Berbaloi ke Sertai Seminar Bisnes Anjuran RichWorks?

Assalamualaikum. Hai! 


Hari ni saja la nak kongsi pengalaman CikSha dalam dunia bisnes online ni. Sebenarnya CikSha dah mula berjinak-jinak buat bisnes online ni start tahun 2010 lagi tau. Alaa, bisnes servis design CikSha yang buat secara freelance tu. 


Masa tu bisnes suka-suka je. Sambil bekerja makan gaji saja cari duit geli-geli secara sampingan untuk belanja nak kahwin. Hihi. Alhamdulillah walaupun buat secara sambilan, boleh tahan jugak la upah yang masuk. Syukur sangat. Memang dapat guna untuk majlis kahwin sendiri. Seronok betul rasa masa tu. 


Seminar Bisnes Pertama Yang Diikuti


CikSha ingat lagi, seminar bisnes yang pertama CikSha ikut masa mula menceburkan diri dalam bisnes adalah dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Percuma je tau seminar tu. Kakak officemate yang ajak pergi. Masa tu dia ada buat bisnes jugak kalau tak salah CikSha. Tak ingat pulak bisnes apa dia buat. Dia macam nak topup ilmu bisnes, jadi dia ajak CikSha dan sorang lagi adik officemate temankan dia. Kami ikut je. Cari pengalaman. 


Seingat CikSha seminar tu buat dekat Sunway Carnival Convention Centre kat Seberang Jaya Penang. Tahun nya dah ingat-ingat lupa. Dalam 2010 - 2011 camtu rasanya. Ramai sangat usahawan yang join masa tu. Terbayang lagi muka masing-masing yang bersemangat nak sedut ilmu dan dapatkan 'aura' berjaya dari seminar tu.


Masa seminar berlangsung, memang bergema la dewan dengan laungan semangat dari para usahawan. Meremang oiii. Cumanya, tak mendalam je la ilmu-ilmu yang diberi. Kalau nak lebih advance, digalakkan untuk join seminar berbayar. Logik la tu kan? 


Walaupun sikit ja ilmu yang dikongsikan sebab percuma, tapi memang berbaloi jugak la pada hemat CikSha. Yang penting, dapat ilmu wajib buat kalau nak dapat result hasil pergi seminar tu. Kalau tak praktikkan memang tak jadi apa la kan. Duduk je la termenung cenggitu tak berubah. Bisnes pun takda anjakan paradigma. Haaa, kemain berfalsafah CikSha korang ni. Hihi. 





Betul Ke Seminar Bisnes DWDAO Percuma? 


Itu kisah kira-kira 10 tahun lalu, kenangan CikSha sertai seminar DWDAO secara fizikal anjuran RichWorks. Walaupun dah lama tapi masih ingat lagi. Masa tu CikSha memang la tak serius sangat pun. Pergi sebab nak temankan kakak officemate je. Lagipun PERCUMA. Hihi. 


Ilmu yang diberikan masa tu pun lebih kepada untuk bisnes bergerak secara offline/fizikal bukan online/digital. Tapi kalau jenis cerdik, memang boleh ambil peluang ramaikan networking masa seminar tu. Sebab ramai sangat usahawan macam-macam niche. Boleh tukar-tukar business card. CikSha je noob. Pergi melenggang kangkung weh. Business card pun takdo oii. Orang approach kita tercengang-cengang. Ngek betoi. Hahaha. Kenangan. 


Betul ke percuma je seminar DWDAO ni? Yang CikSha pergi masa tu memang totally percuma. Sungguh tak tipu. Cumanya perkongsian ilmu bisnes yang diberi tak la advance. Yang intro je. Tapi pada CikSha yang kira newbie lagi masa tu, berbaloi dah. Sedut ilmu sikit-sikit. 


Memang ada seminar yang berbayar untuk ilmu bisnes yang lebih advance. Yang pasti, takde pun paksaan dari pihak DAO dan RichWorks untuk usahawan join. CikSha tau le sebab dah pernah join yang percuma kan. Kalau nak join yang berbayar, itu atas pilihan diri sendiri. 




DWDAO Masih Lagi Adakan Seminar Percuma Untuk Bantu Usahawan


Sebenarnya CikSha pernah stop sekejap lepas kahwin buat bisnes design secara online ni. Tahun 2013 hingga 2016, CikSha ambil tempoh bertenang tak heran nak bisnes-bisnes dah. Sebab dah berlaki. Kah kah kah. Tapi 3 tahun je la bertahan duk goyang kaki. Lepas tu mai meroyan nak bisnes balik sebab rasa macam tak best je tak buat apa-apa. Orang kalau dah biasa bekerja, dah biasa pegang duit sendiri, memang cam gitu la jadinya. Jadi CikSha minta izin suami untuk mula balik. Dapat greenlight. Yahoooo. 


Hujung tahun 2016 CikSha 'bangkit' semula berbisnes. Masih dengan bisnes servis design, tapi dah tambah satu lagi cabang bisnes iaitu jual produk secara online a.k.a bisnes online. Bila dah masuk cabang baru ni, kena la menuntut ilmu bisnes secara online ni macam mana kan? Banyak jugak seminar dan kelas yang percuma dan berbayar yang CikSha dah join. Kelas copywriting la, kelas penulisan dan memacam lagi. 


Walaupun macam mana pun, selain kelas-kelas tu CikSha ada juga join kelas untuk 'bakar semangat' kekal maintain dalam bisnes. Salah satunya seminar anjuran RichWorks bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. CikSha join yang percuma punya je tau. Tahun lepas masa PKP 1 kalau tak salah. Sebab masa tu CikSha down sikit. Bisnes memang ke laut sungguh. Tapi alhamdulillah lepas join seminar tu, bersemangat balik. Bisnes pun slowly jalan smooth sampai sekarang. 


Sungguh macam tak percaya tau, dah tahun 2021 ni DWDAO masih buat seminar secara percuma untuk bantu para usahawan kembali bangkit dan bersemangat berbisnes!!


Memang nampak la beliau sangat kental nak tolong usahawan-usahawan dalam Malaysia ni untuk berjaya. Walaupun selalu dikecam 'jual air liur' dan ramai yang skeptical mengatakan taktik beliau je buat program percuma sebab nak pancing usahawan join program berbayar. 


Betul ke macam tu taktik nya? Kalau ikut logik, suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan program bimbingan sudah tentulah ada kos yang terlibat. Secara fizikal atau online, memang ada kos yang perlu diambil kira dari segi masa, tenaga dan team yang bantu untuk mempersiapkan dan memastikan ia berjalan lancar. Buat secara PERCUMA bukan percuma kosnya ye. Itu hakikatnya. 




Berbaloi ke Sertai Program RichWorks? 


Pendapat peribadi CikSha, InsyaAllah berbaloi walaupun cuma join program percuma. Ilmu yang diberikan sangat berguna kalau kita praktikkan dan buat tindakan konsisten. CikSha jamin la kalau kita follow betul-betul pasti nampak hasilnya. Meskipun itu hanya ilmu dari program percuma tapi bukan sikit ilmu yang dikongsikan tau. It's all about our actions. Tak bertindak memang tak ada la hasil. 


Kita sendiri sebagai peserta jika hanya ikut program kemudian tak bertindak, masakan dapat hasilnya. RichWorks ini sendiri bukannya ada kuasa untuk beri kejayaan pada orang yang tak mahu berusaha. CikSha sendiri kena bergerak, kena bertindak, kena praktik ilmu yang ada untuk dapat merasai apa yang CikSha ada sekarang.


Selalunya, program-program FREE anjuran DWDAO ini hanyalah sekadar 3 hari atau ada yang bersiri-siri. Memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan. Tak logik sangat tu. Tapi DAO dan RichWorks dah berjaya bantu ramai usahawan capai RM1 juta pertama dalam tempoh 6-12 bulan. Dan mereka ini dah tentulah usahawan yang konsisten bertindak selepas menimba ilmu dalam program Richworks. 


Lagipun Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sudah mula melatih dan membimbing usahawan sejak 2008. Dah 13 tahun dalam industri. Lama dah kan dorang duk bimbing usahawan. Macam CikSha kongsi pengalaman CikSha join seminar anjuran dorang 10 tahun lepas tu la. 


Pada pandangan CikSha, pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan biasa-biasa. Sebelum tertubuhnya RichWorks ni lagi, beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang marketing dan sales hingga mengetuai syarikatnya dengan client-client korporat besar seperti TM-Streamyx, HSBC dan lain-lain. Selain tu, beliau sendiri selalu upgrade diri dan belajar dengan mentor antarabangsa serta melakukan research apa yang relevan dengan bisnes sekarang. 




Jangan Lepaskan Seminar Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital PERCUMA


Hujung bulan Ogos ni, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak buat lagi seminar untuk bantu usahawan yang down bangkit berjuang meneruskan bisnes masing-masing. Maklum la sejak pandemik Covid-19 ni melanda, banyak bisnes kecil yang terjejas dan ramai usahawan yang putus asa untuk meneruskan bisnes. Jadi DWDAO berniat untuk bantu dengan buat Seminar Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0- Solusi Bisnes & Pemasaran Digital ni secara percuma. 


Difahamkan Datuk Wira Dr Azizan Osman telah pergi ke SILICON VALLEY pada 2017 dan belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi. Selesai je semua dan balik ke Malaysia, beliau terus berkongsikan tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum ada Covid-19 ini lagi. Datuk Wira sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini.


Sebenarnya kan, pemasaran digital bagi bisnes sangat penting untuk usahawan dapat bergerak lebih pantas ketika ini. CikSha setuju sangat dan seminar ni memang patut disertai oleh para usahawan yang nak maju ke depan. Rugi tau kalau lepaskan peluang keemasan ni. Ilmu mahal nak dikongsikan secara percuma je. Bukan mudah nak dapat okay!


Nak Berjaya? Ayuh! Mari Kita Segera Bangkit Dan Bertindak!


Jom kita luangkan masa untuk 3 hari dari 27-29 Ogos ni join Seminar Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital. Semoga dapat ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk memajukan bisnes kita di saat krisis pandemik ini. InsyaAllah moga Allah akan bantu kita yang sentiasa tak putus ada berusaha. JOM BANGKIT! 


Jadikan kebangkitan dan tindakan ini sebagai azam baru untuk keluar dari masalah. Jika orang lain boleh, kenapa tidak kita? Usah lagi bermain dengan alasan kerana itu hanya akan membuat kita terus berada di tempat yang sama.






Bisik-bisik :: Beri peluang untuk diri sendiri berjaya.

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Tarikh ni kebetulan free. Boleh join sebab free. Ramai org cakap ilmu Dr Azizan ni power.

    BalasPadam
  2. Syu nak join ni. Nak push balik biz kat shopee

    BalasPadam
  3. seriusly pernah pergi dekat sunway penang 10 tahun lepas . 1st prgram richworks rina join adalah kat sunway penang. tah2 kita sama.. sampai skg rina ingt dekat sminar tu, doc azizan osman ajar seorang pakcik tu buat branding. "nasi lemak apa" hhaha. taktaula sama seminar dengan ciksha atau yg berbeza . kikiki..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan