Review & Block Iklan Adsense Lucah, Overclaim, Mistik dan Mengarut

Assalamualaikum. Hai!

 
Sejak dah mula nak aktif balik dengan blog ni, CikSha rajin la sikit hari-hari kelebet bahagian iklan adsense. Maklum la, akaun adsense dah lama dah ada. Dah 2 tahun kot kalau tak salah. Tapi income alahai, semput! Mungkin sebab sebelum ni memang tak rajin gila nak update blog. Sendu je. Dulu pun banyak tulis entri takda la pakai skill SEO bagai. Main hentam je tulis sesedap rasa. Dah la panjang berjela pulak tu. Hihi.


Jadinya, sejak dah rajin belek blog, memang rajin la belek jugak akaun adsense. Sebab nak check berapa la boleh dapat income dalam sehari. Masih sendu lagi ye. Tapi belum la nak putus asa lagi. Takpe kita usahakan bagi income naik perlahan-lahan. Lama-lama nanti dia dah stabil, insyaAllah masyuk la tu setiap bulan. Boleh jadi income tetap bulanan satu masa nanti. Aaminn. Konpiden tu wojib!


Yang buat CikSha bertambah semangat nak check hari-hari tu sebab perasan, bila buka blog ada iklan yang tak sepatutnya muncul berlegar-legar dengan gembiranya. Haishhh. Sakit mata. Menjatuhkan reputasi dan kredibiliti seorang CikSha yang comei lagi manis dan sopan santun ni. Merosakkan pemandangan blog juga. Haru sungguh!
 
 



Penting Ke Semak Iklan Adsense Yang Terpapar Di Blog?



Mungkin pada orang lain tak penting. Tapi untuk diri CikSha sendiri, benda ni memang penting. Ye la, sebab iklan tu yang bagi income pada blog bila orang click. Kalau iklan elok, alhamdulillah tak diragui la kehalalan income yang dapat tu. Kalau iklan mengarut, alahaiii memang rasa macam tak berkat je. Huhu.


Sebab tu pada CikSha penting untuk check secara berkala iklan yang akan terpapar di blog kita. Biar income masuk sikit-sikit dari iklan yang elok. Daripada dapat income berkepuk-kepuk tapi mai dari iklan yang entah apa-apa. Kita ni nak cari income pun kena la jaga keberkatan nya jugak. Begitulah.
 

 

Iklan Adsense Yang Patut Di'Block'



Ini pandangan peribadi CikSha je tau. Sesetengah orang, depa ok je iklan apa pun yang terpampang kat blog. Janji masyuk. Lagipun iklan adsense ni selalu nya yang terpampang tu berdasarkan entri yang kita tulis juga. Biar sipi-sipi je pun, asal macam terkait dengan keyword yang terselit dalam penulisan kita memang akan ada la dia terpampang tanpa rasa bersalah.


Sebab itu la kita kena selalu buat semakan berkala kalau kita nak jaga keberkatan income yang datang dari iklan adsense di blog. Nak tahu tak kenapa? Iklan adsense ni akan hari-hari ada yang terbaru muncul di bahagian unreviewed dalam akaun adsense tu. Hari-hari. Bayangkan kalau kita langsung tak pernah check sepanjang ada akaun adsense dan biarkan je iklan terpapar, memang banyak la jawabnya iklan yang bukan-bukan tu. 


CikSha masa mula-mula check pun, sampai beribu tau nak review semua iklan. Jenuh! Tapi gigih jugak semak satu persatu sebab taknak ada langsung iklan yang merepek meraban tu ada kat blog CikSha cari makan ni. Mencari keberkatan. Gituhhh!

 
Antara iklan yang CikSha block :
  • Iklan Bomoh/Sihir
  • Iklan Pinjaman Wang Berlesen
  • Iklan Produk Overclaim
  • Iklan Tok Kadi Siam
  • Iklan Produk Lucah
  • Iklan Cari Pasangan (Apps Dating)
  • Iklan Tilik Nasib


Antara iklan yang CikSha dah block


Macam tak sangka ada iklan macam ni kan? Macam mana Google Ads boleh approved iklan ni semua? Sebenarnya iklan ni boleh ada sebab advertiser tu keluar modal la bayar kat Google Ads. Google Ads ni asal advertiser bayar, takda hal la nak tayangkan iklan tu semua. 

 

Jadinya, atas kita sebagai blogger ni la kena bertanggungjawab kat blog sendiri yang dah kita letakkan iklan adsense untuk terpampang demi sedikit income tepi. Kena 'rajin' la buat pembersihan. Sebab kalau blog mesra google dan trafik pun ok, iklan tak segan silu nak munculkan diri.


Cara Nak Block Iklan Adsense

 

Takde cara mudah yang lain. Memang kena masuk akaun adsense dan buka bahagian BLOCKING CONTROL. Lepas tu pergi ke AD REVIEW CENTRE. Tengok bahagian yang UNREVIEWED tu. Kalau banyak, sila la menggigihkan diri untuk semak dan sekat mana-mana iklan yang rasa tak patut ada kat blog. 


Trick nak cepatkan proses block ni, taip kat box search tepi 4 button yang Unreviewed dan Reviewed tu. Contoh macam yang CikSha buat kat bawah ni. CikSha dah block sebenarnya semua ni. Tapi sebab nak bagi korang faham, gitulah cara dia tau. 

 

Lepas dah settle klik kat tanda bulat berpalang tu, nanti klik kat button BLOCKED. Akan terpapar semua iklan yang kita dah block. Klik satu-satu tu untuk block pulak adverstiser. Nak mudah faham, korang rujuk je gambar yang CikSha sertakan sekali dalam entri ni tu ye.


LANGKAH 1 : Masuk Akaun Adsense. Klik Blocking Control bahagian Ad review centre.


LANGKAH 2 : Klik Prioritised for review. Nanti keluar semua iklan yang terpapar kat blog. Kalau rajin, boleh check satu-satu. Nak cepat, taip keyword kat box filter macam dalam gambar kat atas. Dah keluar semua iklan dengan keyword yang dicari, klik kat bulatan berpalang tu bagi jadi warna merah. Dah settle klik semua jangan lupa klik "MARK ALL AS REVIEWED" kat bahagian bawah sekali tu ye. Dalam gambar ni takda sebab yang ni bukan bahagian yang unreviewed. Ni yang dah sedia diblock. Nak bagi contoh yang filter keyword tu ha.   
  



LANGKAH 3 : Pergi kat bahagian Reviewed - Blocked. Klik satu per satu iklan yang dah di block tu untuk kita block advertiser pulak. Gambar kat bawah ni cara nya.


LANGKAH 4 : Klik kat 'Block Account' untuk block advertiser yang buat iklan merepek merapu meraban tu semua. Padan muka dorang! Hahaha.


Haa. Cam gitu la ye cara nak block iklan Adsense yang mengarut semua tu. Kalau rajin boleh buat hari-hari. Kalau tak berapa nak rajin, buat la seminggu sekali. Paling malas pun, sebulan sekali ok la. Yang penting, kena buat untuk jaga kredibiliti blog. 

 

Tulis artikel dah bagus dah. Semua yang bagi ilmu dan perkongsian bermanfaat untuk pembaca. Sekali iklan yang ada kat blog, masyaAllah. Kan ke menjatuhkan 'maruah' tu? Lagi satu, takut tak berkat duit adsense yang dapat kalau ada 'manusia bertopengkan syaiton' pergi klik iklan cenggitu. Aduhaiii.


Bisik-bisik :: Semoga hasil pendapatan yang dijana dari iklan Adsense diberkati. InsyaAllah.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Yey! Ada share cara nak block iklan. Haritu ada sembang dengan kak wanie cara nak block iklan bomoh2 ni, tapi taktau cara yang betul. Nanti nak share link post Ada ni la kasi kat kak wanie..thanks Ada :)

    BalasPadam
  2. Saya pun perasan ada keluar iklan ni. Terus cepat cepat pergi block. Sebenarnya dah block ikut category dah kan. Dah block juga dari review iklan tu. Tapi keluar jugak lagi. Macam hari hari kena tapis kat review tu. Susah lah kan. Memang kena alert iklan camni. Terkejut jugak bila keluar kat blog tu.

    BalasPadam
  3. Terima kasih perkongsian yang sangat jelas berkaitan cara block iklan adsense yang betul dan berkesan untuk para blogger semua. Nice sharing...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan