Wanita dan rawatan kulit muka memang sinonim!

Awal bulan lepas aku pergi buat treatment kulit kat Dermalogica. Erk? Bukan nak eksyen. Memang tahu tempat tu mahal. Tapi masa aku pergi tu ada offer la. Dapat murah sikit dari harga asal. Besfren yang suggest pergi situ. Aku nak wat skin treatment sebab rasa kulit muka macam dah teruk sangat. Antara tempat treatment yang lain dengan Dermalogica ni aku rasa Dermalogica lagi boleh dipercayai kot. Tapi bergantung pada individu la nak pilih yang mana lagi satu better.


Kenapa aku pergi situ buat treatment? Ala..treatment die pun buat facial dan bagi trial set produk die je kan? Macam kat butik2 kecantikan lain buat jugak. Tapi kenapa aku pilih nak pergi situ dan tak pergi butik2 kecantikan biasa je? Sebab saja nak cuba sesuatu yang baru. Hee. Takde la. Sebab kulit aku ni 'kulit mahal'. Sensitip sikit. Salah pakai produk kang tak memasal je rosak kulit. Jadi aku kena merujuk kepada yang pakar dan betul2 bagi perkhidmatan khas tentang kulit.



*Sekali sekala manjakan diri buat facial treatment memang best!*


Aku pernah cuba macam2 produk tempatan. Macam Nuriz, Natasya, Sendayu Tinggi, Safi, Alaisyah dan ade la yang lain lagi. Bertukar2. Sebab terpengaruh dengan iklan dan kawan2 la. Pakai ni boleh jadi putih gebu melepak2, flawless dan cantik. Maklum le pompuan kan? Nak cantik je sentiasa. Sape tak nak jadi cantik, ye tak? Tapi semua tu bagi kulit aku jadi lagi teruk. Yang elok pun Safi je. Sebab dia memang tak bagi efek ape2 pun.


Masa study pernah try pakai Nuriz sebab terpengaruh dengan kawan serumah. Tengok dorang pakai kulit jadi cantik jerawat semua hilang. Aku try. Memang kesan die elok mule2. Kulit jadi licin. Tapi lama2 kulit jadi mengelupas dan tegang semacam. Pastu bile kena panas matahari je kulit jadi merah2 macam kena bakar. Sakit kot. Aku berhenti pakai sebab encik boifren marah. Lepas2 berhenti tu terus kulit naik jerawat. Sendayu Tinggi, Natasya, Alaisyah pun same jugak. Kalau berhenti pakai, jerawat naik dan kulit jadi lagi teruk. Nape produk tempatan macam tu eh efek die?


Lepas2 tu aku tak pakai ape2 dah. Cuci muke pun pakai sabun tawas je. Ok la sket. Jerawat tak naik cuma kesan parut jerawat yang tak hilang2. Nak2 lepas kena chicken pox bulan 12 tahun lepas, parut lagi bertambah2. Huwaaaa. Sedih kot tengok kulit aku sendiri. Then baru2 ni BFF aku (Wahida+Wani) suggest pergi Dermalogica. Sebab dorang memang buat treatment kat situ dan hasil die bagus. Aku pun decide nak try. Tapi kena buat budget dulu la. Sebab gaji aku pun idok le banyak sangat nak berjoli sakan buat facial mahal2 sesuke hati.


Kesimpulannya, dia punya treatment memang best. Produk dia pun ok masa aku pakai yang trial. Dan sekarang parut aku dah semakin kurang. Ingat nak continue pakai die punye produk la. Tapi mahal kot sebab set semua sekali rm500++. Itu pun dorang dah bagi diskaun kat aku. Huk3. Rabak poket macam ni. Jadi aku kena buat budget dan kumpul duit dulu baru boleh pakai produk dermalogica tu. Huwaaa.






Nak buat macam mana. Nak cantik punye pasal kan? Berkorban je la. Inilah MASALAH orang yang tak cantik macam aku. Terpaksa berhabes duit untuk cantik menawan. Wakaka. Kadang2 jeles tengok orang yang kulit cantik2 tu. Putih gebu, flawless, takde jerawat, parut pun takde. Licin je. Camne la dorang jaga eh? Pakai produk ape? Jeles oh! Sekarang ni aku dah takut nak pakai produk yang bukan2. Tak payah la suggest aku pakai tu pakai ni. Nyesal sebab rosakkan kulit sendiri dengan try produk yang macam2 ade kat pasaran tu. Wuu.




Kenapa la kat Malaysia ni berlambak sangat jenis produk kecantikan? Sampai tak tahu yang mana satu yang terbaik. Tapi semua bergantung pada jenis kulit jugak la kan nak pakai produk ape pun. Lain orang lain jenis kulit. Ada yang sesuai pakai produk tu tapi tak sesuai pakai produk ni. Macam tu la sebaliknya. Dapat 'kulit mahal' macam aku ni kena la berhati2 sikit memilih produk. Takut tersalah pilih merana pulak diri sebab kulit rosak. Apa2 pun penampilan tu penting untuk keyakinan diri sendiri. Jadi pilihlah yang terbaik ok!




Bisik2:: Nanti aku kasi bukti hasil rawatan kulit muka aku kat dermalogica tu. ^_^

4 Comments

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wow lagi-lagi best kalau ada orang yang belanja (:

    ReplyDelete
  2. kalo rawatan camni takpe..
    jgn susuk plak sudah..=p

    ReplyDelete
  3. klo elok untuk kulit takda masalah.. syukur kulit akak ni takda masalah sangat.. akak suka gi facial..

    ReplyDelete
  4. Setuju sgt... Dermalogica is the best. Cuba trial set dulu klu nk tau sesuai @ x. Mmg supeerrbb.

    Korang cari dermalogica products? Meh visit for great deals... Kompom korg puas hati.

    http://www.lahbeauty.com/rewardpoints/index/goReferral/referrer/163/

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال