Perkahwinan Ibarat Bina Masjid, Bukan Reban Ayam

Assalamualaikum. Hai!


Bersua kembali. Gigih je kan update bulan lepas dengan 4 ketol je entry aku mampu tulis. Memang kekangan masa akibat sebok dengan kerja betol. Bila malam nak menulis pulak dah mengantuks. Haiyo. Harapnye bulan ni boleh la menulis dengan lebih rajin. Idea nak menulis tu kemaen lagi bagai mencurah-curah ibarat air terjun. Waseh! Tapi tu la. Mampu catit dalam buku nota je la. Nak membebel panjang menulis dalam belog ni, masa asyik lari mencicit-cicit merata tak ketahuan hala. Ye ye o je kan. Padahal time malam boleh je kalau nak menulis. Tapi membuta tak hengat dunia. Ngahaha.


Pejam celik dah masuk bulan tiga. Dah satu perempat dari tahun duaribuduabelas. Haiyo. Cepatnya masa berlalu. Sangat pantas sampai kekadang rasa macam tak terkejar kan? Bila masa berlalu semakin pantas, maknanya usia pun bergerak selari dengan pantasnya setiap saat yang berlalu. Tapi kali ni bukanlah aku nak berceloteh pasal masa dan usia pun. Topik kali ni berkisar hal kahwin-kahwin. Boleh tak?


Err..menulis pasal kahwen ni bukanlah bermaksud aku dah tergedik-gedik meroyan nak kahwen ye. Sila jangan salah faham pulak. Cuma nak berkongsi pandangan je dengan korang semua. Tempoh hari masa kat opis, walaupun sebok dengan kerja, mestilah ade jugak selit-selit berbual dengan opismate. Manusia kot. Bukan robot buat kerja sampai tak bercakap-cakap. Walaupun berbeza jantina dan usia yang mana dia lebih muda dari aku, tapi aku suka bersembang dengan dia hal-hal hidup ni. Aku suka cara pemikiran dia. Oh ya! Dia opismate baru aku yang gantikan opismate lama. Dan dia lelaki hokay. Tapi kami bukan skandal ye. Pangkat adik kot!



* Imej disedut dari carian Google*


Aku saja la tanya pendapat dia pasal kahwen muda dan macam mana nak tahu lelaki tu dah bersedia ke belum untuk berumahtangga. Perbincangan secara ilmiah la. Ada ayat yang die sebut sampai sekarang terngiang-ngiang di kepala hotak aku (err..macam tak kena je ayat ni...lantak le!). Tapi memang aku takkan lupa la ayat dia tu. Cuma yang bakal aku coret nanti mungkin tak sama la seratus peratus. Mungin ada yang aku tertambah bagi sedap ayat ke kan. Cuma point nya tu sama la.  Tak lari dari maksud asal yang dia cakapkan. Ehehe. Dialog dia berbunyi begini..


"Akak. Memang la bila dengar pasal kahwen ni macam seronok. Tapi seronok bukan untuk sehari masa kenduri tu je kak. Jauh lagi perjalanan. Saya kadang-kadang tak berapa setuju dengan yang dok gebang sangat pasal kahwen muda ni bagus la itu la ini la. Bukan saya nak cakap kahwen muda ni tak bagus. Bagi saya semua perkara ada positif dan negatif nya. Bukan semua 'bernasib baik' dalam perkahwinan yang dibina. Perancangan itu perlu. Kalau ada orang sebok tanya saya bila nak kahwen, saya akan jawab "Hang ingat kahwen ni macam nak bina reban ayam ka?". Senang cerita.


Kahwen ni kak, bukan nak bina reban ayam. Kalau macam bina reban ayam, nak runtuh ke nak jahanam ke, lantak le. Saya pun tak peduli. Tapi kahwen ni nak bina masjid kak. Masjid tu ibarat rumah Allah. Jadi mesti la kita nak masjid tu teguh kekal sampai syurga. InsyaAllah. Bagi saya kalau nak bina masjid ni, persiapan pun kena mantap luar dalam diri sebab nak pastikan isi rumah dalam masjid tu mencapai piawaian. 


Lagi satu kak, lelaki ni..kalau dia cakap dia dah sedia nak kahwen, memang betul la tu dia dah ready semuanya. Tak perlu nak paksa-paksa. Sesetengah perempuan ni depa tak paham. Asal tengok kawan-kawan dah kahwen, dia pun tergedik-gedik nak kahwen. Lepas tu meroyan ajak pasangan depa kahwen. Lelaki kalau dah kena push, walaupun masih belum ready, terpaksa ikut kehendak pasangan depa sebab dah sayang kan. Tapi sampai bila boleh bertahan perkahwinan yang macam tu? Sebab tu la banyak kes rumahtangga hancur tu kak. Ada skandal kat luar la apa la. Betul tak, kak?"


Lebih kurang gitu la ayatnye. Ada la sikit-sikit yang aku adjust bagi sedap bunyi oke. Tapi aku setuju dengan apa yang dia sampaikan tu. Perkahwinan ni merupakan satu komitmen dan tanggungjawab yang sangat besar. Bagi aku, perkahwinan adalah amanah yang Allah bagi untuk kita 'pegang' dan kemudi dengan sebaik mungkin. Tapi zaman sekarang ni aku perhatikan ramai yang gagal dalam mengemudi bahtera rumahtangga masing-masing dan memegang amanah Allah tersebut. Entah lah.


Ya. Memang aku masih belum berkahwin dan tak tahu bagaimana 'perjalanan' sebuah rumahtangga yang sebenarnya. Tapi, tak semestinya aku tak perlu ambil tahu pasal hal ni kan? Aku masih boleh belajar dengan memerhatikan sekeliling. Dan aku banyak belajar dari pengalaman mereka yang sudah berkahwin yang berada di sekeliling aku. Sampai kadang-kadang timbul rasa takut untuk berkahwen. Sebab dugaan dari Allah kita langsung tak boleh jangka kan? Haiyoo. Takutnya nak kahwen. (-_-")


Hmm. Lepas ni kalau ada yang tanya bila aku nak kahwen, aku nak jawab macam adik tu cakap jugak la. "Ingat kahwen ni macam bina reban ayam ka?" Haha. Macam aku pulak yang nak jadi ketua keluarga dan keluarkan mas kahwen bagai kan. Hehe. Takpe la. Next entry kalau rajin aku tulis kenapa aku masih belum berkahwen sampai usia dah hampir kertu ni untuk perkongsian dengan korang. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: Kenyataannya, tak semua yang kahwen muda akan 'berjaya' dengan perkahwinan mereka itu kalau tiada persediaan yang mantap. Lagi-lagi persediaan bab agama tak kukuh. Make sense or not?

12 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. tapi perumpamaan dia betul lah riesha. org skang ni kahwin main bedal je tanpa persediaan mental . sebab tu banyak cerai berai. niat nk kahwin itu sendiri dah tersasar.sbb tu jd reban ayam. hehe. kahwin awal bagus,elak maksiat. dalam masa yg sama kena lah matang dan terima tggjwb :)

    ReplyDelete
  2. @Namee Roslan :: tu la..sebab tu saye setuju jugak dengan pendapat die tu..betul kawen awal bagus dan boleh elak maksiat..

    tapi itulah, kalau niat sekadar itu je dan tak berusaha untuk memperindahkan kehidupan rumahtangga yg dibina awal tu dengan sebaik mungkin, untuk tidak berjaya mempertahankannya memang sesuatu yang tak mustahil boleh berlaku..kan?

    ReplyDelete
  3. masalahnya cik sha, reban ayam sekarang ni pon lawa-lawa (advance) tau ..

    rumahtangga org2 skrg, sebenarnya lagi terok dr reban ayam. dorang pikir "KAHWIN" habis cerita. walhal banyak benda nak diambil kira..

    ReplyDelete
  4. bila sampai masanya, dan duitnya cukup, maka kamu akan berkahwin juga akhirnya...


    "aku nak kawin!!!!" kalau boleh tahun depan.. kena simpan 12k....

    ReplyDelete
  5. @Marya Hana :: ye tak ye jugak kan? dah moden skang ni..kekadang siap ade ekon lagi..hehe..

    err..tapi reban yg saya sebut ni kira macam reban ayam yg kat kampung tu la..kui3..

    betul tu yaya! semua fikir kahwin je dah lepas..dorang terlupa perjalanan kehidupan dorang lepas dah kahwin tu lebih berat sebenarnye..

    ReplyDelete
  6. @zulfikar hazri :: ye la ikar..kalau takde duit camne nak buat kenduri kan? ehehe..

    sebenarnya jodoh ni semua kuasa Allah..kita hanya mampu rancang..tapi kalau Allah tak izinkan lagi, apa yang kita telah rancang pasti tak terlaksana jugak..pasti ada sebabnya tu..

    12k je? cukup ke tu? kalau bakal bini ko tak demand insyaAllah cukup..kalau die demand camne?kenduri belah die ko kena support semua, kenduri belah ko pun ko kena kuar belanja lagi..camne tu? kih3..

    ReplyDelete
  7. @♥CIK SHA♥Bukan Shahada dah bertunang ka?hehehe

    ReplyDelete
  8. hiksssss.... sebagai lelaki.. saya setuju dengan kenyataan opismate akak tu.. =)

    ReplyDelete
  9. matang betul pendapat dia tu Sha..lagi satu ada yang fikir nak kawen awal2 sebab taknak dikata loser..
    kena pasang niat nak mencari keredhaan Allah..

    ReplyDelete
  10. @Anonymous :: erk? ni siapa yg pandai2 cipta kontroversi ni? haha..;p

    ReplyDelete
  11. @ezal ezham azami :: aiseh! menyamar nampak..haha..bukan kamu ke tu yg cakap tu?;p

    ReplyDelete
  12. @norinaomar :: betul tu weh! matang betul die fikir..tu yg aku share kat belog aku ni..bg yg tak berapa nak matang kalau terbaca mata terbeliak luas sikit..otak pun dapat berfikir dgn waras..hehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال