Saturday, 7 September 2019

Restoran Menu Ala Thai Sedap Di Terengganu | D'Rumoh Pata



Assalamualaikum. Hai!


31hb Ogos lepas, kami geng blogger Ganu buat gathering kali yang kedua. Biasa la. Bila dah sekali dapat gathering, rasa nak buat lagi berkali-kali. Hihi. Gathering pertama, masa hari raya hari tu. Baca > Cerita Raya 2019 | Gathering Raya Blogger Ganu <.  Masa raya tu lagi memang dah plan nak buat gathering lagi bulan Ogos ni. Itu yang bagi jadi jugak gathering yang kedua ni. Alhamdulillah Allah bagi izin kami bersua lagi.


Alang-alang hari Merdeka, kami pun sambut sekali birthday blogger yang lahir bulan Ogos. Termasuk la diri sendiri jugak. Tenkiu kengkawan blogger Ganu. Happy sangat tau! Dah kertu pun dapat merasa lagi sambut birthday dengan kengkawan selain family tercinta.


D'Rumoh Pata | Pilihan Blogger Ganu untuk Gathering


Gathering kali ni bertambah lagi 2 orang blogger yang dapat join. Alhamdulillah. Seronok tau dapat berjumpa dan kumpul ramai-ramai secara santai camni. Kali ni lokasi pilihan nak berjimba huha huha kami pilih Restoran D'Rumoh Pata. Blogger Huda yang adjust semuanya dari lokasi, makanan sampai la kek birthday. Thanks Huda! Appreciate sangat usaha Huda yang bersungguh nak gathering kita menjadi.


Ni first time tau CikSha jejak kaki kat restoran D'Rumoh Pata. Selalu duk dengar jugak orang cakap restoran ni best. Pemandangan cantik, makanan sedap. Memang betul la bagai yang dicanang orang tu. View sekitar restoran ni memang cantik sangat. Terletak betul-betul tepi pantai. View kat pantai tu, subhanallah memang cantikkkkkk sungguh. Nak melepak ambik gambar memang lawa port dia. Kalau nak tahu, boleh mandi manda jugak kat situ tau. Bersih pantainya.


Blogger Ganu yang join gathering + birthday dinner. 💗

Baby August yang diraikan.


Kebetulan, sebenarnya tarikh 31hb Ogos tu tarikh istimewa untuk CikSha dan encik CH jugak. Ulangtahun perkahwinan kami. Tahun ni alhamdulillah dah tahun yang ke 6 buat kami. 'Muda' lagi usia perkahwinan nya. Masih banyak lagi nak 'belajar' bersama walaupun hakikatnya dah 14 tahun kenal. Ye la. Macam orang duk cakap. Masa belum kahwin bercinta lain caranya, dah kahwin cara bercintanya lain pulak. Hihi.


So, gathering kali ni macam memori indah la untuk CikSha. Dapat sambut birthday dengan kengkawan blogger. Dapat bawak suami dan anak-anak pi makan-makan sambut anniversary. Tempat pulak best. CikSha recommend sangat restoran D'Rumoh Pata ni pada yang nak buat gathering atau sambut special event. Confirm tak menyesal.


Gambar kenangan sempena wedding anniversary ke 6 tahun.

Kesayangan hati CikSha.

Pelbagai menu makanan sedap di Restoran D'Rumoh Pata


Menu makanan yang kami makan hari tu memang sedap sangat. Antaranya siakap 3 rasa, kengsom siakap, kailan ikan masin, ayam goreng bawang putih, tulang goreng (menu signature) dan sup sayur udang. Menu untuk anak-anak pun boleh tahan sedap. Anak-anak dapat masakan panas (nasi goreng ayam, bihun goreng), western food (nugget ayam, fries, chicken chop, mushroom soup) dan satay ayam. Paling sedap satay. Teringat sampai hari ni kesedapan satay nya. Hari tu si encem Iman makan satay bercucuk-cucuk. Siap marah orang lain ambik. Dia nak makan sorang. Hihi.


Padan la restoran D'Rumoh Pata ni sentiasa penuh je. Kena selera la orang kata. Menu ala Thai yang super delicious walaupun pedas sikit bagi orang yang tak tahan pedas. Teringat blogger DeqDeq duk kemain suap tak berhenti walaupun dia kata pedas Kengsom Siakap tu. Pedas tapi sedap katanya. Hihi. Comel je. Selain menu Thai, kat restoran D'Rumah Pata ni ada kiosk-kiosk menu lain macam western, satay, kambing bakar, waffle dan celup tepung. Banyak pilihan kan? Tu yang best tu.

Kiosk makanan lain yang terdapat di restoran D'Rumoh Pata


Antara menu makanan yang jadi santapan kami


Nampak sedap kan? Terliur tak? Hihi. Tapi memang sedappppp sangat!

Masa untuk makan!

Kemudahan Yang Selesa di Restoran D'Rumoh Pata


Restoran ni ada indoor dan outdoor tau. Ikut keselesaan kita nak melepak makan kat mana. Masa hari kejadian tu, kami pilih port makan outdoor. Mujur masa tu cuaca cantik sangat. Dapat la kami bersantai kat meja luar berhampiran dengan pantai. Syok oo makan sambil dengar deruan ombak dan kena tiupan angin laut. Asyikkk.
 

Oh ya! Selain kemudahan tandas, ada satu lagi kemudahan yang memikat hati CikSha ni. Sebab tak perlu risau kalau tengah duk bersantai makan tu, tetiba masuk waktu solat. Di restoran D'Rumoh Pata ni ada sediakan surau yang bagi CikSha sangat selesa. Dah la lawa. Ini yang CikSha suka sangat dengan restoran yang ada sediakan kemudahan macam ni. Takde la pelanggan terkejar-kejar nak makan cepat-cepat sebab nak kejar waktu solat kena pi cari tempat solat lain. Me love it!


Ruang makan indoor D'Rumoh Pata


Ruang makan outdoor D'Rumoh Pata


Surau D'Rumoh Pata yang cantik dan selesa


InsyaAllah, ada rezeki CikSha mesti repeat pergi sini lagi walaupun sejam jugak dari rumah. Kami kan duk kat Kuala Berang. Demi makanan sedap ku rela tempuh perjalanan jauh. Aiseh. Hihi. Mana la tahu family dari Penang datang ke kan, boleh bawak depa pi dinner kat sini.


Korang pun, kalau datang cuti-cuti kat Terengganu, masukkan dalam list nak makan malam kat restoran D'Rumoh Pata ni tau. Yang tinggal area kuala Terengganu, kalau ada plan nak sambut hari istimewa ke, gathering ke macam kami buat ni, boleh buat tempahan awal dengan pengurusan restoran ni ok.


FacebookDRUMOHPATA83
Instagramdrumoh_pata
Telefon : 0169206940 / 0129848844
Waktu Operasi: 5.00 Petang - 1.00 Pagi [setiap hari]
Lokasi : Lot 8163, Kampung Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.



Bisik-bisik :: Next plan nak gathering kat mana pulak geng?! Hihi.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

2 LOVE NOTES

  1. wahhh bestnyaaa..
    sy duk teganu xprnh smpai lg sni.. hehe

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com