Saturday, 1 February 2020

7 tips awesome untuk solo travellers



Assalamualaikum. Hai! 


Lama dah kan CikSha tak membebel kat blog ni. Dah berderet entri postpone tau dalam draft tu. Tulis sikit tinggal. Lepas tu duduk la dendiam entri tu kat situ. Konon azam tahun 2020 nak membebel hari-hari kat blog. Tapi azam tinggal azam je dah ha. Haishhh.


Ni la akibatnya bila overloaded dengan kerja hakiki dan kerja rumah. Maklum la, CikSha kan bekerja dari rumah je. Dengan bisnes online nye, kerja freelance design lagi. Nak mengadap kerja rumah yang takde kesudahannya. Dengan 3 ketul budak comel yang perlukan perhatian mak depa yang gojes ni ha. Kadang-kadang tu macam nak meletop pun ado rasa kepala otak ni. Ye la, ingat senang ke nak susun 'jadual'. Huhu. 


Sebenarnya kan, bila kerja dari rumah ni letih jugak tau. Tapi itulah, demi kelangsungan hidup hadap je la dengan rasa gembira. Taknak stress kan diri sendiri. Enjoy je go with the flow. Janji kerja semua jalan walaupun ada la yang 'terlambat' sikit. 




Bila duduk saja-saja kan, kekadang CikSha macam terfikir nak 'me time' pergi jenjalan sensorang. Kira macam solo traveling gitu. Dalam Malaysia pun dah ok dah. Dapat 'lari' sekejap 2-3 hari pun macam orait sangat dah tu. Bagi encik CH jaga kejap 3 ketol budak omei tu. 'Permaisuri' depa nak rehat jap. Ewahhhh. Berangan tak ingat haaa. Hihi. 


Sebab apa tau CikSha terfikir nak solo traveling? Sebab senang sikit nak plan perjalanan dan tentatif 'percutian' singkat tu. Taknak serabutkan kepala yang dah sedia serabut la kiranya. Bila solo traveling, takda hati lain nak dijaga. Kita je enjoy sensorang trip tu. Takyah gaduh-gaduh. Ye la, dah tujuan nak 'ambik cuti' tu pun sebab nak rehatkan badan dan otak. Kalau tambah serabut baik tak payah pergi travel kan?


Tapi, bukan mudah jugak nak solo traveling sebenarnya tau. Kena betul-betul plan. Kalau tak biasa jalan sensorang jauh-jauh, mau tercangak-cangak pulak karang. Dah la sensorang diri pergi kat tempat orang. Haha. 


Jadi, CikSha nak kongsi la tips sikit berdasarkan pengalaman CikSha pernah jalan sensorang masa bujang dulu. Masa tu nak pergi konvo kat Sabah. Pi sorang je tau. Takda famili yang follow. Semua urus sendiri. Gamble je sorang diri dari Penang nak ke Sabah sebelum jumpa dengan kawan kat sana. Walaupun bukan kisah pergi bercuti, tapi tips ni sesuai untuk yang merancang nak 'run away' sensorang diri pergi bercuti kat tempat orang. Haaa..gitu. Jom, cekidaut! 



Perancangan yang tersusun


Benda yang paling penting sekali bila nak pergi travel ni opkoz la kena ada satu plan perancangan. Tudiaaa. Macam nak buat bangunan ha siap plan bagai. Hihi. Eh, sungguh tau ni. Bukan main-main. Memang kena sediakan plan. Plan asal dan back up plan incase plan asal ke laut. 

Tujuannya supaya kita tak de la lost sangat masa travel tu nanti. Semua kena alert. Dari transport, penginapan, tempat nak pergi jenjalan, nak makan kat mana best. Haaa, penting tau semua tu. Jadinya, kena la buat research dulu sebelum nak pergi travel tu hokay! Jangan pakai redah je. Nanti menyusahkan diri sendiri pulak. Kan ke naya tu.


Airport transfer


Haaa, ni lagi satu yang sangat penting kena ambik tahu. Bila travel solo ni, kita mesti nak bergerak dengan lebih cepat dan mudah kan? Jadi, boleh la guna KLIA Express sebab memang efficient gila. Cumanya, harga tiket dia agak mahal la sikit. Tapi pada CikSha, apa ada hal mahal sikit pun. Janji nak ke tempat tu cepat, selamat dan mudah. Kita kan nak memudahkan diri sendiri. 

Tapi jangan susah hati. Bukan takda transit yang murah, selamat, mudah dan lagi berbaloi. Mesti la ada. Jawapan nya, opkoz la dengan Traveloka. Beli je dekat web Traveloka sebab lebih RM10 tau kita boleh jimat nanti berbanding beli di kaunter. Maklum la, Traveloka ni selalu je buat promo. Best kan? 

Kalau nak lagi murah, boleh guna KLIA transit online ticket promo. KLIA transit ni harganya hampir 50% murah daripada KLIA Express tau. Cumanya nanti kena tukar train je la. Tapi apa salahnya kalau harganya berbaloi. Untung diri sendiri jugak. Kan? 

Jenis yang tak suka naik public transport bersesak dengan ramai orang macam ni, jangan risau. Ada je cara lain nak ke airport. Boleh tempah airport taxi promotion. Cumanya harga tambang lebih mahal berbanding KLIA transit tadi la. Tapi takpa. Janji kita yang selesa.

Pastikan barang keperluan cukup


Excited macam mana pun nak pi solo travel tu, sila pastikan segala kelengkapan diri dan barang keperluan kena cukup ye. Jangan ada yang tertinggal pulak. Jenuh oii kalau ada yang missing in action. Solo travel kot. Nak pinjam kat siapa nanti? Takkan nak membeli pulak. Bazir tau. Solo travel kena pandai bajet-bajet. Hihi. 

Pastikan pakaian yang diperlukan cukup. Bawa toiletries yang small pack supaya boleh jimatkan ruang beg. Power bank dan selfie stick pun kena bawak tau. Senang nanti nak selpi selpot kalau ada stick tu. Power bank tu macam back up nyawa la. Dah duk bergambar je kang bateri phone habis, ada la sambungan nyawa nya. Baru la enjoy nak jenjalan. 


Buat jadual atau tentatif program


Uishh. Macam nak berkursus je kan. Hihi. Tak la. Yang ni CikSha maksudkan jadual macam hari ni plan nak pergi jalan ke mana. Satu tempat tu berapa lama nak spend masa. Haaa, bila buat macam ni nampak macam teratur la sikit 'jalan-jalan' kita tu. Boleh pergi banyak tempat jugak.

Kata short escape kan. Kena la plan betul-betul. Takda la dah balik nanti rasa terkilan tak dapat jejak kaki kat sekian-sekian tempat. Lepas tu menyesal sebab nak pergi lagi kat situ entah bila lagi la ada peluang. So, plan the schedule ok. 



Sediakan senarai nombor kecemasan


Very the important part ni tau. Tolong buat research awal dan simpan sesiap nombor kecemasan polis atau ambulan kat tempat kita pergi tu. Buat senarai selit belakang cover phone atau tempat yang mudah nak cari misalnya poket beg ke kan.

Dalam senarai tu, jangan lupa masukkan sekali nombor telefon famili members tau. In case jadi apa-apa, senang orang nak tolong hubungi depa. Ye la, we never knows kan apa yang boleh terjadi accidentally. So, be prepared


Internet atau data


Zaman sekarang ni, benda ni dah jadi keperluan tau. Lagi-lagi kalau kita solo travel. Memang wajib ada internet atau data untuk memudahkan kita nak bergerak. Senang nanti nak search tempat makan ke, nak cari available transport macam Grab tu ke nak ke tempat-tempat menarik yang kita dah plan.

So, pastikan kita ada access kepada Internet ok. Kalau pergi luar negara, boleh je kita sewa portable wifi dekat airport. Tapi nak lagi mudahkan diri sendiri, beli je simkad baru yang line internet nye super power. Yang penting kena ada access internet.

Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling


Bila travel sensorang ni, memang wajib sangat kita ada sikap berhati-hati. Tapi kena extra lagi tau. Tak boleh terlepas pandang sikit pun. Tambah-tambah kalau tempat kita pergi tu crowded dengan manusia. 

Kalau boleh, pastikan beg sandang kita letak kat bahagian depan badan. Jangan nak rileks sangat selamber je galas beg kat bahu. CikSha dah pernah merasa tau kena copet handphone masa dalam train komuter kat Kolumpo. Dah la travel sensorang masa tu. Dengan tak ingat nombor phone sesiapa sebab tak hafal. Menangis tak berlagu oiii. Nasib la wallet selamat. Kalau tak, entah la apa nasib masa tu.

Be extra careful ok! Kita bukan tahu isi hati orang. Nampak je friendly, sekali rupanya dendiam dah dicopetnye kita. Haishhh. Rupanya CikSha masih trauma lagi dengan kejadian copet tu walaupun dah lama berlalu.


Cukup dah 7 tips yang super awesome dari CikSha untuk korang jadikan panduan kalau ada plan nak solo travel. Take note tau. CikSha ni boleh berangan je la dulu nak solo travel nye. Entah la bila nak terlaksana tu. 

Dah kahwin ada anak-anak dengan suami ni, rasa macam tak lengkap pulak kalau pergi travel tak usung depa semua. Hihi. Apa boleh buat. Sejenis spesis family type jugak CikSha ni. Mujur kerja sendiri. Kalau kerja dengan company orang kena pergi outstation, camno la. Jenuh cheq usung depa semua gamaknya. 


Bisik-bisik :: Best tau sebenarnya solo travel. Janji hati kena kental. Lepas tu extra berani. Confirm enjoy.


2 LOVE NOTES

  1. Waalaikumussalam. Mana2 yg bujang tu, banyak2 la jalan2 travel 😁

    ReplyDelete
  2. kunci utama pada saya ialah banyakkan membaca...baca kat blog-blog yang tulis pasal tempat yang kita nak pergi...jangan main terjah sahaja, terutamanya perempuan.

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


DMCA.com Protection Status
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com