Tuesday, 16 March 2010

Risiko kahwin lambat boleh dapat anak sindrom down



Kahwin lewat punca anak sindrom down? Terkejut 'hippo' (badak le) aku bila baca maklumat ni dekat blog MYADHA tadi. Betul ke? Aku belom kawen lagi ni. Camne la. Umor pun dah lanjut ni. Lagi 5 bulan dah nak masuk 26. Kawan sebaya aku semua dah kawen. Dah beranak pinak. Dah jadi mak budak, bapak budak. Aku? Takutnye aku bila dapat tahu pasal ni. Terus terasa nak kawen cepat. Hahaha. Ye ye je cik sha. Kata tak kesah kahwin lambat sebab muke awet muda.


Ok. Meh aku share sikit dengan angpa pasal maklumat tu eh. Punca boleh terjadinye dapat anak sindrom down ni sebab pompuan skang suka kahwin lambat katanya. Dah jadi macam budaya je pompuan zaman la ni nak kahwin lewat sebab kebanyakannye berkerjaya dan belajar tinggi. Jadi cita-cita dan kerjaya harus la dikejar dahulu ye.

Disebabkan oleh tu, ramai la yang berkahwin pada usia mencecah 30-an. Risiko melahirkan anak pada usia 30-an menjelang 40-an ni yang menyebabkan kemungkinan anak menjadi sindrom down bila dilahirkan. Sebab menurut maklumat, pada usia sebegini kadar kesuburan wanita sudah menurun. Nak baca lebih lanjut pasal artikel tu, sila la p kat sini>>Kahwin lewat punca anak sindrom down..


 
Bagi pendapat aku pulak, itu semua kuasa Allah. Kita tak leh nak menduga. Maksu aku sendiri lahirkan anak bongsu dia pada usia 40-an. Elok je budaknye. Sehat, otak geliga, bijak IT lak tu. Ngadap komputer hobi dia. Anak zaman IT la katakan. Haha. Tapi macam aku cakap tadi la, kuasa Allah. Setiap yang berlaku tu semua sudah direncanakan. Kita manusia ni hanya merancang. Kita tak tahu apa yang akan berlaku. Kalau dah sudah tertulis kita nak lahirkan anak sindrom down, berkahwin usia muda pun tak mustahil boleh terjadi. Betul tak??


Mungkin ini berdasarkan kajian saintifik dan statistik yang dibuat oleh manusia sahaja. Dan kebanyakan yang membuat laporan dapat anak sindrom down ni adalah mereka yang berusia 30-an hingga 40-an. Yang muda-muda mungkin tak pergi buat laporan. Mana nak tahu mereka malu dapat anak yang mengalami masalah macam tu. Jangan tak tahu, ramai yang macam tu tau. 

Kesian jugak kat anak-anak yang sindrom down ni kalau ada ibu bapa yang tak pedulikan mereka sampai terabai segala kebajikan. Budak-budak jenis ni pun ada keinginan sama macam kanak-kanak normal yang lain. Cuma mungkin fungsi otak mereka sedikit lambat. Jadi kita kena jaga kebajikan depa dan kita tidak seharusnya malu jika mempunyai anak seperti mereka.


Anak-anak sindrom down ni merupakan insan istimewa kurniaan Allah pada mereka yang terpilih. Jadi kita harus bersyukur dan wajib memelihara kebajikan mereka. Itu juga mungkin salah satu ujian daripada Allah nak menguji sekuat mana tahap kesabaran dan keimanan kita terhadap ujian-Nya.

Dari segi kebajikan anak sindrom down ni, kita jangan sekali-kali mengabaikan pendidikan untuk mereka. Sebenarnye ada pusat-pusat dan sekolah khas yang disediakan untuk golongan anak sindrom down ni. Jadi, hantarlah mereka ke tempat tersebut supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna macam kanak-kanak normal yang lain.

Mesti ramai pompuan yang takut bila dapat tahu maklumat ni kan? Terus rasa nak kahwin cepat. Jangan cepat melatah. Ingat yang itu semua ketentuan Allah. Bukan kuasa kita nak tentukan semua tu. 

Nasihat aku, kalau masih belum bersedia melayari alam rumah tangga, belum bersedia menjadi ibu dan ayah yang baik untuk bakal anak-anak, belum faham tanggungjawab sebenar menjadi suami dan isteri, fikir-fikirlah dulu secara matang dan tidak terburu-buru. 

Kena ingat, alam rumahtangga ni banyak cabarannya. Bila sudah berkahwin bukan bermaksud kita dah sampai ke destinasi terakhir hidup. Sebenarnya perkahwinan adalah permulaan hidup sebab masih jauh perjalanan yang perlu kita lalui untuk sampai ke destinasi yang abadi, iaitu di akhirat sana nanti.


bisik2::aku cemuih nak jawab bila ramai kawan2 yang tanya aku bila nak kahwin..huh!!sampai masa nanti aku kahwin la..aku jemput angpa semua..
jangan risau..aku tak lupa kawan2 aku..




Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

1 LOVE NOTES

  1. s4m::

    tul2..semua ketentuan Allah..kalau kita byk bertawakal dan berserah pd Dia insyaAllah yang terjadi bakal baik2 belaka..ye tak??

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!


 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com