Tuesday, 29 May 2018

Kenapa Baby Suka Hisap Dagu Ibu



Assalamualaikum. Hai!


Lama tak membebel kat blog. Bizi kalah perdana menteri memang cam gini. Hihi. Topik santai je kali ni nak tulis. Mak mak kan. Bab anak la nak ditulisnya.


Sebenarnya kan, dah lama CikSha terfikir pasal ni. Dari anak sulung lagi CikSha dah alami benda ni. Tiga tiga anak CikSha memang fevret sangat hisap dagu CikSha ni bila umur depa dalam 5 bulan camtu. 


Tahu tak kenapa baby suka hisap dagu ibu dia? Ada tak yang pernah jugak alami situasi yang sama?


Pwinces Ummi duk hisap dagu ummi penuh kusyhuk. Hihi. 


CikSha ada cuba google. Saja nak baca pengalaman ibu-ibu lain kot ada. Google bahasa Melayu dulu. Tapi tak jumpa pun artikel yang berkaitan. Google dalam bahasa Inggeris ada la jumpa kat forum ibu-ibu tu duk diskas sesama sendiri sharing pengalaman indah ni.


Indah tau. Macam rasa disayangi sangat. Walaupun maknye kekadang bertukar jadi dinosor bila dia buat perangai. Tapi dia tetap jugak gomoi mak dia. Hihi. Baby kan. Memang gitu la depa. 


Nak tahu tak kenapa baby suka buat camtu? Kalau anak-anak CikSha, yang CikSha perasan depa buat camtu sebab nak bergurau. Masa tengah duk berguling main dengan depa selalunya kejadian tu berlaku. Mungkin jugak nak tunjukkan yang depa in love sangat dengan mak depa.


Kekadang kalau depa mengantuk pun suka jugak buat gitu. Bukan takat dagu sekali dengan pipi disedut sedut. Hihi. Geli tapi suka tau bila anak duk gomoi camtu. Kat forum omputih yang CikSha baca tu, depa kata tu salah satu nak soothing gusi sebab gatai nak tumbuh gigi. Mungkin jugak kot.


Tapi secara saintifik kenapa baby suka buat camtu tak tau la CikSha. Takda jumpa artikel yang huraikan pasal benda ni. Haa, lagi satu bab hygienic. Kalau jenis bermekap mohon jangan la bagi anak hisap dagu time tu eh. Kalau muka bersih dari sebarang mekap takpa. Bukan apa, risau chemical yang ada pada mekap tu anak duk telan. 


Ada tak pembaca yang duk hadap situasi camni?  Yang pernah alami tu, mai la kongsi pengalaman indah ni sama-sama kat komen.


Bisik-bisik :: Anak mana la yang tak in love dengan ibu yang kandung dan lahirkan depa kan?


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 31 March 2018

Vitamin Untuk Kulit Cantik ❤️ Snow Crystal



Assalamualaikum. Hai!

Sekarang kan, CikSha dah tambah satu lagi rutin dalam regim penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit CikSha. Aiseh! Kemain lagi siap ada regim bagai. Hahaha. Tapi serius tau, dulu masa duk umur 20an, masih anak dara memang CikSha ignore gila bab nak jaga kulit ni. Bukan sebab perasan cantik, tapi pemalas! Pastu bajet dah ade boipren tak jaga sangat pun takpe. Kononnya boipren kena terima seadanya diri ku ini. Hahaha.

Tapi bila dah kawen, beranak pinak, makin macam-macam masalah kulit mai bertempek. Tambah pulak dah umur 30an ni, kolagen dah makin berkurangan. Lepas tu, duk ambik cucuk perancang yang kompom hormon kacau bilau kat dalam, memang mudah la kulit jadi tak lawo. Sadis gila rasa. Huuu.






Jadi solution nya, selain duk gigih mencalit si gojes WD kesayangan CikSha, CikSha amalkan jugak ambik supplement a.k.a vitamin cantik Snow Crystal keluaran EllDora. Memula dapat produk untuk review je. Lastly terjatuh cinta uols.

Sedap sangat gabungan rasa stoberi dengan laici tu. Dah la mudah je nak consume. Kunyah-kunyah je. Tak payah nak struggle teguk ayor bergelen-gelen semata-mata nak telan seketul pil gedabak. Spesis penakot nak telan ubat memang macam ni tau. Bila dapat vitamin yang hanya perlu kunyah dah setel, mesti la hepi gila. Hihi.


APA KEISTIMEWAAN ELLDORA SNOW CRYSTAL NI?

Kalau nak tahu, Snow Crystal ni diformulasikan khas untuk merawat masalah kulit wajah oleh pakar tau. Diadun dengan 22 bahan premium semulajadi yang terbaik untuk kulit. Lepas tu dia bertindak dengan beri 12 kesan terbaik untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah. Rasa pun sedap, manis-manis buah gabungan strawberi dan laici. Ada 60 tablet dengan harga yang berpatutan (RM79sm/RM84ss).

Snow Crystal ni produk Bumiputera Muslim. Memang terbukti berkesan dan selamat. Yang paling penting sekali Snow Crystal ni mempunyai kelulusan KKM sebab takde bahan yang berbahaya dan terlarang. Bukan orang pompuan je, lelaki pun boleh consume tau.



https://2.bp.blogspot.com/-8MvaGM7pGBM/WpeKBQSi3uI/AAAAAAAABsw/wdXLidUHG6Iwh7YCv7pUew6l1qMioEiOACLcBGAs/s1600/ell1.jpg


APA PERUBAHAN BILA CONSUME ELLDORA SNOW CRYSTAL?

Benda yang paling CikSha perasan sangat perubahan bila duk consume Snow Crystal ni kan, jeragat CikSha makin memudar dengan jayanya. Nak tahu tak, punya la susah nak pudarkan jeragat ni. Sejak duk ambik perancang memang mencanak-canak dia muncul kat kulit muka. Huuu. Tapi sejak duk mengunyah Snow Crystal makin pudar dah depa. Happy tau!

Nah, CikSha kongsi gambo gojes CikSha kat bawah ni. Hihi. Nampak tak bintik-bintik comel jeragat CikSha dah makin pudar. Seronotnya!




CikSha kongsikan jugak infografik tentang Elldora Snow Crystal yang best ni.

https://1.bp.blogspot.com/-hYtyPx84Ihc/WpeGQNyFEeI/AAAAAAAABow/NUtbU3Y6eCMyJzXDYExOwlFu8XYx-qVxQCLcBGAs/s1600/ell36.jpg
Keistimewaan Elldora Snow Crystal

https://3.bp.blogspot.com/-t31ydKzkhcQ/WpeJ9DS-B3I/AAAAAAAABr0/XcLpkCuJljIssIxXMkB_LSpx6IRzd8GmgCLcBGAs/s1600/45.jpg
Info ringkas dan padat tentang Snow Crystal

https://2.bp.blogspot.com/-q4O6w7fJ82k/WpeJ7RyJj0I/AAAAAAAABrg/mWPNClLA6847CgVqbaaxDZXa7SFZSblzQCLcBGAs/s1600/39.jpg
Cara pengambilan Snow Crystal


https://3.bp.blogspot.com/-YqEK8eLJ5S8/WpeGk4Dj6pI/AAAAAAAABqE/bHZdFwlnPHY-iZhvpEhYsIfXlR7LHJZIgCLcBGAs/s1600/6.jpg
12 kebaikan Snow Crystal

https://4.bp.blogspot.com/-OOXRxk5Gx34/WpeJ7qQ9smI/AAAAAAAABrk/j1hZjC9NCLMkkN5JG741moo5egS5FRzlQCLcBGAs/s1600/4.jpg
22 bahan berkualiti yang terkandung dalam Snow Crystal


Ni pulak antara TESTIMONI terbaik dari pengguna Snow Crystal yang CikSha pilih. Nak tengok testimoni lain boleh pi skodeng kat sini ok!

https://4.bp.blogspot.com/-g8jx7_9xgdc/WrttCsb7E0I/AAAAAAAACAU/LJ3OPWG16gA5oX8EKCIttBcOkIwAVGJKQCEwYBhgL/s1600/c32.3.jpg 

https://3.bp.blogspot.com/-PobA9_rWYxY/WrttFe088TI/AAAAAAAACA0/YyutorvYjKAycEZ54AGx7bG9j17RHvrqwCEwYBhgL/s1600/c38.1.jpg 

https://2.bp.blogspot.com/-sBPogkWKVLw/Wrts-gnGcKI/AAAAAAAAB_g/qtJ7njOHe2ItvUl1JxawOXRLsRSEynACgCEwYBhgL/s1600/c18.3.1.jpg


Haaa..best kan Snow Crystal ni? Memang tak rugi kalau diamalkan. Add on je dalam regim jagaan kulit korang. Dah ada rutin skincare yang mabeles, topup pulak dengan pengambilan supplement yang selamat, makin gojes la korang sebab kesihatan kulit tip top. Awesome kan?

Eh, sebelum terlupa. CikSha nak bagi info yang Elldora pun akan keluarkan produk skincare dan foundation. Semestinya yang terbaik jugak sebab sebelum dilancarkan produk ni dah jalani R&D selama bertahun-tahun. Ini baru betul kan? Nak hasilkan produk yang terbaik untuk pengguna, ofkoz kualiti harus dititikberatkan. Respek!






Nak info dan consultation lebih lanjut pasal Snow Crystal, korang boleh hubungi careline yang tertera bawah ni ok!

