Monday, 20 May 2019

Jom Bayar Hutang!



Assalamualaikum. Hai!


Dah 15 Ramadhan dah kite. Cepat beno masa berlalu. Tak lama lagi dah nak raya. Raya tak raya, usia kita pun semakin bertambah. Maknanya kematian pun bila-bila je boleh datang memanggil. Tapi dah cukup ke amalan kita? Uhuhu. Sama-sama kita pertingkatkan amalan ok! Tambah-tambah di bulan Ramadhan penuh keberkatan ni.


Entri kali ni nak berbicara pasal PTPTN. Amboi! Bulan puasa pun nak bercakap pasal hutang tau. Hehe. Sebenarnye ni aku re-publish balik je entri tahun 2011. Kasi update la sikit kan. Kita dah tahun 2019 ni ha. Banyak jugak la maklumat yang aku dah update balik dalam entri ni. Nak kongsi info kena la up-to-date hokay!


Lagipun aku tengok kat statistik pencarian entri kat belog ni banyak pasal PTPTN. Tapi kali ni bukan nak cerita pasal ujrah. Yang ujrah tu atas korang sendiri la nak accept ke tak. Tapi rasanya sekarang ni memang otomatik dah bab ujrah ni. Yang sezaman dengan aku je yang kena apply ujrah ni dari konvensional. Aku je malas nak apply. Ehehe.


Oklah, entri ni aku nak share cara pembayaran PTPTN. Ramai betul search keyword tu. Mungkin ade yang tak jelas macam mana nak buat pembayaran nye eh. Korang ni, rajin-rajin la godek web PTPTN nun ha. Ada kot dorang jelaskan cara-cara pembayaran. Tapi takpe la kalau korang malas nak pergi sana. Meh sini aku share dengan korang ye. Sebenarnye ada banyak cara nak buat pembayaran hutang PTPTN korang tu. Jangan risau. Aku explain kat bawah ni. Jom baca!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


CARA 1 : MELALUI POTONGAN GAJI

Kaedah pembayaran melalui potongan gaji ni memang disyorkan oleh PTPTN kepada peminjam yang sudah bekerja. Bagi yang bekerja tetap di jabatan kerajaan, cara ini adalah yang paling mudah dan disyorkan oleh aku pada korang. Untuk maklumat lanjut pasal cara bayaran melalui potongan gaji ni korang boleh skodeng kat sini >> BAYAR PTPTN MELALUI POTONGAN GAJI.

Kalau tak salah aku, kaedah ni kita kena isi satu borang khas. Boleh rujuk pautan ni untuk tengok prosedur yang ditetapkan >> PROSEDUR BAYARAN BALIK PINJAMAN MELALUI POTONGAN GAJI TERUS KEPADA PTPTN.

Dapatkan borang tu dan lengkapkan kemudian hantar je ok. Mudah! Tapi proses sebelum potongan gaji ni bermula akan ambil masa dalam 1-3 bulan. Dalam tempoh tu korang buat la bayaran sendiri dulu ye. Lepas tu tetiap bulan gaji korang akan ditolak siap-siap untuk bayaran PTPTN. Dah tak payah nak pening-pening fikir tetiap bulan nak bayar. Kadang-kadang terlupa terus.

Nak lagi mudah, boleh je buat permohonan secara online kat sini >> PERMOHONAN POTONGAN GAJI SECARA ONLINE

Bagi yang kerja di sektor swasta kalau berminat nak buat pembayaran melalui potongan gaji pun boleh je. Terpulang atas diri sendiri. Macam aku, kaedah ni aku tolak sebab aku dah jadi surirumah berjaya yang bekerja sendiri dari rumah je. Maklum la, bekerja sendiri ni income tak tentu arah. Jadi aku pun bayar tak tentu arah jugak la. Kalau income masyuk, banyak la aku bayar. Kalau income sendu, sikit je la aku bayar. Tapi kalau korang berminat jugak, terpulang la.

Camne pun, kaedah potongan gaji ni memang aku sangat-sangat-sangat syorkan kepada korang yang liat nak mampuih membayar hutang. Memang wajib buat potongan gaji la senang cerita. Kuikuikui.



CARA 2 : PEMBAYARAN DI KAUNTER

Kaedah ini juga boleh korang guna. Tapi pembayaran di kaunter ni akan dikenakan sedikit cas la. Melainkan korang pergi kat PTPTN Centre dan bayar kat kaunter dorang sendiri. Yang tu memang takkan dikenakan cas. Kalau korang bayar di kaunter bank @ pejabat pos, akan ada cas-cas tertentu yang dikenakan oleh pihak berkenaan. Alaa..macam upah la lebih kurang.

Pengalaman aku sendiri bayar di kaunter, pernah kat BSN dengan CIMB je. CIMB akan cas RM2 manakala BSN cas RM1. Tapi ini rate dulu. Sekarang mungkin ada perubahan dah. Selain 2 bank yang aku pernah pergi ni, Bank Rakyat dengan Bank Islam pun ada juga ambil servis pembayaran PTPTN di kaunter ni. Pejabat Pos pun boleh jugak tau.





CARA 3 : PEMBAYARAN SECARA ONLINE

Haa..yang ni la keyword paling banyak statistik kat belog aku. Untuk pembayaran online, korang boleh je online kat mana-mana akaun bank korang. Setakat yang aku tahu, bank yang sediakan perkhidmatan online untuk pembayaran PTPTN ni Maybank, CIMB, BankIslam, RHB Bank dan Public Bank. Bank lain aku tak berapa nak pasti la ye. Cara direct bayar melalui akaun bank online ni aku tak pernah lagi try.

Dan satu lagi cara pembayaran online ni adalah melalui e-FES. Pembayaran terus kepada PTPTN. Haa..kaedah ni yang aku selalu guna sekarang. Sebab aku kan masih lagi Konvensional tak tukar Ujrah. Lagipun aku boleh semak direct berapa baki hutang aku dan print penyata setiap kali bayar. Korang kalau nak buat pembayaran melalui e-FES ni boleh masuk kat sini >> PEMBAYARAN MELALUI E-FES. Book mark sesiap ok.

Oh! Satu nak diingatkan. Sila hafal dan ingat dalam memori korang Nombor Pinjaman PTPTN korang tu. Ada 6 digit. Senang je nak ingat. Kalau rase otak tu selow nak mengingat, simpan dalam henfon korang. Senang setiap kali online kat e-FES nak bayar, takde la mengagau cari nombor pinjaman korang tu.

Tak tahu apa nombor pinjaman? Boleh semak kat surat tawaran PTPTN yang memula korang terima. Bahagian kodbar kat bawah sekali. Surat tawaran dah tak tahu simpan kat mana? Call je CARELINE PTPTN : 03-2193 3000.

Pastu setiap kali akaun ade duit lebih, boleh le membayar hutang korang tu ye. Anytime! Tak payah tunggu hujung bulan pun takpe. Kih kih kih.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Amboi! Dah macam jadi duta untuk PTPTN pulak aku ni ha. Suke beno tulis pasal PTPTN. Buat iklan tak berbayar. Boleh mintak komisyen la camni. Takpun mintak pengurangan jumlah hutang. Huahuahua. Takde la. Sebab banyak sangat keyword pasal "macam mana nak apply e-FES dan potongan gaji untuk bayar PTPTN" kat belog aku. Aku cuma nak berkongsi maklumat je la dengan korang. Tak salah kan?


Macam yang selalu aku membebel pasal PTPTN ni. Korang tak payah la nak merungut dah PTPTN tipu la itu la ini la. Bayar je la apa yang korang dah pinjam dari dorang tu. Merungut je tak habes-habes. Masa dapat duit tu kemaen lagi lupe diri berjoli sakan. Bukan nak guna untuk pengajian. Tu korang la tu. Aku tak pernah guna duit PTPTN untuk benda lain selain untuk pengajian dan beli tiket flight nak pergi balik semenanjung-sabah. Sebab tu kalau orang tanya kat aku, "ko pergi belajar kat Sabah tu mana je ko dah pergi?" aku akan jawab "aku pergi sana belajar bukan nak berjalan". Rugi? Lantak le. Aku bukan orang kaya wei!


Buat loan bank pun same je macam loan PTPTN ni ha. Ada percentage cas yang dikenakan atas bayaran balik. Boleh je korang diam tak merungut kan? Berpuluh ribu buat loan nak beli kereta la, nak buat belanja kawen la, nak beli rumah la, nak repair rumah la, macam-macam lagi la. Senyap je sebab dapat duit berkepuk sekelip mata. Sanggup je bayar tetiap bulan tak bising-bising kat pihak bank. Bila part PTPTN kemaen lagi hingaq nak mampuih mengomel. *Aku dah insaf dah. Tak merungut kat PTPTN dah. Aku bayar je banyak mana aku mampu tetiap bulan tau!*


Ingat..HUTANG WAJIB DIBAYAR! Lantak la deme nak makan riba ke, upah ke, ape ke. Bukan kita semua tak pernah komplen. Dah berbuih-buih kan komplen. Dah lepas dah tanggungjawab kita part menegur tu. Lagi satu part kita yang tak selesai ialah MEMBAYAR HUTANG. Silalah bayar ye sedara sedari sekalian. Sekian saje bebelan saye setakat ini. ;p



Bisik-bisik :: Jom langsaikan hutang! Jangan bertangguh ok. Ecewah. Hehe.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

14 LOVE NOTES

  1. nak bayar tapi tak keje lagik. hurmmm. :(

    ReplyDelete
  2. agak la. asyik dengar org merungut pastu malas bayar.

    apelaa.

    masa belajar jalan sana-sini, joli best2 tak ingat plak.
    dah habis belaja boleh plak tak nak bayar.

    harap aku nanti habis belajar rajin2 laa bayar... iA...

    ReplyDelete
  3. @starzieti :: kaslau ade duit sikit, bayar sikit2 at least..takde la terbeban sangat dgn kos pentadbiran..cumanya kalau baru habes belajar dan dapat tawaran ujrah..sila accep ye..untung bagi yg baru habes belajar ni kalau terima ujrah..

    ReplyDelete
  4. @A.I :: tahu takpe! ramai yg lupa diri masa dpat pinjaman..bila sampai masa nak kena bayar banyak pulak mengomel dan komplen..bayar nye idok jugak..tah pape..(-_-")

    ko jgn wat perangai takmo bayar hutang..kang aku debik kang..ahaha..

    ReplyDelete
  5. nk tanya.. tok dapatkan no.pinjaman ptptn tu kan.. boleh guna cara sms... no.pin yg dimaksudkn tu apa eyk?

    ReplyDelete
  6. @mishu blur~ hi mishu blur! (^_^)

    no.pin yang kat sms tu ke? ini contoh die kalau nak send sms :

    PTPTN NOPIN 888888075555

    taip macam tu je..NOPIN tu maksudnye kite nak minta die bagi nombor pinjaman kite..boleh faham tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no pin tu ada 8 digit ke?

      Delete
  7. Kalau bayar online ni, berapa pihak bank cas?

    ReplyDelete
  8. @Anonymous selalu saya bayar die cas 50sen je..

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas info, sgt berguna utk sy.

    ReplyDelete
  10. no surat tawaran ada 8 digit ke?

    ReplyDelete
  11. @Anonymous :: no pin ada 6 digit sahaja..

    ReplyDelete
  12. kalau boleh bayar je consistent setiap bulan event rm50 paling rendah supaya kita tak menanggung kos pentadbiran tu..jgn skip nt hutang makin bertambah lg naye nk bayar..yg penting bayar hutang kita je n nt boleh jwb depan Allah:)..hutang tetap hutang..peace

    ReplyDelete
  13. Salam sis. kalau saya baru pinjam kat ptptn 1 sem, pastu saya tamatkan pinjaman tu sbb dpt biasiswa.
    Berapa saya kena bayar? Sebnyak yg saya terima tu ke, naik dah bayaran tu?

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com