Rancangan Mengarut Lagi Menyesatkan

Assalamualaikum. Hai!


Aku tengah blur dan jadi sedikit tak rajin nak buat kerja. Maklum la sekarang ni aku tinggal sensorang je kat opis. Yang lain semua dah cabut. Dari 4 orang tinggal aku sorang. Syahdu je rase. 2 orang cabut sebab dapat better offer. Gaji lagi up. Sorang lagi sebab pergi sambung belajar. Aku? Dalam proses cari kerja yang better jugak. Sedih la kerja sensorang. Walaupun ade orang yang akan replace tempat dorang tu, tapi aku rasa nak cabut jugak la. Nak cari environment kerja baru pulak.


Sebenarnye nak menulis tentang ni dah lama dah. Sebab meluat gila tengok iklan kat tv asyik ulang tayang sedutan rancangan ni. Ingat best ke? Aku rasa pelik camne la produser rancangan tu boleh terfikir nak terbitkan rancangan cenggitu. Takde faedah betol. Rancangan ape yang aku maksudkan? Inilah rancangan-rancangan mengarut yang sangat mengarut dan terlalu mengarut serta tidak mustahil boleh menyesatkan golongan yang cetek ilmu agama.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

#1 : Rancangan Mencari Hantu

Alahai. Rancangan Seekers tu la. Entah apa faedah pergi cari hantu-hantu tu pun aku tak tahu. Dah takde kerja sangat ke? Nak dibuat ape pergi mencari hantu tu? Die duduk kat alam die senyap-senyap tak ganggu kite, yang kite nak pergi kacau die tu watpe la? Lepas tu guna manusia sebagai perantara kononnya nak berinteraksi dengan hantu tu. Biar hantu tu masuk dalam tubuh manusia. Apakah? Syok sangat ke bagi hantu merasuk masuk dalam badan tu? Tak faham betul.

Memang makhluk halus tu wujud kat sekeliling kita ni. Dalam al-quran pun ada huraikan. Jin dan syaitan memang ada. Kita menghuni bumi ni memang berkongsi dengan menda tu semua. Cuma berbeza alam la. Habes yang sebok sangat nak explore alam menda alah tu watpe la? Pergi explore ilmu agama lagi bagus.




#2 : Rancangan Membongkar Amalan Mistik

Ini rancangan baru aku rasa. Hari tu ternampak iklan die. Tajuk rancangan tu Khurafat. Siaran tv mana yang tayang aku dah lupa. Yang ini lagi buat aku bertambah-tambah tak faham. Apa la 'rajin' sangat pergi selongkar cari kaedah-kaedah amalan mistik yang dah tahu terang-terang khurafat tu? Lepas tu tayang kat tv pulak nye. 

Apalah tujuan nya? Nak bagi pengajaran kat orang ramai supaya jangan pergi buat benda khurafat macam tu? Dah kalau tayang gitu ingat takde ke orang yang akan 'berminat' nak cuba? Orang yang 'buta agama' takdenye nak fikir benda tu elok ke tak nak dibuat. Dah dalam tv tayang, macam bagi dorongan untuk dorang pergi mencuba. Alahai. Dah la sekarang ni makin ramai  yang 'buta agama'. Sedih betul aku rasa.


#3 : Drama Menyelitkan Unsur Perbuatan Khianat Menggunakan Khidmat Sihir Tok Moh

Ini dalam kebanyakan drama mesti ade selit sikit-sikit. Walaupun tak semua drama la. Drama paling kerap selit elemen ni tentulah drama slot seram-seram tu. Ala..yang kat tv3 tiap Khamis malam Jumaat tu. Kalau drama-drama biase jarang ade cuma dalam Tentang Dhia hari tu memang terang-terang elemen ni ade. Santau la, ape-ape je la. Aku tak tahu.

Walaupun ade jugak selit elemen keagamaan macam ustaz ubatkan penyakit angkara perbuatan sihir tu, tapi rasa-rasanye takkan ade ke orang yang nak terpengaruh dengan perbuatan tu? Tak mustahil ade kan? Macam huraian kat atas tadi. Orang yang 'buta agama' takkan fikir benda tu salah. Malah bagi idea pulak kat die untuk melakukan perkara yang sama pada orang yang die khianat. Make sense?

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Hmm..setakat ni cuma tiga rancangan ni je la yang kerap aku nampak kat iklan tv. Itu belum filem. Filem sekarang pun dah makin berlambak-lambak yang genre seram hantu-hantu ni. Asal keluar filem baru je filem seram. Tak filem seram filem cinta. Balik-balik yang itu je la. Bosan gile. (-_-")


Aku bukan la nak memperlekehkan produser atau sesiapa saje yang terlibat dalam menerbitkan rancangan ni. Cumanya pada pandangan aku, lambakan rancangan-rancangan macam ni langsung tak bermanfaat. Entahlah. Mungkin pada orang lain atau korang, rancangan tu ada bagi pengajaran atau manfaat. Tapi pada aku, dah memang tahu benda tu salah di sisi agama Islam, takkan lah tak tahu kan? 


Eh..lupa pulak. Tadi aku sendiri yang cakap ramai orang 'buta agama' sekarang ni. Tapi kalau betul 'buta agama' pergilah belajar agama. Bukan tengok rancangan mengarut macam ni. Alahai. Pelik-pelik betul la orang sekarang ni. Kenapa suka sangat dengan benda bukan-bukan camni. Seronok je syaitan berpesta ria bertepuk tangan sebab ramai manusia terpedaya dengan 'rancangan halus' die. (-_-")



Bisik-bisik :: Cari Hantu, Perubatan Mistik, Sihir, Tok Moh semua tu salah di sisi agama Islam. Bertaubatlah!

15 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. itu sebab sy tak tgk citer citer mcm ni sgt hehehhee

    BalasPadam
  2. aku plan balik Malaysia disember ni nak carik hantu dengan Zulfikar. ayuh le sekali hahaha

    BalasPadam
  3. dan mohon pasang butang tuit.

    BalasPadam
  4. minta maaf lah cakap ni..namee selama tgk cerita seekers tu tak pernah pulak nampak hantu. yg nampak hanyalha diorg bersilat lawan hantu. mana hantu nya ?? cahaya hantu takde pun ??? mengarut pi cari hantu. kena rasuk baru tahu. rancangan cri hantu tp hantu nya tak tunjuk pun. haha

    BalasPadam
  5. semua nak jadi geng uncle seeker..hehe

    BalasPadam
  6. masalahnya, benda2 camni buat org jadi takut tak bertempat..sampai tak brani nak pg bilik air pon sbb gelap. bak kata ustaz azhar, kalo buat filem utk bangkitkan rasa takut kat Allah itu sunat. ini, buat filem utk takutkan hantu. mmg takde faedah. grr..

    BalasPadam
  7. sy ada tgk rancangan Khurafat tu.. xde unsur2 yg mempengaruhi org lain utk cuba ilmu2 sesat ni. Cuma bercerita tentang org2 yg melakukan amalan sesat & akibatnya jer.. mcm rancangan seekers tu sy setuju memang takde pekdah langsung pi cr hantu. Ntah btl hantu tu dtg ms dorang shoot episod tu pn tak tau..

    BalasPadam
  8. @Tengku Panda Syah III :: hahaha..amboi..nak pergi mencari hantu tu..hantu ape?

    p/s:: nnt le aku psang butang tuit..tak rajin nak menggodek coding lagi ni..

    BalasPadam
  9. @Namee Roslan :: saye tak pernah tgk rancangan seekers tu..takat tengok iklan je..itu pun saye dah mcm meluat nak tgk..hadoi..

    macam takda kerja kan? ade ke pergi cri hantu..(-_-")

    BalasPadam
  10. @Cik Sibuk :: hehe..cik sibuk taknak jadi geng?

    BalasPadam
  11. @Jejaka Terhangat :: itulah pasalnye..lebih takutkan menda tu dari Allah..entahlah..saye pun tak faham dgn manusia ni..

    BalasPadam
  12. @✿ Cik AN ✿ :: gamaknye kot cik an..tapi bile org tnye penulis skrip @ produser, dorang cakap sebab itu permintaan orang ramai..masalahnye, betul ke permintaan orang ramai atau memang sengaja nak sogokkan org ramai dgn menda2 camtu..entahlah..

    BalasPadam
  13. @THE LEKAT LEKIT STORY :: baguslah kalau takde unsur2 nak mempengaruhi org..tp lain org yg tengok lain cara penerimaan die kan? saya rasa akan still ade org yg boleh terpengaruh tanpa amik tahu pun kesan/akibat yg rancangan tu sampaikan..apa2pun harap rancangn tu dpt bg input yg baik la..saye tak berminat nak tgk rancangan2 macam tu..

    BalasPadam
  14. sebut pasal khurafat tuh, teringat semalam tengah makan kat depan tv sekali keluar iklan filem kurafat.. nak termuntah tengok.. >.<


    p/s: daripada tengok rancangan2 macam tu, baik layan cubaan kat oasis.. best gak.. bagi kesedaran.. ;)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan