Thursday, 31 December 2009

Berakhirnya cuti sekolah dan bermulanya tahun baru





Ini la suasana pagi tadi kat sekolah adik aku. Hari ni dah mula daftar. Buat murid tahun 1 yang baru masuk dan murid yang naik tahun 2-tahun 6. Tahun 2010 ni adik aku dah masuk darjah 4. Beso dah die. Dulu kecik-kecik aku la tolong mak aku mengasuh budak kecik nih.


Comel je aku tengok budak-budak sekolah rendah ni. Kecik betul. Dulu aku pun kecik macam dorang jugak. Hihi. Tadi sekolah penuh dengan ibu bapa yang nganto anak dorang daftar masuk darjah 1. Murid yang naik tahun 2 - tahun 6 pun ramai yang penjaga tunggu sekali. Nak urus masuk kelas dan bayar yuran.




Adik aku naik kelas tahun ni. Masuk kelas 1st. 4 sarjana. Bagus! Suke aku. Malas dan kuat main game pun boleh tahan cerdik jugak adik aku ni belajar. Hehehe. Aku je yang suke bebel kat die sebab balik sekolah je tuju komputer main game.


Tadi kire macam orientasi jugak la. Lepas hantar adik masuk kelas dan settle yuran die aku pun balik rumah dulu. Dari pukul 8-12 adik kat sekolah. Kena gotong-royong bersih kelas kata die. Ade perlantikan AJK kelas dan ape entah lagi. Aku pun tak tahu. Nak dekat pukul 12 baru aku keluar rumah pergi ambik die.

Masa on the way pergi kat kereta, aku pimpin tangan adik nak lintas jalan. Tetibe adik bersuara...


Adik : Kakak. Cube kakak teka siapa jadi ketua darjah kelas adik?
Aku : Adik la...
Adik : Eh? Macam mana kakak tahu?
Aku : Laa. Dah adik yang tanya soalan, mesti la adik yang jadi ketua darjah.
Adik : Hehe. Pandai la kakak. Sebenarnye adik tak nak jadi. Tapi ramai undi adik. Budak-budak pompuan semua angkat tangan. Adik cakap tak nak tapi ustazah suruh jugak jadi.

Huk? Tak tahan ayat adik aku yang last tu. Ramai awek minat nampak dik. Hahaha. Apa-apa pun aku suke die dapat masuk kelas 1st dan jadik ketua darjah. Biar dia belajar tentang kepimpinan.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dah masuk 1 januari 2010. Sekarang dah pukul 12.32 tengah malam. Selamat tahun baru! Apa azam tahun ni? Aku? Entah. Rasanya aku akan cuba capai apa saja yang aku idamkan sampai berjaya la kot. Itu pemangkin azam aku. Kata orang "Kalau nak seribu daya. Tak nak seribu dalih". Semoga aku berjaya capai segala impian aku. InsyaAllah...



2 LOVE NOTES

  1. sejak bila ada adik kecik lagi

    ReplyDelete
  2. anak maksu aku la...kan ke mak aku bela dr kecik..mcm adik aku gak la..ngee...

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com