay ala hotel 5 star, boleh contact owner Alur Galley Suites seperti dalam gambar kat bawah ni ok!


Owner Alur Galley Suites : PN. NORLEY 019-398 7875



CikSha pun enjoy gila masa cuti-cuti Malaysia stay kat Alur Galley Suites ni. Happy dapat tengok wajah anak-anak dan suami yang enjoy 'percutian' kami ni. Seronok jugak sebab dapat spend masa dan eratkan hubungan silaturahim dengan 2 lagi blogger dari team BPT, Kak Awa dan Rini.


Yang paling best tu, dapat layanan first class dari pergi Pulau Redang, makan kat Mr. Celup Tepung Station, trip pi tengok kelip-kelip. Memang percutian yang takkan dilupakan la. InsyaAllah, ada rezeki nanti nak repeat lagi. Nanti next entry CikSha kongsi cerita pasal makan kat Mr. Celup Tepung Station dan trip ke Pulau Redang. Stay tune!


Bisik-bisik :: Next kita aim Day Trip ke Pulau Perhentian pulak.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Thursday, 14 March 2019

Bank Negara Malaysia Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April



Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hadir pada sidang media Karnival Kewangan Terengganu 2019

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.


Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

PAHANG   
Gambang : Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang [18 Mac]
Jengka : Dewan Semai Bakti, Felda Jengka 11 [19 Mac]

TERENGGANU
Dungun : Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya [20 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak [24 Mac]
Kuala Nerus : Dewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu [24 Mac]   
Setiu : Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom [25 Mac]
Besut : Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung [26 Mac]
Hulu Terenganu : Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu [27 Mac]
Marang : Dewan Majlis Daerah Marang [28 Mac]

KELANTAN
Kota Bharu : Kompleks Balai Islam, Lundang [21 Mac]
Pengkalan Chepa : Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota [31 Mac]


"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 1 March 2019

SIGN ON | Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019



Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan Mac dah kita kan? Cepatnyaaaa masa berlalu. CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon. Dalam plan tu macam-macam nak buat. Tapi tak terbuat-buat. Huhu. Start bulan ni nak set rules baru la. Terlambat sikit sedar diri. Tapi sekurangnya CikSha nak ubah kan? Semoga Allah permudahkan dan diri ni sendiri pun kuat nak istiqamah.


By the way, pernah ingat tak tahun lepas CikSha pernah tulis pasal usaha sahabat CikSha sorang ni yang berjuang nak sebarkan penggunaan bahasa isyarat pada masyarakat secara percuma? Kat entri ni ha --> Belajar Bahasa Isyarat Percuma - SignOn




Alhamdulillah. Nampaknya usaha beliau dapat sambutan ramai walaupun ada kekangan dari kalangan yang macam beliau sendiri. Biarkan je depa yang hati tak berapa nak jernih tu. Yang penting usaha sahabat CikSha ni Allah nampak dan dipermudahkan semua yang beliau rancang. Dah masuk TV pun pasal usaha beliau ni. Beliau banyak dapat jemputan untuk rancangan talk pepagi macam Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O dan macam-macam lagi. Tu maknanya usaha beliau ni orang nampak. Syukurrr.


Jadinya kelas bahasa isyarat percuma setiap hujung bulan pada hari Sabtu yang beliau jadualkan tu masih lagi diteruskan untuk tahun 2019 ni pulak. Entri ni CikSha nak kongsikan JADUAL KELAS untuk tahun 2019 ni la sebenarnya. Hangpa kalau tinggal berdekatan dan ada masa terluang jangan la lepaskan peluang ni tau. PERCUMA je weh nak belajar bahasa isyarat basic. Keluar belanja sikit nak pergi ke tempat belajar je. Rugi kalau tak manfaatkan peluang yang ada.




Kali ni kelas bahasa isyarat ni dah dapat tempat yang tetap. Di PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN DAN PEMULIHAN (PLPP) BANGI. Alhamdulillah. Nampak kan usaha sahabat CikSha ni dipermudahkan Allah. Syukur sangat. Jadi kalau hangpa berkesempatan join la ok. Tu ada dah tarikh nya. Boleh simpan dalam planner takpun set dalam reminder kat henpon hangpa tu sesiap.


Oh ya, kalau rasa taknak terlepas apa-apa info, boleh la follow rapat semua laman sosial Sign On ni macam yang tertera di bawah.

FB Page : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE - BAHASA ISYARAT MALAYSIA
Laman Web : MALAYSIAN SIGN LANGUAGE BAHASA ISYARAT MALAYSIA


Bisik-bisik :: Semoga kelas bahasa isyarat ni dapat memberi manfaat yang baik untuk semua golongan.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 12 February 2019

Nestlé Sokong Kecelikan Braille Sumbang RM45,000 kepada Masyarakat Cacat Penglihatan



PETALING JAYA, 4 Februari 2019 – Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, syarikat baru-baru ini menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM). Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.


Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”




Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”




Mengenai Nestlé Malaysia
 
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 9 February 2019

EPF | Latest Changes In EPF (KWSP)



The Employee Provident Fund (EPF) has developed as an important and reliable wealth creating benefit for the organised workforce. For example, it even helps Malaysian citizen to buy their PR1MA home by using the EPF Account 2. If there are any developments about EPF, it would surely become a talking-point and can lead to strong reactions. There are a few important changes being made to Employees Provident Fund (EPF) in Budget 2019.


1. Separate tax reliefs for EPF and life insurance

Prior to the amendment, the tax relief of EPF and life insurance or takaful was combined at a total of RM6,000. Budget 2019 will separate EPF from life insurance reliefs such as EPF contributions tax relief up to RM4,000; Life insurance premiums and takaful relief up to RM3,000 and National Education Savings Scheme (SSPN) relief up to RM8,000. Some may find the separation would be a disadvantage because of higher EPF contributions, but the move may be seen as an advantageous one too as it encourages more people to get life insurance as protection.

According to Anusha Thavarajah of the Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), the statistic shows that only 4% of the B40 households have life insurance. Therefore, the split tax benefit could be the motivation factor for the citizens to invest in a life insurance/takaful policy which leads to a better future with protection. Instead of saving RM6,000 with just your EPF contributions, you can now save a total of RM7,000 and have the insurance policy as a safety net.


2. Lower employer contribution for employees aged 60 years and above

Prior to the revision, employers were liable for contribution of 6% per month for employees aged 60 and above, while employees were required to contribute 5.5%. The minimum employers' share of EPF statutory contribution rate for employees aged 60 and above has been reduced to 4% per month in Budget 2019.

This means that businesses will be able to save 2% of their contribution for each employee aged 60 years and above. The saving in employers' share to minimum 4% would also boost employment opportunities for workers above 60 years of age, hence ensuring the population above 60 years old to remain productive and active in the economy




3. Minimum EPF contribution revised to RM264 a month

Low salaries, particularly among low-income employees, is one of the main causes that many Malaysian workers retire with insufficient funds. Statistics from the EPF showed that 64% of members who reached the age of 54 have savings below RM50,000 which is an insufficient sum when taking into consideration the high cost of living and household debts.

The EPF said with this new amendment, the expected monthly contribution to be received by the EPF for every worker who earns monthly wages will not be lesser than RM264, subject to whether the worker is full time worker.

There will be different minimum contribution applicable to members who are salaried on a weekly, daily or hourly basis namely those part-timers. The EPF said notices had been sent to all registered employers on this matter and it would work closely with employers to ensure the smooth implementation of the policy.


4. EPF revises up basic savings target from RM228,000 to RM240,000

EPF has increased its Basic Savings target from RM228,000 to RM240,000 effective from Jan 1, 2019.

RM240,000 is the minimum amount of savings members should have upon reaching age 55. According to a statement, the EPF said the new quantum is benchmarked against the minimum retirement pension for public sector employees, which was raised from RM950 to RM1,000 per month.


5. i-Suri initiative for eligible housewives under e-Kasih scheme

The i-Suri initiative, which was launched on Aug 15, 2018, has received positive feedback from the citizens and as at October 2018, the total number registered is 28,963, which is equivalent to 13.29% of those who are eligible under e-Kasih. The ladies who are qualified for applying this incentive are housewives, widows and single mothers who are enlisted in the National Database on Poverty (eKasih).

Taking into account the new changes and initiatives, the EPF has made it easier for Malaysians, across all age groups, to save up for their future. This incentive is expected to provide housewives with an avenue to save for their future well-being.


***********************************************************************

RINGKASAN VERSI BAHASA MALAYSIA

Hai pembaca blog kesayangan CikSha semua. Artikel kat atas ni sebenarnya tentang beberapa perubahan yang telah dipinda tentang KWSP dalam pembentangan bajet 2019. Jadi bagi yang kureng sikit kefahaman baca artikel omputih, ni CikSha bagi penerangan serba ringkas pasal artikel di atas ok!

Ni 5 point utama yang di hi-lite dalam artikel di atas.

1. Pasal pembayaran insuran diri yang telah diasingkan dari KWSP. Tujuannya untuk menggalakkan lebih ramai individu yang bekerja untuk membeli sendiri insuran diri secara persendirian sebagai perlindungan untuk masa depan yang lebih terjamin.

2. Pengurangan jumlah bayaran KWSP yang perlu majikan keluarkan untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke atas. Dulu majikan diwajibkan menyumbang 6% untuk pekerja, tapi lepas pembentangan bajet 2019, jumlah bayaran dikurangkan kepada 4%. Tujuannya nak bagi peluang kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas untuk bekerja dan majikan berpeluang menyumbang lebih banyak kepada lebih ramai pekerja umur 60 tahun ke atas.

3. Bayaran minimum untuk simpanan KWSP pekerja ditetapkan sebanyak RM264 sebulan. Tujuannya nak pastikan semua pencarum KWSP dapat pulangan yang mencukupi bila dah sampai had umur (54 tahun) untuk pengeluaran caruman KWSP di hari tua.

4. Simpanan asas pencarum dinaikkan dari RM228,000 kepada RM240,000.

5. i-Suri untuk surirumah, balu dan ibu tunggal yang layak di bawah Skim e-Kasih.

Haaa, jelas dah kan? CikSha harap artikel ni dapat bagi pemahaman yang lebih jelas kepada semua tentang beberapa pindaan dalam caruman KWSP yang dibentangkan dalam Bajet 2019 tahun lepas tu.


Bisik-bisik :: CikSha pernah guna akaun 2 KWSP untuk bayar PTPTN tau.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com