Minuman Coklat Bagus Untuk Kesihatan?

Sebenarnya CikSha tengah cari alternatif lain untuk minuman coklat kat rumah ni. Sebelum ni kami memang peminum tegar M. Tapi sebab nak 'berjuang' bersama mempertahankan maruah saudara kita kat Palestin, CikSha decide untuk tukar minuman kegemaran kami yang menjadi penyumbang kepada puak Z tu ha dengan jenama yang lain.

As usual, sebagai supporter produk buatan Muslim tempatan, CikSha mencari dan mencuba la beberapa minuman coklat yang ada kat pasaran. Jadi ini adalah honest review dari CikSha secara personal ya. Bukan dibayar. Jadi takda niat nak menjatuhkan bisnes/produk yang CikSha cuba okay. 



Minuman Coklat Bagus Untuk Kesihatan



Kenapa Pilih Minuman Coklat Untuk Seisi Keluarga?


Kat rumah ni memang kena ada stok minuman coklat. Sebagai pengganti susu dan nak elakkan anak-anak minum air teh yang tak bagus untuk penyerapan nutrisi. CikSha bukan memandai-mandai tau cakap camni. Ini adalah nasihat dari pakar pemakanan yang CikSha sendiri jumpa sebab anak-anak kena refer masa berat badan depa naik sikit-sikit tak sepadan umur.

Dia cakap, kalau anak-anak tak nak minum susu putih, boleh bagi susu coklat atau minuman coklat. Jangan bagi minum air teh. Sebab budak-budak kebanyakannya memang suka minum air teh. Tapi sebenarnya air teh tak elok untuk perkembangan tumbesaran anak-anak. Sebab itulah CikSha pilih minuman coklat untuk anak-anak.


Betul Ke Minuman Coklat Bagus Untuk Kesihatan?


Menurut pembacaan CikSha, minuman coklat memang ada kebaikan untuk kesihatan. Terutamanya yang mengandungi peratusan koko yang tinggi. Kebiasaannya minuman coklat juga turut digabungkan dengan kurma, madu, atau barli yang turut terdapat khasiatnya yang tersendiri.

Berikut adalah khasiat yang terdapat dalam minuman coklat :

1. Mempunyai kalori yang tinggi. 
        - Mengandungi karbohidrat, gula, lemak dan protein. 

2. Kaya dengan sumber vitamin dan mineral. 
        - Vitamin B12, niacin, riboflavin dan vitamin E.
        - Fosforus, mangan, zink, kalsium, magnesium, kalium dan besi. 

3. Kaya dengan antioksidan.
        - Flavonoid dan polifenol.

Antara kebaikan minuman coklat yang bagus untuk kesihatan ialah :
  • Meningkatkan mood sekaligus membantu mengawal stress
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Mengawal berat badan
  • Melewatkan penuaan
  • Membantu melegakan batuk dan selsema
  • Mengawal tekanan darah
  • Memberi tenaga dan meningkatkan kecerdasan

Haaa...inilah sebabnya CikSha memilih minuman coklat sebagai minuman untuk kami sekeluarga. Disebabkan kami nak boikot M, jadi kami cuba S*****h K*** sebagai ganti. 


Review Peribadi Minuman Coklat Buatan Muslim Yang Pernah Dicuba


Jadi ini adalah honest review dari CikSha secara personal ya. S*****h K*** tak kena dengan anak tekak kami sekeluarga. Rasa minuman coklat jenama ni terlalu manis. Mungkin sebab gabungan kurma, madu, gula nano, gula perang tu kot. 4-4 bahan tu kan memang manis walaupun manis semulajadi. Bila bergabung, kemanisannya rasa macam terlalu over pulak kat anak tekak ni. 

Bila terlalu manis, jadinya tak rasa sangat kepaduan koko yang terkandung dalam minuman tu. Sebagai pencinta dark chocolate, minuman coklat pun kena la padu rasa kokonya.  Cuma itulah. Macam mana pun korang kena rasa sendiri dulu tau. Sebab ada je yang cakap SK ni sedap sangat. Mungkin korang pun akan rasa yang sama juga. Cuba la dulu okay.

Tapi itulah, kekadang CikSha rasa macam membazir je. Sebab bila bancuh, anak-anak selalu minum tak habis. Depa tak berapa suka rasa dia. Sabar je la anak-anak ni pun. Cerewet. Itu yang ummi depa duk buat pencarian minuman coklat yang lain pulak. 



Rania Chocolate Drink



Tergoda Nak Cuba Rania Chocolate Drink


Baru-baru ni, CikSha tergoda nak cuba minuman coklat dari founder Felinna. Sebab duk tengok iklan lalu lalang dari status dia sendiri kat FB setiap hari. CikSha memang dah lama jadi follower dia sebenarnya. Tu yang lama-lama teracun tu. Hahahaha.

Yang buat CikSha tertarik nak cuba tu sebab Rania Chocolate Drink ni 80% coklat, tiada gula putih dan tiada maltodekstrin. Nampak pekat dan padu warna air coklat tu. Katanya tak perlu tambah susu dan gula pun memang sedap gila air coklat nya. Baca testimoni tu lagi la buat hati ni meronta-ronta nak cuba. Makanya, CikSha pun terbeli la Rania Chocolate Drink ni. 😂


Maltodekstrin Tu Apa? Betul Ke Bahaya Untuk Kesihatan?

Bagi yang belum tahu, Maltodekstrin adalah sejenis bahan berbentuk serbuk putih yang dihasilkan secara enzimatik daripada mana-mana kanji seperti jagung, beras, kentang ataupun gandum.

Bertindak menjadikan produk makanan/minuman berasa lebih sedap.

Selain tu, Maltodekstrin digunakan dalam penghasilan makanan/minuman untuk :
  • membuatkan produk tahan lebih lama (bahan pengawet)
  • memberikan tekstur yang lebih pekat dan berkrim
  • memberikan rasa lebih mengenyangkan

Nak kata bahaya tu tak juga. Ada kebaikannya tersendiri seperti membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Yang aktif memang okay la ambil maltodekstrin sebab boleh ditukarkan kepada tenaga. Yang pemalas nak bersenam tu elakkan la ye. Kang jadi obes tak memasal. Sebab fungsinya juga adalah untuk menaikkan berat badan.

Kalau korang nak tahu lagi, maltodekstrin ni indeks glisemik sangat tinggi tau. Boleh menaikkan bacaan gula dalam darah. Kalau takmau ada diabetis, elakkan lah dari awal okay.

Maltodekstrin juga tak berapa bagus untuk anak-anak dan mereka yang perut dan kulit sensitif sebab boleh menyebabkan alergi. Contohnya seperti sakit perut, kembung perut, cirit-birit, muntah, ruam dan asma. Itu je la.

Jadi sebelum nak beli minuman coklat, baca dulu label. Kalau memang berhajat nak naikkan berat badan, jenis aktif dan bacaan gula dalam darah rendah, boleh consume minuman coklat yang mengandungi maltodekstrin. Kalau ada diabetis atau nak kurus, carilah yang takda kandungan maltodekstrin. Rupanya kan, dalam M memang ada maltodekstrin tau.



Review Rania Chocolate Drink



Betul ke Rania Chocolate Drink Sedap? 


Alhamdulillah. Inilah minuman coklat yang di cari-cari dan menepati piawaian anak tekak. Rasa coklatnya memang padu. Pekat melekat. Sumpah sedap! Tak manis melecaih tu yang penting. Nak rasa berlemak letak la susu sikit. Tapi kalau tak bubuh pun sedap sungguh dah.

Review CikSha pun sama macam gambar kat atas tu. Honest review tak dibayar. Kami beli sendiri dan berpuas hati dengan kelazatan minuman coklat RCD ni. Korang kalau berminat nak cuba, boleh dapatkan dari link ni : RANIA CHOCOLATE DRINK 

Cuba sendiri tau! CikSha jamin korang takkan menyesal. Harga sepadan dengan kualiti. Minuman coklat yang sangat premium. Yummylicious!


Bisik-bisik :: Produk tempatan buatan muslim yang berkualiti memang selalu jadi pilihan diri ini yang cerewet nak mampuih. Hihi. 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. saya juga sudah menukar jenama M kepada jenama yang lain atas alsaan yang sama...dan diakui minum air cokelat memang sedap

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan