Mimpi digigit kucing

Salam 9 Syawal. Dah 9 hari kita berhari raya ek. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je semalam puasa, dah nak raya. Pastu tetiba dah nak habes raya. Wahhh. Memang betul2 cepat. Korang dok beraya lagi ke? Ade lagi ke mood raya tu? Aku tak rasa pun dah mood raya tu. Dalam kepala otak dok fikir pasal kerja je skang ni. Nak settle kan semua kerja aku. Nak cepat2 konfom. Nak buktikan kat mulut2 lazer yang kondem aku tak reti buat kerja sebab aku jenis buat kerja diam tak tunjuk kat depa. Ingat aku lekeh sangat ke? Huh.


Owh. Lupekan pasal kerja. Kite sembang topik lain. Eh, korang! Boleh tak aku nak tanya sket. Kot-kot ada yang tahu pasal tafsir-tafsir mimpi ni. Bukan la aku nak taksub percaya sangat menda tu semua. Cuma saja2 nak tahu je. Ada satu malam tu kan, aku mimpi ada kucing manja2 dengan aku. Kucing yang aku bela la. Si Cik'ah kat luar tu. Pastu tetibe datang sekor kucing lain datang serang nak gigit2 tangan aku. Tapi aku berjaya tepis. Ape maksud die eh? Ade jugak aku google cari tadi. Konon2 ada orang nak khianat kalau mimpi kena gigit kucing tu. Ntah la kan. Nauzubillah. Percaya pada ketentuan Allah sudah. Gangguan syaitonirojim mungkin.


Hah! Hari ni aku dah berjaya menunaikan janji aku yang asyik tertangguh sebulan lebih yang lalu nak pergi melawat kawan aku dengan baby die. Alhamdulillah. Terlepas la aku dari tergolong dalam golongan yang munafik kan. Orang yang suka mungkir janji kan tergolong dalam golongan orang munafik. Aku tak mungkir janji pun. Cuma tangguhkan je. Lain la tu kan? Hehe. Lepak lama jugak kat rumah die tadi. Sembang2 dan main dengan baby die. Ada la dalam 2 jam.




*Me with Aisyah*




Ingat nak p tempat lain jugak tadi. Tapi terpaksa batalkan sebab Mr. Black aku pancit pulak. Nak p pam kat stesen minyak depan taman tadi tak boleh. Ntah malaun mana p jahanamkan pamnye. Hangen betul aku. Tak habes2 nak vandalisme. Dah la kedai motor tak bukak2 lagi. Lama betul depa cuti raya. Balik kampung kat terengganu la kot gamaknye tu. Huhu. Camno ni? Senin dah nak kerja. Huwaa.


Eh. Ok la. Tajuk lain membebelnye hal lain. Bebel pasal tajuk seciput je. Haha. Aku nak p bersiram sat. Pastu nak p tengok my luvly Cik'ah. Sian die kebulur tak makan lagi. Kui3. Kang kalau rajin aku bebel lagi. Ade something yang aku nak share. Nanti la eh. Bye.



bisik2:: Takziah buat keluarga blogger TTT@Nadia dan pelakon M.Rajoli di atas pemergian insan yang mereka sayangi ni. Semoga roh mereka berdua ditempatkan di kalangan insan yang dikasihi Allah. Al-Fatihah.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. gua rase lu akan beranak tak lame lagi..

    BalasPadam
  2. hoh?ape kau merepek ni mezah??aku bunting pun idak..cmne nak beranak??hahaha..sengal betol mezah ni..

    BalasPadam
  3. hahaha kelakar baca komen hamzah. emm tafsir mimpi hana plak... kalau kena gigit kucing, maknanya.. doraemon nak datang. aaaha :p

    BalasPadam
  4. Hati2 my friend....mimpi tu tak baik...ada orang yang nak cuba main fitnah terhadap kamu..just be careful and be alert...ini bakal terjadi sooner or later....macam saya...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan