Dapat Tawaran Belajar, Tapi Tak Minat Kursus

Dah masuk bulan September. Sekejap je kan? Dah tigaperempat dari dua belas bulan di tahun 2012. Sekarang ni semua universiti sedang menerima kemasukan pelajar-pelajar baru. Tahniah diucapkan buat adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Semoga peluang yang diterima ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu yang bakal dipelajari.


Bukan semua bertuah dapat melanjutkan pelajaran di IPTA. Korang antara yang terpilih. Ada ramai lagi yang teringin nak masuk IPTA tapi takde rezeki dan terpaksa sambung belajar di kolej atau IPTS yang mana memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Jadi bersyukurlah dengan nikmat tersebut okay. Jangan disia-siakan.


Kalau nak baca pengalaman aku pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading 7 tahun yang lalu, boleh la jengah ke entri Nostalgia Pelajar Baru ini. Uiks? Dah 7 tahun berlalu kenangan itu rupanya. Maknanya aku dah kertu la ni? Huwaaa. Takpa takpa. Yang penting muka menten awet muda. *Sedapkan hati sendiri. Huhu.* Penulisan kali ni nak berkongsi pendapat tentang kursus pembelajaran yang ditawarkan pula buat yang berjaya masuk universiti tu.

Nak Terima Atau Tolak Kursus Yang Ditawarkan di IPTA

Selalunya bila ditawarkan kemasukan ke IPTA ni, ada yang dapat kursus yang memang diminati dan ada pula yang dapat kursus yang langsung tidak dijangkakan. Tidak dijangkakan maksudnya dalam 8 pilihan yang diberikan semasa isi borang permohonan, itu adalah pilihan yang terakhir dan mungkin langsung dah tak ingat pun yang kursus tersebut tersenarai dalam pilihan. Betul tak?


Bagi yang dapat kursus yang memang diminati tentulah beruntung dan seronok nak menempuh alam pengajian. Macam mana pula bagi mereka yang dapat kursus tidak diminati? Kompom-kompom la rasa sedih dan stress. Ye dak?


Walau bagaimanapun, *Skema tetibe. Macam tulis karangan pulak. Huehue.* sebenarnya bagi yang dapat tawaran kursus yang tidak diminati ni boleh buat 2 pilihan sebelum akur dengan keputusan yang bakal diambil. Sama ada terima tawaran dan meneruskan pengajian atau tolak tawaran dan pohon kursus yang diminati di kolej swasta atau IPTS. Tapi rugi la kan dah dapat masuk IPTA tapi tolak pulak. Jadi nak buat camne ni? Mesti sakit kepala nak berfikir sebelum buat keputusan yang bakal menentukan masa depan. Kan kan?


Kenangan Jadi Pembimbing Suai Mesra kat UMS masa kemasukan pelajar sesi 2007/2008. Ni kitorang on the way pergi kampus kat KK untuk berkursus sebelum ragging adik-adik junior masa dorang orientasi. Naik feri yang beso gedabak dari Labuan ke Menumbok. Cik Sha korang yang baju ijo muke paling burn sekali tu. Huehuehue. ;p


Persoalan Yang Selalu Timbul Bila Dapat Tawaran IPTA

Jadinya, aku nak kongsikan sedikit pendapat dengan bakal-bakal pelajar baru ni. Sekadar nak bagi pandangan yang berbeza sedikit. Mungkin ada betulnya, mungkin juga tidak. Mungkin boleh diterima pakai, dan mungkin boleh di'reject'.


Nak terima ke tidak pendapat aku ni terpulanglah. Tapi janganlah jadikan pendapat aku ni satu-satunye rujukan korang. Bertanya juga pada yang lebih arif untuk dapatkan nasihat dan pandangan yang lain. Jadi korang akan dapat lebih banyak informasi sebelum buat keputusan. Ok? Orait! Jom baca pandangan aku secara Q&A. Sendiri tanya sendiri jawab. Hehe.


Dapat tawaran sambung belajar di IPTA, tapi tak minat kursus ditawarkan. Camne eh?

Terima tawaran tersebut. Itu jawapan aku yang paling muktamad. Sebab pada aku, minat tu boleh dipupuk. Jadi bila dah dapat tawaran tu, cuba buat research dulu berkenaan kursus tersebut. Tengok senarai subjek yang bakal dipelajari. Tujuannya supaya takde la terkejut berok nanti bila dah start kelas.

Tapi jika perasaan ragu-ragu tu sangat kuat sama ada nak terima atau tidak, buatlah solat istikharah (buat yang beragama islam). Kalau memang tak dapat jugak nak terima dan nak tolak tawaran, terpulanglah. Tapi fikir habes-habes dulu sebelum buat keputusan. Jangan nanti menyesal dengan tindakan sendiri pulak.

Dah satu penggal belajar, tapi still tak boleh nak catch up dengan bidang kursus. What to do?

Masih gagal nak adapt dengan pembelajaran berkaitan bidang kursus tu? Hmm. Ini agak parah jugak. Mungkin korang tak memberi sepenuh hati untuk cuba pupuk minat terhadap kursus tersebut. Maklum la dalam kepala otak dah set awal-awal tak suka, benci, meluat dan tak minat. Memang sampai kesudah la takkan timbul minat dan cinta terhadap bidang tersebut.


Jadi hanya tiga pilihan yang boleh korang buat. Samada nak teruskan lagi dan cuba jugak pupuk minat atau buat permohonan tukar ke kursus lain atau berhenti belajar terus. Yang mana korang nak? Terpulang atas diri sendiri. 


Tapi aku sangat tak syorkan korang berhenti belajar. Sangat rugi. Rugi masa, wang dan tenaga. Jangan paksa diri jika tak mampu nak teruskan tapi jangan berhenti dan keluar dari IPTA. Aku lebih syorkan korang buat permohonan tukar kursus.


Boleh ke buat permohonan tukar kursus?

Aku rasa kat mana-mana IPTA pun ada pilihan untuk pelajar membuat permohonan tukar kursus. Yang penting kursus tu ada ditawarkan di universiti tersebut dan kouta masih ada kosong untuk diisi. 


Cumanya proses nak buat permohonan tu rumit sikit la. Kena naik turun sana sini untuk isi borang, dapatkan sign, cop kelulusan dari atasan dan macam-macam lagi perkara yang perlu diselesaikan. Memang sangat leceh. Tapi kalau dah korang memang bertekad nak tukar kursus, wajib kena kuatkan semangat untuk buat jugak. 


Permohonan untuk diluluskan juga tidak dijamin seratus peratus. Mungkin dapat dan mungkin juga tak dapat. Jadi memang kena tawakal. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat pulak, hmmm..nak taknak terpaksa la pupuk juga minat untuk mendalami kursus tersebut. Tapi kalau bertekad juga untuk berhenti belajar, terpulanglah. Itu masa depan korang sendiri. Fikir masak-masak ye sebelum buat keputusan.


Akhir Kata

Ini cuma pendapat aku je la sebagai seorang yang pernah ada pengalaman belajar di IPTA dulu. Ada sebilangan kawan-kawan aku masa belajar hadapi simptom tak boleh terima bidang kursus yang dorang dapat. Jadi perkongsian aku ni ada sedikit sebanyak dari pengalaman kawan-kawan aku jugak. Jangan tak tahu ada yang sampai berhenti belajar terus sebab stress tak boleh nak catch up. Ada jugak yang sanggup berkorban tenaga naik turun pejabat pentadbiran universiti dan pusat pengajian sebab bertekad nak tukar bidang kursus.


Bagi diri sendiri pulak, aku memang dapat kursus yang aku minat. Alhamdulillah. Cuma tempat belajar je la jauh kemaen sampai kat Sabah. Tapi best apa dapat merantau kat negeri orang. Syok ooo stay kat sana. Bila dah habes belajar ni rasa rindu sangat nak jejak kaki lagi kat sana. Lagipun kat sana jugak la aku dapat jumpa dengan encik CH. Hehe. 


Apa-apa pun, harapnya ada la sedikit panduan dari entri aku ni buat yang baru masuk universiti tu. Buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran satu hari nanti pun semoga dapat sedikit input dari pembacaan entri ni.


Selamat menempuh kehidupan sebagai mahasiswa dan mahasiswi. Tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Bukan ilmu dalam buku je, ilmu kehidupan pun sama. Pandai-pandai bawa diri. Jauh dari keluarga bukan bermakna korang boleh bebas sesuka hati. Pegang amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa dengan jujur. Semoga anda semua bakal jadi seorang graduan yang berjaya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. GOOD LUCK and ALL THE BEST!


Bisik-bisik :: Rindu zaman belajar! Biasa la bila dah kertu dan stress bekerja ni, ngengade la nak rindu-rinduan saat jadi student dulu. Kui3. ;p

23 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. yaya tengah belajar akitek. mula2 kurang minat, lama2 rase best and dah ade cita2 nak jadi akitek :')

    BalasPadam
  2. @alia azmi :: good yaya! semoga terus sukses..jangan malas2 study k..semoga cita-cita nak jadi arkitek tercapai..amin..(^_^)

    BalasPadam
  3. @ParkAir :: memang betul apa yang ko cakap tu..aku setuju..tapi tu la..peluang dapat masuk ipta bukan semua dapat..sebab tu aku syorkan tukar bidang kursus yg memang diminati kalau rasa takleh nak catch up dan pupuk minat dalam kursus yg dapat tu..

    tapi memang betul kata ko, buat apa yg kita minat sangat membantu..sebab tu masa nak apply borang masuk u tu, isi je kursus yg kite minat je..tak penuh semua pun takpe..jgn sebab nak penuhkan kotak pilihan, main isi je semua hentam bubuh kursus yg tak minat..sebab pemilihan masuk u dan kursus tu diperhatikan dari segi result jugak..kan?

    BalasPadam
  4. yang pastinye jangan membazirkan duit makpak semata nak enjoy.. tapi pelajaran hanyutttt..

    BalasPadam
  5. @afraa :: yup! definitely true! couldn't agree more..

    BalasPadam
  6. saya lepasan spm. saya nak tanya kalau isi upu kan boleh tak nak isi kelapan-lapan plihan tu dengan U yang sama tapi kos ja tak sama. kalau kos sama pun cuma sama 2x cmtu ja. boleh ka tak? keliru ni. please bantu saya

    BalasPadam
  7. @syahirah :: boleh dik..ni mesti kes teringin nak masuk U tu kan? sebab tu nak isi semua kursus yg ada kat U tu walaupun tak sama..kan? hehehe..boleh..takde masalah pun..isi je..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama2/8/13 9:03 PTG

    hai kak.. sy pun baru nak sambung pljrn di ums.. tpi course yg sy dpt sy tak minat sngt.. sy bercadang nak tukar course tpi setahu sy perlu habiskn satu semester dulu.. kak alumni ums kn? boleh kak kongsi tak mcm mana nak tukar course di ums? boleh reply kat email ni. qwertyuiop@13i@yahoo.com

    tqvm.. :)

    BalasPadam
  9. Saya da empat tahun belaja kimia. Mmg boleh catch up tapi kalau nk bawak kimia smpai phd mmg x boleh. Sbb x minat smpai hari ni. Walau da lima tahun cuba pupuk. Tp ttp xminat masuk lab. Huhu. If teori saya boleh la....

    BalasPadam
  10. assalamualaikum.nak tanya kan,kalau bdk matrik,stop dari ipta dlm program ijazah,ade peluang lagi x tok smbg ijazah dlm ipta lain pulak?kalo ade camne carenye

    BalasPadam
  11. Kalau dpt asasi ums, bleh ke tukar uni slpas hbis asasi? Sbb nak smbung medic kat ukm.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum admin nak tanye.. saye diterirme dlm program penerapan ijazah utk diploma sem terakhir..pilihan kursus yg dipilih semua under 1 bidang. Pilihan 1. Sains Komputer. pilihan 3.Multimedia. Sy dpt pilihan pertama. Adakah prmohonan sy diterima sekiranye sy ingin mlanjutkan kursus pilihan ke 3? terima kasi

    BalasPadam
  13. salam akak, sye dpt kos yg sy tak mintati tapi nak amik medic dekat unimas. adakah kemungkinan sy dpt kerana pointer asasi layak utk amik medic? cuma muet sy tak berapa bgs, adakah sy maseh dberi peluang?

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama9/2/15 9:14 PTG

    Mak ayah Saya suruh Saya sambung mekatronik tapi Saya x minat . Saya minat kejuruteraan kimia . masalahnya parents Saya berkeras x Nk Saya amik kursus tu sbb Xde keje . sekarang Nk Saya nak buat apa?? Amik je yang xminat?

    BalasPadam
  15. Parent Saya suruh Saya sambung mekatronik sbb Katanya x mengganggur nanti bila Grad tapi Saya xminat . Saya minat kejuruteraan kimia . parents Saya berkeras Nk Saya sambung dlm bidang tu . Saya Nk buat apa? Sambung je yang parent saya nak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut yang anda minat. sebab yang nak melalui pembelajaran, exam, assignment, thesis tu semua anda yang lalui. cubalah beritahu secara lembut pada parents anda. lama-lama mereka akan faham.

      Padam
  16. Faham perasaan tak dapat kursus yang diminati. Saya pun dulu macam tu jugak. Walaupun cemerlang kat sekolah, kat U stres gila. Last2 saya berhenti. Saya tak berhenti dengan kebencian, tapi dengan keyakinan bahawa jalan rezeki tu ada banyak selain dapat degree dan apply kerja. Alhamdulillah, Allah tunjukkan saya jalan rezeki yang lebih besar. 9/10 drpd sumber rezeki di dunia iaitu perniagaan. Dan ade platform untuk belajar, menuntut ilmu dari orang yang berpengalaman sambil dapat buat income. Jujur saya x menyesal dan rasa sangat tenang berbanding ketika di U dulu. Just nak share peluang dengan korang especially yang rasa macam x nampak hala tuju lepas belajar. Satu je sebenarnya Allah nak bagitahu kita melalui ujian ni. Yakin rezeki tu dia yang bagi, bukan ijazah, bukan manusia. Tugas kita adalah berusaha. Kalau berminat nak tahu pm la saya at 017-7346298. Terima kasih.

    BalasPadam
  17. Hi saye nak tanye..sye bkal pljar unimas, bulan depan saye mndaftr. Dan saye dapt sarjana muda kaunseling. Mcm ni saye hilang minat dkt kaunseling dan saye rase saya ptt teruskan bljar dlm bidang sains mmandangkn saye ni bkas pljar matrik modul 1. Lagipun saye minat kimia, jdi kalau boleh saye nak tukar ke fakulti yg lain iaitu kimia sumber. Jadi brapa lama biasanye nak kena tukar? Saya hrp dpt pencerahan , saya sgt sdih x dpt sambung sains. Dan skiranya saya dpt tkar kos, boleh x d tolak? Mana tau brubah hati. Dan skiranya x dapat, adakah saye akan tetap trus bljar my current course iaitu kaunseling? Hrp dpt tolong , terima kasih

    BalasPadam
  18. adehhh.. dpat kos pngurusan acara .. please .. explain . apediaa nii?? huhu

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama5/9/16 4:20 PTG

    Skrg sya pre - university, but aliran sastera , cta2 nk jdi nurse , bleh x klw dpt ipta lpas stpm tukar kos ke prubatan ?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum smua.. sya layak masuk universiti. Ttapi saya tolak sbb nak keja utk cari duit lebih. Adakah sya layak utk isi upu pada tahun depan? Mohon pencerahan kpd yg arif ttg hal ni.. terima kasih

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum saya nk tanya boleh ke kita apply upu balik bila buka balik nnti tapi kita dh msok pon universiti

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan