Cinta Siber boleh dipercayai ke tidak?

Hmm. Cakap pasal cinta siber atau cinta internet ni, aku kesian sangat kat pompuan yang mudah terjerat dengan kata-kata manis lelaki yang hidung berbelang-belang cari mangsa dorang kat internet. Macam kat fesbuk, frenster, tagged, myspace, hi5 dan macam-macam lagi la. Banyak sangat kot. Tak tersebut aku dibuatnye. 


Tak salah nak berkawan dan cari kawan. Kalau nak bercinta sekali pun tak salah kalau kena cara dan pandai cari yang betul-betul boleh dijadikan pasangan. Tapi yang aku peliknye, baru kenal kat laman-laman sembang macam tu tak sampai sebulan. Baru jumpe pun sekali dua. Dah senang-senang je serah diri kononnye cinta. Pelik betul aku rasa. Korang tak rasa pelik ke? Haish. Ape la nak jadi anak-anak remaja pompuan zaman sekarang ni. Mudah sangat nak serah diri. Sedih kan?


Ok. Sebab ape aku tulis topik ni? Sebab dalam paper Metro hari ni ade tulis laporan pasal pompuan-pompuan yang terjerat dengan cinta siber. Sedih baca cerita dorang tu. Aku bukan sedih dengan nasib yang menimpa dorang sebab kebodohan dorang sendiri. Tapi aku sedih sebab kenapa la dorang sanggup serah maruah diri dorang mudah-mudah je kat laki-laki kasanova macam tu



Semua mangsa-mangsa ni terpelajar pulak tu. Belajar kat institusi pengajian tinggi ambil bidang syariah la, kewangan la. Kire bijak la tu kan? Kalau tak bijak, macam mana boleh belajar tinggi-tinggi. Tapi kenapa la bab-bab kehidupan yang berkaitan dengan maruah diri sendiri dorang boleh jadi bodoh. Sebab cinta? Cinta sampai tergadai maruah diri, termengandung dan akhirnya kena tinggal dengan lelaki hidung belang tu. Itu semua cinta nafsu semata-mata. Bukan cinta suci. Cinta suci takkan ternoda macam tu. Ohhh...aku sangat sedih. T_T

 

Bukanlah aku nak kata semua lelaki yang suke berkenalan di internet ni jahat. Tak! Bukan semua. Cuma segelintir mungkin. Ada jugak yang betul-betul ikhlas mencari kawan, berkawan dan memang baik. Ada tau. Jangan salah faham. Ada yang boleh dijadikan pasangan dan boleh sampai ke jinjang pelamin. Betul. Aku tak tipu.


Tengok! Ini semua atas diri sendiri. Ade akal fikiran, gunakan sebaik mungkin. Jangan sampai terjerat dengan cinta siber yang memudaratkan diri sendiri. Kepada pompuan-pompuan di luar sana yang terjebak dengan cinta siber ni, pandai-pandai la jaga diri. Jaga maruah diri dan yang penting sekali maruah keluarga. Ingat yang Allah tak pernah bertangguh nak bagi balasan atas setiap perbuatan kita yang dimurkai-Nya.


Jangan jadi macam dorang ni sudah la ye. Kesian...

p/s: sian pompuan ni eh...syok sndri...T_T


8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. setuju ! lelaki kat tenet ni sume tak sume leh caya :)

    BalasPadam
  2. thanks 4 dis reminder =)

    BalasPadam
  3. Ramai kawan teman yg kawen @ bertemu jodoh dari internet nie. Yg penting? Berwaspada selalu dan jangan mudah terpedaya.

    BalasPadam
  4. btol tu sha. semuanya terpulang kat diri kita sendiri. kena pandai memilih. berkawan bole tapi jgn sampai kita terpedaya.

    BalasPadam
  5. kalu suma laki kat tenet takleh caya pastu che det tu camna? justkhai.com tu? kitorang blogguys ni?bukan sumanya penipu..kerana nila setitik abis susu selautan..huh

    BalasPadam
  6. edaolala:idak la sumenye xleh caye..ade yg leh pcya..cuma kna ati2..

    kuyam:welcum..juz nk share n bg peringatan kt dri sndri jgk..(^_^)

    dak wan: betul..kna bwaspada selalu n jgn mudah tpedaya..adik sha pun temu jodoh kt internet..

    cik anum:yes dear..sume ats dri sndri..

    FIT:sha x kta pun sume penipu..cube bca balik betul2..haa..ni ikut prasaan mrh sgt ni..

    BalasPadam
  7. takde..nk betulkan statement edaolala tu..hehe rilex2 sudah..

    BalasPadam
  8. yep.. yg penting kita kena tahu asal usul org tu.. tak sume kenalan atau hubungan from internet ni org jahat2.. hehehe cheers.. nice post! i like :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan