Alamak..Jeragat! Boleh Ke Hilangkan?

Selalunya bab masalah kulit wajah ni, kita yang perempuan ni lebih concern. Sebab wajah ni macam ‘pintu utama’ yang kebanyakan orang akan ‘terjah’ dulu. Betul tak? Itu yang banyak produk kecantikan target market depa ialah perempuan.

Orang lelaki pun sebenarnya ada je yang teliti bab penjagaan kulit wajah. Lelaki maskulin yang menjaga ketrampilan head to toe. Tapi tak ramai la spesis ni. Yang ramainya jenis lantak le situ. Hahaha.

Korang tau tak masalah kulit apa yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang? Sebab bukan mudah nak rawat kalau dia dah ‘bertapa’ kat muka. Nak cover dengan mekap pun selalunya tak dapat sembunyikan kehadiran dia. Tetap boleh nampak sipi-sipi. Boleh buat self confidence merudum tau.

Jawapannya dah tentulah JERAGAT! 

Oh my God! Seram weh bila kulit dah berjeragat. Macam mana nak buat ni? Boleh ke nak hilangkan? Rileks korang. Baca artikel aku tulis ni sampai habis tau. 


Apa Tu Jeragat


3 Jenis Pigmentasi Kulit Yang Wajib Diketahui

 
Asalkan kulit ‘dicemari’ tompokan atau bintik gelap, kita mesti panggil jeragat. Tapi sebenarnya tompokan/bintik gelap tu adalah pigmentasi kulit atau istilah dalam dermatologi disebut hyperpigmentation.

Ada 3 jenis pigmentasi kulit yang patut kita ambil tahu. Barulah senang nak decide macam mana nak hilangkan ‘si tompok gelap’ yang jadikan kulit wajah kita tak cantik tu. Nak tahu tak sebab apa? Sebab setiap jenis hyperpigmentation, berbeza cara dan juga tahap kepayahan nak hilangkan dia. 

3 jenis hyperpigmentation yang aku maksudkan ialah :
  • Age Spot / Sun Spot 
  • Melasma
  • Freckles (jeragat)

Kalau korang nak tahu, age spot dan melasma adalah jenis pigmentasi kulit yang agak heavy juga. Meh aku explain kat korang secara ringkas tentang 2 jenis hyperpigmentation ni. 

Age spot ialah bintik-bintik coklat yang tak sekata di seluruh wajah. Ada bintik yang besar, ada bintik yang comel. Age spot terjadi disebabkan oleh kulit yang terdedah dalam tempoh yang lama kepada cahaya matahari secara berterusan tanpa sebarang perlindungan. Boleh dihilangkan tapi ambil masa juga. Ye la, dia nak muncul pun bukan secara drastik. Jadi nak hilangkan pun bukanlah sekelip mata. Cara yang boleh diusahakan untuk hilamgkan age spot dengan cepat ialah dengan buat rawatan laser berulang kali. 

Melasma pula adalah satu tompokan coklat yang besar berbentuk butterfly di kawasan pipi. Setompok terus dia muncul, takde bintik-bintik comel. Melasma ni nama lain dia ‘The Mask of Pregnancy’. Sebabnya dia terjadi berpunca dari masalah hormon yang lintang pukang masa ompompuan pregnant. Tu la selalunya kita tengok melasma ni banyak bertempek kat mak-mak yang dah berumur. Perasan tak? Dan dia paling susah sekali nak ‘dihapuskan’. Tapi ada je rawatan yang boleh kita ikhtiar untuk fight dengan melasma ni. 

Itulah secara ringkas tentang age spot dan melasma. Artikel aku ni just nak fokus tentang jeragat a.k.a freckles secara lebih detail. So, let go! 


Jenis Hyperpigmentation


Jeragat Tu Apa? 


Haaa, kalau korang nak tahu jeragat merupakan salah satu jenis pigmentasi @ hyperpigmentation. Jeragat ialah bintik-bintik kecoklatan yang kebiasaannya terlihat pada pipi dan sekitar hidung. Bintik-bintik nya kecik je, tapi memang banyak.

Kalau korang perasan, jeragat ni selalu boleh nampak kat kebanyakan orang yang berkulit cerah. Terutamanya omputih. Betul tak? Nampak macam comel je tapi tak semua orang confident nak ‘tayang’ dia. 


Bagaimana Jeragat Boleh Terbentuk?


Jeragat ni dikatakan terbentuk disebabkan oleh faktor genetik. Selalunya boleh nampak dah dia masa umur kanak-kanak lagi. Warna dia pudar je, tak ketara sangat. Tapi bukan ini je faktor yang boleh menyebabkan jeragat terbentuk.

Faktor lain ialah tak beri pelindungan yang sepatutnya pada kulit wajah bila terdedah dengan cahaya matahari. Bila takde protection, kulit kita akan mengeluarkan melanin yang sangat banyak. Tujuannya nak dijadikan ‘perisai’ untuk lindung kulit dari radiasi sinar UV cahaya matahari. 

Tapi bila dah over produce, kulit tak boleh nak ‘hadam’ melanin yang terlebih tu. Maka, dia muncul di permukaan kulit. Pasal itu la terbentuknya jeragat. Yang inilah kebanyakan dari kita duk hadap.


Jeragat


Cara Terbaik Untuk Atasi Jeragat


Korang nak tahu tak, sebenarnya sangat penting untuk protect kulit dari sinar UV. Bahaya tau sinar UV ni. Sebab tu kita digalakkan pakai sunscreen/sunblock. Itulah cara terbaik untuk jaga kulit dari ‘diserang’ jeragat. 

Terutamanya jika banyak buat aktiviti luar kat panas terik. Tapi jangan ingat yang terperap dalam rumah terkecuali tau. Cahaya yang masuk dalam rumah tu tetap ada sinar UV juga. 

Jeragat ni kalau dah ada, lepas tu kita masih ignore untuk pakai sunscreen dan biarkan jeragat terus terdedah dengan sinar UV berlebihan, maka jangan terkejut kalau dia semakin gelap dan teruk. Memang jenuh la nak hilangkan dia nanti. 


Rawatan Dermal Sign E Mampu Pulihkan Kulit Jeragat


Memang la jeragat bukan sejenis penyakit berbahaya. Tapi ia boleh jejaskan penampilan dan juga keyakinan diri. Sebab tu ada macam-macam jenis rawatan dan juga cara nak pulihkan jeragat ni. 

Berikut antara cara yang kita boleh buat untuk pulihkan jeragat :
  • Petua cara alami menggunakan bahan semulajadi 
  • Menjaga rutin penjagaan kulit wajah 
  • Rawatan moden seperti laser, dermal sign E dan lain-lain 

Aku nak kongsi dengan korang pasal rawatan moden iaitu rawatan Dermal Sign E. Untuk pulihkan jeragat dengan lebih cepat, selamat dan efektif, inilah salah satu rawatan terbaik yang boleh korang cuba. Rawatan Dermal Sign E ni mampu pudarkan pigmentasi, mengembalikan keremajaan kulit, jadikan kulit tegang, anjal serta glowing, dan warna tona kulit lebih sekata. 

Aku tak pasti kat tempat lain ada atau tak ditawarkan rawatan macam ni. Tapi untuk korang yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, rawatan jenis ini ada di Klinik Dr. Bazilah. 



Klinik Dr Bazilah


Cawangan Klinik Dr. Bazilah Di Selangor dan Kuala Lumpur


Klinik Dr. Bazilah merupakan klinik estatik yang merawat jeragat di Kuala Lumpur dan Selangor. Klinik ini mempunyai doktor berpengalaman dalam merawat pelbagai masalah kulit. Rawatan yang paling mendapat permintaan di Klinik Dr. Bazilah ialah untuk hilangkan jeragat atau 'pigmentation'. Korang boleh baca sendiri review dari pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan di klinik ini. Rata-rata semua berpuas hati dengan perkhidmatan dan rawatan yang diberikan. 

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.
Tel: 013-817 7005


Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira,
Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5035 7359


Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan,
Pusat Bandar 5 Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8922 9681 / 0111-590 5931

Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7661 3950


Kalau korang berminat nak buat rawatan di Klinik Dr. Bazilah, boleh hubungi klinik untuk sebarang pertanyaan, khidmat nasihat dan juga book appointment di whatsapp :

Untuk info lebih lanjut, boleh skodeng website dan media sosial klinik seperti di bawah. 



Penutup


So, korang jangan la susah hati tau bila kulit jadi jeragat. Setiap masalah mesti ada penyelesaian. InsyaAllah masalah jeragat ni boleh dihilangkan dan dipudarkan. Yang penting dapatkan rawatan dengan doktor yang bertauliah macam di Klinik Dr. Bazilah. 


Bisik-bisik :: Jangan pakai produk yang bukan-bukan tau! 

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Saya ada masalah milea bawah mata, susah betul nak buang milea ni. Nama dia sedap tapi kita tak suka dia

    BalasPadam
  2. bab jeragat ni paling susah nak hilangkan, memang kena cukup pakai skincare kalo betul2 nak jaga kulit muka. tak pun paling mudah boleh pi dekat klinik ni.. tip top rawatan dia.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan