Patchure Tasneem Jadi Pilihan Neelofa Untuk Atasi Masalah Batuk Si Comel Bilal

Assalamualaikum. Hai! 


Aku baru tahu yang Tasneem ada keluarkan produk terbaru bila tertengok IG story Neelofa pagi tadi. Wehhh..memang aku duk tercari-cari produk macam ni jenama lain tau selain yang aku pernah beli dulu. Yang jenama aku pakai sebelum ni tu macam mahai sangat. Huhu. 


Yang keluaran Tasneem ni harga mampu milik betul. Happy sangat tau bila tertengok tadi. Boleh la aku beli buat stok untuk anak-anak. Yeayyy!




Patchure Tasneem | CF-Patch & Sleep Tight Patch


Haaa.. 2 produk ni la yang aku maksudkan tu. Produk terbaru keluaran Tasneem Naturel yang sesuai untuk anak-anak kecil yang tak boleh makan ubat. Sangat memahami hati mak ayah yang bimbang bila anak yang masih kecil bawah 2 tahun sakit. Ye la, sekarang ni macam tak bermusim dah selsema batuk ni. Kan? 


Kami ni pulak ada baby yang baru nak masuk 4 bulan. Bila semua dalam rumah duk batuk selsema memang aku susah hati la budak Umar tu terjangkit sama. Dah duk sedut udara yang sama dalam rumah ni kan. Huhu. Sekarang ni pun memang kami sekeluarga duk selsema batuk sebenarnya. 😔


Bila dah tertengok kat IG story Neelofa tu, aku pun buat la sikit pencarian maklumat. Nak tahu lebih lanjut pasal 2 produk ni. So, aku tulis dalam blog juga la untuk rujukan sendiri. Senang nak trace semula bila aku nak dapatkan produk ni lagi. Sesambil tu dapat kongsi info dengan korang jugak. 




CF-Patch

Hasil pembacaan aku, patch ni sesuai untuk baby bawah 2 tahun yang sedang batuk selsema. Haaa, yang ni memang sesuai aku beli jadikan stok dalam first aid kit kami untuk baby Umar. 

Kebaikan & Manfaat CF-Patch

1. Atasi Batuk
Kita kalau batuk pun sakit dada lagi la kalau baby. Aku memang takut kalau anak-anak batuk. Fobia lagi dengan insiden budak Ali kena warded sebab batuk teruk sampai nafas laju dan dada berlekuk tahun lepas. Masa tu dia baru setahun 2 bulan dan aku tengah pregnant. Huhu. Serik weh. Tengok dia menggelupur tiap kali sampai masa kena neb. 

2. Keringkan Hingus
Yang ni paling penting sekali. Sebab budak kecik tak pandai nak hembus hingus depa. Selalunya kalau meleleh keluar baru depa mai habaq kata hingus keluar suruh lap sebab tak selesa. Kesian kan? Kita kalau berhingus pun duk rimas asyik nak pi hembus keluar je. 

3. Melancarkan Pernafasan
Point paling aku suka sekali bila terbaca. Macam aku habaq kat atas tadi yang aku trauma kes budak Ali pernah warded sebab nafas laju tu. Seram. Benda tu jadi sebab organ pernafasan dia terganggu akibat hingus la kan. Jadi bila salah satu manfaat patch ni membantu bab ni, memang satu kelegaan la sangat. Wajib beli!

4. Turunkan Suhu
Katanya kalau anak sedang selsema dan pada masa yang sama turut alami demam, CF-Patch dapat bantu turunkan suhu badan dengan pantas. Alhamdulillah. 


Bahan-Bahan Aktif CF-Patch

Jom kita teliti pulak bahan-bahan aktif yang ada dalam CF-Patch ni dan kebaikannya. 

1. Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb
- bantu turunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada batuk

2. Akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root 
- menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak

3. Heartlef Houttuynia Herb 
- sebagai penyahtoksin dalam badan

4. Pepperweed & Apricot Seed
- untuk bantu melancarkan & melegakan paru-paru




Sleep Tight Patch

Bila baca info pasal patch ni pulak, terus terbayang si budak Ali yang kemain payah nak tidur malam. Mudah terjaga dan lepas tu mengamuk. Maklum la dia pun baru umur 2 tahun. Kategori baby jugak lagi kan? 

Jadi, aku rasa patch ni mungkin dapat membantu kami atasi masalah ni. Sebenarnya aku kesian kat encik CH. Sebab dia yang kena mengadap budak Ali tu amukan di tengah malam. Dia nak kat abah dia ja. Tak kacau mak dia sebab ada baby Umar kan. Kesian suami iols. Huhu. 

Jom baca apa kebaikan dan bahan-bahan yang terdapat dalam Sleep Tight Patch

Kebaikan & Manfaat Sleep Tight Patch

1. Kitaran Tidur Yang Lebih Baik
Dapat bantu memberi bayi jadual tidur yang lebih teratur. Hmmm. Memang aku kena cuba la patch ni kat budak Ali. Kesian jugak kecik-kecik jadual tidur dah tunggang langgang. 

2. Tidur Yang Nyenyak
Tidur yang berkualiti sangat penting untuk tumbesaran dan mood bayi yang baik. Budak Ali tu kecik kemetot mungkin sebab ni jugak agaknya. Sebab dia jenis pemakan cuma berat badan yang takmau naik. Okay. Rasanya memang sesuai dah produk ni dengan budak Ali.

3. Kurangkan Keresahan
Keresahan boleh menjadi salah satu punca bayi enggan tidur, merengek dan meragam. Mungkin wni salah satu penyebab budak Ali duk mengamuk takmau tidur kot eh. Hmmm. 

4. Kurangkan Situasi Terbangun
Bayi yang kurang terbangun tengah malam, tidur ibu ayah pun kurang terganggu. Yeahhh. Ini yang kita mahu. Hahahaha. 

Bahan-Bahan Aktif Sleep Tight Patch

1. Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark 
dapat bantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi.

2. Amber & Raw Dragon Tooth 
dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

3. Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori 
untuk bantu menyah angin dalam badan.

4. Angelica Dahurica & Lotus Plumule 
yang mempunyai fungsi antipiretik untuk kurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.




Kelebihan Patchure Tasneem

Macam yang kita tahu, anak bawah umur 2 tahun tak sesuai untuk diberi makan ubat. Kalau pi hospital memang doktor tak bagi pun ubat. Tak digalakkan. Aku ingat lagi masa budak Ali warded tu, memang penyelesaian dia neb je 4 jam sekali. Lepas tu antibiotik pun cucuk masuk dalam iv line yang pasang kat tangan. Huhu. 

Produk lain kat pasaran yang mungkin membantu atasi masalah batuk selsema anak kecil ni pun macam balm atau minyak sapuan je. Kena rajin dan kerap buat sapuan untuk berkesan. Macam leceh dan kurang praktikal untuk ibu ayah yang sibuk, kan? 

Mungkin sebab ni la Tasneem Naturel keluarkan produk patchure. Nak membantu mak pak yang nak cari penyelesaian mudah dan pantas untuk rawat batuk dan selsema anak-anak. 

Jom kita tengok apa kelebihan yang ditawarkan. 

1. Shortcut Mudah
Boleh lekat je buat apa nak pakai yang sapu-sapu. Gituh. Dah lekat tu boleh biarkan je patch tu 'buat kerja' dia. Sekali lekat tahan 6 jam. Mudah je kan?

2. Tak Berbau Kuat
Walaupun dia dari herba, tapi bau dia just nice. Tak macam koyok yang berbau terlalu herba dan keras tu. Jadi selesa je la hidung kita ni. Lagipun Patchure Tasneem ni jenis tak meruap sampai berbau satu bilik. 

3. Tiada Kesan Gam
Yang ni bagus. Sepatutnya memang kena pastikan gam tak kuat sangat. Sebab kulit anak kan lembut dan mungkin ada yang sensitif.

4. Bebas Toksin, Lulus FDA
Mak-mak yang jenis takmau anak-anak pakai barangan ada toksik memang suka la yang ni. Aku pun. Hihi. InsyaAllah aku yakin Patchure Tasneem ni selamat untuk kegunaan bayi & kanak-kanak. Lagipun rumusannya adalah 100% dari herba semula jadi. InsyaAllah selamatt.


Cara Menggunakan Patchure Tasneem

Aku kongsikan infografik je la senang eh. Malas pulak nak menaip. Hihi.





Info Tentang Patchure Tasneem

Berikut aku kongsikan dengan korang sedikit info tentang Patchure Tasneem ni. 

Harga untuk kedua-dua patch :
CF-Patch : RM25/kotak (6 pcs + 6 pcs Sleep Tight Pacth)
Sleep Tight Patch : RM25/kotak (36 pcs)

Sekarang ni depa duk bagi free produk tau sebanyak 5000 kotak untuk seluruh rakyat Malaysia. Korang jangan lepaskan peluang tau untuk dapatkan. Boleh isi borang di laman web : Tasneem Naturel. Kalau berminat nak beli taknak tunggu yang percuma tu boleh juga dapatkan di laman web yang aku kongsikan tadi.

Produk ni selamat digunakan untuk anak-anak kecil dan juga dewasa. Mempunyai kelulusan FDA juga. So, korang jangan bimbang tau!


Kenapa Aku Pilih Jenama Tasneem Naturel? 

Sebab aku yakin dengan keberkesanan produk ni la. Sebenarnya aku memang duk pakai Balm Baby dari Tasneem jugak untuk anak-anak. Dari budak Ali masa dia baby lagi. Sekarang kat adik dia pulak baby Umar tu ha. Depa serasi dengan Balm T-rub tu. Kalau sapu je, kentut berdepus-depus. Hahaha. Alhamdulillah tak pernah kembung perut. 

Lagipun produk ni memang khas untuk baby. Semua bahan dia selamat untuk baby. Natural kan. Depa guna essential oil yang berkualiti pulak tu. Bau pun menyamankan. That's why la aku suka guna untuk anak-anak. 

Yang Patch ni pulak bahan-bahan di dalamnya cuma bahan alami atau herba yang memang selamat untuk budak kecil. Sebab tu aku berminat nak cuba patch ni pulak. 

Aku ni kalau dah berkenan dengan satu-satu produk memang setia la jawabnya. Haaa..begitu ya orang yang setia ni. Ewah. Hihi. 


Bisik-bisik :: Tiber rasa nak jadi agent pulak. Haishhh. Kena kumpul modal la camni. 😅

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan