Kulit Wajah Anjal Dan Cerah Berseri dengan Cosmoderm Glow-C

 Assalamualaikum. Hai!


Yang selalu follow CikSha kat blog, mesti tahu CikSha ni Cosmoderm Lovers. Salah satu produk penjagaan wajah buatan Malaysia yang serasi dengan kulit muka CikSha ni. Yup! Bagi yang tak tahu lagi, Cosmoderm memang produk tempatan. Produk penjagaan wajah keluaran tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa. Bukan kaleng-kaleng tau!


Rangkaian produk apa je yang CikSha tak pernah cuba kalau Cosmoderm keluarkan yang terbaru. Dari yang kaler hijau (Tree Tea Oil), pink (Prebiotik + Calamine), biru (Niacinamide + Salicylic Acid) dan yang terbaru oren (Vitamin C). Semua CikSha dah cuba pakai dan CikSha suka sebab memang serasi.


Eh? Boleh ke asyik tukar-tukar pakai produk ni? Takda masalah asalkan produk tu bersesuaian dengan masalah kulit yang kita sedang alami. Dan kena ingat peraturan tukar skincare. Free kan kulit wajah dari sebarang produk sekurang-kurangnya dalam masa 3 hari. Dalam masa tu, boleh cuci muka dengan air suam  saja tanpa pakai apa-apa produk. 


Ada jugak yang kata tak perlu pun buat camni. By the way, it's depends on you. Kalau rasa kulit tu lasak, no need to follow the rules. Kalau kulit manja macam CikSha, boleh ikut rules ni. Macam CikSha, tiap kali nak tukar skincare wajib buat rules ni. Pada CikSha, kandungan setiap skincare ni berbeza. Jadi tak nak bagi kulit 'culture shock', i must follow the rules. Gitteww. 



COSMODERM GLOW-C




Kulit Wajah Anjal Dan Cerah Berseri Dengan Cosmoderm Glow-C

Formulasi dan bahan-bahan terbaik di dalam Cosmoderm Glow-C


Haaa, kalau korang nak tahu Cosmoderm Glow-C ni produk terbaru dalam rangkaian penjagaan kulit wajah jenama Cosmoderm. Kali ni dia dirumus khas dengan vitamin C untuk buat kulit jadi lebih anjal dan cerah berseri-seri dari jauh dah memancor gitu orang tengok. Hihi. 


Macam yang kita tahu, vitamin C memang bagus untuk kulit. Khasiat vitamin C memang dah diketahui umum dapat menjadikan kulit cantik dan berseri secara tidak langsung. Sebab tu ada supplements vitamin C dalam bentuk tablet dan serbuk. 


Set Cosmoderm Glow-C ni bau oren dia menusuk ke kalbu betul. Sedap gila! Refreshing. Rasa macam nak makan je. Maklum la bau oren. Hihi. Setiap produk dia mengandungi kuantiti vitamin C yang berbeza juga. 


Dan seperti biasa, produk Cosmoderm adalah bebas Paraben, pewangi dan SLS/SLES. Ciri-ciri yang paling penting dan sepatutnya dititikberatkan dalam set penjagaan wajah. 


Manfaat yang ditawarkan Cosmoderm Glow-C


Mesti korang nak tahu kan, apa benefit yang korang akan dapat kalau guna set penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C ni. Jom CikSha share dengan korang! 

  • Mencerahkan kulit
  • Bagi tona kulit sekata
  • Cegah radikal bebas
  • Ransang penghasilan kolagen
  • Baikpulih kulit akibat kerosakan oksidatif
  • Kurangkan kesan garis halus dan kedutan di wajah
  • Buat kulit wajah jadi anjal dan gebu gebas
  • Kulit kekal terhidrat dan nampak cerah berseri-seri

Haaaa, yang inilah idaman setiap ompompuan kan? Semua benefit kat atas ni akan buat kita kelihatan lebih awet muda. Baru la tak nampak berusia sebelum waktu. 



Set percubaan yang CikSha dapat. ❤️




4 produk di dalam set penjagaan wajah Cosmoderm Glow-C


Yang buat CikSha in love sangat dengan produk Cosmoderm ni sebab dalam setiap rangkaian set penjagaan wajah Cosmoderm mesti didatangkan dengan 4 produk lengkap ikut step. Same goes for this Cosmoderm Glow-C set. Mudah kan? Dah ada panduan yang senang kita nak ikut. That's why i love Cosmoderm! 


Jom kita berkenalan dengan 4 produk yang ada dalam set Cosmoderm Glow-C. 

#1: Detox Cleansing Gel 

Pencuci wajah yang so refreshing! Lembut ja buih dia. Lepas cuci muka rasa segar gila. Kulit pun rasa lembut je. Tak buat kulit rasa macam tegang terbako pun. Memang soft sangat! CikSha suka. 

Pencuci ni dalam botol tau packaging dia sebenarnya. Kuantiti 120ml. Besar dan banyak isinya. Boleh tahan lama jugak ikut pengalaman CikSha pakai produk Cosmoderm yang lain dalam jenis botol yang sama. 

Harga pasaran : RM25.90


#2 : Radiance Toning Essence (Vitamin C 500mg)

Best toner ni. Cepat meresap. Bau fresh oren tu yampunnn, suka betul la. 

Cara CikSha pakai toner : Tuang sikit atas tapak tangan, lepas tu sapu kat seluruh muka sambil tepuk-tepuk manja. 

Fuhhh. Rasa nyaman je. Suka pakai toner cara camni dari letak kat kapas. Sebab lagi rasa direct sampai kat kulit. Korang CikSha tak tahu la camna kan. But this is my style. 

Radiance Toning Essence ni mengandungi 500mg kandungan vitamin C. Kesan pantas yang mungkin boleh nampak lepas pakai toner ni, kulit nampak lebih segar. 

Kalau korang nak tahu, penggunaan toner memang penting dalam rutin skincare. Toner dapat meransang kulit untuk penyerapan yang lebih baik dan memberikan kelembapan yang optimum kepada kulit.

Toner ni pun dalam botol juga packaging dia. Kuantiti 100ml.

Harga pasaran : RM29.90


#3: Super Boosting Serum (Vitamin C 5000mg)

Heroin dalam set Cosmoderm Glow-C, Super Boosting SerumKandungan vitamin C dalam serum ni paling banyak sekali tau. 5000mg! 

1000mg lebih kurang 2kg oren. Kalau 5000mg dah macam 10kg oren digunakan dalam serum ni. Fuyoooo. Mantul la kulit weh. Dapat khasiat vitamin C yang super optimum. 

Serum ni sesuai digunakan seawal umur 20an. Kalau umur kertu macam CikSha ni lagi la sesuai sangat. Hahaha. Sedar pun diri kertu dah. 

CikSha memang tengah mencari produk yang dapat bantu hilangkan terus parut eksiden kat pipi CikSha ni. Dah setahun lebih dia tertenggek kat situ. Memang dah semakin pudar. Tapi pompuan kannn, rasa gerammm je tengok dia. Lambat betul nak hilang. 

Serum ni kira macam 'tiba di waktu yang tepat' gitu. Build up my confidence back. CikSha yakin serum ni dapat bantu CikSha hilangkan parut ni selamanya. InsyaAllah. Nanti kita tengok hasilnya. 

Pada CikSha, serum ni sangat mampu milik. Tak sampai lima puluh ringgit pun weh. Harga marhaen betul. Kandungan dia 30ml macam kebiasaan serum yang lain. 

Harga pasaran : RM45.90


#4: Brightening Moisture Solution (Vitamin C 1000mg)


The last step dalam penggunaan set Cosmoderm Glow-C ialah pakai pelembap ini, Brightening Moisture Solution. 

Penggunaan pelembap sangat penting dalam rutin skincare ye. Tak kisah la pakai produk jenama apa pun. Jangan skip pakai pelembap. Pelembap dapat 'lock' semua produk yang kita dah apply sebelum tu dan memastikan kulit sentiasa terhidrat dengan baik. 

Sepanjang CikSha duk tepek pelembap ni kat muka, takda pun rasa melekit-lekit. Itu maknanya pelembap ni menyerap dengan baik kat kulit. 

Harga Pasaran : RM39.90 (50ml)


Yang ni set percubaan je tau. CikSha dah cuba dulu untuk bagi feedback kat korang.



Inilah heroin dalam set Cosmoderm Glow-C


Kongsi Pengalaman Sendiri


By the way, CikSha baru je start pakai Cosmoderm Glow-C ni dua hari yang lalu. Sebab barang baru sampai dan CikSha bagi kulit rehat 3 hari sebelum guna. Tapi kan, sumpah memang Cosmoderm Glow-C ni best gila! Segar je rasa weh kulit ni. Macam mana la CikSha tak in love dengan semua produk Cosmoderm. Haishhh. 


Korang kalau ada masalah kulit kusam tu CikSha rekomen korang cuba pakai set Cosmoderm Glow-C yang didatangkan dalam packaging putih oren ni. Memang itu pun fokus produk ni.Dan manfaat yang ditawarkan produk ni ialah bagi kulit jadi brighten and bouncy


Wehhhh. Beraninya hang rekomen orang pakai produk ni eh CikSha? Errr..kalau korang follow CikSha dah lama mesti tahu dah yang kulit CikSha manja dan sensitif. Susah tau orang kulit sensitif ni nak cari produk yang betul-betul sesuai dengan kulit. 


Jadi, CikSha takkan pakai sebarangan produk penjagaan kulit wajah. Gila ke oiii. Nanti rosak la muka iols yang comel ni. Hahaha. Tapi Cosmoderm punya produk InsyaAllah memang tak mengecewakan setakat ni.


Lagipun produk Cosmoderm ni memang dirumus khas mengikut masalah kulit kita. Dermatologically Tested. Bukan produk timbang kilo okay! Kulit CikSha memang serasi sangat dengan produk Cosmoderm. And i love it so much! Yang kulit seangkatan dengan CikSha tu boleh la cuba juga. 


Dapatkan Cosmoderm Glow-C sekarang


Kalau korang berminat nak dapatkan set penjagaan kulit wajah Cosmoderm Glow-C ni, jangan lepaskan peluang tau! 


Boleh buat pembelian secara online di laman web Watsons. Kalau nak walk in kat Watsons pun takda masalah juga. Yang mana memudahkan korang la. 


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk ni kalau tak puas hati dengan perkongsian CikSha, boleh terjah laman sosial seperti di bawah ok!



Bisik-bisik :: Cosmoderm always in my heart. Gittew. 



6 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Kak Sue pun antara pengemar produk dari Cosmoderm nie. Memang pakai tiap hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita kak Sue..hihi..sha duk pakai yang biru..ni try yang oren pulak la..

      Delete
  2. Suka produk Cosmoderm sebab affordable. Btw saya suka toner yang botol pink Cosmoderm sebab lembut dan buat muka tak pedih. Nak kena restok sebab dah tinggal sikit tu

    ReplyDelete
  3. inilah rahsia dia makin berseri

    ReplyDelete
  4. Pakai Cosmoderm Vit C tak payah nak pi suntik dah, auto cantik ye dak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال