Monday, 22 July 2019

Cerita Raya 2019 | Gathering Raya Blogger Ganu



Assalamualaikum. Hai!


Hangpa tengok CikSha hangpa. Raya dah berkurun habes oi baru terhegeh nak update pasal raya. Hihi. Ampunkan daku yang selalu sangat bajet bizi kalah menteri ni. Maklum le suriromah yang ada anak kecik lagi. Kalau depa dah sekolah mungkin la ada masa terluang sikit gamaknye. Sekarang ni terhad sikit.


Sejak aktif balik dengan dunia blog ni, CikSha ada la join satu komuniti blogger. Saja nak meluaskan network. Kalau tak sebelum ni CikSha lone ranger je. Memandangkan duduk area Pantai Timur, jadinya menjebakkan diri dengan komuniti blogger bahagian pantai timur la. Ada CikSha pernah update pasal Komuniti Blogger ni dulu kat entri ni Komuniti Blogger Terbaik | Team Blogger Pantai Timur. 


Team Blogger Pantai Timur ni network dia luas sikit. Ada blogger yang berasal dari pantai timur tapi menetap kat negeri lain dan ada yang berasal dari negeri lain tapi menetap kat pantai timur macam CikSha. Mengumpulkan blogger dari Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jadi ramainya blogger yang CikSha tak pernah kenal sebelum ni CikSha dapat berkenalan dalam komuniti blogger ni. Ada yang pernah berjumpa face to face pun.




Cerita pasal Gathering Raya Blogger Ganu ni, macam satu inisiatif untuk kumpulkan Blogger dari Terengganu. Saja nak berkenalan dengan lebih mesra secara bertentang mata gitu. Duduk satu negeri kan. Wojib la berkenalan. Ada job boleh la sharing is caring. Hihi. Lagipun ada yang bukan ahli Team BPT.  Depa lebih selesa lone ranger.


Tapi kami semua sebenarnya pernah berjumpa dalam event Karnival Kewangan Terengganu. Kiranya gathering raya ni macam nak merapatkan lagi silaturrahim. Ye la, masa pergi event mana sempat nak beramah mesra. Tengah 'kerja' kan. So, bila buat perjumpaan macam ni boleh la sembang tak ingat dunia.



Gathering Raya kali ni dapat kumpulkan 5 blogger yang cun melecun semuanya. Aiseh! Kak Zura, Kak Huda, Gee, Dedeq dan opkoz la CikSha sendiri. Best sangat dapat raya sesama. Tambah-tambah suami memasing support bini depa nak gather-gather ni. Terbaik sangat tau. Ni yang buat kite sayang berganda-ganda kat cik abe kecintaan hati. Hihi.


Menu raya kami potluck je. Tapi menu berat tuan rumah, Kak Huda yang sediakan. Menu dari Johor tau. First time CikSha makan nasi beringin. Mee bandung dah biasa dah makan. Sedap menu dari tuan rumah. Kak Zura bawa bihun goreng tomyam. Bertambah iols makan bihun. Fevret katakan. Hihi. Gee bawak kuih nona manis air tangan jiran katanya. Dedeq pulak bawak apam polkadot. CikSha sendiri bawak Kek Batik Moist Special.




Tu baru 5 orang yang sedia menu memasing. Kalau ramai jenuh pulun nak makan. Hihi. Tuan rumah pun memahami sangat. Siap sediakan bekas untuk kami tapau mana-mana makanan yang tak larat nak habiskan. CikSha tapau semua sekali kecuali kek batik sendiri. Hangpa tengok pompuan muka tak tau malu ni. Hahaha. Rezeki jangan ditolak hokay!


Alhamdulillah. Gathering kali ni walaupun 5 blogger je dapat join, dah riuh rendah dan meriah sangat. Semoga silaturahim yang terjalin ni akan kekal erat dan berpanjangan sampai bila-bila. InsyaAllah bulan 8 nanti nak buat lagi gathering. Rancangnya nak celebrate baby Ogos. Termasuk diri sendiri le tu. Sibuk jugak tu nak menyelit. Hihi.


Bisik-bisik :: Makin ramai dah kawan baru CikSha kat Ganu ni.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

6 LOVE NOTES

  1. sy dr terengganu jgk.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jai ezy..salam perkenalan...tenkiu sudi singgah blog ni..

      Delete
  2. Seronok dapat join gathering macam nie. Migha teringin jugak nak join tapi tak pernah berkesmpatan. Busy manjang.

    ReplyDelete
  3. joms plan next reunion!hehe

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt jumpa in person dgn rakan blogger!

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com