Bayam Brazil Goreng Belacan simple dan sedap!

Assalamualaikum. Hai! 

CikSha tak pernah kongsi pasal masakan kat blog kan? Sebab CikSha ni spesis masak ikut sesuka hati je campak-campak siap. Tak reti nak adjust sukatan. Ikut banyak mana bahan yang ada, pepandai la adjust sendiri. Janji hasil dia mabeles. Gittew. 

Nak snap gambar masakan pun ikut angin. Kalau masak benda biasa je malas le nak snap. Masak dari yang kebiasaan baru rajin sikit. Hihi. Banyak songeh betul la ha CikSha ni kan.

Yang dah lama duk follow CikSha kat pesbuk mesti tau dah, CikSha kalau dalam menu wajib kena ada sayuran. Tak buat yang masak, ulam-ulaman pun jadilah. Janji sayur. Baru rasa lengkap menu. Spesis pemakan sayur memang camgini. Korang kalau spesis pemakan sayur macam CikSha juga boleh la cuba resipi Sayur Masak Lemak ni.

Semalam untuk lunch, CikSha try masak bayam brazil. Tapi bukan buat masak lemak la. Buat goreng belacan. Pepandai le tambah nak bubuh eksesori apa bagi warna warni sayuran tu. Baru ceria kan. Nak makan pun seronok je.

Ni cara CikSha la ok. Sebab macam CikSha bagitau awal tadi yang CikSha ni selalu masak campak-campak je ikut bahan yang ada. Memamg takde sukatan spesifik la resipi ni. Haishh. Itu le masalah seketoi CikSha ni. Tu yang tak pernah tulis entri resipi kat blog. Kang orang hangen. Padia tulis entri resipi camni. Haha. Ampun tau. Ni kira first time tau CikSha nak kongsi resipi kat blog. Nak ikut, ikut je la eh. Taknak ikut, tengok je gambo tu sudah. 😜




RESIPI BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN versi CikSha


Bahan-bahan :
Bayam Brazil secukupnya
Hirisan nenas secukupnya
Fishcake 1 keping
Ikan bilis secukupnya
Cili padi ikut nak pedas tahap mana
Secubit belacan
Bawang merah 2 ulas
Bawang putih 2 ulas
Garam dan gula secukupnya

Cara masak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Lepas tu tumis sekali dengan belacan sampai naik bau.

2. Campak ikan bilis dengan fishcake. Campak je ok sebab kita masak kan style campak-campak. Haha. Bagi garing sikit.

3. Masukkan bayam brazil. Kacau le depa dalam kuali tu bagi serasi dengan bahan yang kita dah tumis tadi tu. Lepas tu biarkan sayur bayam brazil tu layu sikit.

4. Last step, baru masukkan nenas. Takmau dia lembik sangat. Tu yang masukkan last sekali.

5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Gaul sat lepas tu siap! Boleh dah makan. 😋


CikSha kalau ada nenas, memang suka add on dalam masakan macam sayur ke ayam masak merah ke. Dia macam jadikan masakan tu rasa dia lagi umpphh. Penyedap masakan la kiranya. Bab reka-reka ni serah la kat CikSha ok. Sesuka hati ja daku letak dalam masakan apa yang ada. Hihi. 

Maaf le bayam brazil nye dengan sekali batang dia CikSha masak. Malas nak perisi satu-satu oi. Jadi le tu masak campak-campak je. Dah bosan makan mentah. Yang penting mak mertua dengan encik CH cakap sedap. Encik CH memula suruh letak sikit je dalam pinggan dia. Sekali dah rasa, dia perabis kan semua teruih. Siap request nanti buat lagi. Kembang hidong iols. 😝


Bisik-bisik :: Masak tu terapi tau! 

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Sedap nampak. Boleh cuba ni nanti

    BalasPadam
  2. sedapnya bayam brazil!

    BalasPadam
  3. Senang je tu kan, boleh try ni :D

    BalasPadam
  4. Sedapnya! Terliur tengok. Kena try ni 🤩

    BalasPadam
  5. Wahhh dapnyaa nengok! Kena try nii! Thanks sharing✨🌸

    BalasPadam
  6. sedap bayam brazil goreng belacan. siap letak nanas lagi tu. manis manis masam gitu :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan