Berebut Kekasih?

Assalamualaikum. Hai!


Tempoh hari kecoh dekat facebook orang pakat berkongsi video pasal dua gadis bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Dekat belog pun aku rasa ramai jugak kot menulis untuk memberikan pendapat atau ulasan memasing. Benda tengah 'panas'. Jadi ramai la yang sebok nak kongsi dan hebahkan. 


Sejujurnya video tu aku sendiri tak tengok pun. Buang masa je nak tengok. Bukan dapat apa pun. Aku sekadar memerhatikan je orang lain dok update sana sini pasal kes tu. Malas nak ambik port. Sebab bagi aku, orang yang bergaduh sebab nak berebutkan kekasih ni sangat tidak matang. Dan kebanyakannya budak remaja je yang terlibat dalam hal ni. 


Sebenarnye aku dah banyak kali kot berhadapan kes-kes macam ni. Secara real depan mata pernah. Kawan-kawan (yang memang rapat) call mengadu kena serang tetiba pun pernah. Perempuan dengan perempuan, perempuan dengan pondan, lelaki dengan lelaki. Dah biasa dah. Jadi aku tak berapa nak heran sangat la dengan kes budak 2 orang tu. 




Kalau nak tahu, cara-cara dorang ni bergaduh berebutkan kekasih ni sama je bagi sape-sape pun. Takkan ada beza punya. Konfom sama. Tak percaya? Nah aku share dengan korang. Nanti kalau korang ade rase kes macam ni nak terjadi kat korang jugak, boleh la korang aplikasi kan. Kui3.
  • Perempuan vs Perempuan
  • Suara tinggi tak hengat menjerit-jerit, mulut celupar maki hamun menghina sesama sendiri, tampar-menampar, tarik-tarik rambut/tudung.
  • Lelaki vs Lelaki
  • Cabar-mencabar kejantanan memasing, bertumbuk, angkut geng untuk belasah.
  • Perempuan vs Pondan
  • Kalau yang ni selalunye pondan tu la yang teruk kena hentam ye. Yang ni pernah jadi depan mata aku. Lawak wei. Sian pondan tu kena serang dengan perempuan tu. Kena maki, penampar, tarik rambut, tolak jatuh ke lantai, belasah dengan payung. Yang nak tergelaknye si pakwe datang menyelamatkan keadaan dengan back-up si pondan. Wohaa! 

Ececeh. Memandai je aku kan buat teori sendiri cara orang bergaduh berebut kekasih semuanya sama. Hehe. Jangan la korang terpedaya pulak. Aku main agak je tu. Kalau betul tu mungkin kebetulan la eh. Benda ni bergantung ke atas individu tu sendiri la. Bagi yang tidak matang memang pergaduhan la yang berlaku. Kalau orang yang matang, takkan bergaduh sebab nak berebutkan seorang lelaki/perempuan yang belum sah jadi milik mereka. Tak berbaloi nak bergaduh.




Kes berebut kekasih ni selalunye berlaku bila orang yang direbutkan tu sebenarnya pasang dua (curang) lepas tu terkantoi. Yang menyerang tu selalunya kekasih pertama dorang. Yang kedua selalunya innocent tak tahu apa-apa pun. Tahu-tahu je dah kena serang. Kes yang ni banyak berlaku di kalangan perempuan. Sebab yang buat onar nye si lelaki. Damn you!


Kes berebut kekasih di antara lelaki pulak selalunya terjadi bila si lelaki rasa tercabar ada lelaki lain berjaya menggugat diri dia. Maknanya ada lelaki lain syok kat awek dia la. Maklum la awek 'hot' katakan. Awek pulak macam 'tersangkut' sebab lelaki tu bagi lebih attention berbanding pakwe sendiri. Jadi pakwe pun tercabar kejantanan, terus 'cari pasal' dengan lelaki tersebut. So pity!


Kes berebut kekasih di antara perempuan dengan pondan pulak mungkin terjadi sebab lelaki tu 'dua alam'. Euuwww. Tapi itulah kemungkinan nye kot. Dah pondan lagi 'hot' dari awek sendiri. Lagipun pondan boleh bawak 'main' kot. Eyark! Malang sungguh perempuan yang dapat kekasih lelaki spesis ni. Kalau curang dengan perempuan takpe jugak. Ini pondan. Pengsan dibuatnye. Uhuhu.


Kesimpulannye, takde untung langsung kalau bergaduh sebab nak berebut kekasih. Buang masa, buang tenaga. Buang air liur jugak sebab bertekak. Daripada nak bergaduh tu, baiklah korang bersatu hati perkena balik si kekasih tu ha. Hampeh punye kekasih. Sian jugak la kat korang sebab terpedaya dengan lakonan mantap kekasih korang tu. Keh3. 


Tak payah nak jadi dungu sangat bergaduh berebutkan lelaki/perempuan yang belum halal bagi korang tu. Memalukan sungguh. Tak sedar ke dengan berperangai macam tu korang dah jatuhkan martabat dan air muka sendiri. Sekaligus menunjukkan yang korang tu sangat la kebudak-budakan. Segan la sikit kat orang lain. Daripada nak berebut, baik tinggalkan je cari yang lain. Senang cerita. Tak payah malukan diri sendiri pergi bergaduh pulak. Hish! Sila lah bersikap matang ye. 



Bisik2 :: Tak cool langsung bergaduh sebab berebut kekasih..(-_-")

15 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. aku pernah tengok pondan gaduh.. tapi bila pondan gaduh dia jadi jantan.. hahahahahaha

    BalasPadam
  2. hahahaha pondan gaduh pun ada ka hahaha..lawak2

    BalasPadam
  3. penah gak tgk pndan gadoh . pondan kalau gadoh , mmg nak best je ==' suara garau dieorng habis terkeluar .

    BalasPadam
  4. tau takpe. tak cool langsung kot. buat bodo da la. gado sbb laki, tak lawa ah perangai an. :D

    BalasPadam
  5. haha...budak kelas aku dulu agak ''lembut'' tapi bila kau mula kacau dia..ha..amek kau lembut2 dah ketepi..sora jantan dia bwk keluaq dengan bersunnguh tahu..haha

    BalasPadam
  6. aku dah tgk video tu..tgk sat ja la..mcm bangang bergaduh sebab jantan..batak sgt dah ka nak kawin...

    BalasPadam
  7. Memang tak senonoh bila bergaduh rebut kekasih ni..
    Selalu budak2 tak matang jer buat hal macam ni..he he

    BalasPadam
  8. @Zulfikar Hazri ::

    pondan yg gaduh aku tengok tu pun terkeluar suara jantan dia..tapi die takleh nak melawan..pompuan tu bawak geng kot..haha..




    @Kumbang Jingga ::

    haha..ada la wei..kalao ko tgk depan mata lagi lawak tau..;p

    BalasPadam
  9. @eQurlz ::

    erk? biaq betoi siap ugut nak bunuh diri tu..ish3..

    tapi betol tindakan equrlz tu..wat diam ja..nnt senyap la orang tu..kan?




    @IKA ::

    hehe..ika pun pernah tengok jugak ke?lawak kan?dorang mmg nak best je..tp mesti kalah sebab pompuan yg serang tu konpom punya bawak geng nak belasah dia..;p

    BalasPadam
  10. @starzieti ::


    kan? kan? langsung tak cool..laki macam tu nak bergadoh sebab nak berebut memang tak berbaloi langsung..



    @cik bulan ::

    hahaha..aku dapat bayangkan..sebab aku pun ada ramai kawan dengn jenis 'lembut' ni..kih3..

    BalasPadam
  11. @ayue surihanyot ::

    hang tengok ka weh? aku dengar opismate aku cerita je..pastu ade terbaca dekat belog..gamaknye memang sangap sangat dah kot nak kawen tu..




    @Nur_cahayamataku ::

    sangat tak senonoh kan? selalu memang dengar bebudak tak matang je la yg jadi gini..kesian betol..

    BalasPadam
  12. so true cik sha. sgt tak berbaloi gaduh berebut partner. plus kalau da ada org ketiga tu sure2 lah bf kita ni melayan gak kan.kalau tak, takkan jadi. :) so be cool je. buat apa nk malukan diri.

    BalasPadam
  13. video yg gaduh kat kedai kasut tue ke..??tgk tp xdgr sore pun tp dpt th sbb ape...ape lg lah budak zaman skrg nie...

    BalasPadam
  14. sy nak mtk pendapat lah..ptt ke sy terima seorg lelaki yg dh ad awek.. dn lelaki tu nk sy jd no 2... adkah 1 hari nnti laki tu akn pilih sy

    BalasPadam
  15. @linda :: bg pendapat saya, better linda jgn terima..bukan nk menghasut, tapi pada pandangan saya, lelaki tu cuma nak jadikan linda ni spare je..kalau die ade problem dgn awek die, die cari linda..mustahil die nak pilih linda..kalau 1 day die pilih linda pun, tak mustahil perkara yg sama linda akan rase mcm awek die skrg ni alami..die cari awek laen mintak jd nombor 2, tapi linda tak tahu..kalau betul die nak serius dgn linda die takkan jadikan linda kekasih yg kedua..baek die tglkn awek die dan ajak linda kawen..itu baru betul2 die serius nak linda jadi bakal suri die..kalau nak linda jadi nombor 2, tak mustahil die boleh tglkan linda..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan