Assalamualaikum. Hai!
Setiap ari bila baca paper je, mesti ada kes kematian yang aku terbaca. Ada yang mati kena bunuh, ada yang mati sebab terlibat dengan kemalangan, ada yang mati lemas, ada yang mati bunuh diri, ada yang mati sebab sakit, ada yang mati sebab kena rogol. Pendek kata, macam2 cara la yang boleh menyebabkan kematian. Sebab tu orang kata mati itu pasti. Tiap yang hidup pasti mati. Tak kira la manusia ke, haiwan ke, pokok ke. Kalau dah nama pun benda hidup memang akan merasa kematian. Itu lumrah alam.
Kita2 yang masih hidup ni tak tahu la bila akan mati kan? Mati tu bila2 masa je boleh datang menjemput kita. Kalau dah Allah tetapkan sekian2 masa dia nak tarik balik nyawa yang Dia pinjamkan untuk kita ni, kita memang tak boleh nak mengelak dah. Takkan la kita nak menjerit melolong "AKU TAK MAU MATI!!". Gila ka apa? Melawan takdir Allah namanya tu.
Kadang2 aku selalu terfikir. "Aku ni nanti mati nye macam mana la ye? Takutnye. Amal aku pun belum cukup lagi. Huhu.." Kadang2 aku selalu jugak terfikir macam ni. "Aku ni nanti bila mati nye eh? Sempat ke aku nak kawen? Sempat ke aku nak berbakti kat orang tua aku? Sempat ke aku nak kumpul amal aku?" Dan kadang2 aku terfikir macam ni pulak. "Ya Allah..aku nak mati sebelum tiba hari kiamat. Sebab aku takut aku tak mampu nak hadapi hari tersebut."
Macam orang tak betul je kan aku ni. Fikirnye yang bukan2. Tapi tu la antara monolog dalaman aku setiap kali bila terfikir pasal mati ni. Tak salah kita berfikir pasal mati. Bukan kita nak mendoakan kita ni mati cepat. Cuma bila kita fikir pasal mati ni, kita boleh muhasabah diri. Betul tak??
Yang nyata nye, mati itu memang pasti. Jadi, selalu2 lah kita muhasabah diri kita. Sebab bila kita ingat mati, mesti kita tak sanggup nak buat perkara2 yang bodoh. Mesti kita akan sentiasa berusaha melakukan ibadat untuk mengumpul amal sebanyak yang mungkin. Sebab, kita hidup di dunia ni sementara je. Bila tiba hari kiamat, kita akan dihidupkan kembali untuk dihitung segala amalan2 kita masa kita di dunia.
Kalau banyak amalan kita yang baik, alhamdulillah. InsyaAllah dengan mudah je kita meniti titian siratul mustaqim dan boleh masuk syurga dari mana2 pintu yang kita mahu. Tapi kalau amalan baik kita sedikit dan yang banyaknye amalan buruk, bersedialah kita untuk dimasukkan ke dalam neraka untuk menghadapi hukuman sebelum kita layak untuk menghuni syurga.
Setiap yang beragama Islam pasti akan masuk syurga. Antara cepat dan lambat sahaja. Bergantung ke atas amal2 yang telah dilakukan semasa di dunia. Jadi, ingat lah yang dunia ni hanya pinjaman sementara daripada Allah SWT. Beramal la sebanyak mungkin. InsyaAllah selamat lah kita dunia dan akhirat.
bisik2::Eh2. Macam ustazah lak cik sha ni. Hoho. Kalau kawan2 semua nak tahu, cita2 aku masa kecik2 dulu nak jadi ustazah. Hak3. Mulia sungguh hati aku masa kecik2 dulu. Sekarang? Uhuk2. Hanya Allah je yang tahu..T_T

SalaAm..
ReplyDeleteSha,
Kuasa Allah. Tak siapa menduga. Walhal sebelum tu nis berani sangat jalan sorang2 malam ramadhan.. Tapi dalam area kolej je la..
Lepas kena tu cam seram la pulak..
Dah la paksa ikut tu.. Kalau nis layan agaknya nis duduk dunia manalah sekarang ni..
betul betul betul..
ReplyDeletekita kenalah muhasabah diri kita..
Salam..
ReplyDeleteBetul tu.. mati itu pasti, Hidup InsyaAllah.. selagi ada hayat kan!..
miloicekaw1119::
ReplyDeletea'a tu..kita kena selalu muhasabah diri kan??baru kita nak wat benda tak elok pun tak jadi..
ena::
ReplyDeletewassalam..betul tu ena..selagi ada hayat..insyaAllah selagi tu la kita hidup..jadi kena la banyak2 kan amal sebelum mati yang pasti itu datang jemput kita..kan2??