Perjuangan Richworks Dalam Membantu Usahawan dan Masyarakat Sangat Memberi Inspirasi

Assalamualaikum. Hai!



Dah banyak CikSha kongsikan pasal Richworks dalam blog ni kan? Sebab CikSha kagum dengan semangat dan usaha depa dalam membantu usahawan untuk terus bangkit berjuang meneruskan bisnes masing-masing walau apa sekalipun dugaan dan rintangan yang ada. Sangat komited. Tabik betul!



Sepanjang tahun 2021, Richworks dah banyak sangat ‘memberi’ kepada ramai usahawan untuk

terus kekal bertahan dan berjuang dalam dunia bisnes. Selain tu, Richworks juga tak terlepas turut memberikan sumbangan dan membantu masyarakat yang dalam kesulitan.



Entri kali ni CikSha just nak kongsi dengan korang antara kejayaan Richworks sepanjang tahun 2021. Mungkin dapat jadi inspirasi kita bersama.




Seminar Bisnes Percuma Untuk Usahawan


Kalau korang nak tahu, pelbagai seminar bisnes secara online yang dibuat oleh Richworks bagi memudahkan usahawan-usahawan dari seluruh Malaysia untuk turut serta. Dah la secara PERCUMA pulak tu. 



Banyak sangat input dan ilmu bisnes yang dikongsikan tanpa apa-apa bayaran pun dikenakan. CikSha sendiri pun ada join tau.



Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks telah membantu hampir 605,000 orang usahawan melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks. Respect sangat dengan team Richworks!




Richworks Naikkan Semangat Usahawan Wanita

Sepanjang CikSha duk buat bisnes online, memang perasan sangat yang banyak menceburkan diri dalam bisnes online ni ialah kaum wanita. Terutama sekali yang satu geng CikSha, surirumah. Hihi.


Kagum dengan semangat mak-mak ni yang berusaha sendiri untuk mencari income dengan berniaga secara online. Ada kesedaran untuk tingkatkan taraf ekonomi dan tabung kewangan sendiri. Ini baru wanita hebat!


Semasa Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia



Keratan akhbar tentang WBB

CikSha rasa, Richworks pun nampak benda ni. Jadi depa ambil inisiatif dengan buat seminar bisnes secara online dan percuma khas untuk suribisnes, iaitu seminar Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Dah tentulah motif utamanya untuk menaikkan semangat juang semua  usahawan wanita supaya terus kekal komited dalam bisnes.


Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tahniah Richworks!


Bantuan Untuk Mereka Yang Ditimpa Musibah Banjir


Macam kita sedia maklum, penghujung tahun 2021 negara kita dilanda musibah banjir di beberapa tempat. Banjir yang sangat luar biasa dan tak terjangka. Ramai yang terkesan. Dan tentulah usahawan yang memiliki bisnes turut tak terlepas juga dengan ujian ni.



Bagi meringankan beban mangsa banjir, Richworks telah berjaya mengumpulkan hasil sumbangan dari usahawan bimbingan mereka dan Richworks sendiri sebanyak RM500,000 untuk disalurkan bantuan kepada mangsa banjir. 



Sumbangan untuk mangsa banjir dari Richworks circle


Sumbangan kilat ni berjaya dikumpulkan dalam masa 24 jam saja tau. Hebat anak didik Richworks dan team Richworks. Walaupun dah berjaya dalam bisnes, tak lokek untuk berkongsi dan membantu orang lain yang ditimpa musibah. Bukan sikit-sikit sumbangan yang dihulurkan. Alhamdulillah. 


Sumbangan kepada Masyarakat


Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.” 


Menurut Radz juga, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.



Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Kesemua sumbangan ini sudah tentulah dari para usahawan yang menjadi anak didik Richworks secara tak langsung. Pahala berpanjangan buat depa kan? Memang terbaik pengurusan Richworks ni. Yang jadi anak didik Richworks bukan je berjaya dalam bisnes, tapi turut di tarbiah untuk menyumbang kepada masyarakat.


Bimbing Usahawan Dari Zero To Hero


Usahawan kan bangsa pejuang. Kena kental. Disamping tu kena ada mentor yang betul untuk tunjukkan jalan. Itulah yang Richworks buat selama ni. Membimbing usahawan yang sanggup melabur demi ilmu menjadi Usahawan Zero To Hero. 



Tahun 2021 menyaksikan seramai 72 orang usahawan berjaya mencapai jualan RM1juta pertama melalui program bimbingan Spire. Cayalah! Bukan biasher-biasher. Mesti depa teruja kan? Dengan ilmu yang betul akhirnya dapat capai sejuta yang pertama sepanjang buat bisnes. Alhamdulillah. 



Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.



Antara anak didik bimbingan Richworks

Kalau korang nak tahu, ada 3 jenis program mentoring under Richworks ni tau. Ada level dia la maksudnya. Titanium, Spire dan EliteX. Walaupun ada 'harga' yang perlu dilaburkan, insyaAllah berbaloi dengan hasil yang usahawan akan dapat. 



Tahun lepas, peserta mentoring bagi ketiga-tiga level ni berjumlah 1,855 orang tau. Dan hasil income terkumpul untuk semua peserta adalah RM3.7 billion. 



Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion. RM495 juta adalah income terkumpul dari 519 ahli Spire dan RM46.9 juta pula dari 1,024 ahli EliteX. 



Power kan depa punya income? Hasil mentoring dengan Richworks punya penangan la tu. Hebat! 



Video Inspirasi Kejayaan Richworks 


Berleter panjang-panjang pun korang bosan jugak kan? Haaa, meh kita layan video journey pencapaian dan usaha Richworks di sepanjang tahun lepas (tahun 2021). 







Tahniah Richworks! Semoga terus komited membantu kami para usahawan kecil dan besar untuk kekal berjuang dalam dunia bisnes yang banyak cabaran dan liku ni. Didoakan misi dan visi Richworks akan sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.



Sebagai usahawan, inilah salah satu usaha yang CikSha cuba terapkan dalam diri untuk terus bermotivasi dan bersemangat dalam bisnes kecil-kecilan yang CikSha duk buat. Biasa la kan. Semangat ni ada turun naik nya. 


Bila turun tu kena la cari inspirasi untuk kekal bermotivasi. Follow je setakat yang mampu. Semoga CikSha tak terus jatuh. Begitulah. 



Bisik-bisik :: Bangkit dan terus bangkit! 

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam
  2. Kami DS Sabella antara yang berutung dpat masuk kelas Richworks hari tu. Free boss Sabella tanggung. Alhamdulilah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan