Bakal Businesswoman Berjaya

Assalamualaikum. Hai!


Perempuan perasan busy dah kembali nak membebel. Rindu pulak nak menulis tetiap hari macam dedulu. Masa kat opis pun sempat lagi nak menulis belog busuk ni. Asal tensen dengan kerja je curi tulang update belog. Kuikuikui. Tapi sekarang ni? Memang harapan la kalau dah kerjanya berlambak-lambak kat opis. Aishoo. Kekadang rasa macam robot pun ade jugak. Cover kerja untuk 2 orang kot. Err..memang boleh la consider macam robot. (-_-")


Tapi itulah, nama pun tanggungjawab dan amanah kerja kan? Nak tak nak kena la buat walaupun beban kerja tu semakin bertambah-tambah. Biasa la tu kerja dengan NGO. Tak ramai pekerja jadi kena la multitask. Lagipun kerja ni la yang bagi rezeki kat aku. Ada gaji bulan-bulan nak membayar hutang PTPTN, nak bagi belanja dapur kat mak, nak simpan untuk kahwin dan nak guna untuk macam-macam lagi keperluan. Kena la bersyukur sikit. Ye dak?


Kalau nak bercakap pasal kerja ni memang takkan habes le sampai bila-bila. Tapi kali ni update bukan nak cerita pasal kerja aku pun. Sebenarnya nak menyampaikan berita gembira sebab aku dah ade syarikat sendiri. Waseh! Syarikat la sangat. Hahaha. Berangan betul. Tapi takpe. Mana tahu angan-angan aku ni akan jadi kenyataan satu hari nanti. Mana nak tahu kan? Hehe.


Sebenarnya aku dah daftarkan nama perniagaan dengan SSM tempoh hari. Maklumla, kan ke aku sedang buat bisnes design mendesign ni. Rasa tak sedap pulak buat bisnes tapi macam tak sah sebab tak berdaftar. Rasa macam buat kerja haram je. Jadinya, aku telah mengambil inisiatif daftarkan bisnes aku tu. Lepas ni, takde la rase bersalah nak ambil job orang bagi. Mudah-mudahan lepas ni makin bertambah-tambah la job yang aku dapat. Amin. Ehehe.


Mesti ada yang macam heran dengan tindakan aku ni kan? Ye la. Buat bisnes design mendesign je. Design pun header belog, makeover belog, bisnes card, multimedia flash dan yang seangkatan dengannya. Nak kata design tu hebat sampai tahap pro tu pun idok jugak. Tahap amatur je. Tapi kenapa nak pergi daftarkan jugak? Nak tahu jawapan nye meh baca reason aku kat bawah ni.


~Bakal bisneswomen berjaya dengan gigi rabbitnye. Hahaha..~


#1 : Apa tujuan daftar bisnes cikai aku tu?

Sebab itu yang sepatutnya perlu dilakukan oleh individu yang buat bisnes melibatkan duit dan keuntungan. Memang la untung yang aku dapat takde lebat mana sebab upah aku ambil pun ciput. Tapi, bila dah ada urusan jual beli dengan pelanggan, itu boleh consider sebagai perniagaan. Aku jual servis, orang beli servis aku. Betul tak? So, kena la proper sikit. Daftarkan perniagaan tersebut. Baru income yang dapat halal.


#2 : Tak rasa rugi ke? Bukan tetiap masa dapat upah.

Eh..tak rugi la. Aku rasa puas dan berbaloi je bila dah daftarkan tu. Rasa macam halal je segala kerja yang aku dah buat sebelum ni. Lagipun aku buat bisnes ni untuk suka-suka sebab memang aku minat bab design mendesign. Ada bisnes ke takde bisnes itu belakang kira. Ada rezeki ada la. Aku daftarkan nama bisnes tu pun hasil dari upah yang aku dapat dari job design aku pernah buat. Terima kasih la kepada mereka-mereka yang pernah upah aku tu. Duit anda semua saya salurkan pada jalan yang betul. Besar sangat jasa dorang kat aku. Terhutang budi rasa. Lepas ni sesiapa yang nak upah aku tu jangan la risau ye. Korang upah orang yang buat bisnes secara halal. Hehe.


#3 : Apa nama bisnes yang didaftarkan tu?

Oh ye! Lupa lak nak announce nama syarikat kecit aku tu. Aku daftarkan dengan nama RSCreative Enterprise. Smart tak nama tu? RS tu singkatan dari RieSha, gabungan nama aku dengan encik CH. Saje guna nama tu. Macam trademark la kan. Belog aku ni pun nama Riesha Ariesha jugak ape. Misal kata kalau bukan jodoh aku dengan encik CH pun, RS tu boleh kire dari nama aku jugak. Noor Shahada. Ambik huruf R dengan S kat tengah-tengah tu ha. Takde masalah pun. Hoho.


#4 : Kenapa guna nama tred? Kenapa tak daftar guna nama sendiri je?

Ye aku tahu. Guna nama sendiri murah lagi bayaran pendaftaran dan tahunan. Kalau guna nama tred ni mahal sikit. Alahai. Takde la mahal mana sangat. Namploh hengget je pun untuk perniagaan milikan tunggal. Bukan bukak syarikat beso pun. Syarikat kecik je. Persendirian punye. Untung rugi aku yang tanggung sendiri. Lagipun mana la nak tahu bisnes ni boleh bertahan lama sampai aku dah tua ganyut nanti. Boleh waris kat anak cucu pulak. Haha. Nama bisnes ni pun aku daftar dengan jenis bisnes yang lain-lain jugak yang mungkin satu hari nanti terdetik nak buat. Cuma buat masa ni guna untuk bisnes yang related dengan graphic design je la.


#5 : Dah berdaftar ni maksudnye cas pun makin mahal la eh? Maklum le dah berdaftar. Mesti la kena demand, kan?

Opss..nanti dulu. Jangan buat assumption awal-awal. Takde maknanye la aku nak cas memahal. Still macam biasa jugak seperti sebelumnya. Cuma kalau ade dapat job dari company tu aku mungkin la demand sikit. Macam ada la kononnye kan? Berangan boleh. Haha. Tapi dengan korang-korang yang individu ni kira cincai je. Harga kawan-kawan. Aiseh! Baik hati sungguh aku ni. Betul kata kawan aku yang aku ni kedekut tapi pemurah. ;p


Itu lah persoalan yang aku sendiri ajukan bagi pihak korang, dan aku sendiri jugak yang jawab. Haha. Impian aku nak ade bisnes sendiri dah tercapai. Alhamdulillah. Walaupun mungkin secara kecil-kecilan, at least aku dah berjaya realisasikan impian aku nak jadi seorang usahawan. Yippie! Next step ialah mengembangkan bisnes aku ni sampai berjaya mencapai target yang sepatutnya. InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.


Ok la. Nak pergi sambung design belog customer yang dah tertunggak agak lama sebab kebizian kerja tahap melampau 2-3 minggu ni. Kesian tuan empunya belog dah lama menunggu. Hehe. Mintak maap le. Ingatkan nak siapkan time malam lepas balik kerja. Tapi dalam mimpi je la. Terbungkang nye awal kemaen. Maklum le otak letih sebab tekanan kerja. Jangan marah ha. Ehehe.



Bisik-bisik :: Kegembiraan yang tak tergambar lagi sebab impian dah tercapai nak daftarkan bisnes sendiri. Semoga cita-cita nak jadi bisneswomen berjaya akan terlaksana satu hari nanti. Yeay!

18 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. cik sha memang pakar hal2 design blog, and header..

    btw, goodluck cik sha, kalau dah kayo belanja SEOUL GARDEN naaa (:

    BalasPadam
  2. haii..lamenye tak jumpe kak sha nie..nanti ade rezeki kita jumpe and borak2 pjg ok?

    anyway, semoga kak sha berjaya dalam ape jua bisness kak sha skrg nie...insyaALLAH kesabaran membuahkan hasil :)

    BalasPadam
  3. itulah yang terbaik. bila semua urusniaga di buat secara sah hati pun senang jadi otak pun lapang, moga idea pun mencurah2.
    Psst.. Gigi rabit blh geng ngan asben kita. kekekeke

    BalasPadam
  4. insyaAllah semoga d permudahkan segala urusan..good luck sist ^^

    BalasPadam
  5. ujrah tu dah setel ke?

    BalasPadam
  6. wah,siap daftar lg.bgs2.g.luck

    BalasPadam
  7. wow siap berdaftar lagi !! cool. tapi ia akan mengembangkan lagi business u nnti. good luck okay !! :) saya fikir2 juga nk buat business tp taktau business apa :)

    BalasPadam
  8. elok jugak kan daftar mendaftar ni.. hehehe..

    semoga berjaya dalam bisnes :)

    BalasPadam
  9. @Marya Hana :: haiyo yaya..mana ada pakar..ni tahap amatur je ade la..ahaha..

    tenkiu2..insyaAllah kalau ade rezeki kita berjumpa, tak kayo pun saye belanja yaya makan kat seoul garden yang mabeles tu..kite makan smpai muntah..ahaha..;p

    BalasPadam
  10. @~eZmALiZa~ :: insyaAllah..moge satu hari nanti kita dipertemukan lagi..^_^

    aminn..mekaseh atas doa ezma tersebut..semoga dimakbulkan Allah..

    BalasPadam
  11. @THE LEKAT LEKIT STORY :: amin..insyaAllah..semoga rezeki makin murah mencurah-curah lepas ni..ehehe..


    pstt..asben mummy lekit pun gigi rebit jugak ke? ahaha..boleh tubuh kelab gigi rebit la camni..;p

    BalasPadam
  12. @EyanaNoorAzlan :: amin..insyaAllah..tenkiu dear! ^_^

    BalasPadam
  13. @Fuz :: aku tak accept pun ujrah..still bayar mcm biase setiap bulan..btw, rate kos pentadbiran die semakin berkurangan tau kalau bayar tak pernah skip..

    BalasPadam
  14. @LAici KAng Ais :: alhamdulillah..daftar pun atas bayaran yg diterima dari upah sebelum ni..ehehe..btw, tenkiu for the wish!

    BalasPadam
  15. @Namee Roslan ::alhamdulillah..hasil rezeki yang lepas..mudah-mudahan menjadi kenyataan la wish namee tu nanti..amin..ehehe..

    takpe2..slow2..nak buat bisnes ni kena ade strategi jugak..tak perlu tergocoh-gocoh..

    BalasPadam
  16. @ParkAir :: mekaseh! tapi ko memang aku rekomen la try..ko punya talent lagi hebat! boleh bukak studio animation kot!

    BalasPadam
  17. @NOOR FATIN insyaAllah..amin..terima kaseh atas doa itu..

    saye raye itulah jalan terbaik yg perlu saya lakukan bila dah buat bisnes libatkan duit org ni..sebab tu didaftarkan..^_^

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan