Multimedia Courseware Design



*MAKLUMAN : Buat masa ini hanya projek flash untuk pembelajaran sahaja yang pernah saya buat.


TERMA & SYARAT TEMPAHAN

1) Nyatakan maklumat lengkap seperti berikut :
  • Maklumkan dengan jelas produk yang ingin dihasilkan untuk tujuan apa. Contoh : projek tahun akhir / pembelajaran / pengajaran / lain-lain.
  • Bahan seperti gambar/audio/skrip/video/lain-lain, sebolehnya disediakan oleh anda. Untuk grafik saya boleh buatkan. 
  • Sila berikan arahan/guideline yang jelas dan tepat berkenaan produk.

2) Layout design :
  • Anda perlu beri draft design layout sendiri kepada saya supaya menepati apa yang anda mahu.

3) Proses design :
  • Maklumkan tarikh produk perlu disiapkan. Saya akan sediakan Ganttchart sebagai semakan dan panduan untuk anda dan saya supaya produk boleh siap pada masa yang ditetapkan.
  • Saya akan menggunakan perisian Macromedia Flash.

4) Hasil design :
  • Produk terakhir yang akan diberikan adalah dalam bentuk CD/DVD. Saya akan burn hasil yang telah siap berbentuk fail .exe.
  • Sekiranya customer meminta salinan raw file (.fla) juga, cas tambahan akan dikenakan.

5) Penghantaran :
  • Produk akhir dalam bentuk CD/DVD akan dihantar melalui pos laju/ekpress dan cas yang dikenakan hanya RM7 sahaja. Kos yang berlebihan akan ditanggung oleh saya secara percuma sekiranya ada.

6) Tempoh siap :
  • Untuk memastikan produk siap pada tarikh yang ditetapkan, sila buat tempahan awal. Saya tidak mengambil tempahan last minute.
  • Tempahan perlu dibuat sebolehnya 4-5 bulan lebih awal. Ini kerana design mungkin memakan masa untuk disiapkan menepati kehendak anda.

7) Pembayaran (payment) :
  • Sekiranya confirm tempahan, pembayaran deposit sebanyak RM100 akan dikenakan.
  • Sample screenshot design akan dihantar melalui email terlebih dahulu untuk semakan anda. Setelah bersetuju dengan sample tersebut, produk akan terus dihantar kepada anda.
  • Sebelum produk yang siap dihantar, customer perlu membuat baki pembayaran yang selebihnya terlebih dahulu.
  • Nombor akaun untuk pembayaran akan diberikan melalui email/mesej di FB.

Sweet Reminder !
  • Saya tak ambil rush order.
  • Wajib bersabar sebab kena ikut giliran
  • Kerja saya sedikit slow sebab takda jadual tetap memandangkan kerja di rumah yang banyak dugaannya. Sabor je la ye. Ampunnn.

Terima kasih diucapkan sekiranya anda berminat untuk mendapatkan servis dari saya. InsyaAllah saya akan cuba berikan yang terbaik. (^_^)

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Borang Maklumat Hubungan