The memories in 2022

Assalamualaikum. Hai!


How's your first day in 2023? Hari ni dah hari ke-2 dah. Macam tak percaya je kan dah masuk tahun 2023. Begitulah peredaran masa. Macam aku ni rutin setiap hari takde berubah mana sangat. Maklum le suri yang duduk terperap di rumah. Jadual hari-hari sama je. Kekadang hari bulan pun tak ingat. Hari ni hari apa pun boleh ingat bila anak sekolah je. Hahaha. Jadi macam tak terasa sangat yang masa tu berlalu. Tetiber dah tahun lain dah. Gituhhh.


Hari pertama dan kedua di tahun 2023 ni pun sama la jugak kehidupan yang aku jalani seperti sebelumnya. Cumanya kena start balik rutin menggosok baju sekolah anak-anak setiap pagi sebab cuti sekolah dah habis. Kat Ganu ni takde ambik cuti tahun baru. Sebab tu anak-anak dah mula bersekolah semalam. 
 
 
Aku memang jenis gosok baju sekolah anak-anak setiap hari tau. Tapi itu je la tugas aku. As usual yang siapkan anak-anak dari kejutkan bangun tidur, bagi mandi, pakai baju sekolah, buat sarapan adalah abah depa. Tak tau la aku ni spesis mak rajin ke pemalas. Tapi gitulah. Hihi. Tenkiu encik CH yang tak pernah berkira nak buat semua tu. Love much!


So, entri di permulaan tahun 2023 ni aku sekadar nak recap semula memori sweet and sour sepanjang tahun lepas. Untuk coretan kenangan dalam blog aku yang comei ni. Ewah. Lagipun yang rajin baca blog ni aku jugak. Hahaha. Iyeeee. Memang dari dulu camgini. Sendiri tulis, sendiri yang baca. Kalau ada yang tersinggah baca tu, terima kasih sebab sudi baca bebelan aku. Hihi.




THE SWEET MEMORIES

Kita start kenangkan memori yang manis-manis dulu la eh. Baru la dapat didik diri sendiri untuk sentiasa rasa bersyukur. Bagi aku, sekecil-kecil peristiwa yang indah pun wajib untuk disyukuri. Tak perlu nak bandingkan dengan kehidupan orang lain pun. Apa yang Allah bagi kat kita tu dah sesuai sangat untuk kita sebenarnya. So, here is the list of my sweet memories.


Bawak family bercuti / berjalan-jalan 
 
Pusat Sains & Kreativiti Terengganu
Dabong, Kelantan
Karnival & Pameran Pertanian Terengganu, Jabi
Balik raya kat Penang 
Muzium dan Kampung Budaya Terengganu
Staycation kat Hotel Felda Residence Terengganu & Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu

 
Hari Istimewa Keluarga
 
Dapat anak buah sepupu baru (Penang)
Adik ipar upgrade status jadi isteri orang
Dapat beli kasut idaman encik CH sebagai hadiah birthday
Firstime dapat delivery chocolate bouquet surprise dari encik CH masa birthday 
Celebrate hari lahir anak-anak walaupun hanya dengan family
Ada rezeki beli seekor lembu untuk aqiqah anak-anak masa raya haji tahun 2023 ni
Gathering dengan ipar duai (berkelah kat pantai, buat makan-makan kat rumah)
Anak sulung (abang Adan) berkhatan

 
Kerjaya & Bisnes

Dapat invest upgrade set desktop
Berpeluang join macam-macam kelas online untuk upgrade skill menulis, design dan bisnes
Job design sentiasa ada walaupun jarang promote (blog, poster, logo, flyers, brochure, resume)
Job ghostwriter sebagai penulis content di FB dan website 
 
 
Social Work Contribution
 
Masih pegang jawatan dalam persatuan Anak Sindrom Down Terengganu
Jadi wakil persatuan hadiri Bengkel Semakan Akta OKU dengan Kementerian
Sambut Maulidur Rasul dengan keluarga anak-anak Sindrom Down


Collaboration blog dengan beberapa PR untuk artikel posting 
 
Cosmoderm
Chewies Immunolicious
Mylea 
Big Bad Wolf Book Fair Edisi Terengganu
Eskayvie
Richworks
Huawei


Social Media Influencer
 
Oppo
Dugro
Milna
SSF
Qalby Apps

 

THE SOUR MEMORIES

Mektam, kambing kesayangan kami sekeluarga mati
Satu keluarga kena Covid
Budak Ali warded sebab Bronchopneumonia
Bisnes online slow down sebab takde semangat (my bad)
Mak kat Penang tak sihat tapi tak dapat balik
Duit simpanan semakin menyusut (yang ni paling sadis okay..hahaha..maka tahun 2023 ni marilah kita bekerja sekuatnya!)


Itulah serba sikit kenangan sepanjang tahun 2022 yang ada dalam memori ni. Eh...baru aku perasan yang sweet lagi berjela dari yang sour. Alhamdulillah. Nikmat lagi banyak Allah bagi dari ujian yang hanya sedikit. Syukur Ya Allah. Walaupun kehidupan biasa-biasa saja, maklum la bukan orang have-have dan tinggal kat kampung je. Tapi, besar betul kebahagiaan yang Allah kurniakan untuk aku. Nikmat mana lagi yang nak aku dustakan? Huhu.


Semoga untuk tahun 2023 ni lagi berganda kenikmatan Allah hadiahkan untuk aku syukuri. Mungkin ada juga ujian bagi diri ini sentiasa bermuhasabah tapi harapnya tak terlalu berat untuk aku hadapi. InsyaAllah.
 

Bisik-bisik :: Aku takda azam. Cuma go with the flow menikmati hidup seadanya.

2 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. selamat tahun baru sha, semoga murah rezeki sekeluarga,

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun BAru untuk kin jugakkk..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال