Kerja Sebagai Freelance Designer

Assalamualaikum. Hai!


Walaupun jarang update blog, tapi CikSha akan pantau setiap hari statistik blog tau. Sejenis kegigihan gitu. Pompuan ni ingat kalau dia tak update blog secara konsisten, statistik blog tu nak masuk berdesup-desup la konon eh. Susah bila jadi spesis over confident ni. Hihi.


Dah lama perasan entri yang satu ni >> Nak Tempah Header Blog?<< setiap hari view memang tinggi. Agaknya memang orang duk tercari-cari nak upah designer buat design header blog dorang kot eh. Tapi bila masuk blog ni, entri berjela tu bila baca macam bosan je kan. Lepas tu contoh yang tertempek kat situ entah apa-apa je. Terus dorang tak berminat. Hahaha.


Uii, tu entri 10 tahun lalu weh. Masa diri ini baru berjinak-jinak dengan dunia design-mendesign. Ada la contoh 2 3 ketoi je jadi portfolio kononnya dalam entri tu. Dah la macam amatur gitu. Hihi. Sekarang dah advanced la sikit selari dengan peredaran zaman. Gituuu. Ada je portfolio lain dalam blog ni yang terselit masa rajin nak update dedulu. Boleh klik >>PORTFOLIO<< kalau nak tengok.


Walaupun tu entri dan kisah lama, sebenarnya CikSha masih lagi buat kerja sebagai freelance designer. Welcome to my world!


Masih Ambil Tempahan Design?


Sudah semestinya! Dah jadi kerjaya tetap CikSha pun walaupun buat secara freelance lagi. Sekarang semua kerja design yang CikSha buat adalah bawah jenama SF Design Lab. Masih kekal berdaftar dengan SSM ye. Kira macam buat bisnes halal la gitu. Maklum la, ini bisnes utama CikSha. Bisnes buat servis design.


Masih lagi buat solo. Tak terfikir lagi nak ambil staf. Sebab memang CikSha buat sendiri je semua design. Lagipun job masuk takde la banyak mana pun every month. Paling banyak pun 5-7 kot. Campur-campur job design nye. Bukan la fokus kat design header blog saja. Kalau yang tu saja memang tak ke mana la servis design CikSha ni weh. Camno nak cari makan? Huhu.


Screenshot sebahagian dari Laman Web SF Design Lab


SF Design Lab


Kenapa guna jenama SF Design Lab? Sebab CikSha kerja secara freelance sendiri la. SF tu nama sendiri, Shahada Fauzi. Dah sendiri yang buat kerja, deal dengan client, buat iklan cari market sesambil kat sosial media pun sendiri jugak. Pendek kata semuanya sendirian berhad la. Takde harap sesiapa. Nak job lebih, kena lagi rajin la market kan diri sendiri. Begitulah.


Cumanya, kekadang ada jugak dapat client dari recommendation kawan-kawan yang dikenali. Dari stranger pun ada. Kadang dari bekas client yang suka dengan hasil kerja CikSha. Ada juga yang dari dulu sampai sekarang masih kekal cari diri ini untuk sebarang job design yang dorang nak CikSha buatkan. Alhamdulillah. Rezeki macam tu Allah atur. 


Oh. Sebenarnya CikSha ada la buat laman web rasmi khas untuk bisnes CikSha yang satu ni. Boleh lawat laman web rasmi CikSha untuk 'kerja' design ni kat www.sf-designlab.com. Semua maklumat pasal kerja design CikSha ni ada kat situ. Cara & syarat nak buat tempahan, portfolio, jenis servis design yang CikSha buat dan lain-lain yang mungkin boleh jadi panduan korang nak tahu lebih lanjut. Pi la skodeng situ ye.


Jadi Designer Tetap untuk Bisnes Client


Sekarang ni, CikSha memang buat job tetap sebagai designer untuk satu bisnes client. Hampir 2 tahun dah rasanya. Ex-classmate masa darjah 6 dulu. Terima kasih kat beliau sebab sudi upah diri ini jadi 'staf' jarak jauh gitu. Hihi. Sebenarnya, CikSha sendiri duduk bawah team dia. Mak stokis CikSha. Kan CikSha ada bisnes online yang dagangkan krim awet muda Women Desiree tu. Haaa, yang itu la.


Walaupun macam staf part time je buat kerja design bila ada 'arahan', tapi untung sangat dah tu. Ada income masuk tak putus. Memang la tak banyak income nye sebab cas yang CikSha kenakan berdasarkan jumlah job design yang kena buat je. Tapi syukur. Mana nak dapat kan ada income setiap bulan. Dah la buat secara freelance.


Beliau pun untung jugak. Jimat dah dari nak gajikan pekerja tetap bahagian designing. Sebab bukan banyak mana pun task design yang dia nak setiap bulan. Design poster je pun. Tindakan yang bijak kan? Hihi. Win-win situation. 


Nak 'Kerja' Sampai Bila?


Tak tahu lagi. Selagi masih mampu buat kerja ni dan ikut perkembangan semasa dunia design. Dia bila dah sebati dalam diri memang susah la nak 'pisah'. CikSha masih buat kerja design ni pun sebab dah memang dunia CikSha dari zaman kerja dengan majikan dulu. Sayang nak tinggal. Minat satu lagi sebabnya.


InsyaAllah selagi Allah beri peluang untuk terus 'berkarya' dan kesihatan mengizinkan, CikSha akan terus dengan kerja nan satu ni. Tak kisah la jadi freelancer pun. Doakan rezeki CikSha sentiasa melimpah ruah tak putus-putus dalam bidang ni tau.


Bisik-bisik :: Jangan lupa skodeng laman web rasmi kerja design CikSha tau!

5 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

  1. semoga dimurahkan rezeki kakak

    ReplyDelete
  2. Saya adalah klien yang berpuas hati dengan kerja admin blog ini. Dah 2 kali repeat service..haha. Btw thanks Ada :)

    ReplyDelete
  3. lama tak design blog, rindu juga. Semoga ciksha terus maju dalam designing yaaa. Eca doakan

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan.macam best jer jadi freelance designer.syu jenis tak berseni.so benda2 melibatkan design ni memang out!!hu3

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال