Penyakit kronik manusia yang tidak ikhlas

Kadang-kadang aku rasa pelik la dengan perangai manusia yang suka sangat mengungkit ni. Best kot eh mengungkit. Apa la niat asal sebenarnya buat something untuk somebody bila ada penyakit suka ungkit-ungkit ni. Jenis tak ikhlas gamaknya la kot. Buat sesuatu dengan tujuan nak orang memuji dan memuja. Nak dapatkan balasan anugerah kot. Baru rasa bangga. Pastu mula nak rasa riak. Memang betul-betul punya penyakit kronik ni. Penyakit kronik tahap kritikal pada manusia yang mempunyai hati yang tidak ikhlas a.k.a hati busuk.




Setakat pertolongan yang biasa-biasa je pun dah nak mengungkit. Baik dari awal tak payah la nak hulur bantuan. Terus terang je kan lagi bagus. "Hei..aku tak boleh tolong hang..hang pi la cari orang lain tolong hang..!" Haa..kan ke bagus kalau cakap direct je macam tu. Yang meminta tolong tu pun takde nye nak terhegeh hegeh lagi dah kalau jumpa orang jenis macam ni. Buang ayaq liuq je. Banyak lagi orang yang lebih ikhlas nak membantu boleh dicari.




Ramai kot manusia spesis mengungkit ni. Baru tolong bagi bantuan tenaga sikit dah ungkit. Itu baru tenaga. Kalau mai bab duit aku rasa bukan takat ungkit dah kot. Boleh jadi 'perang dunia' la agaknya. Memang perangai orang jenis ni akan sedaya upaya cari pasai untuk mengungkit balik apa yang dia dah buat walaupun tak besaq mana. Kalau hang ikhlas membantu, hang takkan ada secuit pun rasa dalam hati nak mengungkit balik.




Sebab hari ni hang tolong dia. Esok-esok hang susah orang tu tolong hang balik. Sebab kenangkan jasa hang pernah bantu dia dulu. Hidup macam roda weh. Bantu membantu sesama manusia saudara seagama kan Allah suka. Hang boleh tolong orang tu pun dengan bantuan Allah jugak. Hang jangan la pikiaq hang tolong orang tu hang dah hebat sangat. Yang kat atas tu lagi hebat. Dia yang atur semua. Jadi tak perlu la nak ade rasa mengungkit. Kita ni manusia biasa je.




Jadi, mai la kita sama-sama muhasabah diri kita. Tolong sesiapa saja dengan niat hati yang ikhlas kerana Allah. Lagi berganda-ganda pahala kita akan dapat. Tak mustahil Allah akan bantu meringankan beban masalah yang bakal kita tanggung sebab niat ikhlas kita tu. Takde la memanjang je mengeluh merungut selalu ditimpa masalah. Masalah hadir jika kita lupa pada Allah. Renungkan lah.




Bisik-bisik :: Jauhkanlah penyakit ungkit mengungkit ni sebab nanti kita yang akan malu sendiri bila kita susah, kita pergi cari orang yang telah kita ungkitkan bantuan pada dia dulu.


2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hope i tak cop i pengungkit..hehhehe...

    takut

    BalasPadam
  2. .erk tgh pk kite neh jenis mengungkit ke x
    .rsenye tak
    .teeehehhehe ;p

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan