Saturday, 16 January 2010

Hubungan terlarang kaum sejenis




Eh...ape beza lesbian, tomboy dengan pengkid ye? Korang tahu tak? Aku baru sudah tengok siaran ulangan Wanita Hari Ini edisi 15 Jan 2010. Tajuknye "Isteriku Lesbian". Menarik jugak isu yang dorang bangkitkan ni. Aku memang suke tengok rancangan ni. Sebab walaupun ni rancangan cakap-cakap tapi kadang-kadang isu yang dikemukakan memang bagus dan banyak bagi ilmu dan buat kita berfikir.


Ok..berbalik kepada topik. Aku tahu yang sebenarnye masalah ni dah lama wujud dan bernanah dalam masyarakat kita. Sori kalau topik yang aku bangkitkan kali ni akan menyinggung perasaan sesiapa yang terbaca. Tapi takde salahnya kalo kita saling ingat-mengingati kan? 

Serius dulu aku memang tak ambik tahu langsung pun pasal benda ni semua. Walaupun ade kawan-kawan aku yang terlibat dalam gejala tak sehat mcm ni. Tapi bagi aku selagi aku tak terjebak macam dorang dan  tak terpengaruh dengan dorang cukup la. Bukan aku takde nasehat dorang, tapi dah kalau dorang taknak terima tak boleh jugak nak paksa kan.


Continue with the topic. Mengikut motivator yang dorang jemput ni, katanya secara ringkas, persamaan antara 3 golongan ni adalah mereka cenderung memilih wanita sebagai pasangan mereka walaupun mereka juga adalah wanita. Selain itu, 3 jenis golongan ni juga ade bezanya. 

Golongan "lesbian" ni memang susah sangat nak beza. Sebabnya golongan ni perwatakan memang wanita sejati. Cantik, lawa, takde yang kurangnye. Macam wanita lain jugak. Dan memang sangat susah nak kenal pasti sama ada dorang ni lesbian atau tak.

Kalau golongan "tomboy" pulak, yang ni mungkin senang jugak nak dikenalpasti sebab perwatakan dorang ni ade sikit macam ala-ala boy. Gayanya, caranya. Agaknye sebab tu digelar tomboy. Tapi dorang ni still lagi nampak macam pompuan walaupun gayanye ala-ala boy.

Bagi golongan "pengkid" lak, ni kalau salah pandang, memang nampak macam laki. Kadang-kadang nampak lebih macho dari lelaki sejati. Huish, dasyhat betul. Baru la aku tahu. Huhuhu. Macam mana dorang ni boleh terjebak dalam masalah mcm ni ye? Kesian kan.


Hmm..aku ade jugak buat research sikit-sikit tadi tentang golongan ni.. Terima kaseh la pakcik google sebab sudi tolong aku cari maklumat. Ini antara maklumat yang aku jumpa tentang ciri-ciri 3 golongan ni.

~LESBIAN~
ð Menonjolkan sifat wanita sejati
ð Homoseksual (lesbian)
ð Sangat menyukai wanita yang cantik
ð Kuat cemburu ( sesetengah sahaja)

~TOMBOY~
ð Berpewatakan seperti lelaki selalunya dari segi gaya berpakaian
ð Suka menyertai aktiviti lasak dan mencabar
ð Bukan homoseks(lesbian @ pengkid)
ð Mempunyai perasaan terhadap lelaki

~PENGKID~
ð Berambut pendek (ada juga yang berambut panjang tetapi mengikut style lelaki)
ð Bergaya seperti lelaki (pakaian,cara bercakap,cara hidup etc)
ð Membengkung payu dara (bind their breast)
ð Amat tertarik dengan wanita yang cantik
ð Menjalinkan hubungan dengan wanita sahaja (homoseksual)
ð Mempunyai ego sangat tinggi (bagi sesetengah pengkid)
ð Sesetengah pengkid tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka adalah
perempuan.
ð Tubuh badan seperti lelaki.

Betul la yang macam motivator tu cakap tadi. Perbincangan dorang tadi betul-betul buat aku terfikir. Ape yang sebenarnye golongan ni nak? Kenape dorang perlu menukar naluri semulajadi sebagai perempuan yang Allah kurniakan kepada sebaliknya. Rupanya golongan ni mengalami konflik dalaman


Kebanyakannya sebab merasa diri dorang kurang mendapat kasih sayang yang dorang harapkan daripada pasangan masing-masing. Ade jugak sebab pernah putus cinta, bercerai @ sebagainya dengan kaum lelaki. Hal ni membuatkan dorang serik dan tak percaya dengan lelaki. Jadi naluri kewanitaan tu otomatik dorang ubah dan lebih cenderung memilih wanita sebagai ganti. Huish. Bahaya!


Entah la. Kadang-kadang aku pening nak fikir benda-benda macam ni. Tapi aku sedih sebab yang banyak terlibat dalam hal macam ni kebanyakannya golongan Melayu. Beragama Islam. Tahu dosa pahala, syurga neraka ,halal haram. Tapi masih lagi boleh terjebak. Kebanyakannya golongan yang terpelajar dan berkerjaya hebat.

Tak tahu la nak cakap sebab ape. Mungkin kurang mendapat didikan agama. Mungkin juga sebab terikut hawa nafsu. Atau mungkin sebab persekitaran, pergaulan, pengaruh kawan. Entah la. Susah nak tafsir. Semakin menghampiri akhir zaman, semakin berleluasa la perkara  tak elok macam ni.


Apa-apa pun, sama-sama kita renungkan hadis ni dan menginsafi diri.


"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki."
(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)


“Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Nabi Luth a.s,hendaklah kamu bunuh pelaku dan yang diperlaku”.
(Diriwayat oleh at-Tirmizi,Abu Daud dan Ibn Majah)


Bisik-bisik :: Kenape kalau pompuan berpegangan tangan org tak kesah, tapi kalau laki buat macam tu mesti orang ambik kesah. Contohnya, aku geli bile tengok laki bangla/nepal jalan-jalan berpegangan tangan. hehehe.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

2 LOVE NOTES

  1. nice info...br th perbezaan tomboy, lesbian n penkid ngan clear..

    ReplyDelete
  2. cik sha...lelaki bangla/nepal jalan berpegang tangan tue adalah salah satu budaya mereka...dulu mawar pun pkr macam tue..tapi bila ada info yang ble dipercayai cakap macam tue..so br mawar faham..tapi mawar tak sempat lak buat kajian...

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com