Elldora Empire
~ Inspire Your Desire ~
Careline: 019-2271077
Instagram: Elldora Beauty HQ
Bisik-bisik :: Kulit sihat dan cantik memang idaman setiap orang. So, kita jaga dengan rutin skincare dan pengambilan supplement yang terbaik.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Tuesday, 20 March 2018

Atasi Masalah Perut Dengan G-Storm 360



Assalamualaikum. Hai!

Pernah dengar kan, punca penyakit mai dari perot. Tu semua berkait dengan pemakanan kita la tu. Kadang perot ni tak larat nak servis segala yang kita telan. Tu yang jadi punca memacam penyakit tu. Masalah penghadaman, perot kembong, gastrik dan lain-lain yang ada kaitan dengan penyakit perot ni la.

Tapi sekarang ni takyah risau dah. Selain ubatan moden, kita boleh ikhtiar dengan cara lain. Contohnya macam minum susu kambing yang ramuannya diadun khas untuk atasi masalah perot.






Susu kambing memang baguih untuk kesihatan tau sebenarnya. Tapi susu kambing yang CikSha nak perkenalkan ni lagi special. Sebab terkandung 22 ramuan yang berkhasiat termasuk susu kambing sendiri yang baik untuk kesihatan perot. Sesuai diamalkan seisi keluarga pulak tu. Ibu menyusu dan mengandung pun boleh minum jugak.


Kalau tempoh hari CikSha try susu kambing perisa strawberry dan buah beri yang bagus untuk kecantikan kulit. Kali ni CikSha try susu kambing yang khas untuk kesihatan perut pulak. Ni nak cerita pengalaman duk consume susu kambing G-Storm 360 la sebenarnya ni. G-Storm 360 ni produk keluaran EllVita jugak tau.




By the way, susu kambing G-Storm 360 ni siapa yang ada masalah gastrik memang disyorkan sangat ambil. Memang membantu banyak kalau konsisten minum. Selain masalah gastrik, kalau selalu kembung perot, berangin je badan, pedih ulu hati dan ada masalah penghadaman boleh jugak try minum G-Storm ni.


Banyak dah testimoni berjaya yang dikongsi oleh pengguna yang dah consume G-Storm 360 ni tau. Bawah ni CikSha kongsikan antara testimoni nya.





Sebenarnya, CikSha ni macam fobia kalau tengok kaler susu putih-putih ni. Macam muak. Tapi bila dah try G-Storm 360 ni, lain sangat feeling dia. Boleh telan cam gitu je. Sebab sedap! Rasa mint-mint pudina sikit. Segarrrr sangat. Langsung tak muak. Suami CikSha pun cakap menda yang sama bila CikSha bagi dia try minum masa dia mengadu perot rasa sebu dan sakit macam ada angin taufan duk spin dalam perot dia.


Macam CikSha ni, takda masalah gastrik. Tapi ada masalah penghadaman dan angin. Serius. Masa duk consume minum susu kambing G-Storm 360 ni kan, macam makin mudah sangat CikSha nak menyahut panggilan alam. Lawas betoi. Lepas tu punya la mudah angin keluaq. Menderu-deru. Sampai jenuh nak melarikan diri bila nak tentut. Hihi. Tapi memang lega la lepas tu. Rasa ringan sangat badan.


Sedikit infografik CikSha nak kongsikan pasal G-Storm 360 ni. Meh skodeng!  






https://4.bp.blogspot.com/-XSRBKKjaxVw/WsBPHwkSFlI/AAAAAAAACHg/SyFJuclmIEEVzfN29uwGPg17w5EZz-rtQCEwYBhgL/s1600/gstorm%2B1.1.jpg 


https://4.bp.blogspot.com/-Fcj9ZqNGRug/WsBPK2lPwGI/AAAAAAAACI4/yEJgdUuDob0jbel1ZY0g_hE-ndlxchfuwCEwYBhgL/s1600/gstorm%2B1.jpg 

 
Untuk pengetahuan semua, G-Storm 360 ni ada dua size tau. Berikut adalah harga nya: 

HARGA PASARAN  
ellVita G-STORM 360 (300 gram) 
  RM 60.00 (Semenanjung Malaysia)  
RM 70.00 (Sabah & Sarawak)
 
ellVita G-STORM 360 (650 gram)
RM 120.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 130.00 (Sabah & Sarawak)

https://1.bp.blogspot.com/-Y6-GX8HSYT0/Wp5tZf1GTjI/AAAAAAAAB5w/pHaZOCpN-94G96le1mfvox8IKLGDf8VLwCLcBGAs/s1600/3%2Bsusu%2B12.jpg


G-Storm 360 antara produk berkualiti keluaran EllVita. So, pada yang ada masalah dengan perot tu boleh la try consume susu kambing berkhasiat ni jadikan minuman harian. Sedap tau!
Kalau ada yang berminat nak dapatkan G-Storm 360 yang awesome ni, boleh je roger CikSha untuk order. Takde hal punya.


Boleh juga terus order dan dapatkan info lanjut di:

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
FB & IG: ellvita HQ 


Bisik-bisik :: Dengan teknologi canggih manggih, boleh dah minum susu kambing dengan gembira sebab gerenti sedap macam susu kambing keluaran EllVita yang ada pelbagai perisa. Tasty, Tested, Trusted. Gituuuu. Hihi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 16 March 2018

20 top airport tips: How to stay calm and save time at the airport




20 top airport tips: How to stay calm and save time at the airport



Airports are getting busier and busier than ever, where lines are check-in and airport security wait times are getting longer and unpredictable. Getting through an airport can be a tricky and harrowing stress-fest. Saving a few extra minutes here and there along the way can work out in your favour. Travelling is not unlike investing in Penang properties. It is not rocket science. To help you pull it off, we’ve compiled 20 airport tips to help you get from your front door to your seat on the plane as quickly and stress-free as possible.

Before you leave home

1. Know where to go

Take some time not onlyto check for information about your flight and destination, but to also find out where the airport is located.You may already be familiar with your own home airport, but foreign airports can be confusing and disorienting. If you’re in unfamiliar territory, you can check for ways to get to the airport and plan your journey in advance. Keep this in mind to save yourself some time and stress.

2. Check-In online

Checking-in online can save you a heap of time at the airport. If you have no check-in bags, you can just head straight to security once you reach the airport. If you are checking in your bags, some airlines even offer self-service baggage drops, you can even print the tags at home yourself. 

3. Take a screenshot of your boarding pass

Take a screenshot of your boarding pass and save it on your phone. It doesn’t matter if you’re checking in via the airline’s app on your smartphone or have a copy of the boarding pass in your email.Having a screenshot helps you get quick access to your boarding pass when you need it, which can eliminate the stress of trying to figure out which of the non-existent internet networks at the airport are legit, or battling with badly designed airline apps.

4. Print out a copy of your boarding pass

If you’re not that technology-savvy, you can stick to paper. It is also a good idea to print out a copy of your boarding pass even though you already have a screenshot on your smartphone. You never know, your phone may just run out of battery at the most inopportune moment.

5. Pack everything you don’t need out of reach

Out of sight, out of mind. Clutter is the enemy of smooth passage through the airport. Pack everything you don’t need at the airport out of reach to avoid from having to sift through clutter while looking for something you really need.

6. Place your documents in an easily accessible place

Pack your identification documents, boarding pass and wallet in an easily accessible part of your bag before you leave home. By going through this ritual, you make doubly sure that you don’t leave home without these crucial items. You also don’t waste yourself (and other people) some time fumbling around searching for these items when you need them.

7. Depart for the airport earlier

Plan your journey to the airport with some extra leeway in time. Although check-in and baggage drop counters usually close an hour before the flight is scheduled to depart, try to reach the airport at least two hours before your flight departs. You will need to spend some time queueing for check-in or baggage drop or even at security checks and immigration clearance. Unless of course you’re travelling with only carry-on luggage, then by all means, live on the edge.


When you reach the airport

8. Prep your documents

While waiting in line to check in, perhaps before you get to the front of the line, prepare on hand all the documentation you will need to check-in. Your efficiency will be deeply appreciated and this makes everyone happy.

9. Weigh your bags

Before you reach the airline counter and get surprised with hefty prices for overweight bags, weigh your bag before you get in line. Many airports provide weighting scales at check-in areas. This allows you time to lighten your check-in baggage and swap some things over to your carry-on bag.

10. Skip the long queue

Check-in queues can get extremely busy, especially approaching the holidays. If you’re rushing for time, the trick in these cases is to wait until they call out the flights that are due to depart soon. Airlines usually open up a counter specially for their passengers that are on flights that are due to depart as a priority. Thus, you can sit and relax while you wait for your flight to be called, and then you can proceed straight to the specific counter for check-in, bypassing the long queues.


Before airport security

11. Stow everything else in your carry-on

Stow everything except your ID and boarding pass in your carry-on.  This helps you breeze through security in a pinch. This way, you won’t be wasting time finding stuff in random pockets, fiddling with your phone, dropping things all over the place and generally irritating everyone else in line behind you. Everything will be in your bag ready to go through security, and you will be as close to ready to go through the actual security machine.

12.Remove your metals

At security checkpoints, save yourself the hassle and remove all metal items from your body before you reach the front of the line. Anything metal, such as your watch or ring might set off the alarms. If you don’t want to set off the alarms and hold up the queue, remove all your crown jewels and stow them in your carry-on while waiting in line. Otherwise you might find yourself holding up the queue and subjected to uncomfortable body searches.

13.Bring along a plastic bag

Take a few spare plastic bags, preferably one with a ziplock to get your liquids through security checks. They can be useful in countless ways. So, save yourself the hassle, and the money, – some airports will charge you for these plastic bags – and bring along your own.

14. Assess your possessions

Before you get to the front of the security line, do a quick mental review of everything on your person that you will need to remove (jacket, watch, belt, etc.), as well as what you have inside your bag that might need to be taken out (electronics withlithium-ion batteries, etc.). Everyone else will thank you for your efficiency.


After airport security

15. Check your flight status again

Double-check the flight status boards in the departure hall to see if there are any changes to your departure gate or your flight time.

16. Get to your gate

Although flight status boards should be your first stop for information, you should proceed straight to your gate for the latest information. Flight status boards typically lag behind reality, and your departure gate should have the latest information. Getting to your gate early not only helps you make sure nothing has changed, it also helps you get a sense of how crowded the flight is. You can then proceed to walk around, have a snack and drink, or do some shopping if you feel like it with peace of mind.

17. Set an alarm

Setting an alarm on your phone to go off before boarding time is a good idea. With all the facilities and stores in the departure lounge, it’s easy to get distracted and miss your boarding time.

18. Use the waiting time well

While you are waiting for boarding, you can kill the time, connect to the wifi and get some work done. You can also use the dead time to do some shopping.


19.Don’t queue to get on the plane

Keep that kiasu attitude for competitions that actually need it. Find a seat near the departure gate, preferably somewhere with the boarding desk in sight. You can avoid standing in queue forever while waiting to board the plane. You can sit comfortably until the last possible minute, when the queue is less intense, get up and stroll through the departure gate and onto the plane. The plan will not leave without you, and will call out your name a few times to make sure you don’t miss your flight.

20.Look before you leave

If you’ve stopped anywhere in the airport, be sure to turn around and check that you’ve not left anything behind. Whether it’s a restaurant, the duty-free shop or at the gate, double-checking will help you keep your peace of mind.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Saturday, 10 March 2018

Sihat dan cantik dengan EllVita Premium Berry



Assalamualaikum. Hai!


Dah nak masuk 2 minggu CikSha minum susu kambing perisa strawberry dan buah beri ni. Sedap sangat uiii. Langsung tak muak tau. Tak rasa macam minum susu kambing pun. Serius. Memang sedap sangat!


CikSha pernah je minum susu kambing jenis serbuk macam ni. Tapi jenama lain la. First time try minum masa ngandung kan abang Adan. Rasanya masa tu susu kambing jenis serbuk ni ada perisa asli je. Tapi takleh pergi la. Tekak eksyen gila. Tu pun asyik skip minum. Hihi. Lepas dah beranak memang tak minum dah la. Masa ngandungkan si encem Iman dengan si princess Khayla lagi la langsung tak ambik terus susu kambing. Konon fobia. Hihi. Padahal tak kena dengan anak tekak.




Bila dapat peluang cuba susu kambing keluaran EllVita ni, first time minum terus rasa wowwww sedapnyaaaaa! Lain dari yang lain. Ingatkan kalau susu kambing ni bila dah diadun dengan perisa lagi muak nak minum. Tapi meleset jauhhh sangkaan CikSha.


CikSha pilih Premium Berry sebab dalam mindset duk pikiaq perisa yang lain mesti tak serasi dengan anak tekak. So CikSha ambik la perisa buah buahan. Memang kena selera. Mengada sangat anak tekak iols ni. Nak yang premium je. Hihi.




Bestnya Premium Berry ni sebab dia bukan je bagi manfaat yang baik untuk kesihatan tapi untuk kecantikan kulit jugak. Sebab ada 15 bahan premium semulajadi yang terbaik dan terpilih dari seluruh dunia dalam setiap sachet.


Boleh dibancuh untuk minum suam-suam atau pun sejuk. Sejuk tu tak kisah la nak letak ais ke atau bancuh dengan air masak sejuk buat shake shake. Dua-dua pun sedap. Buat pulak 2 sachet sekali bancuhan. Perrgghhhh. Mabeles! Jangan pi bancuh dengan air panas mendidih sudah. Hilang khasiat dia nanti.




Premium Berry ni sesuai diambil oleh lelaki dan perempuan tau. Seawal usia remaja 15 tahun ke atas. Tapi lebih afdal untuk yang dah kertu macam CikSha yang dah 3 series ni ha sebab kolagen dah makin berkurangan, imun badan pun dah sendu. InsyaAllah boleh membantu kita kekal sihat dan opkoz la awet muda.


Sepanjang 2 minggu dah amalkan minum Premium Berry ni apa yang CikSha dapat manfaat? 

❤️ Kekal bertenaga walaupun tak cukup tidur. Maklum la memalam buta CikSha jadi owl siapkan job design. Tidur lewat bangun awal. Siang duk urus anak kecik 3 ketol tu dengan buat housework. 

❤️ Lambat makan pun tak rasa longlai dan nak jadi mak ko ijo sebab dia macam mengenyangkan perot. Rileks je tengahari makan pukul 3 petang pun takpa walaupun pagi cuma sarapan minum Premium Berry je. 

❤️ Kulit pun nampak makin sihat dan gojes la sikit. Ye la gabungan minuman terbaik dengan penjagaan kulit yang elok kan. Bergabong, meletop la. Hihi.


Sedikit info CikSha nak kongsikan pasal Premium Berry ni. Cekidaut!



Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas



Ni antara testimoni yang CikSha pilih dari pengguna yang dah consume Premium Berry pulak. Selebihnya boleh tengok kat sini





Memang tak rugi la consume Premium Berry ni. Dah la lazat. Banyak khasiat pulak tu. Hadiah terbaik untuk dirimu gitu. Maklum la sihat dapat, cantik pun dapat. Diformulasi oleh doktor perubatan tau. Produk berkualiti keluaran EllVita. Tasty, Tested, Trusted. 

Kalau ada yang berminat nak consume Premium Berry yang best ni, boleh je roger CikSha untuk order. No problemo.

Boleh juga dapatkan info lanjut di:

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
FB & IG: ellvita HQ 


Bisik-bisik :: Dengan teknologi canggih manggih, boleh dah minum susu kambing dengan gembira sebab gerenti sedap macam susu kambing keluaran EllVita yang ada pelbagai perisa. Hihi. 


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 14 February 2018

Pengalaman Jaga Colostomy @ Stoma Si Encem Iman



Assalamualaikum. Hai!


Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni tapi asyik la bertangguh nak tulis. Saja nak buat coretan untuk kenangan diri sendiri. Nanti-nanti boleh baca balik mengimbau kenangan pernah jaga colostomy @ stoma si encem Iman tu satu masa dulu. Boleh jugak jadi rujukan pada orang yang melalui pengalaman yang sama tapi tak tau apa nak buat. Mana la nak tahu kan?


Kalau yang memang follow CikSha mesti dah tahu pasal si encem Iman yang special amat tu. Tahun 2016 dulu Allah kurniakan CikSha dan suami anak syurga yang extra istimewa. Boleh baca pasal si encem Iman ni kat entri ni : Iman Yang Terlalu Istimewa.


Si Encem Iman CikSha

Lepas lahir doktor dah tebuk perot dia sebelah kanan untuk buat stoma tu. Tujuannya nak memudahkan si encem Iman buang air besar la sebab dia kan dilahirkan tanpa lubang dubur. Alhamdulillah hasil scan semua cuma hujung usus besar dia yang tak sampai kat dubur dia. Sebab tu tak terbentuk lubang dubur dia. Takda masalah lain. Usus dia pun bekerja dengan elok. Allah tu tahu kan apa yang terbaik untuk dia kan? Lagipun dia kan extra istimewa. Hihi.


Masa memula memang kekok la jugak nak jaga stoma si encem Iman. Sebab masa tu dia kena warded lama kat hospital. CikSha pulak ofkoz la dalam tempoh berpantang. Nak bergerak pun macam siput nak pi kat anak. Huhu.


Lepas lahir kena operate buat stoma tu, si encem Iman duk kat NICU sat sebab nak stabilkan pernafasan dia dengan mesin oksigen. Sebab dia masa lahir kan detect ada jantung berlubang PDA & PFO. Doktor nak pantau extra la. Alhamdulillah sehari je dia dengan mesin tu. Kuat sangat semangat dia. Lepas off mesin oksigen, dia dipindahkan kat bahagian pemantauan dalam wad NICU. Ada la 2 hari kot duk kat NICU. Lepas tu kena transfer wad baby biasa. Masa tu baru ummi dapat katil boleh stay dengan Iman kat hospital. Yeay!


Luka bedah kat tepi stoma Iman tu 2 kali terbuka tau. Nampak bahagian dalam. Seriauuu. Terbuka sebab dia punya menangis kemain meneran kuat-kuat masa kena cuci stoma tu. Sabar je la. First time terbuka tu doktor jahit la jugak balik. 2nd time terbuka dah tak jahit dah. Biar je bercantum sendiri. Ummi je kena extra care pastikan takda najis masuk kat bahagian luka tu. Huhu. Tapi baby kan cepat je recover. Alhamdulillah luka tu bercantum elok. Bahagian dalam tak kena jangkitan kuman.


Itu le rupa stoma dak encem Iman. Luka yang kat tepi yang hitam-hitam tu la yang terbuka 2 kali tu. Tu dah bercantum elok dah tu. Keliling melecet sikit tapi tak teruk.

Sebenarnya, kalau mampu lebih elok guna stoma bag. Tapi susah sangat nak dapatkan. Lagipun mahai nak mampuih sebab dia macam custom made khas untuk baby. Kami ni bukan la orang ada-ada. So, solution doktor pakar yang incharge Iman bagi kat CikSha ialah gunakan pampers baby. Kerat-kerat pampers tu sepadan yang boleh untuk tutup stoma dia. Pampers lagi menyerap kata doktor. Boleh la minimakan lecet kat stoma tu.


Macam-macam la cara CikSha dah try yang nurse atau doktor suggest untuk pastikan stoma dia tu comei ja tak melecet dan tak kena effection. Start dari dalam wad. Ni antara yang pernah CikSha try and error kat budak Iman untuk cover stoma dia:


  • Letak kapas keliling dan atas stoma, cover dengan gauze pastu lekat dengan soletep keliling gauze tu. Kena kerap tukar sebab nanti bocor najisnya. Tapi kesian sangat kat Iman. Kulit dia jadi merah-merah sebab kerap sangat tarik buang soletep tu ha.
  • Pakai urine bag. Tapi tak sesuai sebab bocor je manjang.
  • Last sekali yang sesuai dengan Iman, pakai pampers yang dikerat-kerat. Tekap kat stoma dia then pakaikan barut untuk make sure pampers tu duk comei je tak gerak-gerak.



Ni masa kat sepital lagi. Nurse yang buatkan. Pakai Urine Bag. Tak menjadi. Bocoq.


Ni pakai kapas buh keliling dengan atas stoma pastu tepek gauze lekat dengan soletep.

Ni buh pampers kat stoma pastu ikat dengan barut. Kemas je. Jarang bocor. 


Ummi nye duk buat stok pampers stoma. Hihi.


Alhamdulillah. Memang tak de masalah effection kat stoma Iman. Tapi melecet tu ada. Najis baby kan 'tajam'. Nak buat camna. Cuci kerap pun jadi jugak. Tak dapat elak. Solution nye tiap kali lepas cuci CikSha sapu dengan krim butter yang buh kat cik B kalau crack tu. Jenama Palmers kot kalau tak salah. Berkesan tau! Melecet tu jadi elok terus.



Yeay! Stoma saya dah tutup. Hihi.


Iman membesar dengan stoma dia tu ada le dalam 11 bulan camtu lebih kurang. Bulan Januari 2017, buat operation yang ketiga untuk tutup stoma dia tu kat HRPZ Kota Bharu. Sekarang Iman pun makin sihat dah. Dah berak normal macam biasa. Sebab dah ada lubang punggung kan. Tapi buatan la. Hihi.


Nanti CikSha kongsi pasal jaga luka bedah lubang punggung Iman pulak eh. Punggung dia tu dua kali kena toreh. Second time sebab lubang dia menyempit pulak. Padan la berak kemain seksa sebelum tu. Sekarang alhamdulillah dah ok. Nanti CikSha sharing ok!



Bisik-bisik :: Bukan mudah tau jaga anak extra special. Tapi Allah tahu kekuatan kita setakat mana. Dia akan sentiasa bantu. Jangan mengeluh. Selalu doa mohon Allah bantu permudahkan. Hugs!



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Friday, 2 February 2018

Ibu Mengandung Boleh Tak Pakai WD?



Assalamualaikum. Hai!


Bila ompompuan ni mengandung, memang takut nak pakai sebarangan produk komestik kan? Tak kira la yang makan punya ke, yang pakai luaran je ke. Risau sangat boleh efek kat baby semata-mata nak nampak cantik. Nak tak nak kena jugak berkorban tak tempek skincare kat muka, tak mekap-mekap, untuk jaga kandungan. Biar la mak tak cantik pun asalkan baby sihat je kat dalam. Betul tak?


CikSha pun macam tu jugak. Masa pregnant anak pertama dengan kedua, memang langsung tak tempek sebarang bedak kat muka kalau keluar pi jenjalan. Lagi la duk kat rumah. Muka togel ja. Dah la spesis tak mekap just tempek bedak baby je kat muka selama ni. Bila pregnant pulak tak pakai apa-apa kat muka dah. Memang lagi bertambah 'sendu'  la muka yang tak berapa nak gojes ni. Hakhakhak. Dah la masa tu belum berkenalan dengan si gojes WD lagi.


Bila ter'pregnant' anak yang ketiga tahun lepas, tetiba muka yang dah sedikit gojes bila cecalit WD sebelum tahu pregnant jadi kusam yang amat. Sadis jugak rasa masa tu. Tapi teruskan jugak dengan gigih mencalit si gojes WD macam biasa sebab dah jadi rutin kan. Kot kulit kembali 'bercahaya dalam keimanan' kembali. Hihi.




Ramai yang tanya, selamat ke pakai si gojes WD tu masa pregnant? Haaaa..ni CikSha nak cerita pengalaman duk cecalit WD masa duk pregnant yang ketiga la ni. Sepanjang pregnant memang CikSha teruskan je cecalit WD. Sebab dah tahu bahan-bahan yang ada dalam WD tu semuanya dijamin selamat untuk ibu mengandung. Herba-herba terpilih dan takde bahan kimia terlarang dan berbahaya. Lagipun calit luaran je. Bukan produk makan-makan.


Lepas episod kulit yang glowing tetiba jadi kusam bila ter'pregnant' tu, lelama kulit nampak makin cerah sikit kesan cecalit WD tanpa jemu. Alhamdulillah. Dah tak dayang senandung lagi. Masalah kulit pun takde sangat masa pregnant. Sebelum ni masa pregnant si abang-abang tu, kulit kemain sensitif amat. Dah la tak lawo, makin tak lawo. Syahdunya. Pregnant yang ketiga ni, dapat la pakej nampak awet muda plus lawo la sikit penangan cecalit WD. Perasantan! Hihi.


Ni la muka CikSha hangpa yang sendu. Hihi. Ni gambar masa pregnancy yang ketiga.

Disember 2016 tu dah bulan ke5 CikSha bercinta dengan WD. Kulit cerah sekata dah cuma masih ada jeragat. Bila dapat tau pregnant bulan Julai 2017 tu dah 4 bulan kandungan, memang perasan kulit jadi kusam amat. Tapi masih je teruskan mencalit. Masuk kandungan 7 bulan kulit dah tak kusam lagi cuma tak cerah macam yang sebelum pregnant tu la. Hormon mengandung kan.


By the way, CikSha memang ada jeragat tau. Lepas beranakkan si sulong tu jeragat menjadi-jadi. Efek ambik perancang sama kot. Jeragat kan memang susah nak hilang. Alhamdulillah dengan WD makin pudar dah. Parut jerawat pun menghilang dah. Nampak kan perbezaan?



Semua gambar ni CikSha memang tak mekap tau. No edit. Pencahayaan je yang berbeza. Dalam bilik, kat luar dan kat ruang tamu. Lepas tu zooming nak bagi nampak kulit muka dan cover perot.

1st pregnancy dengan 2nd pregnancy tu belum kenal dengan WD lagi. Kulit memang kusam le. Masa 3rd pregnancy tu memang duk bercinta dengan WD. Tu gambar masa overdue dah. Tunggu  baby bagi hint nak keluar je. Masa tu memang kulit tetibe nampak glowing. Petanda nak beranak dah kot gamaknya. Lepas je beranak 'horror' terus. Hormon tengah pening kan. Hihi. Tapi masa pantang CikSha cecalit jugak WD. Nanti CikSha kongsi pengalaman masa berpantang pulak.


Tapi kan, sepanjang pregnant kali ketiga tu emosi CikSha comeiiii sangat tau. Takde pun episod emo-emo macam peknen sebelum-sebelum tu. Mungkin penangan bau lavender WD yang menenangkan agaknya. Memang hari-hari duk hidu bau WD. Nyamannnn. Tu la istimewa nya si gojes WD ni. Best tau!


Alhamdulillah. Baby pun lahir sihat. Kulit bersih ja. Keluar putih kemerah-merahan pulak nye. Sampai bagi nama pun Khayla Humaira la. Sebab kulit dia yang cantik dan putih merah tu. Hihi. Tu maksudnya takda kesan negatif la cecalit WD masa pregnant. Tak kacau pun baby duk hoora hoorey kat dalam perot maknye. Baby pun maybe boleh dapat khasiat WD jugak tau. Dengan izin Allah.


So,  kalau ada yang pregnant tapi teringin dan mengidam sangat nak cecalit WD, jangan risau eh. Boleh je. Takda masalah pun. InsyaAllah boleh bantu atasi masalah kulit masa pregnant. Kulit pun nampak sihat. Muka kita ofkoz nampak ceria dan gojes sentiasa bila kulit sihat kan?


Tapi jangan la letak expactation tinggi melangit sangat tau. Lain badan lain penerimaan lain kesannya. Lagipun tengah pregnant hormon memang kacau bilau. CikSha pun tak janji bulan bintang kalau calit je WD masa pregnant kompom kulit cantik. Tapi yang pasti nak calit WD boleh je masa pregnant. Tak banyak, sikit pun ada kesan positif pada kulit. No harmful. 


Bisik-bisik :: Haaaa..ingat senang ke mengandung tapi tetap nak nampak cantik? Dengan si gojes WD InsyaAllah boleh la nampak cantik berseri sikit walau tak mekap.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com