Monday, 19 November 2018

Dettol ProFresh | Gel Mandian Pilihan Utama Kami Sekeluarga



Assalamualaikum. Hai!


Kat rumah mertua ni kan, masing-masing ada favourite sendiri untuk sabun mandian tau. Jadi ada bermacam jenis dan jenama mandian la yang berkampung dalam bilik mandi tu. Tapi, macam mana sekalipun si Dettol selalu mengungguli carta. Setiap kali habis je confirm kena topup yang baru. Sebab tu kegemaran mertua CikSha dan anak CikSha si abang Adan tu.


Sebelum ni kami dah cuba mandian Dettol ProFresh yang warna hijau tu. Best. CikSha suka bauan segar timun nya. Wangi sangat. Yang penting sekali tak melekit tau. Dettol dah upgrade formulasi mandian nya supaya pengguna takda rasa melekit macam sabun tertinggal walaupun dah bilas. Ini paling CikSha suka sangat.





Baru-baru ni CikSha berpeluang mencuba dua lagi mandian Dettol ProFresh yang warna biru(Cool) dan kuning(Fresh). In love jugak dengan bauan segar daun pudina dan lemon nya. Eh, pendek kata bauan sabun mandian Dettol ProFresh ni CikSha suka la. Memang terasa kesegarannya. Tambah bila mandi pakai dia. Nyaman gilaaaaa. Korang yang tak pernah cuba mandian Dettol ni boleh cuba tau. CikSha confirm korang akan jatuh cinta jugak.





APA YANG BEST NYA SABUN MANDIAN DETTOL PROFRESH NI?

Kalau nak tahu, Dettol ProFresh ni dirumuskan khas untuk bagi 'perlindungan daripada bau badan selama 12 jam'. Tujuan nya nak bagi kita rasa segar sepanjang hari. Maklum la kan cuaca kat bumi bertuah Malaysia ni tak menentu kejap panas kejap lembap.

Rumusannya pun dah ditambah baik. Tak melekit serta bebas paraben dan triclocarban.

Ada 4 pilihan yang pastinya tak mengecewakan. Dettol ProFresh hijau dengan kesegaran timun untuk effect Lasting Fresh. Dettol ProFresh biru dengan kesegaran daun pudina untuk effect Cool. Dettol ProFresh kuning dengan kesegaran lemon untuk effect Fresh dan Dettol ProFresh oren dengan buah limau untuk effect Re-energize.


Rangkaian sabun mandian Dettol ProFresh


APA KATA PAKAR TENTANG PRODUK DETTOL?


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologimenjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.

"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan.

“Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.


Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi


“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga. Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.

Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.



INFO MENARIK TENTANG PRODUK DETTOL

Dettol melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya iaitu Dettol ProFresh untuk perlindungan bau dan ProSkin untuk perlindungan kulit.

34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No.1 di dunia berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit.

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.


Bagus kan pihak Dettol ni. Selalu upgrade untuk hasilkan yang terbaik untuk kita. Harga pun affordable. Sangat memahami perasaan terutamanya mak-mak yang selalu risau pasal kuman yang ada merata ni. Kesimpulannya, jom la kita dapatkan produk Dettol sekarang! Hihi.


Bisik-bisik :: Dulu CikSha jadi ibu paranoid. Sekarang dah tukar ibu Dettol tau sebab ada sabun mandi yang best ni la. Hihi.



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Wednesday, 14 November 2018

Zulqaas Phytonutrients Serum | Serum Wajah Berasaskan Tumbuhan Yang Selamat dan Berkesan. I'm in love!



Assalamualaikum. Hai!


Rasanya yang duk follow CikSha ni tahu CikSha ni spesis pompuan yang pemalas amat nak kelebet muka. Tapi mujur la menten comei. Perasan. Padahal muka tak siap tu. Hahaha. Bila dah menjengah umur 30an ni kan, dah beranak pinak, ambik pulak cucuk hormon untuk family planning, kulit muka ni yang nampak perubahan nya dulu. Yang paling degil sekali takmau nyah dari kulit muka ni si jeragat la. Geramnyaaaaa.


CikSha memang takda mengamalkan rutin penjagaan wajah yang complicated. Tak sempat uii nak membelek sangat dengan 3 ketoi 'malaikat kecik' tu. Dapat cuci muka pun dah rasa beruntung sesangat. Cuma seminggu sekali tu ada la skrub sikit kulit muka ni. Kekadang ada la jugak pakai mask atau bedak sejuk. Kalau rajinnn terlebih la. Selalu nya pemalas amat. Nak buat camna kan. Dah sebati dah malas ni dalam diriku ini. Sabo je la.




Dalam 2 minggu ni kan, CikSha ada cuba pakai Zulqaas Phytonutrients Serum secara konsisten setiap hari dua kali sehari selepas mandi. Syok uiii. Serius tak tipu. Sebab ni first time tau CikSha pakai serum bagai ni kat muka. Rupanya best jugak pakai serum. Sebelum ni takut nak cuba.


Dah lama sangat tau kulit muka CikSha ni tak tempek apa-apa sebab takut kulit makin teruk lepas pengalaman dulu-dulu pernah kulit muka rosak akibat pakai skincare 'jahanam'.  Penat iols rawat tau bagi elok sikit. Makan masa pulak tu. Jadinya memang free gila muka ni tanpa sebarang produk kecantikan sampai sekarang. Kesian betoi. Dah la muka tak siap. Pemalas pulak nak siapkan dia. Hihi.


Tapi bila start 'berkenalan' dengan serum ni kan, rasa macam dah terjatuh cinta pulak. CikSha baru tahu yang sebenarnya serum pun penting sebab dia bantu membaiki sel kulit muka dari luar sehingga ke dalam. Bertindak lagi power dari pelembab pulak tu. Wow!




APA YANG BEST NYA ZULQAAS PHYTONUTRIENTS SERUM NI?

Nak tahu tak, Zulqaas Phytonutrients Serum ni kan best sebab dia water based. Jadi serum ni teksturnya ringan dan cepat meresap ke dalam kulit. Sumpah tak tipu! Pastu langsung tak melekit. Yang paling menariknya, bebas bahan kimia  seperti silikon, paraben, mineral oil, pewarna sintetik dan alkohol.

Sangat selamat digunakan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. CikSha kan duk breastfeed 2 ketoi 'malaikat kecik' tu. Tu yang ter in love tu. Lagi satu, serum ni boleh digunakan sebagai makeup base tau. Best kan?


Oh ya, Zulqaas Phytonutrients Serum ni fokus pada brightening, hydrating dan anti aging tau. Itu 3 kehebatan si serum ni.


Abaikan tudung CikSha yang senget tu. Taik lalat kat muka memang bersepah. Pasaipa la lalat pi berak kat muka CikSha ni. Ish. Ni muka memang tak mekap na. Pasai tu sendu. Hihi.

APA PERUBAHAN YANG DIALAMI BILA GUNA SERUM NI?

Sepanjang duk gigih tempek serum ni kat muka, yang CikSha perasan kulit muka CikSha makin moist tau. CikSha rasa kan, mesti hasil gabungan mantop si serum Zulqaas ni dengan krim awet muda calit kat nadi kecintaan CikSha tu. Hasil dia lagi wow! Seronot sangat.

Jeragat kat muka yang dah pudar tapi masih segan lagi nak 'sembunyi' pun macam dah makin tak nampak dah. Itu memang CikSha perasan sangat. Sebab dah cuba memacam tau nak nyahkan terus jeragat ni. Tradisional, makan suppliment. Gigih gila. Haha. Rupanya hanya dengan pakai serum boleh bantu atasi masalah CikSha yang satu ni. You save me Zulqaas!



INFO MENARIK TENTANG ZULQAAS PHYTONUTRIENTS SERUM

Diadun dengan 10 ekstrak tumbuhan yang semestinya terbaik untuk perawatan kulit muka dengan fungsi:
  • Anti-oksida
  • Anti-radikal
  • Anti-radang
  • Anti-tyrosinase (membantutkan enzim yang menyebabkan kulit kusam)

Membantu mengatasi masalah kulit seperti:
  • kulit kusam
  • tona kulit tidak sekata
  • kedutan halus
  • jeragat nipis (ooo..patut la jeragat CikSha hilang. Love it!)
  • kulit kering
  • masalah kulit sensitif
  • liang pori besar

Serum wajah Zulqaas ni dihasilkan oleh Doktor As Zulqa yang berkelulusan PhD dalam Halal Kosmetik Industri dari salah sebuah universiti tempatan di Malaysia.Mendapat notifikasi dari KKM dengan NOT180503209K. InsyaAllah selamat dan berkesan.
.

10 ekstrak tumbuhan yang terkandung dalam Zulqaas Phytonutrients Serum


Kebaikan 10 ekstrak tumbuhan dalam Zulqaas Phytonutrients Serum untuk kulit


TESTIMONI DARI PENGGUNA SERUM ZULQAAS

Meh CikSha kongsikan testimoni dari pengguna lain pulak. Mana la tahu kot tak percaya feedback dari CikSha sendiri ni ha kan? Nak tengok lebih banyak testimoni dan feedback boleh skodeng kat SINI pulak.






Kesimpulannya, CikSha memang suka sangat pakai Zulqaas Phytonutrients Serum ni. Kena add on dalam rutin jaga kulit CikSha lepas ni. Korang pun kalau tak pernah lagi tempek sebarang serum kat muka, CikSha syorkan sangat cuba serum ni. Cuba tau! Confirm tak menyesal.


Untuk info lanjut korang boleh layari laman sesawang dan media sosial Zulqaas seperti di bawah ni:
WEBSTORE : www.zulqaas.com


Bisik-bisik :: Dah 30an ni memang nak tak nak kena menggigihkan jugak diri jaga kulit muka. Taknak la nampak kertu tak padan umur. Hihi.


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

Monday, 12 November 2018

Domino's Pizza | Kegemaran kami sekeluarga



Assalamualaikum. Hai!


CikSha sefamili kan, memang suka menggemukkan diri dengan makan pizza. Hihi. Tapi tak selalu la. Macam ada event special macam birthday salah sorang dari kami, KFC atau pizza jadi pilihan untuk meraikan. Sebabnya kami tak makan kek uols. Banyak kali dah bila birthday beli kek last nya kek tu sedekah bagi ayam je makan. Hahaha. Sabo je la.


Tapi kekadang kalau pergi jenjalan kat bandar Kuala Terengganu lepas check up si encem Iman pun, kalau ternampak staf Domino's Pizza kat tepi jalan tu kami confirm berhenti pi memborong pizza kat dia. Lepas tu lepak tepi pantai menikmati keindahan alam sambil makan pizza. Best ooo.


Walaupun nak menikmati Domino's Pizza ni kami sekeluarga kena turun ke bandar Kuala Terengganu, sebab kawasan kami tinggal kat Kuala Berang ni takda store Domino's Pizza, semua tu tak jadi masalah pun. Sebab apa tau? Dulu kalau turun Kuala Terengganu ternampak je staf depa tepi jalan, pi shopping pizza kat situ je tak payah pergi store. Hihi. Tapi sekarang CikSha order melalui online awal-awal sebelum kami turun pergi Kuala Terengganu. Haaa..senang, kan?


Pizza yang di redeem dari kupon sempena kempen It's All About You!

Abang Adan makan tak toleh kiri kanan dah.

Model sambilan ummi. Hihi.


Gambar kat atas ni yang first time order online guna kupon sempena kempen It's All About You. Lepas appointment si encem Iman jumpa doktor pakar bedah kat HSNZ, terus pergi kat store Domino's Pizza kat Jalan Air Jernih nak take away pizza yang order online tu. Tapi tak sempat nak makan terus.


Sebab berkejar nak balik Kuala Berang nak settle kan COD si lazat Chocotainer kat customer. Lepas siap COD baru dapat melepak makan Domino's Pizza yang ambik tu kat tepi sungai Kuala Berang. 2 jam dia duk dalam kereta. Dari panas sampai dah sejuk pizza nya. Tapi yang best tu roti masih lembut tak keras kejung. That's why we love Domino's Pizza!




Yang kat bawah ni pulak second time buat order online. Kebetulan ada urusan kat Unisza Kuala Terengganu. Pergi perjumpaan ibu bapa dengan presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM). Alang-alang tu CikSha decide nak makan pizza lagi la. Beli pizza baru yang Wild West Madness sebab suami nak cuba dengan redeem pizza free yang dapat masa first time order online tempoh hari. Best kan? Boleh dapat kupon free pizza tau kalau first time buat order melalui online.


Kali ni pi ambik kat store Domino's Pizza Kuala Ibai pulak. Sebab rancang nya nak suami solat Jumaat kat masjid terapung kat situ. Sambil tu boleh ambil pizza sekali. Tapi CikSha tersilap letak masa untuk pick up. Tak sempat nak kejar pukul 12 sebab perjumpaan tu habes pukul 12 lebih. Pospon la nak ambil lepas habes solat Jumaat. Yang bagusnya, staf situ call CikSha sebab takut CikSha terlupa nak pi ambik pizza. Ye la dah lewat 2 jam dari masa yang di set. Hihi. Lepas pick up pizza tu kami pun pi melepak berkelah kat Pantai Pandak. Bestttt.


Si encem Iman excited!

Cik Merah pose ala model konon. Hihi.

3 jenis pizza yang di order.

Tengok si encem Iman tu tak sabar nak ngap pizza dah. Haha.

Abang Adan dengan si encem Iman makan dengan penuh perasaan.


Serius mudah amat buat tempahan melalui online rupanya. Sebelum ni tak pernah lagi cuba. Sebabkan dapat kupon sempena kempen It's All About You ni, CikSha berpeluang buat tempahan melalui online. Klik sana klik sini pilih nak pizza camna, nak tambah side dish ke tak, zap zup zap siap order. Lepas tu boleh pilih nak bayar cash ke online payment. CikSha bayar online je sesiap. Sampai kat store tu nanti just pergi ambil je pizza nya. Best! Senang kerja. Sebab senang kerja tu yang sampai dua kali repeat makan Domino's Pizza bulan ni tau! Hahaha.


Nak tahu tak kenapa Domino's Pizza jadi kegemaran kami sekeluarga? CikSha dan suami suka roti pizza nya sebab walaupun dah sejuk masih lagi lembut. Anak-anak pun tak struggle nak menggigit roti sebab tak liat ok. Memang lembut rotinya. Suka! Topping atas pizza pun tak pernah mengecewakan lagi. Kena sangat dengan selera anak tekak kami. Semua kami dah try dan semua kami suka. Err..spesis pemakan memang camni ye. Hihi.


Sedikit info tambahan tentang kempen yang Domino's Pizza sedang jalankan. It's All About You adalah kempen terbaru daripada Domino's Pizza untuk meraikan dan menghargai semua pelanggan setia Domino's Pizza selama ia dah bertapak dari tahun 1997 lagi di Malaysia. Dah 21 tahun rupanya Domino's Pizza duk bagi kita makan pizza sedap wei. Selama ni tahu makan je. Hihi.


Tahniah Domino's Pizza! Semoga terus maju jaya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami semua. Pizza Domino's semestinya yang tersedap dan jadi kegemaran kami sekeluarga.


Bisik-bisik :: Nak tahu lebih lanjut pasal Kempen It's All About You? 
Klik << SINI >>.

 


Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)
 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com