Masalah Tidur Tak Cukup Boleh Mengganggu Konsentrasi Dan Prestasi. Mindtropic Lah Penyelesaian Nya!

Assalamualaikum. Hai!

Korang… Ada tak korang hadapi masalah sukar nak tidur dan tidur tak cukup? Tahu tak bila kita tak dapat tidur yang mencukupi serta tidur yang berkualiti ia boleh mengganggu konsentrasi dan menyebabkan prestasi kita seharian bermasalah juga? 

Banyak sebenarnya punca yang menyebabkan kita tak dapat tidur yang cukup. Macam aku sendiri dah tentulah sebab ada anak kecil yang masih menyusu badan. Cukup masa je dia mula la bagi hint nak bekalan susu dia walaupun masih terpejam mata. Tak kira la masa tu aku baru nak terlelap ke apa. Hahaha.

Sebab tu la kekadang di siang hari aku mudah je terlelap kat mana-mana tak kira masa. Bila mai je berat mata tu memang tak boleh nak buat apa la. Kena jugak pejamkan mata dan tidur sekejap. Kadang rasa macam mengganggu jugak sebab banyak kerja yang sepatutnya aku boleh selesaikan jadi tergendala dengan masalah aku yang satu ni.

Bila tak cukup tidur, bukan badan je yang jadi letih tau. Otak pun terjejas sama. Itu yang aku ni sangatlah mudah lupa dan lambat betul nak pickup. Kadang kat mana aku letak phone dan cermin mata pun aku tak ingat okay! Padahal baru je beberapa minit aku tinggalkan menda alah tu. Masalah nan satu ni makin bertambah teruk lepas kena covid Februari lepas. Orang cakap itu kesan long covid - brain fog. Hmmm. Kesiannya lahai kat diri sendiri.

Sebabkan tu, aku pun cari la solusi yang dapat membantu aku untuk atasi masalah tidur aku ni. Taknak la biarkan je camtu tanpa usaha. Lagipun aku takmau makin teruk pulak jadinya masalah pelupa aku tu ha. Muda lagi oiii. Dan sangat penat tau sebenarnya bila asyik mudah lupa ni. Bukan susahkan diri sendiri je. Orang sekeliling pun terpalit sama.

 


Atasi Masalah Tidur Dengan Mindtropic

Haaa..Inilah produk yang aku sedang cuba untuk bantu atasi masalah tak cukup tidur dan pelupa aku tu - Mindtropic daripada Eskayvie. Aku baru je lagi cuba dalam beberapa hari so tak dapat la nak bagi lagi feedback camna. Yang aku pasti rasa dia sedappppp sangat! 

Jadi entri ni aku just nak kongsi dengan korang info serba sedikit tentang Mindtropic, satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie yang aku amalkan. Untuk catatan dan pembacaan aku juga sebenarnya. Dah kita duk makan kan. Mesti la kena ambil tahu juga.

5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic

Jom kita perhati apa dia kandungan utama terdapat dalam Mindtropic yang dapat membantu mengatasi masalah tidur yang kita hadapi.

 



PHOSPHATIDYLSERINE

Phosphatidylserine adalah komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres yang berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. Wow! Otak pun boleh awet muda uols. Hihi. Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.


ASHWAGANDHA KSM-66

Kalau korang nak tahu, Ashwagandha KSM-66 ni merupakan Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres). Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


BACOPA MONNIERI

Bacopa Monnieri pula digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

Antara kelebihan nya ialah :

- Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog. 
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


MAGNESIUM

Magnesium merupakan master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. 

Antara fungsi Magnesium:

- Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Apa kesan bila kita kekurangan magnesium?

- Kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).


SELENIUM

Ini pula kelebihan Selenium:

- Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Antara Kesan Bila Tak Cukup Tidur


Cara Pengambilan Mindtropic Yang Betul

Berikut adalah panduan cara pengambilan Mindtropic yang betul mengikut peringkat umur. Oh ya. Mindtropic ni tablet kunyah tau. Tak perlu telan dengan air pun. Kunyah je macam makan cekelat. Sedappp. Macam yang aku mention awal-awal tadi. Rasa buah-buahan tropika gituh.

Setakat aku makan ni takde apa-apa efek pada susu badan. Si budak Ali tu kan masih menyusu lagi. Alhamdulillah bekalan susu untuk dia tak terjejas pun. 

Cuma pada kotak packaging ada maklumkan kalau ambil secara berlebihan boleh menyebabkan kesan laksatif. Maksudnya kalau korang makan overdose tak ikut saranan pengambilan yang ditetapkan boleh buat korang asyik pergi tandas kerja nak membuang je la. Ye la kan. Buah-buahan. Memang le kalau makan banyak dia melawaskan. Logik. 

Jadi, makanlah ikut dos yang ditetapkan okay! Rujuk gambarajah kat bawah ni.

 


Feedback Daripada Pengguna

Nak kongsi feedback diri sendiri macam tak sesuai lagi sebab baru je amalkan. Jadi aku kongsikan feedback daripada orang lain dulu la eh. Sebab tu aku pun mencuba juga makan Mindtropic bila baca feedback yang sama macam masalah aku hadapi. InsyaAllah aku yakin dapat bantu aku atasi masalah kurang tidur aku ni ha.

 

Puan Siti Zubaidah, 39 tahun
Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je
 



   




Jom Cuba Eskayvie Mindtropic Sekarang!

Korang kalau ada masalah tidur yang sama macam aku, boleh la cuba ambil Mindtropic ni juga. Mana tahu serasi kan? Tak best tau sebenarnya bila kita ada masalah tidur ni. Sangat mengganggu kehidupan seharian. Boleh menjejaskan prestasi dan juga konsentrasi kita. Yang paling tak syok tu ganggu emosi kita juga.
 
Lagipun banyak kelebihan Mindtropic ni. Produk Eskayvie setakat yang aku tahu, insyaAllah tak memudaratkan sebab dihasilkan oleh formulator yang memang pakar bab produk kesihatan iaitu Dr. Syid Ayob. Memang keberkesanan nya pun tak diragui. Bukan overclaimed tau. Tapi itulah kenyataannya.



Untuk maklumat lanjut dan buat pembelian, korang boleh layari laman web dan sosial media Eskayvie okay! 

Website : www.eskayvie.com 

Bisik-bisik :: Dapat deep sleep walaupun sekejap itu paling nikmat sekali tau. Lama dah aku tak rasa sejak beranak kecik berturut-turut ni. Hihi.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan