Raya Haji dan Korban

Assalamualaikum. Hai!


Rasa macam baru je Raya Puasa kan. Tetiba dah Raya Haji pulak. Tak sedar masa berlalu sebab terperap je dalam rumah. Haish. Bila la nak berakhir pandemik covid19 ni tak tau. Cemuih dah sebenarnya. Tapi itulah. Ujian Allah buat kita semua. Cemuih tak cemuih, hadap je la dengan tabah. Bukan kat Malaysia je macam ni. Kengkawan maya CikSha yang stay oversea macam Australia, Brunei, Singapore, Indonesia pun hadap situasi yang sama macam kita. Lepas lockdown, sambung lagi lockdown walaupun kes kat tempat dorang tak la ribu riban macam kita ni ha. Begitulah. 


CikSha pun dah habis tempoh berpantang 44 hari tak boleh keluar rumah. Hakikatnya dah habis pantang pun tetap tak boleh keluar rumah jugak. Sabar je la. Tak tahu la bila nak ada rezeki boleh balik Penang kenalkan ahli keluarga baru tu ha. Depa dapat tengok melalui update CikSha kat media sosial je la. Entah-entah baby dah boleh berjalan karang baru dapat balik jumpa keluarga kat Penang. Huhu. 


Raya Haji kali ni tak buat apa-apa pun. CikSha baru habis pantang. Malas gila nak masak apa-apa juadah beria-ia. Kang membazir pulak. Lagipun musim raya haji ni kan orang duk buat korban atau akikah. Jadi banyak la orang kampung yang datang hantar lauk gulai daging dengan nasi minyak. Daging korban pun berplastik-plastik orang duk datang hantar. Rezeki sungguh. Syukur alhamdulillah.


Anak-anak je la bergambar. Mak nye malas. Bapak nye bizi melapah daging. Hihi.




Tahun ni ayah mertua masuk bahagian korban. Dapat la dalam 10kg sebahagian. Dah diagih-agihkan juga bagi pada orang-orang kampung. Niat ayah mertua nak bersedekah. Allah balas balik dengan rezeki daging korban dan akikah dari orang lain pulak untuk kami kat rumah ni. Cantik kan aturan Allah? Dapat juga ayah mertua merasa daging korban.


Encik CH pun dah berniat tu nak buatkan korban untuk anak-anak 4 ketul tu kalau ada rezeki lebih tahun depan. 3 lelaki 1 perempuan, cukup korum 7 bahagian a.k.a seekor lembu. Semoga Allah permudahkan niat baik beliau. Dilimpahkan rezeki tak putus-putus untuk kumpul duit beli seekor lembu untuk anak-anak. InsyaAllah.


Korang kalau ada rezeki, niat jugak tau diizinkan Allah untuk buat korban. Tujuan buat korban ni tanda kita bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah beri sebenarnya. Nak berkongsi dengan orang sekeliling yang mungkin nak merasa makan daging pun jarang-jarang sebab kurang berkemampuan nak beli. Itulah tujuan sebenar ibadah korban diperintahkan Allah. Kita pun dapat bersedekah beri orang merasa makan daging.


Hai la. Rindu betul nak balik Penang jumpa mak dan keluarga kat sana. Harapnya tahun depan kita diizinkan Allah untuk dapat sambut raya puasa dan haji dengan keluarga tersayang kat kampung. Dah hampir 2 tahun jugak kita 'berkorban' rasa hati dek penangan si covid. Kan? 


Bisik-bisik :: Salam AidilAdha buat pembaca blog CikSha ni. ❤️

3 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha. Cepat betul masa berlalu. tak sedar dah raya hari kan. Seronok tu dah habis berpantang. Alhamdulillah ada ahli keluarga yang dapat buat ibadah korban.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال