Lelaki dan perempuan tak boleh jadi 'BESTFRIEND'

Betul ke eh statement tu? Aku sendiri kurang pasti. Tapi selalu sangat dengar orang cakap macam tu. Lelaki dengan perempuan memang TAK BOLEH jadi bestfriend. Sebab yang paling utama ialah takut nanti ikatan persahabatan tu akan tercemar dengan satu perasaan 'aneh'. Maksud aku perasaan lebih dari seorang sahabat baik. Perasaan CINTA. Mungkin tidak terluah tapi tersimpan kemas dalam hati.



Korang semua setuju ke? Yup! Mungkin ada kebenarannya. Tapi masing2 orang lain2 pendapat kan? Aku tulis entri ini sebab nak berkongsi pendapat aku dengan pembaca2 dan kawan2 blogger aku. Bagi aku tak mustahil perkara ni boleh berlaku dalam sebuah hubungan persahabatan yang terjalin di antara lelaki dan perempuan. Perasaan CINTA akan wujud bila setiap detik waktu diluangkan bersama dan segala masalah dikongsi berdua. Pasti akan terbit rasa 'aneh' itu dalam hati mereka. Tambah2 sebab memang rapat dan dah kenal hati budi masing2. Memang tak mustahil.



Kalau 2-2 sama jatuh cinta kira bonus la. Macam mana kalau satu pihak hanya bertepuk sebelah tangan? Kalau tak diluahkan mungkin la terselamat dari rasa malu dan hubungan persahabatan tu boleh diteruskan seperti biasa. Kalau diluahkan tapi satu pihak lagi menolak, pasti rasa malu menyelubungi diri dan tidak mustahil hubungan persahabatan yang terjalin selama ini boleh renggang begitu sahaja. Betul tak?

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Itu situasi jika title 'BESTFRIEND' tersebut dicemarkan dengan perasaan cinta. Bagaimana pula kalau perhubungan itu ikhlas dan tidak timbul langsung istilah cinta yang boleh merosakkan ikatan persahabatan tersebut? Wujud atau tidak? Bagi aku dan mengikut pengalaman aku, situasi ini memang WUJUD. Ya. Aku ada 4 orang sahabat lelaki yang memang rapat dengan aku. Bila aku susah depa ni selalu ada dengan aku. Inilah mereka.




Yang 1st tu, nama dia Muhammad Hanif. Kawan sekampus dan sekuliah. Jadi rapat sebab kami berdua je budak Melayu Penang dalam batch kami. Beliau ni perangai pun sedikit 'hantu' ye. Mulut laser tak hengat suke ngate aku. Tapi aku tak heran pun. Dengan die selalu jugak la share rahsia2 hati ni. Jangan risau. Takde istilah tangkap cintan dalam hubungan persahabatan kami sebab masing2 dah ada pasangan. BF aku kawan dia jugak. GF dia pun kawan aku. So masing2 kenal. Takde masalah.



2nd pulak, nama dia Amir Fahmi. Seorang mamat sengal yang agak bongek. Suka cari pasal dengan aku. Kami berkawan sejak tahun 2002 masa sama2 belajar Form6 dan kami sekelas. Beliau adalah pembuli nombor 1 yang suka buli aku. Suka pengaruh kawan2 cina yang lain (dalam kelas tu kami 2 orang je Melayu dan yang lain Cina) untuk pedajal aku. Sangkut beg @ pencil box aku kat tempat tinggi sebab aku kan pendek dan tentu2 tak sampai nak ambik. Memang sengal ubi betul. Tapi beliau juga rajin tolong aku dalam study tambah2 subjek fizik n kimia sebab beliau ni bijak orangnye.



Pas habes waktu sekolah selalu lepak dengan die kat McD sebelum balik dan die suke pow aku. Dia ni kalau berkenan kat mana2 junior suke susahkan aku jadi tukang risik. Huh! Tak gentleman betul. Sampai sekarang masih berkawan rapat. Aku tak sabo nak tunggu die kawen, nak tengok sape gadis pilihan die untuk dijadikan isteri sebab die ni cerewet dan mata keranjang sikit. Wahaha.



3rd, Mohd Faridil Amir, kawan rapat sejak tahun 2001 sebab aktif ikut Belia. Masa muda2 dulu dia selalu usung aku ikut aktiviti Belia. Aku orang kuat dia la kiranya. Sampai sekarang still rapat walaupun dia sudah berumahtangga. Bini dia cemburu? Tak pun. Sebab bini dia kawan sekelas masa aku form4 n form5. Jadi memang kenal dan berkawan baik juge. Dia ni tak pernah menolak nak tolong aku kalau time aku susah. Memang seorang sahabat yang baik. Aku pun memang baik dengan famili dia. Kire kalau pergi rumah famili die tu boleh buat macam rumah sendiri la. Selambe badak je. Kui3.




4th pula encik Mohd Fariedzal. Comel kan beliau? Hee. Kawan sekelas dari form4. Dia satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan aku masa dalam kelas. Lelaki lain semua cover macho. Wahaha. Beliau juga bestfriend kepada Faridil Amir. Dia ni pun selalu ada kalau aku mintak tolong. Tengah2 pagi buta dia dok tidur kalau aku mintak tolong dia amikkan aku kat stesen bas bila balik cuti semester masa belajar dulu pun dia sanggup. Memang sahabat terbaik la. Dengan dia pun macam2 aku boleh share. Best dapat kawan macam dia.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Itulah antara sahabat-sahabat lelaki yang jadi bestfriend aku. Encik CH pun tahu dan aku dah kenalkan dengan mereka semua. Dan tak pernah wujud perasaan pelik2 pun dikalangan kami. Jenis aku, kalau aku anggap sahabat baik memang sampai bila2 mereka tetap sahabat baik aku. Sahabat tetap sahabat. Tak perlu ada rasa yang berkaitan dengan hati. Sebenarnye takde masalah pun lelaki nak jadi BESTFRIEND dengan perempuan. Semua bergantung pada niat dan keikhlasan hati. Betul tak?



Antara mereka berempat ni, dia ni seorang sahaja yang paling special kat hati aku dan memang BESTFRIEND aku sampai akhir hayat insyaAllah. Siapa lagi kalau bukan beliau kat bawah ni. Encik Cinta Hati aku la. Wahaha.






Ok la. Selamat malam semua. Aku nak pergi mengeroh pulak. Macam tak sedap badan je ni. Air hidung dok meleleh. Nak demam selsema la gamaknye ni. Aiyoo. Gudnite. Assalamualaikum.




Bisik2 :: Lelaki dengan perempuan boleh jadi BESTFRIEND dengan syarat jangan ada rasa2 'aneh' yang timbul di antara mereka. ^_^

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wahh..mesti terharu kawan2 tu baca entri ni kan..ensem boifriend cik sha ek..=p

    BalasPadam
  2. betul tue sha..bile kite berniat nk jd best friend tp bile wujud perasaan aneh tue..hub tue jd xbest kan..pershabat tue hub yg boleh bwk smpai ke mati...

    BalasPadam
  3. hampir nak mengalirkan air mata pun ada....gambaq aku ada...teka yang mana satu...wawawawawa

    BalasPadam
  4. setuju sesgt.kawan mcm biasa ja, xperlu ada apa2 perasaan...jalan je..ok ap..hehe
    yg penting berkawan utk kawan :)

    BalasPadam
  5. Bila cinta wujud dalam persahabatan, memang rase macam serba salah dan tak tahu nak buat apa sebab bimbang mencemarkan erti persahabatan.. Tapi dah namanya cinta, memang tak kenal siapa dan tak ada paksaan.. Kan.. Hmmmm.. Tapi kalau persahabatan dalam cinta tu memang bagus.. Sebab kita jadi sahabat untuk pasangan kita.. =)

    BalasPadam
  6. i pun ada sorg bestfriend lelaki. dri zman sekolah smpi lah skarang.& kitorg tak pernah ada feeling2 nih. sometimes kwn lelaki ni lagi better dri kwn prmpuan kan. :)

    BalasPadam
  7. itu en. kebal kecik tu la yg bg virus idung meleleh tu kat ang. Anyway, kita boleh berkawan dengan sesiapa jer kerna berkawan itu adalah ukhwah yang indah. Jagalah silaturahim itu sebaik mungkin demi pahala yang ada bersamanya.

    BalasPadam
  8. tak sesuai jadi bestfriend.
    ada faktor kemungkinan salah seorang bakal menaruh hati. bahaya..
    hehehe

    BalasPadam
  9. kalau dah terjatuh hati, nak buat macamana ek?

    BalasPadam
  10. encik anon @ cik anon ::

    err..agak rumit jugak tu..nak jawab pun tak reti..sebab tak pernah alami..ehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan