Wednesday, 12 June 2019

Rempah Ratus Mak Siti | Wajib Jadi Bestfriend Surirumah



Assalamualaikum. Hai!


Bila dah upgrade status jadi suri hati halal pada pakwe tercinta, otomatik pelan-pelan kita belajar memasak kan? Ye la. Kena la cuba jugak memasak untuk 'ikat' suami. Air tangan isteri tu ada 'power' yang magik tau. Rugi kalau tak manfaat kan.


Dulu mungkin struggle sikit kalau nak masak masakan yang kena pakai rempah ratus ni. Kalau silap sukatan, masakan tak menjadi pulak. Tapi sekarang ni kalau nak tetiba transfom jadi 'chef' yang masakan confirm sedap, dah tak susah dah. Kita guna je Rempah Ratus Mak Siti. Jangan terkejut kalau masakan kita orang puji sedap. Mau kembang setaman. Hihi.




Betul tau. CikSha tak tipu. Rempah ratus Mak Siti ni memang ada umphhhh la. Lain macam pergi dia kalau kita masak guna rempah ratus Mak Siti. Selalu hang masak boleh gagah la rasa dia. Tapi bila guna je rempah ratus Mak Siti terus macam chef handal hang masak tau. Sedap lain macam. Cukup segala rasa. Kalau tak percaya cuba la guna.


Sebenarnya, CikSha pun baru ja berkenalan dan cuba rempah ratus mak Siti. Sebelum ni macam takut-takut nak cuba rempah ratus selain yang duk biasa guna tu. Macam la haku ni masak sedap sangat kan. Padahal biasa-biasa je masakannya. Hihi.


Tapi bila duk selalu sangat tengok blogger Suria Lekat Lekit rajin update masakan dia guna rempah ratus Mak Siti, macam tergoda pulak nak cuba. Nampak menyelerakan. Lepas tu dia duk kata sedap masak guna rempah ratus Mak Siti ni. Last nye spesis mudah terpengaruh ni pun ngetest la. Memang betul bagai dikata.



Keistimewaan Rasa Rempah Ratus Mak Siti



CikSha rasa yang buat rempah ratus MakSiti ni lain dari yang lain mungkin sebab rempahnya guna bahan segar semulajadi serta bebas dari pewarna, pengawet dan perasa tiruan. Yang tu yang buatkan rempah keluaran Mak Siti ni rasa umphhh kesemuanya.


Lagipun dah 40 tahun dah sebenarnya Rempah Ratus Mak Siti ni ada di pasaran.  Mesti la rempah-rempah yang dihasilkan ada RnD dan di upgrade dari semasa ke semasa demi jaga kualiti dan jenama.


Sejarah Kewujudan Rempah Ratus Mak Siti


Mengikut sumber, Mak Siti pada awalnya ditubuhkan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Walaupun dulu sering dipandang rendah kerana menjual rempah, tapi itu tak mematahkan semangat pengasas Mak Siti, Tuan Haji Nasuha Kasin dan Puan Hajah Hajir Salleh untuk terus berusaha menjadi lebih berjaya.


Kilang Mak Siti diusahakan di 2 buah lot rumah kedai sahaja masa awal kewujudannya. Di atas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana di situlah perusahaan rempah dan di situlah juga tempat tinggal.


Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Di sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar.


Pelbagai aktiviti dapat dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus dan pengedaran rempah ratus kat situ. Ladang Mak Siti ni pernah dinobatkan sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba oleh Malaysian Guiness Book of Record pada tahun 2014 tau. Fuyoooo. Kagum gila!





Legasi Mak Siti Diwarisi Oleh Anak Yang Kuat Semangat Juang Untuk Meneruskan Perniagaan Keluarga


Kini, Mak Siti diterajui oleh anak pengasas Mak Siti iaitu Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff. Walaupun pada awalnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk memastikan peniagaan keluarga ni bertahan, semua itu menjadi inspirasi buat Puan Siti Khawa Jannah membuat pembaharuan untuk Mak Siti jadi lebih berdaya saing dan maju.


Bermula dari bawah menjadikan Puan Siti Khawa Jannah lebih kuat semangat apabila diamanahkan untuk menyambung peniagaan keluarga ini. Pengalaman ditindas oleh pekerja yang telah lama bekerja di situ apabila berlaku penyelewengan berjumlah ratusan ribu ringgit menjadi titik mula buat Puan Siti Khawa Jannah memperbaiki diri dalam selok belok perniagaan.


Beliau belajar segala ilmu perkilangan, pengedaran sehinggalah cara mengendalikan pekerja-pekerja untuk menjadi team yang lebih baik dan bersatu hati memajukan Mak Siti. Respect! Macam ni baru leader yang tiptop. Kan?





Kepelbagaian Produk Jenama Mak Siti


Produk utama Mak Siti adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup.


Syarikat kini telah mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.





Perancangan Mak Siti untuk tahun 2019 ni adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang mereka boleh dapatkan produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.


Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO, Mydin dan lain-lain di seluruh Malaysia. Haaa, boleh le korang pi shopping nanti borong semua rempah ratus Mak Siti yang best gila ni.








CikSha tumpang bangga bila ada produk keluaran Bumiputera Muslim yang berkualiti macam ni. Jadi memang patut sangat la kita support kan? Semoga perniagaan Rempah Ratus Mak Siti bertambah maju dan dapat merentasi benua serta dapat dijual di pasaran luar dari Malaysia juga. InsyaAllah.


Untuk info lebih lanjut pasal Mak Siti, korang boleh skodeng link yang CikSha sertakan kat bawah ni ok!

Resipi Mak Siti: https://resipimaksiti.com/
Instagram : Rempah Mak Siti
Twitter : Rempah Mak Siti
Youtube : Rempah Mak Siti
Facebook : Rempah Mak Siti



Bisik-bisik :: Ingat masakan mak, Ingat Mak Siti! Haaa..gituuuuu. Hihi.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Post a Comment

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

0 LOVE NOTES




 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com