31 Ogos 2025, Dah 12 Tahun Pegang Title Isteri

Tahun ni dah masuk 12 tahun aku dan encik CH melayari bahtera rumahtangga bersama. Alhamdulillah untuk kebahagiaan dan segala nikmat yang Allah dah beri sepanjang tempoh ini. Ujian tu biasa la kan, mesti ada jugak. InsyaAllah kami berdua dapat harungi segalanya bersama dengan baik.

Baru aku perasan, sepanjang perkahwinan kami aku tak pernah nukilkan kisah anniversary kami dalam blog ni. Ada la update gitu-gitu je kat FB. Itu pun wish je. Hahaha.

Jadi untuk tahun ni, aku nak compile semua posting kat FB tu dalam blog pulak la. Sebagai kenangan. Senang nak kelebet balik kalau dalam blog. Kalau kat FB susah nak cari balik. Tadi pun jenuh aku scroll satu-satu gambar dalam album nak dapatkan balik posting.

Dah 12 tahun ni, berjela la sikit nampak gayanya entri ni ha. Takpa la. Aku just tempek gambar screenshot je pun. Itu pun ada yang dari tahun 2015-2025 je. Tahun pertama anniversary (2014) aku baru habis pantang rasanya. Lepas tu balik Penang kejap raikan kazen tersayang yang bernikah tarikh yang sama dengan anniversary kami (31 Ogos). So, here it is.












Betapa tak reti nak romantik nya kami berdua, jarang sangat la ada sambut-sambut ni. Hahaha. Ada la pernah encik CH buat surprise beli kek masa tahun ke-7. Tahun-tahun lain macam takde rasanya. Ke aku yang lupa eh? Tapi kebiasaannya kami wish sesama sendiri je. Selebihnya itu 'rahsia rumahtangga' kami yang tak perlu nak diceritakan pun. Simpan sendiri dalam kotak memori. Selagi tak nyanyuk insyaAllah akan ingat penghargaan yang masing-masing dah beri untuk each other. Begituuuu.

Lagipun tiap tahun, satu Malaysia sambut tarikh anniversary kami. Itu yang untung tarikh nikah 31 Ogos. Rasa macam didoakan kebahagiaan oleh semua rakyat Malaysia tau. Hihi.

Kalau diikutkan dari detik kami kenal (Ogos 2005), tahun ni dah masuk 20 tahun kami berdua menggatal. Hahaha. Alhamdulillah untuk rasa cinta dan sayang yang Allah pinjamkan. InsyaAllah ianya akan terus mekar dan tak pernah berkurang. Moga Allah jaga rasa tu sampai kami berdua dijemput kembali olehNya. Aaminn.


Bisik-Bisik :: Bila nak buat wishes post semalam, baru aku perasan kami sangat la jarang bergambar berdua. Haishhh..tak berubah macam zaman bercinta dulu jugak rupanya. 

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan