Drama-drama yang annoying

Assalamualaikum.



Hmm..hari tu aku cakap pasal iklan2 sekarang yang langsung takde motif dan berunsurkan 18 SX..kali ni aku nak cakap pasal drama melayu yang makin mengarut2 lak..memang aku tak ikut langsung pun drama2 tu..sebab kat rumah aku takde pun pasang ASTRO..watpe..membazir je bagi aku..aku pun tak kan pasang la kat rumah ni..cerita dok ulang2..siaran tv yang dok ade pun dah tak larat nak tengok..tv1,tv2,tv3,ntv7,8tv,tv9..6 siaran tu pun dah nak muntah tengok..



Drama ape yang aku maksudkan??rasa2nye korang pun tahu kot..sape2 yang ade Astro kat rumah mesti layan gak drama ni kot..selalu je aku dok baca kat blog kawan2 blogger yang lain cakap pasal drama ni..rata2 tak suka..termasuk la aku pun..semalam masa aku singgah jap kat rumah maksu..terpandang la iklan drama ni kat tv..rumah maksu aku ada Astro..tengah dok rileks2 ngadap movie Anak Mami Kembali kat Astro saluran ape ntah aku tak ingat..astro prima kot..kuar la iklan drama tu..


Memang annoying gila..aku tak suka sangat2..bagi aku depa macam menjatuhkan air muka golongan2 yang menghadapi masalah macam tu..tak baik tau..memang la tu drama je..tapi fikir la sikit..drama ni selalunya mempengaruhi pemikiran para penonton..tambah2 kanak2..depa bukan nak fikir sangat pon ape motif cerita tu..bagi depa semua tu FUN..syok dapat ejek2 orang yang ada masalah macam dalam cerita tu..fikir2 la sikit secara meluas..jangan fikir nak kaut untung dan rating je..takde faedahnye..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~






Drama ni la yang aku maksudkan..HALIMAH JONGANG..hmm..ape motif eh cerita ni??aku memang tak tahu langsung..ada yang suka ada yang tak suka..yang tak suka tu siap dikatakan kolot lagi..sian kan??maknanya aku pun kolot la gamaknye eh..sebab aku pun tergolong dalam golongan yang tak suka tu..huhu..yang paling tak tahan tu, lagu tema untuk drama ni..yang aku tahu ada sebut 'jongang..jongang..jongang..' berulang2 kali..sebab selalu dok dengar adik sepupu aku dok nyanyi lagu tu..bila aku marah dia leh jawab.."awat??adik nyanyi ja..bukan adik kata kat orang.." uhuk2..tengok la..betapa kuatnya pengaruh sesuatu drama @ lagu..tambah2 yang annoying macam tu..mudah je lekat kat pemikiran budak2..







Haa..nape aku letak gambar julia zingler ni??sebab die watak utama untuk drama terbaru kat Astro..drama FATIMAH JULING..lepas jongang, juling pulak dah..hmm..ntah ape2 betul la..yang ni pun aku tertengok iklan drama tu masa dok ralit layan movie Anak Mami Kembali semalam..ni lagi satu drama yang aku rasa boleh menjatuhkan air muka mereka2 yang mengalami masalah juling..sian betul la..macam dieksploitasi je golongan2 ni..walaupun aku memang takkan la tengok tapi aku tak suka la cerita ni jugak..lantak la digelar kolot ke apa..tapi memang aku banned cerita2 macam ni..



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Kalau korang perasan..kedua2 drama ni watak utamanya pompuan..nape perlu pompuan ye??macam dieksploitasi je..macam yang dok alami masalah ni orang pompuan je..macam pompuan ni nampak buruk je kalau ada masalah2 macam ni..sian pompuan kan??dah kalau pompuan yang jadi watak utama dalam drama ni dan menjadi mangsa ejekan..dalam dunia realiti pun konfom2 mesti kaum pompuan yang alami masalah ni akan menjadi tumpuan dan diperlekeh oleh orang sekeliling dorang..orang laki yang ada masalah ni pun mungkin sikit je terkena efek..sebab fokus utama adalah pompuan..owh!!sian nya kaum sejenis ku ni..huk3..



Oh ye!!tetiba aku teringat satu drama bersiri yang ditayangkan kat tv2..yang ni orang laki jadi watak utama..tajuknya SI CAPIK..yang macam gambar kat atas tu..drama ni pun macam nak menjatuhkan air muka golongan2 yang ada masalah capik ni..mungkin la drama ni motif dia baik dan lagu dia macam memberi semangat pada mereka2 yang capik ni..tapi cuba fikir tang budak2..ada ka dorang amik kesah??takdenye la weh..dorang mesti fikir benda tu syok nak jadi bahan ejek orang..uhuk2..sedih betul la..




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Pada pendapat aku, kalau boleh la..cerita2 drama yang macam ni kurang2kan lah..macam takde motif je..daripada tajuk tu pun dah leh jadi bahan ejek..lagi2 la jalan cerita..dengan ada lagu tema lak..bertambah2 la bahan nak ngejek nye..uhuk2..tu pendapat aku je la..mungkin ada di kalangan kawan2 aku yang suke tengok cerita2 macam ni..tapi aku memang tak suke la..ikut selera masing2 la kan??tepuk dada tanya akal..akal kita yang dah matang ni boleh fikir dengan waras yang mana baik yang mana buruk..



Aku mintak maaf la kalau ada kata2 aku yang buat orang tersinggung..ni pendapat aku je..uhuk2..sebab pada pandangan akal logik aku..drama2 kat tv ni mudah mempengaruhi minda sesetengah orang..tambah2 bagi mereka yang tak suka berfikir apa pengajaran tersembunyi yang cuba disampaikan oleh pihak penerbit..sebab orang kita suka benda yang mudah dan tak menyesakkan otak untuk berfikir..dan orang kita juga mudah terpengaruh dan terikut2..itu la yang menjadi masalah sebenarnya..



Aku bukan tak nak menyokong industri hiburan kat tanah air kita ni macam drama2 tu..cuma aku tak suka drama2 yang macam memperlekeh2kan orang ni..aku lebih suka tengok drama2 yang ada unsur islamik dan ada unsur pengajaran yang baik2..cerita yang kelakar pun biar yang ada motif baik2 dan takda unsur menjatuhkan air muka orang..cerita yang sedih2 lagi aku layan..hehe..


Bisik2::drama arahan allahyarham P.Ramlee jugak yang terbaik dari dulu sampai sekarang..walaupun kelakar tapi unsur2 pengajaran dia bagus..sebab tu orang tak pernah bosan tengok..betul tak??

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. setuju!! Allahyarham Tan Sri P Ramlee gak orang melayu terbaik! cite x lapok dek zaman!

    BalasPadam
  2. yang jadi masalah mungkin pada tajuk atau lagunya.. carilah yang lebih bagus supaya yang tersirat jadi yang tersurat...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan