Tuesday, 23 October 2018

Pap Smear | Pengalaman Sendiri. Ngeri ke Tak?



Assalamualaikum. Hai!


Lama dah nak tulis pasal ni. Nak kongsi pengalaman sendiri buat Ujian Pap Smear. Sepanjang dah 5 tahun berkahwin dan dah memberanakkan 3 'malaikat' kecik CikSha tu, baru 2 kali CikSha buat ujian Pap Smear.


Masa pertama kali dengar tu kan, ya ampunnnnn ngerinya rasa. Seingat CikSha masa tu beberapa bulan lepas lahirkan abang Adan. Tahun 2014. Nurse pesan suruh datang buat ujian pap smear, sampai kesudah CikSha buat derk je sebab takut punya pasal. Duk baca momokan bebukan sampai takut ha. Tup tup termengandung si encem Iman, tak jadi buat. Hihi.


Kali kedua dengar pasal pap smear lepas lahirkan si encem Iman pulak. Tahun 2016. Punya mengelak takmau buat jugak sebab seram, CikSha buat derk lagi sekali. Hampir setahun lebih umur Iman kot. Last nya sampai ke rumah nurse datang tuntut. Buat kat rumah terus. Padan muka! Nak lari sangat kan. Hahaha. Itu lah first time CikSha kena buat pap smear lepas dah 3 tahun lebih kahwin dan ada anak 2.


Rupanya tak sakit pun. Cuma ada rasa tak selesa sikit. Tapi prosedur buat nya tu sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Serius tak sakit. Tetiba je dah siap. Nurse tu pun lembut je buat. Tapi yang first time CikSha buat ni tak dapat resultnya. Mungkin takda apa-apa masalah. Dan rupanya masa tu CikSha tak sedar Cik Merah dah lekat dalam 2 minggu dalam rahim. Tepuk dahi!




Pap smear yang kali kedua, baru je buat bulan September lepas. Yang ni sakit sikit sebab nurse tu usaha dengan bersungguh-sungguh mengikis pangkal rahim iols nak ambik lendir untuk sample. Dia cakap bersih sangat pangkal rahim CikSha sampai sikit je dapat lendir. Huwaaa. Terasa ngilu tau masa dia gigih duk kikis tu.


Esoknya CikSha terkejut gilos sebab tetiba kencing macam ada darah sekali. Huhu. Mujur tak berlarutan. Sehari tu je la jadi macam tu. Takut jugak memula. Gigih meng-google kenapa boleh jadi macam tu. Rupanya, memang boleh jadi macam tu lepas buat pap smear kalau terluka sikit pangkal rahim masa proses ambil sample. Lega sikit rasa. Walaupun pada mulanya takut.


Result belum tahu lagi. Nurse tu kata kalau ada masalah baru dorang call. Ni rasanya dah lebih sebulan lepas buat pap smear. Terlupa nak tanya berapa lama ambil masa nak dapat keputusan dari makmal. Tengok la next visit bulan November ni ke Klinik Kesihatan untuk check up Cik Merah dengan si encem Iman, CikSha cuba tanya. Nak jugak tahu result walaupun takda masalah.


Betul jugak kata orang. Semua atas tangan yang buat, rasa sakit ke tak tu. Yang pertama kali tu dengan nurse muda. Yang kali kedua tu dengan nurse veteran. Dua pengalaman yang berbeza. Serik ke tak CikSha nak buat lagi lain kali? Eh. Rasanya tak la kot. Untuk kesihatan diri sendiri jugak. CikSha sayang rahim CikSha. Bukan laki nama Rahim na. Hihi.


Sebenarnya kan, perempuan yang dah berkahwin dan beranak ni, memang WAJIB buat pemeriksaan kesihatan rahim. Perempuan yang belum berkahwin tapi aktif dalam hubungan seksual pun digalakkan buat. Haaa. Kenapa tu? Pepaham je la kenapa eh. Tu la sebabnya kita kena buat ujian pap smear. Penting tau! Walaupun pasangan kita jaga kebersihan secret part dia, but we never know kan kalau ada kuman ke virus ke yang menumpang.




Sedikit perkongsian maklumat pasal ujian pap smear CikSha nak korang tahu.

Apa tu Ujian Pap Smear?
Ujian pap smear ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks. Sel abnormal apa tu? Macam jangkitan fungus dan yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser.


Prosedur Ujian Pap Smear tu macam mana?
Elakkan hubungan intim dengan encik suami dalam sehari dua sebelum pergi buat ujian pap smear. Nanti kita akan disuruh baring macam nak check bukaan rahim masa nak beranak. Tenang-tenang je ye. Jangan keraskan badan masa nurse nak masukkan alat (mulut itik a.k.a speculum) yang nak hold bukaan cik bunga kita tu. Memang rasa tak selesa sikit tapi buat derk je la. Hihi. Nanti nurse akan ambik sedikit lendir kat pangkal rahim kita dan letak atas slaid untuk hantar ke makmal. Siap dan tunggu result.


Kesimpulannya, jangan takut ye untuk buat ujian pap smear ni. Jaga kesihatan rahim kita. Rahim kita ni ada satu je. We never know what happen inside. Sebab tu digalakkan buat ujian ni kepada yang dah berkahwin dan yang aktif dengan hubungan intim ni walaupun belum berkahwin. Jaga kebersihan dan juga pemakanan kita.


Peringatan dan amaran keras. Jangan la pi sesuka insert itu ini yang bebukan dalam cik bunga kita ya. Buat pemeriksaan dengan yang pakar kalau rasa ada something is wrong somewhere with your secret part. Get it?


Bisik-bisik :: Kanser serviks ni pembunuh nombor 2 orang perempuan tau. Jangan takut untuk buat ujian pap smear eh. Bayar RM1 je kalau buat kat Klinik Kesihatan Kerajaan. 



Suka baca entri ni? LIKE sikit. Mekaseh! (^_^)

1 LOVE NOTES

  1. ayu baru buat sekali..seram gak..sbb 1st time and sama, mcm ada luka sikit. pas 2 minggu dpt result dah, alhamdulillah..semua ok.

    ReplyDelete

Membebel dengan penuh hemah. Terima kasih!

 
Copyright @ Shahada Fauzi Official Blog | Since 2009 | All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi | Powered By Blogger.com